Anda di halaman 1dari 35

ISI KANDUNGAN PORTFOLIO

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

MAKLUMAT DIRI PELAJAR PPG PENDAHULUAN DAN OBJEKTIF BIG KERTAS KERJA PROFAIL PENCERAMAH SURAT PANGGILAN MESYUARAT MINIT MESYUARAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN AJK INDUK TENTATIF PROGRAM SENARAI PENDAFTARAN PESERTA PERBELANJAAN BUKU PROGRAM MENU REFLEKSI KENDIRI LAPORAN KOLABORATIF LAPORAN SAHSIAH BUKU REKOD BINA INSAN GURU ALBUM KENANGAN (FOTO) CD

PENDAHULUAN Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Guru Besar SK Setia Wangsa, En Mohamad Muzamir b Mohamad Yuzof kerana telah membenarkan kami kumpulan TESL A bersama-sama Kumpulan TESL D mengabungjalin bagi menjalankan aktiviti BIG di sekolah beliau bertugas, Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Tidak lupa juga kepada Pensyarah pembimbing kumpulan kami, Encik Baseni b Jantar dan Encik Baharudin b Hassan, jutaan terima kasih di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kekasaran dan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya, anggaplah semua itu adalah kelemahan saya. Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak. Sekian terima kasih

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:

1.

Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama;

2.

Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;

3. 4.

Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental; Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat;

5.

Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan berkesan ; dan

6.

Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan yang berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

FUNGSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

Program Bina Insan Guru (BIG) berfungsi sebagai :

1.

Memenuhi keperluan sukatan pelejaran bagi program pra perkhidmatan di Institut Perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLISR/PPPR4PT/PPG).

2.

Melahirkan guru yang berakhlak mulia dan bersemangat juang yang tinggi.

3.

Mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

KAMPUS BAHASA BAHASA ANTARABANGSA JALAN BANGSAR, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU

Tarikh Tempat

Anjuran

: 17 MAC 2013 (AHAD) : SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI, JALAN GENTING KLANG, 53300 KUALA LUMPUR. : PPG-SR TESL A & PPG-SR TESL D

PENGESAHAN

: _________________________________

KELULUSAN

: _________________________________

TINDAKAN

: PPG-SR TESL A & PPG-SR TESL D

1.0 PENDAHULUAN Aktiviti khidmat masyarakat pada kali ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti khidmat masyarakat yang telah diadakan pada semester lepas. Sehubungan itu, satu perancangan yang teliti telah dibuat untuk memastikan segala aktiviti akan berjaya dilaksanakan. Segala butiran tentang maklumat dan perancangan untuk program ini dicatatkan dalam kertas kerja ini. Program Bina Insan Guru semester empat mencakupi aktiviti seminar / bengkel / ceramah dan khidmat kemasyarakatan. Melalui program ini, guru akan didedahkan dengan pengalaman dan kefahaman yang menyeluruh berkaiatan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru / sekolah dengan komuniti serta peranan dan akauntabiliti guru yang profesional selaras dengan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang seimbang. Program khidmat masyarakat ini juga akan dapat melatih guru pelatih agar lebih komited dalam melakukan sebarang tugas dan aktiviti yang diamanahkan.

2.0 RASIONAL Program khidmat masyarakat ini merupakan satu program yang diwajibkan kepada guru terlatih PPG-SR dan merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran Bina Insan Guru. Dalam program ini, guru-guru pelatih didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidamatan sosial perlu diterapkan kepada semua warga pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Di samping itu juga, program ini dapat melatih guru-guru terlatih untuk menganjurkan lawatan sambil belajar semasa di sekolah kelak.

3.0 MATLAMAT

Aktiviti kemasyarakatan dalam program Bina Insan Guru adalah bertujuan untuk mendedahkan guru terlatih kepada pelbagai persekitaran komuniti dan melatih mereka menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran budaya, taraf hidup serta keperluan komuniti. Penglibatan guru terlatih dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan ini juga dapat meningkatkan kesedaran sosial dan kepentingan perkhidmatan komuniti serta melatih mereka dalam

menguruskan hubungan dengan komuniti pendidikan terutamanya keluarga dan masyarakat setempat ke arah perkembangan pendidikan murid-murid yang lebih seimbang pada masa hadapan.

4.0 OBJEKTIF

Membina kemahiran merancang, melaksana dan menguruskan program atau aktiviti. Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti. Menunjukkan kepekaan kepada realiti persekitaran. Menghayati nilai etika dan akhlak keguruan. Mempamerkan masyarakat. rasa empati dan kesediaan berbakti kepada

5.0 ANJURAN Program khidmat masyarakat kali ini adalah salah satu aktiviti dalam program Bina Insan Guru yang dianjurkan secara bersama oleh kelas PPG-SR TESL A dan PPG-SR TESL D semester 4, Institut Perguruan Kampus Bahasa Bahasa Antarabangsa.

6.0 TARIKH a. Program Motivasi : 17 Mac 2013. b. Program Khidmat masyarakat: 17 Mac 2013.

7.0 TEMPAT a. Program Motivasi : - Bilik Mesyuarat SK Wangsa Melawati Kuala Lumpur b. Aktiviti khidmat masyarakat: - Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati Kuala Lumpur 8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa Program Motivasi / Program Khidmat Masyarakat

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari Pengacara Majlis AJK Peralatan

: : : : : : :

Mohamad Muzamir b Mohamad Yuzof (TESL D) Siti Fatimah bt Asmadi (TESL A) Mageswari a/p Marimutho ( TESL A) Rohaya bt Mohd Noor ( TESL D) Ranjit Kaur a/p Sarjan Singh (TESL D ) Nur Faizah bt Sulaiman ( TESL D ) Lam An (TESL A) Thayalan a/l Sellamuthu ( TESL A) Saliza bt Saludin (TESL D) Lim Moh Chiew (TESL A) Nurazlin bt Abdul Rahman (TESL A) Nor Shafiza bt Shahdan (TESL D) Sridewi a/p Subramaniam (TESL D) Kannieswary a/p Kannimuthu (TESL A) Alamelu Manggai a/p Ponnusamy ( TESL D) Wan Rusziana bt Wan Hasan (TESL A) Rabaatul Adawiah (TESL D) Lim Cheng Peng ( TESL A) Noorcinderella bt Mohd Radzi ( TESL D) Tan Sheau Yun ( TESL A) Jeyanthi a/p Ramasmy ( TESL A ) Nur Faizah bt Sulaiman ( TESL D )

AJK Aktiviti

AJK Makanan

AJK P/A Sistem

AJK Pendaftaran

Jurugambar

Penyambut Tetamu :

Buku Program

Cenderahati 9.0 PESERTA a. Program Motivasi

Ranjit Kaur a/p Sarjan Singh (TESL D )

Pelajar PPG SR TESL A = 11 orang Pelajar PPG SR TESL D = 11 orang Jumlah = 22 orang b. Program khidmat masyarakat Pelajar PPG SR TESL A = 11 orang Pelajar PPG SR TESL D = 11 orang Jumlah = 22 orang 10.0 PENSYARAH PEMBIMBING 1. En Basni bin Jantra 2. En Baharudin bin Hassan 11.0 ANGGARAN KOS Kutipan Pelajar PPG SR TESL A = RM27.00 x 11 orang = RM270.00 Kutipan Pelajar PPG SR TESL D = RM27.00 x 11 orang = RM270.00 Jumlah Besar = RM540.00 Perbelanjaan : Makanan RM7.00 x 1 x 22 orang = RM154.00 Wang Saguhati Penceramah = RM300.00 Alatan mengecat = RM71.00 Plat Sumbangan kepada SK Wangsa Melawati = RM15.00

12.0 PENGANGKUTAN Urusan pengangkutan ke tempat program adalah seperti berikut: a. Dari IPG KBA ke SK Wangsa Melawati ke IPG KBA: - menggunakan kenderaan masing- masing pelajar PPG.

13.0 ATURCARA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU

24 Februari 2013 (Ahad) 08.00 pagi : Berkumpul Di Dewan Kuliah G101 08.10 pagi : Mengambil kehadiran pelajar PPG

08.30 pagi : Pensyarah Pembimbing memberi taklimat tentang Program Bina Insan Guru bagi Kumpulan PPG SR TESL ambilan Jun 2011 01.00 tgh 02.00 petang : Kumpulan masing-masing berkumpul untuk perbincangan tentang perlantikan AJK dan lokasi Program 02.00 petang : Bertolak pulang

17 Mac 2013 (Ahad)

07.30 pagi : Berkumpul di lobi dan bertolak dari IPGKBA 08.00 pagi : Pendaftaran para peserta program 08.30 pagi : Ceramah Motivasi Pembinaan Insan Guru Seimbang oleh Mohd Pakri b Jahiruddin, Pegawai Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat 12.30 tgh : Rehat 01.00 tgh : Program Khidmat Masyarakat 02.30 tgh : Sesi bergambar

15.0 PENUTUP

Semoga program khidmat masyarakat ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Pendedahan aktiviti seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi pengalaman kepada para guru terlatih untuk mendekatkan diri dengan komuniti. Ini sangat berguna kepada kami sebagai seorang pendidik dan terlibat secara langsung dalam profesion keguruan setelah selesai menjalani latihan di institut perguruan.

SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI JALAN GENTING KLANG 53300 KUALA LUMPUR
Tel : 03-41438188 Fax: 03-41435523

Kepada : Tuan/ Puan/ Cik

MESYUARAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN GOTONG ROYONG Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut : Tarikh Masa Tempat Agenda : 1. 2. 3. 4. Ucapan Mesyuarat Latihan Dalam Perkhidmatan & Gotong-Royong Pengagihan tugas Hal-hal lain : : : 10 Mac 2013 10.00 pagi Bilik Mesyuarat SK Wangsa Melawati

3. Kehadiran tuan/puan adalah wajib bagi membincang dan memutuskan perkara-perkara yang bersangkutan seperti agenda dia atas. Sekian untuk makluman dan tindakan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ... (Mageswari a/p Marimutho) Setiausaha Program BIG

MINIT MESYUARAT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI GOTONG ROYONG SK WANGSA MELAWATI, 53300 KUALA LUMPUR Tarikh Hari Masa Tempat KEHADIRAN BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. NAMA PESERTA Mohamad Muzamir b Mohamad Yuzof Ranjit Kaur a/p sarjan Singh Saliza bt Saludin Norshafiza bt Shahdan Sridewi a/p Subramaniam Alamelu Manggai a/p Ponnusamy Rabaatul Adawiah Noorcinderella bt Mohd Radzi Nur Faizah bt Sulaiman Rohaya bt Mohd Noor Santha Kumari a/p Krishnan Siti Fatimah bt Asmadi Lam An Kannieswary a/p Kannimuthu Jeyanthi a/p Ramasamy Mageswari a/p Marimutho Lim Cheng Peng Lim Moh Chiew
Wan Rusziana bt Wan Hasan Nurazlin bt Abdul Rahman Thayalan a/l Sellamuthu Tan Sheau Yun

: : : :

10 Mac 2013 Ahad 10.00 pagi. Bilik Mesyuarat SK Wangsa Melawati

KUMPULAN TESL D TESL D TESL D TESL D TESL D TESL D TESL D TESL D TESL D TESL D TESL D TESL A TESL A TESL A TESL A TESL A TESL A TESL A TESL A TESL A TESL A TESL A

1.1 Tidak Hadir Tiada

2.0 PENDAHULUAN

2.0.1 En

Muzamir b

Mohamad

Yuzof

selaku

pengerusi mesyuarat

mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru dari

Program Pensiswazahan Institut Bahasa-Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai, Kuala Lumpur ke SK. Wangsa Melawati. Beliau memaklumkan mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh semua peserta Bina Insan Guru.

3.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

3.0.1 Tarikh Program Bina Insan Guru En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan bahawa tarikh yang sesuai untuk program ini untuk diadakan ialah pada 17 Mac 2013 dan ianya telah dipersetujui oleh semua peserta. Makluman 3.0.2 Bayaran Pn Siti Fatimah bt Asmadi menyarankan supaya peserta dikehendaki memberi sedikit sumbangan kepada program ini. Jumlah yang

dicadangkan ialah sebanyak RM27.00 termasuk makanan dan membeli alatan untuk projek khidmat masyarakat dan ianya

dipersetujui oleh semua pihak.

3.0.3 Senarai AJK En Muzamir b Mohamad Yuzof meminta semua guru merujuk kepada senarai AJK yang telah diedarkan. Makluman

3.0.4 En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan urusetia yang telah dilantik dikehendaki berada di sekolah sepanjang tempoh Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan aktiviti Gotong Royong dijalankan.

Tindakan : Urusetia

3.0.5 Pn Siti Fatimah bt Asmadi selaku naib setiausaha menawar diri untuk menyediakan makanan untuk guru-guru PPG akan di tempah. AJK makanan yang diketuai oleh Nurazlin bt Abdul Rahman (TESL A) dan

Nor Shafiza bt Shahdan (TESL D) hanya perlu menyediakan tempat makan dan mengedarkan bungkusan makanan kepada pesertapeserta LDP dan gotong royong.

Makluman

3..0.6 En Muzamir b Mohamad Yuzof meminta semua guru merujuk tentatif yang diedarkan di mana peserta LDPP akan mendaftar pada pukul 7.30 pagi dan gotong royong akan dijalankan pada pukul 1.00 tengahari.

Makluman

3.0.7 En Muzamir b Mohamad Yuzof telah menjemput penceramah bagi Program LADAP dari Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat, Kuala Lumpur iaitu Mohd Pakri b Jahiruddin, Pegawai Pengurusan Sekolah.

Makluman

3.0.8 En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan AJK yang mengendalikan gotong royong akan mengikut kumpulan masingmasing yang akan diadakan pada pukul 1.00 tengahari.

Tindakan: AJK Gotong-royong

3.0.9 En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan AJK Cenderahati yang diketuai oleh Ranjit Kaur a/p Sarjan Singh (TESL D ) akan menyediakan cenderahati untuk penceramah. Tindakan : AJK Sijil/ Hadiah

3.1.0 Selain itu, En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan bahawa AJK peralatan perlu memastikan peralatan untuk aktiviti gotong-royong perlu mencukupi seperti berus, cat, sarung tangan, tinner, surat khabar, kayu, bekas untuk menuang cat, plastik sampah dan lain-lain.

Tindakan: AJK Peralatan

3.1.1 En Muzamir b Mohamad Yuzof meminta AJK Keselamatan dan Kecemasan yang diketuai oleh En. Mohd Fadzil b. Jamil dan En Suresh A/L Robert@ Allagara sentiasa berada di sekolah sepanjang aktiviti gotong-royong dijalankan dan memastikan first aid dilengkapi dengan ubat yang diperlukan.

Tindakan: AJK Keselamatan dan Kecemasan

3.1.2 En Muzamir b Mohamad Yuzof juga meminta guru yang telah dilantik sebagai Imam mengimamkan sembahyang Zohor.

Tindakan : AJK Imam Sembahyang

3.1.3 En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan semua guru adalah guru disiplin dan memastikan aktiviti gotong-royong dapat dijalankan dengan lancar.

Tindakan : Semua guru

3.1.4 En Muzamir b Mohamad Yuzof turut mengedarkan pelan lokasi gotong-royong yang akan diadakan pada 17 Mac 2013.

4.0 HAL-HAL LAIN

4.0.1 En Muzamir b Mohamad Yuzof memaklumkan sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan dengan program bolehlah berhubung dengan beliau.

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN

5.0.1 En Muzamir b Mohamad Yuzof menangguhkan mesyuarat dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

5.0.2 Taklimat Program Latihan Dalam Perkhidmatan dan Gotong Royong ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Mageswari a/p Marimutho (Setiausaha BIG PPG-SR TESL A )

Disahkan oleh,

________________________ (Mohamad Muzamir b Mohamad Yuzof) Guru Besar SK Wangsa Melawati

AJK INDUK LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN AKTVITI GOTONG ROYONG 2013 Penasihat : En Mohamad Muzamir b Mohamad Yuzof ( Guru Besar Sk Wangsa Melawati ) Pengerusi : Pn. Hjh Che Mazwin bt Hj Tajuddin (GPK Ko-Kurikulum) Naib Pengerusi : Pn. Hjh Puziah bt Abdul Rahman (GPK Kurikulum) Pn. Hjh Maznah bt Man PJK (GPK Hal Ehwal Murid) En. Mustapa b Kidam (GPK Petang) Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari AJK : : : : Mageswari a/p Marimutho ( TESL A) Rohaya bt Mohd Noor ( TESL D) Ranjit Kaur a/p Sarjan Singh (TESL D ) Nur Faizah bt Sulaiman ( TESL D ) Lam An (TESL A) Thayalan a/l Sellamuthu ( TESL A) Saliza bt Saludin (TESL D) Lim Moh Chiew (TESL A) Nurazlin bt Abdul Rahman (TESL A) Nor Shafiza bt Shahdan (TESL D) Sridewi a/p Subramaniam (TESL D) Kannieswary a/p Kannimuthu (TESL A) Alamelu Manggai a/p Ponnusamy ( TESL D) Wan Rusziana bt Wan Hasan (TESL A) Rabaatul Adawiah (TESL D) Lim Cheng Peng ( TESL A) Noorcinderella bt Mohd Radzi ( TESL D) Tan Sheau Yun ( TESL A) Jeyanthi a/p Ramasamy ( TESL A ) Nur Faizah bt Sulaiman ( TESL D ) Siti Fatimah bt Asmadi (TESL A)

TENTATIF PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN GOTONG ROYONG AHAD 17 MAC 2013 MASA 8.00 pagi 8.30-12.30 tengah hari 12.30 tengah hari 1.00 tengah hari AKTIVITI Pendaftaran LADAP Latihan Dalam Perkhidmatan Makan tengah hari Aktiviti mengecat tiang pejalan kaki di kawasan sekolah 2.30 petang Sesi Bergambar dan bersurai Semua Guru PPG TESL A dan TESL B TINDAKAN AJK Pendaftaran Semua Guru PPG TESL A dan TESL D AJK Makanan Semua Guru PPG TESL A dan TESL B

IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

PROGRAM PENGIJAZAHAN GURU SR SEM 4/2013 REKOD BINA INSAN GURU NAMA NO. MATRIK KUMPULAN : MOHAMAD MUZAMIR BIN MOHAMAD YUSOF : 711124-06-5035 : PPG TESL

PENSYARAH PEMBIMBING : EN BASENI BIN JANTRA TANDATANGAN PENSYARAH

TARIKH

PERKARA

KOMEN Pensyarah memberi penerangan tentang BIG dan mengedarkan notanota sebagai panduan. Berbincang dengan semua guru PPG TESL A dan TESL D. Beliau bersetuju dengan program yang akan dijalankan. En. Baharuddin bersetuju dengan tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

Taklimat oleh 24/2/2013 pensyarah di IPGKBA Mula membuat 24/2/2013 Kertas Kerja. Mengemukakan 28/2/2013 kertas kerja kepada GPK KOKurikulum SK Wangsa Melati Memaklumkan 5/3/2013 kepada pensyarah iaitu En. Baharuddin bin Hassan 6/3/2013 Memaklumkan semua rakan PPG.

Mendapat persetujuan daripada semua guru PPG TESL A dan TESL D.

Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada 8/3/2013 semua guru PPG TESL A dan TESL D. 10/3/2013 Mesyuarat BIG di SK Wangsa Melawati

Perbincangan mengenai pengagihan tugas dan perlaksanaan Program Khidmat Masyarakat dan Gotong-royong. Semua AJK LDP & GotongRoyong menyatakan mereka telah mengambil tindakan tentang tugasan mereka. Berjalan dengan lancar.

Taklimat ringkas 16/3/2013 bersama AJK yang telah dilantik.

17/3/2013 Program Khidmat Masyarakat dan Gotong Royong berlangsung Mengumpulkan 18/3/2013 maklumat dari -19/3/2013 semua pelajar PPG TESL A dan TESL D 20/4/2013 Menghantar Folio BIG

Semua pelajar PPG telah bekerjasam bagi menjayakan program ini dan menyiapkan portfolio

PENDAFTARAN PESERTA GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (TESL A) BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Senarai Nama Pelatih MAGESWARI A/P MARIMUTHO SITI FATIMAH BT ASMADI KANNIESWARY A/P KANNIMUTHU JEYANTHI A/P RAMASAMY LAM AN THAYALAN A/L SELLAMUTHU WAN RUZIANA BT WAN HASAN NURAZLIN BT ABDUL RAHMAN LIM MOH CIEW LIM CHENG PENG TAN SHEAU YUN IPGM IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA TANDATANGAN

PENDAFTARAN PESERTA GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (TESL D) BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Senarai Nama Pelatih MOHAMAD MUZAMIR B MOHAMAD YUZOF RANJIT KAUR A/P SARJAN SINGH SALIZA SALUDIN NORSHAFIZA SHAHDAN SRIDEWI A/P SUBRAMANIAM ALAMELU MANGGAI A/P PONNUSAMY RABAATUL ADAWIAH NOORCINDERELLA BT MOHD RADZI NUR FAIZAH BT SULAIMAN ROHAYA BT MOHD NOOR SANTHA KUMARI A/P KRISHNAN IPGM IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA IPGKBA TANDATANGAN

LAMPIRAN C BIG PPG [LAPORAN SAHSIAH OLEH PIHAK GURU BESAR/ PENTADBIR ]

SULIT

LAPORAN SAHSIAH PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 1/2/3/4 BAHAGIAN A MAKLUMAT SEKOLAH Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI

Alamat Sekolah

JALAN GENTING KELANG, 53300 KUALA LUMPUR

Poskod

53300

Daerah

KERAMAT

Negeri

WILAYAH PERSEKUTUAN

No Tel

03-41438188 BAHAGIAN B = LAPORAN SAHSIAH PESERTA PPG ( 10 markah) 1. Perancangan telah dibuat dengan teliti. 2. Agihan tugas telah dibuat dengan terperinci.

SEBELUM AKTIVITI

SEMASA AKTIVITI

1. Aktiviti telah berjalan dengan lancar. 2. Semua AJK terlIbat dapat bersama-sama semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Laporan telah dibuat dalam bentuk hard copy dan soft copy

SELEPAS AKTIVITI

Nama Jawatan

Saya mengakui bahawa laporan ini adalah benar dan saya bertanggungjawab di atas laporan ini. Terima kasih. Pn Hjh Che Mazwin bt Hjh Tajuddin GPK KOKURIKULUM

Tandatangan Tarikh Cop Rasmi

Catatan: Laporan ini hendaklah dimasukkan dalam sampul surat untuk diserahkan kepada mentor. Menu Kudapan Program Khidmat Masyarakat PPG-SR 2013

Menu
Nasi Lemak Sambal Ayam Telur Rebus/Timun/Kacang Sambal Sotong Kuih Karipap Kuih Talam Air Kotak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

PROGRAM BINA INSAN GURU/BIG WAJ 3114


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU/PPG AMBILAN JUN 2011
BIODATA PELAJAR
NAMA OPSYEN NO KAD PENGENALAN NO H/P NAMA SEKOLAH

MOHAMAD MUZAMIR BIN MOHAMAD YUSOF TESL 711124-06-5035 016-2672411 SK WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR C-04-02, KEDIAMAN ANGGOTA PERKHIDMATAN

ALAMAT RUMAH

AWAM, JALAN DUTAMAS 3, KUALA LUMPUR


NAMA PENYELIA

EN BAHARUDDIN BIN HASSAN

Refleksi Kendiri Bina Insan Guru atau BIG merupakan satu aktiviti berkumpulan yang perlu dilalui oleh semua peserta Program Pensiswazahan Guru . Bagi Semester 4 ini kami telah diberi taklimat pada 24 Februari 2013 ( Ahad) oleh barisan pensyarah seperti En Baharuddin, En Baseni dan Pn Hjh Asiah. Saya sendiri telah mengagak bahawa BIG pada kali ini jika perlu dilakukan di sekolah maka sekolah saya akan menjadi pilihan ahli kumpulan saya. Ini adalah kerana dengan tugas dan kedudukan saya sebagai Guru Besar sekolah tersebut, rakan-rakan saya merasakan agak mudah untuk berurusan dan melaksanakan Program BIG kali ini. Pada hari itu juga, satu perbincangan telah diadakan diantara ahliahli Kumpulan TESL D di kantin. Berdasarkan perbincangan awal, diputuskan bahawa Program BIG pada tahun ini akan diadakan di sekolah saya iaitu SK Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Bagi saya inilah peluang untuk saya memperkenalkan sekolah saya kepada rakan-rakan PPG. Rakan-rakan dari Kumpulan TESL D juga mencadangkan agar program khidmat masyarakat diadakan di sekolah serentak dengan sesi ceramah. Selepas itu, apabila kembali ke sekolah saya telah mengemukakan cadangan kami kepada Penolong-Penolong Kanan saya dan mereka semua bersetuju. Tarikh yang dipilih adalah 16 Mac 2013 kerana pada tarikh tersebut sekolah tidak mengadakan sebarang aktiviti. Saya secara peribadi dan sebagai pentadbir sekolah ini tidak ingin menganggu dan menyusahkan guruguru saya dalam Program BIG ini. Saya berkeyakinan bahawa segala tugasan akan dan mampu dilaksanakan oleh ahli-ahli kumpulan TESL D dan A yang ingin turut serta dalam Program BIG ini. Agihan tugas mula diberikan. Perbincangan diadakan secara

bersemuka dan melalui sms atau e-mail masing-masing. Ini secara tak langsung menyenangkan komunikasi antara kami. Setelah diberi

tanggungjawab untuk mencari seorang penceramah bagi Program BIG ini, saya mula memikirkan secara serius tentang profail dan kesesuaian

penceramah bila dikaitkan dengan tajuk yang diberi. Setelah berfikir dan menimbang tara, saya memutuskan untuk menjemput En Mohd Pakhri dari Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat. Beliau merupakan sahabat saya sewaktu saya bertugas di PPWK dan kami masih terus berhubung di luar waktu pejabat. Saya menghubungi beliau dan memaklumkan tentang cadangan kami dan beliau secara dasarnya bersetuju. Saya merasakan bahawa beliau adalah pilihan yang tepat kerana pengalaman sewaktu bekerja dengan beliau menyakinkan saya bahawa beliau seorang pegawai yang cekap dan mampu merealisasikan Program BIG kami kali ini. Pada 9 Mac 2013, interaksi kali ke tiga, kami telah berjumpa unutk berbincang berkenaan Program BIG ini dan terutamanya berkenaan kewangan. Rakan-rakan kumpulan sentiasa ingin membantu dan

menyumbang kewangan demi menjayakan Program ini. Keputusan bersama dapat dicapai dimana semua ahli kumpulan akan menyumbang untk memberi sumbangan ikhlas kepada penceramah serta sumbangan jamuan makan sewaktu program berlangsung. Saya merasa sangat bersyukur diatas kerjasama yang diberi dan ini menunjukkan rakan-rakan dalam kumpulan ini sanggup berkorban wang ringgit demi menjayakan program ini. Persiapan di sekolah telah mula saya lakukan. Surat permohonan kepada En Mohd Pakhri telah dikeluarkan. Jawapan yang diberi amat mengembirakan hati saya dimana

beliau sanggup menjadi penceramah kepada Program BIG ini. Tajuk yang dipilih adalah Pembinaan Insan Guru Seimbang. Saya telah membantu En Pakhri dalam penyediaan bahan

ceramah seperti Power Point dan hala tuju ceramah tersebut. Saya

merasakan tajuk itu amat bersesuaian dengan kerja dan tanggungjawab kami di sekolah. Ini adalah untuk melahirkan murid yang gemilang memerlukan guru yang seimbang dari segi rohani , jasmani dan sahsiah.

Saya juga telah mula memesan 8 tin cat minyak, 30 berus dan 30 pasang sarung tangan sebagai persiapan untuk mengadakan Program BIG dan khidmat masyarakat secara khasnya. Sumber kewangan untuk membeli peralatan ini adalah daripada sumbangan rakan-rakan daripada Kumpulan Tesl D dan A. Sekolah Wangsa Melawati adalah sebuah sekolah yang ceria dan dengan bantuan dari ahli Kumpulan Tesl ini secara langsung akan menambah keceriaan Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati nanti. Pada pandangan saya, Program Khidmat Masyarakat ini adalah salah satu cara untuk kami pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru ini memberi sumbangan kepada sekolah yang menjadi tuan rumah. Sepanjang program Khidmat Masyarakat yang akan dilakukan kelak, ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama secara agak santai sambil bekerja di luar. Kadang kala dengan bebanan kerja dan wakti kelas yang amat padat, kami pelajar-pelajar tidak dapat berkomunikasi secara santai di luar dari tugasan kami sebagai pelajar dan pendidik. Tarikh yang dipilh pada mulanya adalah 16 Mac 2013 (Sabtu), namun oleh kerana pada hari tersebut kebanyakan sekolah di Selangor dan Pahang mengadakan sekolah ganti maka tarikh Program BIG bagi Kumpulan TESL D dan A akan diadakan pada 17 Mac 2013. Saya sendiri merasa agak kurang selesa atas pertukaran tarikh ini atas beberapa faktor. Faktor pertama adalah 17 Mac 2013 itu, adalah hari lahir anak sulung saya ke 18. Saya biasanya menyambut hari lahir bersama beliau namun pada tarikh tersebut saya tidak dapat beliau meraikan kerana hari faktor lahir yang

kedua. Faktor kedua adalah, pada 17 Mac 2013 itu saya diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

berkursus selama 2 minggu di Institut Aminuddin baki.

Kursus itu perlu diikuti oleh semua Guru Besar yang baru dilantik dan menjadi asas wajib bagi saya untuk menjadi Guru Besar. Ini secara tak langsung,

bermakna saya perlu bergerak terus dari sekolah saya setelah selesai Program BIG yang dadakan itu dan hanya dapat berjumpa dengan keluarga setelah seminggu kemudian.

Pada 16 Mac 2013, sehari sebelum Program BIG akan diadakan, saya telah mengarahkan guru saya untuk membantu saya menyediakan bilik gerakan yang akan dijadikan sebagai bilik ceramah sepanjang program BIG itu berlangsung. Saya bersyukur kerana mempunyai barisan guru yang sanggup membantu saya walaupun tugas itu bukanlah tugas hakiki mereka. Bilik guru telah disiapkan, pekerja am telah membantu cat yang dengan telah

mengambil

ditempah di kedai. Plak sebagai sumbangan Program pelajar-pelajar Guru

Pensiswazahan

Kohot 1 Institut Perguruan Guru Bahasa Antarabangsa telah siap ditempah oleh pekerja am saya. Pada 17 Mac 2013, rakan-rakan dari dua kumpulan iaitu Kumpulan TESL D dan A telah mula hadir ke sekolah saya seawal jam 7.30 pagi. Saya telah membawa mereka untuk berkumpul di dalam bilik saya. Ini adalah peluang saya untuk memperlihatkan bilik dan tugas yang digalas oleh saya selama ini. Ratarata rakan saya memuji dan merasa bangga kerana saya telah menjadi Guru Besar di sebuah sekolah yang mempunyai prestasi yang baik di sekolah-sekolah Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Jam 8.15 pagi, saya menyambut ketibaan En Mohd Pakrie yang akan menyampaikan ceramah dalam program ini. Saya telah membawa En Mohd Pakrie ke bilik saya sementara rakan-rakan yang lain bersedia dalam bilik gerakan. Namun secara tiba-tiba bekalan elektrik telah putus di bilik gerakan. Ini telah memaksa saya mencari punca suis yang trip namun agak sukar kerana kotak suis berada dalam bilik pendidikan jasmani. Langkah yang diambil adalah dengan menelefon guru yang bertanggungjawab untuk hadir membantu walaupun ianya hari Ahad. Guru tersebut iaitu Ustaz Wan Ridhwan telah hadir membantu dan dengan pertolongana suis tersebut berjaya dinaikkan dan bekalan elektri kembali pulih. Ini menunjukkan bahawa betapa banyak persediaan yang telah kita lakukan namun apa-apa pun perkara boleh berlaku. En Mohd Pakrie telah mula memberi ceramah dan semua peserta mendengar dan sibuk mengambil gambar beliau. Tajuk yang disampaikan adalah Pembinaan Insan Guru Seimbang memang menarik dan En MOhd Pakrie banyak bercerita tentang pengalaman beliau sebagai seorang guru dan pegawai Pejabat Pelajaran. Teknik bercerita sambil berceramah beliau berjaya menarik minat peserta. Pengalaman beliau bersama saya menguruskan beberapa kes yang melibatkan guru semasa bertugas bersama di Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat membuatkan saya tersenyum dan mengimbau kembali kenangan di masa itu. Pelbagai cerita menarik dan nota-nota dalam Power Point sentiasa membuatkan peserta tidak kering gusi .

Setelah selesai ceramah, En Mohd Pakrie dan para peserta dibawa ke bilik Wawasan untuk menikmati jamuan yang disediakan. Para peserta mengambil peluang untuk bertanya lebih lanjut kepada penceamah kita semasa sesi jamuan itu. Para peserta semuanya berselera menikmati jamuan

yang terdiri dari nasi lemak. Kuih muih juga disediakan dan ini semua adalah hasil muafakat para peserta dalam memberi sumbangan untuk kami menjayakan Program BIG ini.

Setelah itu, Program Khidmat Masyarakat telah diadakan. Masalah yang akan timbul jika saya memanggil pelajar untuk hadir pada hari Ahad menyebabkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan Program Khidmat Masyarakat ini di antara para peserta sahaja. Tiang-tiang sepanjang laluan pejalan kaki sekolah saya menjadi pilihan untuk kami mengadakan acara ini. Setiap peserta di beri berus , sarung tangan dan dilantiuk ketua antara mereka untuk menyelaraskan tugas mengecat. Suasana kerja khidmat Masyarakat ini diadakan secara riang namun serius. Usik mengusik tetap berlaku dan setiap peserta tekun melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan.Secara perlahan-lahan, tiang itu mula menampakkan warnanya dan kini ia mula berwarna warni. Ada juga yang mengadu tangan mereka kotor terkena cat minyak, namun thinner yang disediakan menjadi penyelamat. Ada baju yang terkena cat namun itu dianggap sebahagian daripada asam garam dalam menjaya Program ini.

Setelah selesai tugasan tersebut , maka kami mengambil peluang bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Walaupun letih namun hati ini merasa puas kerana tugasan yang diamanahkan itu berjaya dilaksanakan. Saya terus bergegas ke Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands untuk menghadiri kursus selama dua minggu. Pada keesokkan harinya, saya telah menerima panggilan telefon daripada Guru Penolong Kanan 1 saya yang mengucapkan terima kasih atas usaha mengecat tiang-tiang laluan pejalan kaki yang telah kami lakukan. Ucapan tahniah dan terima kasih ini adalah lebih bermakna dari sebarang hadiah atau penghargaan yang lain. Akhir kata, saya merasa sangat berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan saya dalam menjayakan Program BIG kali ini.

Sekian, terima kasih

Laporan Kolaboratif BIG Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan juga melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan BIG ini telah mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Peringkat yang pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dilakukan sebelum program BIG kali ini, iaitu Khidmat Masyarakat . Pada mulanya, kami telah diberikan taklimat sepanjang 3 jam untuk menjalankan program BIG yang disampaikan oleh penyelaras BIG dan pensyarah-

pensyarah yang bertanggungjawab. Mereka terdiri daripada En. Baharudin Hassan, En. Baseni dan Pn. Aisiah. Taklimat tersebut diberikan di dewan kuliah A mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru bagi semester empat ini, yang merupakan Program Khidmat Masyarakat. Selepas taklimat diberikan, kumpulan kami dan kumpulan TESL D, telah berkumpul untuk berbincang bersama bagi memilih lalu menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program khidmat masyarakat. Tugastugas ahli jawatankuasa telah diterangkan oleh pengerusi. Selepas mendapat taklimat dan penerangan tentang tugasan masing-masing, guru-guru pelatih telah berbincang untuk merancang aktiviti, tentukan tarikh dan juga menyediakan alatan serta bahan-bahan yang diperlukan. tentang

pelaksanaan aktiviti yang akan kami laksanakan di salah sebuah sekolah yang dapat memenuhi objektif BIG PPG. Selepas berbincang, semua ahli kumpulan TESL A dan TESL D telah sebulat suara menjalankan program khidmat masyarakat kami di SK Wangsa Melawati pada 17hb Mac 2013. Aktiviti yang telah dicadangkan ialah gotong-royong menceriakan kawasan sekolah. Kami juga menubuhkan jawatankuasa induk untuk menyiapkan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak pentadbiran yang mencakupi hal-hal

jadual aktiviti, kewangan dan permohonan menggunakan bilik mesyuarat untuk ceramah motivasi ( Guru dan Akauntabiliti). Peringkat seterusnya pula merupakan perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semasa Program Khidmat Masyarakat dijalankan dan selepas kertas kerja mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran SK Wangsa Melawati. Pada 17hb Mac bersamaan hari Ahad , kumpulan TESL A dan TESL D telah tiba di tempat destinasi pada jam 8 pagi. Sesampai di lokasi, kami melaporkan diri dengan Pn Alamelu Manggai a/p Ponnusamy ( TESL D) dan Wan Rusziana bt Wan Hasan (TESL A). Selepas itu, kami mengambil tempat duduk masing-masing di bilik mesyuarat di tingkat dua untuk ceramah motivasi. Tajuk ceramah tersebut ialah Pembinaan Insan Guru Yang Cemerlang. Penceramah kita pada hari tersebut ialah En Mohd Pakri b Jahiruddin, Pegawai Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyampaikan ceramah selama 3 jam. Aktiviti ini bertujuan untuk membangkitkan semangat guru dan meningkatkan lagi prestasi kerja guru demi memastikan segala yang dirancang dapat berjalan dengan sempurna. Setelah tamat sesi ceramah motivasi, kami

menjamu selera di bilik rehat di tingkat satu. Selepas itu, kumpulan kami dan kumpulan TESL D telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti gotong royong menceriakan kawasan sekolah. Kami bekerjasama mengecat semula tiangtiang besi di sepanjang koridor. Kami telah berjaya mengecat semula tiangtiang besi dalam tempoh 2 jam. Aktiviti ini berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Tiang-tiang besi yang berkarat sebelum ini telah dicat semula dengan warna yang ceria. Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Masyarakat BIG ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Wangsa Melawati, iaitu En. Mohamad Muzamir b Mohamad Yuzof . Sebelum bersurai, kami memulangkan segala alatan kepada pihak stor SK Wangsa Melawati. Kami diingatkan supaya menyediakan laporan dan dokumentasi berhubung segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang BIG semester empat ini. Kami bertolak pulang ke rumah masing-masing pada jam 2.30 petang.

PROFAIL :

NAMA JANTINA TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR STATUS ALAMAT

: : : : : :

TEMPAT BERTUGAS :

PENDIDIKAN

PENGALAMAN :

1. 2. 3.

4.

MOHD PAKRI BIN JAHIRUDDIN LELAKI 03/06/1973 KELANTAN BERKAHWIN KERAMAT WANGSA 54200 KUALA LUMPUR PEJABAT PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN ARAS 9 , MENARA TH SELBORN , JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR 1. SMK TENGKU PANGLIMA RAJA, LEMAL PASIR MAS KELANTAN STPM 2. MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK SIJIL PERGURUAN 3. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG IJAZAH SARJANA MUDA SK DESA TUN HUSSEIN ONN, KERAMAT, KUALA LUMPUR. SK DATUK KERAMAT 2, KUALA LUMPUR PEGAWAI DATA DAN ICT UNIT MAKLUMAT DAN ICT PEJABAT PELAJARAN WILAYAH KERAMAT, KUALA LUMPUR. PEGAWAI PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN PEJABAT

PELAJARAN WILAYAH KERAMAT, KUALA LUMPUR.

Anda mungkin juga menyukai