Anda di halaman 1dari 5

PROFAIL PELAJAR

Mohd Haikal Akmal merupakan seorang murid tahun dua di Sekolah Kebangsaan Kayang, Kuala Perlis, Perlis. Dia ditempatkan di kelas 2 Dinamik yang merupakan kelas terakhir dalam kedudukan kelas di situ. Melalui pengamatan selama dua minggu, didapati, dia seorang murid yang hiperaktif dan mengalami masalah dalam pembelajaran. Dia ditempatkan di kelas pemulihan namun begitu masih belum dapat menulis, mengeja dan membaca dengan baik. Haikal juga tidak dapat memberi tumpuan semasa di dalam kelas dan sering mengganggu rakan-rakannya yang ingin belajar.

Haikal juga tidak patuh kepada arahan guru. Tetapi sebaliknya, jika arahan itu diberikan dengan nada suara yang tinggi dan sedikit kekerasan, dia akan mematuhi arahan tersebut. Walaupun mengalami masalah pembelajaran dan tidak berminat untuk belajar, dia mempunyai rekod kedatangan yang penuh dan sangat menggemari aktiviti seni yang melibatkan kemahiran seperti

menggunting, melipat, membentuk dan sebagainya. Contohnya, semasa dalam kelas Pendidikan Seni Visual, dia dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan sentiasa bersemangat. Begitu juga apabila diasuh dengan nilai murni seperti bersalaman dengan guru sebelum keluar rehat, dia dengan mudah dapat mengikut cara tersebut dengan baik.

Menurut guru kelas 2 Dinamik, Haikal mengalami masalah dalam pembelajaran dan ibu bapanya telah dipanggil untuk berbincang. Guru tersebut telah mencadangkan agar dia mendapatkan pemeriksaan doktor untuk diletakkan di sekolah Pendidikan Khas namun dibantah oleh kedua-dua ibu bapanya. Menurut mereka, anak mereka tidak mempunyai masalah dan tidak nakal di rumah. Ketiadaan kerjasama dari kedua-dua ibu bapa menyukarkan sebarang tindakan diambil.

Menurut guru itu juga, Haikal diasuh menggunakan kekerasan di rumah. Dia sangat takut kepada ayahnya. Jika dia melakukan kesalahan, dia akan dihukum. Oleh sebab itu, jika Haikal melakukan kesalahan di sekolah, dia akan mengambil jalan dengan menipu ayahnya. Contohnya, jika dia kehilangan buku, dia akan menuduh rakannya telah mencuri buku tersebut untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana telah biasa diasuh dengan kekerasan, Haikal sangat takut dengan ayahnya dan sebarang hukuman yang dilakukan oleh guru.

TEORI LAWRENCE KOHLBERG

Teori

perkembangan

moral

Lawrence

Kohlberg

merupakan

teori

yang

dikembangkan daripada teori psikologi Jean Piaget. Piaget menggambarkan dua tahap perkembangan manakala Kohlberg menggariskan enam tahap

perkembangan penalaran moral manusia dalam tiga tahap perkembangan manusia. Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral manusia

berkembang secara berterusan.

Tahap Perkembangan Moral Mengikut Teori Lawrence Kohlberg Tahap 1 Awal Kanak-kanak Moraliti prakonvensional Orientasi hukuman mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman Peringkat 2: Orientasi ganjaran Mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran, atau perkongsian Untuk mendapat balasan Peringkat 1:

Tahap 2 Masa kanak-kanak Moraliti konvensional

Peringkat 3: Orientasi kanak-kanak baik. Mematuhi peraturan mengikut kebenaran atau persetujuan orang lain.

Peringkat 4: Orientasi aktoriti Mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undangundang masyarakat demi mengelakkan hukuman atau denda.

Tahap 3 Masa remaja Moraliti lepas konvesional

Peringkat 5: Operasi kontrak sosial. Memahami sebab mematuhi undang-undang kerana keperluan ketenteraman sosial. Mengakui peraturan ditukar jika sesuai

Peringkat 6:

Individu dan hati murni . Mematuhi kepada boleh prinsip dalaman (keadilan dan kesamaan) untuk mengelakkan dikecam. Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan kod etika peribadinya

Tahap awal perkembangan moral sering terjadi kepada kanak-kanak. Pada tahap ini kanak-kanak melihat sebagai peraturan dan perlu dipatuhi untuk mengelakkan hukuman.