Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh murid. Murid dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Murid dapat mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.
DEFINISI KONSTRUKTIVISME
Satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Pengetahuan diterima + Pengetahuan sedia ada = Pengetahuan baru
OBJEKTIF
Membina kefahaman & pengetahuan baru
Membuat interpretasi : maklumat sedia ada + maklumat baru Mengaplikasi pengetahuan baru Contoh: kerja seni Membina kefahaman sendiri. Contoh: Dalam pembelajaran PSV
Memberi peluang kepada murid membina pengetahuan baru melalui penglibatan dalam dunia sebenar
Menggalakkan soalan / idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
Menghormati idea murid. Menggalakkan fikiran bebas murid. Membantu murid memperoleh identiti intelek. Mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai sesuatu konsep.
Menggalak murid terlibat dalam dialog dengan guru dan sesama rakan dan membina pengetahuan personal.
Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme LEBIH SERONOK LEBIH INGAT LEBIH BERFIKIR LEBIH FAHAM LEBIH YAKIN LEBIH BERKEMAHIRAN SOSIAL
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.
Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.
Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakanrakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
adalah sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta makna dari apa yang dipelajari. Peranan guru dalam pembelajaran adalah sebagai fasilitator atau moderator. Pembelajaran bertujuan membolehkan murid-murid membina makna masing-masing bukannya menghafal jawapan yang betul atau meniru rakan-rakan mereka.