Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

NAMA NO. K/P KURSUS KELAS

: : : :

MUHAMMAD ADIB BIN SULAIMAN 900221-02-5855 PISMP AMBILAN JANUARI 2010 2 MTED 2

TUTOR PERIBADI : MR. HWONG CHONG KHEOW

REFLEKSI BINA INSAN GURU Pada 07 Ogos yang lepas saya bersama-sama 30 orang guru pelatih yang lain beserta 2 orang pensyarah pembimbing yang juga merupaka tutor peribadi bagi kelas 2MTED2 dan 2MUED telah menjalani program Bina Insan Guru (BIG) yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Pulau Pianang. Program Bina Insan Guru (BIG) ini disertai oleh guru-guru pelatih dari kumpulan PISMP semester 2 ambilan Januari 2009 dan ini adalah merupakan program BIG yang kedua untuk tahun 2009. Sepanjang menjalani program BIG ini tidak dapat dinafikan terlalu banyak pengalaman serta input-input yang berguna telah saya perolehi memandangkan pada kali ini sepuluh jam kredit diperuntukkan yang mana ianya melibatkan 3 jam kredit untuk seminar serta 7 jam kredit untuk aktiviti kemasyarakatan. Sebagai usaha untuk melengkapkan tugasan bagi program BIG ketua bagi program ini yakni Mohd Shamsul Anuar bin Alias dengan bersungguh-sungguh telah merancang satu program di antara pihak sekolah Sungai Bakap dan pihak maktab. Program ini dinamakan sebagai Smart English. Program ini dijalankan adalah untuk memajukan serta meningkatkan tahap pencapaian murid-murid di dalam sekolah tersebut di dalam subjek Bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak kami yakni sebagai guru pelatih telah memainkan peranan yang besar dalam program tersebut yang telah berjalan selama sehari di sekolah tersebut. Walaupun tugasan yang diberikan adalah amat berat untuk dilaksankan kerana pengkhususan kami adalah matematik dan juga muzik, namun kami menggalas tugasan yang diberikan dengan penuh bersemangat. Pada hari yang telah ditetapkan, kami telah berkumpul di gelanggara terlebih dahulu untuk mengambil kedatangan para pelajar. Selepas semua kedatangan pelajar telah diambil, kami bertolak daripada maktab ke sekolah rendah Sungai Bakap. Perjalanan kami mengambil masa selama satu jam lebih untuk sampai ke destinasi kami. Setelah sampai, kami telah disambut baik oleh pihak sekolah Sungai Bakap dengan sambutan yang mesra. Kami terlebih dahulu dijamu dengan makanan pagi daripada pihak sekolah Sungai Bakap. Menu pada pagi tersebut adalah bihun goring dan air milo. Kekenyangan terasa apabila sudah menjamah makanan yang telah disediakan kepada kami. Setelah selesai menjamah makanan yang telah disediakan,

kami dijemput ke bilik mensyuarat untuk diberikan beberapa taklimat mengenai program yang bakal kami jalankan sebentar lagi. Guru Besar sekolah tersebut telah memberikan beberapa taklimat dan juga nasihat yang amat berguna kepada kami di dalam taklimat tersebut. Hal yang demikian telah menyemarakkkan lagi semangat kami untuk menjalankan aktiviti tersebut. Setelah taklimat diberikan, kami mula bergerak ke dewan untuk mengambil murid-murid berdasarkan kumpulan yang telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Saya telah mendapat lima orang murid-murid di dalam kumpulan saya iaitu tiga lelaki dan dua orang perempuan. Setelah kumpulan selesai dibahagikan, kami mula bergerak ke kelas yang telah ditetapkan di dalam kumpulan masing-masing. Tugasan kami paga pagi tersebut adalah bertindak sebagai fesi yang membimbing mereka untuk menjawab kertas percubaan negeri Perak yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Slot kami pada pagi tersebut yang telah berjalan selama dua jam ialah slot menjawab bahagian B dan C di dalam soalan tersebut di dalam kertas dua. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak berpeluang untuk mengajar di hadapan murid-murid. Jadi, saya agak gementar kerana pelbagai ragam telah ditunjukkan oleh mereka ditambah pula dengan mengajar subjek Bahasa Inggeris kerana subjek ini adalah bukan subjek pengkhususan saya. Namun, saya telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan mengaplikasikan apa yang telah saya belajar sebelum ini di dalam kelas dan menggunakannya untuk mengajar kembali apa yang telah saya pelajari sebelum ini. Slot kedua kami diteruskan pada pukul mengenai cara untuk menjawab soalan kertas satu iaitu menjawab soalan objektif. Pada kali ini, kami tidak perlu mengajar mereka tapi menyuruh mereka untuk melakukannya sendiri untuk melihat setakat mana kemampuan mereka. Setelah semua soalan berjaya dijawab, kami memberikan jawapan yang betul kepada mereka. Markah yang diperoleh telah dikumpul dan dicatat untuk kegunaan pihak sekolah. Di sini saya dapat melihat bahawa murid-murid di sekolah tersebut bukanlah tidak pandai dalam bahasa Inggeris, tapi mereka kadangkadang tidak mengetahui maksud perkataan serta lalai di dalam menjawab soalan yang diberikan. Hal yang demikian telah mencacatkan markah mereka di dalam subjek

kritikal tersebut. Setelah meninjau masalah yang mereka hadapi, saya telah memberikan beberapa nasihat serta input-input yang berguna kepada mereka supaya mereka dapat memperoleh markah yang cemerlang di dalam subjek tersebut. Pada sebelah petang pula, kami telah menjalankan sedikit aktiviti unutk merangsang minda dan juga badan mereka. Aktiviti tersebut adalah Explorace. Bak kata pepatah, minda yang cergas datang daripada badan yang sihat. Jadi kami membuat satu aktiviti yang memerlukan kerjasama di antara mereka berdasarkn kumpulan yang telah dipecahkan. Aktiviti ini memakan masa dua jam setengah. Muridmurid kelihatan amat gembira semasa aktiviti ini sedang dijalankan. Para-para fesi turut bersama-sama menyertai akviti ini untuk memeriahkan lagi Explorace yang telah diadakan. Pelabagai ragam dapat dilihat sama ada murid-murid dan juga fesi telah ditonjolkan di dalam aktiviti ini. Setelah selesainya aktiviti ini, majlis penutupan telah dibuat. Pengerusi program BIG kali ini iaitu Mohd Shamsul Anuar bin Alias telah menyampaikan sedikit sagu hati kepada pihak sekolah Sungai Bakap kerana sudi menerima kunjungan kami pada hari tersebut. Pada jam 7 petang semua aktiviti telah berjalan dengan lancar dan kami pun pulang ke maktab semula. Kesimpulannya, melalui program bina insan guru yang telah saya lalui ini saya telah dapat memahami bahawa tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai