Anda di halaman 1dari 10

PELAN TINDAKAN : PENANAMAN CENDAWAN TIRAM RAJA [ King oyster mushroom (Pleurotus eryngii) ]

Untuk :
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA BAHAGIAN PENGGALAKAN PELABURAN, PEMBANGUNAN PERNIAGAAN DAN PENSWASTAAN Ministry of Agriculture and Agro Based Industry Malaysia Investment Promotion, Business Development and Privatization Division

Disediakan oleh : KHAIRUL ASFAMAWI B. KHULIDIN DR. TAN CHON SENG Program Pengurusan Persekitaran Agro-Industri Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI

PELAN TINDAKAN : PENANAMAN CENDAWAN TIRAM RAJA 1.0 PENDAHULUAN

Melalui Dasar Rancangan Malaysia ke 9 dan Pertanian Negara ke 3, sektor pertanian diberi penekanan dalam mengembalikan semula era kecemerlangan pertanian sebagai penjana ekonomi. Industri cendawan diberikan pelbagai insentif selaras dengan dasar tersebut tetapi keperluan cendawan negara masih tinggi dan perlu diimport dengan defisit bekalan bernilai RM 52.99 juta iaitu bersamaan 16.3 matrik tan cendawan pada tahun 2007 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007). Kekangan teknologi, kos permulaan tinggi, faktor persaingan dan ketiadaan agensi yang membimbing merencatkan perkembangan industri cendawan. Justeru itu pembabitan pihak yang berwajib, bertepatan untuk membangunkan kembali industri cendawan tempatan. Justeru itu, industri cendawan dilihat sebagai industri yang berpotensi untuk dibangunkan. Suntikan teknologi baru perlu diperkenalkan dan dilaksanakan terutamanya dalam penghasilan kultur benih dan mekanisasi kaedah penanaman cendawan. Perusahaan berteraskan penggunaan teknologi hijau, perlu diaplikasikan kepada industri cendawan agar ianya dapat dibangunkan secara lestari, teratur dan praktikal. Secara tidak langsung, ianya menyumbang kepada peningkatkan produktiviti dan kecekapan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini yang lebih mesra alam. Oleh yang demikian, adalah pertepatan dengan halatuju Dasar Pertanian Negara cuba untuk mempergiatkan penyelidikan serta menyediakan platform kepada pengusaha untuk mendapatkan khidmat nasihat serta teknologi yang bersesuaian dengan kehendak industri cendawan kini selaras dengan inspirasi negara mentransformasikan ekonomi ke arah Negara berpendapatan tinggi dan Pertanian adalah Perniagaan. 2.0 PENGENALAN

Cendawan tiram raja, Pleurotus eryngii merupakan cendawan yang terunggul di antara kumpulan cendawan tiram. Ianya turut dikenali sebagai cendawan Eryngii, cendawan raja trumpet (King Trumpet mushroom) atau cendawan tanduk French (French horn mushroom).

Cendawan tiram raja, Pleurotus eryngii

Cendawan tiram raja didapati mengandungi pelbagai zat makanan dan vitamin yang tinggi serta mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang rendah. Tekstur yang tegar dan padat serta rasanya yang enak menjadikannya sebagai cendawan yang berpotensi untuk dibangunkan. Namun begitu, kekangan teknologi, kos pengoperasian dan ruang pemasaran yang terhad menyebabkan ianya kurang dikenali dan didapati di pasaran tempatan. Lazimnya, cendawan tiram raja diimpot dalam bentuk segar dan dijual di pasar raya besar dalam kuantiti yang kecil. 3.0 OBJEKTIF 3.1 3.2 Menyediakan pelan kaedah / tatacara penanaman cendawan tiram raja. Menentukan kesesuaian / praktikal mengusahakan penanaman cendawan tiram raja dari aspek teknologi, peralatan dan tenaga mahir. 4.0 ASPEK TEKNIKAL Mengusahakan cendawan tiram raja memerlukan pemerhatian yang khusus. Terutamanya semasa pengkulturan, pembenihan, pemeraman dan pembuahan cendawan dijalankan. Cendawan tiram raja mempunyai variasi keperluan pertumbuhan yang berbeza bergantung kepada jenis strain yang digunakan. Terdapat urutan kaedah yang perlu diikuti dalam penghasilan cendawan tiram raja. Di antaranya adalah : 4.1 Kaedah pemerolehan / penghasilan inokulum induk cendawan. Inokulum induk cendawan diperolehi dalam keadaan miselium atau krioawetan (cryopreservation). Inokulum ini boleh didapati daripada organisasi yang membekalkan pelbagai jenis mikrob dan kulat (American Type Culture Collection, ATCC; Culture Collection of Wild Mushroom, CCWM; Cornell Mushroom Collection) atau institusi / syarikat yang terlibat dengan penyelidikan berasaskan cendawan (Universiti Malaya, JT Organik Trading, Vita Agro Sdn. Bhd.) Inokulum induk cendawan boleh dihasilkan melalui kaedah tisu didik atau spora. Benih yang dihasilkan melalui kaedah ini, berkualiti tinggi dan berdaya tahan. Namun begitu, kaedah sebegini memerlukan peralatan yang sesuai, jangkamasa yang lama dan tenaga kerja yang ramai.

4.2

Kaedah penghasilan benih cendawan (spawn). Daripada inokulum induk cendawan, benih cendawan dapat dihasilkan dengan banyak dan konsisten. Ini bertujuan untuk memastikan benih cendawan yang dihasilkan tidak mengalami kerosakan akibat daripada serangan bakteria dan virus. Serta benih cendawan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.

Beg yang berisi benih cendawan

Benih cendawan dalam botol

Pada masa yang sama, kesesuaian pembawa (carrier) untuk penghasilan benih cendawan yang konsisten dapat dikaji sama ada dengan menggunakan benih jagung, gandum, jerami padi atau sebagainya. (Pemeraman untuk penghasilan benih cendawan dilakukan dalam suhu, 25oC selama 25 hari inkubator berhawa sejuk [refrigerated incubator]). 4.3 Kaedah penyuntikan benih cendawan (inoculation) Penyuntikan benih cendawan perlulah dilakukan di dalam persekitaran yang terkawal dan steril. Ini bertujuan untuk menghalang pencemaran daripada bakteria dan kulat serta serangga.

4.4

Kaedah pemeraman beg media cendawan (incubation). Benih cendawan yang dihasilkan akan disuntik ke dalam beg media cendawan. Lazimnya, habuk kayu getah digunakan sebagai substrat yang siap diisi di dalam beg media cendawan. Untuk permulaan, pemeraman cendawan tiram raja akan dilakukan dengan menggunakan substrat habuk kayu getah. Penyesusaian substrat yang lain akan turut digunakan untuk memperlihatkan kesesuaian pertumbuhan cendawan tiram raja. Substrat lain yang dikenalpasti untuk digunakan adalah : i. ii. iii. iv. Jerami padi Habuk kayu kelapa sawit Pelepah kelapa sawit Sekam padi

(Pemeraman pada suhu 18.5 20oC selama 46 hari- bilik kawalan persekitaran / bilik sejuk).

Habuk kayu getah

Jerami padi

Sabut kelapa sawit

4.5

Kaedah pembuahan cendawan (cropping / fruiting body) Pembuahan cendawan dilakukan di dalam bilik kawalan persekitaran (Environment controlled room). Beg cendawan yang telah matang (beg dipenuhi dengan miselium cendawan) dibiarkan terbuka untuk menggalakkan pembuahan cendawan.

Cendawan keluar daripada beg substrak (Pembuahan cendawan dilakukan pada suhu, 15.5 17.5oC; kelembapan relatif (RH), 85 95% dan pencahayaan (lux,) 250 bilik kawalan persekitaran [environment controlled room]). 5.0 KEKANGAN

Terdapat beberapa kekangan yang perlu diteliti dan diambil kira dalam mengusahakan penanaman cendawan tiram raja. Di antaranya : 5.1 Cendawan tiram raja memerlukan penjagaan yang khusus untuk pertumbuhannya. Ianya memerlukan bilik kawalan persekitaran (environment controlled room) untuk tujuan mengekalkan suhu, relatif kelembapan dan pencahayaan yang tertentu serta pengawalan kandungan karbon dioksida yang diperlukan. Bilik sejuk / sejuk beku tidak boleh digunakan semasa fasa pembuahan cendawan. Ini adalah kerana ketiadaan kawalan terhadap pengudaraan, kelembapan dan pencahayaan. 5.2 Dalam pada masa yang sama, aspek pemasaran perlu diberi perhatian dalam memajukan industri cendawan ke peringkat global. Kaedah pemasaran yang betul dan tepat perlu dititikberatkan untuk memastikan cendawan yang dihasilkan mendapat tempat dan berjaya menembusi pasaran luar. Di antara aspek pemasaran yang harus diberikan penekanan adalah :

Kaedah memproses dan membungkus hasilan cendawan supaya berkualiti dan tahan lama. Cendawan tiram raja mudah rosak selepas dituai. Justeru itu, memerlukan penggunaan bilik sejuk untuk penyimpanannya sebelum dipasarkan. Ini akan menyumbang kepada peningkatan kos operasi, secara tidak langsung meningkatkan harganya per kg.

Kaedah mempromosikan hasilan cendawan perlulah dipertingkatkan dengan membentuk kesedaran awam mengenai kepentingan cendawan. Cendawan tiram raja merupakan cendawan yang kurang diminati disebabkan kurangnya pendedahan dan maklumat yang berkaitan dengannya. Justeru itu, untuk menandingi populariti cendawan tiram kelabu agak sukar.

6.0

KEPERLUAN YANG DIPOHON 6.1 BANTUAN DARIPADA AGENSI YANG BERKAITAN Makmal cendawan yang sedia ada tidak mempunyai ruang kerja yang sesuai dan praktikal. Ini adalah kerana ruang makmal yang sedia ada dalam proses pengubahsuaian. Justeru itu, pohon bantuan agensi (MOA, DOA, MADA, FAMA) yang berkaitan untuk menyediakan : A. i. PENEMPATAN / RUANG BEKERJA Penyimpanan bahan buangan hasil sampingan industri pertanian seperti habuk kayu, jerami padi, sekam padi, hampas isirong kelapa sawit dan pelbagai jenis kayu. ii. iii. iv. B. i. Penyediaan substrat penanaman cendawan, Bilik pemeraman beg cendawan (environment controlled room) dan Penyimpanan cendawan tiram raja (lepas tuai) TENAGA KERJA Kakitangan untuk membantu dalam menyediakan beg substrat cendawan serta kerja-kerja yang berkaitan.

6.2

PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN Dalam melaksanakan pelan tersebut, peruntukan kewangan diperlukan untuk memastikan kelancaran pelaksanaannya. Jadual keperluan yang diperlukan dalam melaksanakan penanaman cendawan tiram raja.

BIL. 1

PERKARA

JUMLAH (RM) 20,000 (Pihak MARDI tidak mempunyai peruntukan untuk membiayai perbelanjaan pengurusan)

*Pengurusan
Penginapan Pengangkutan dan perjalanan Kontigensi

2.

Tempat pelaksanaan untuk : Penyediaan benih cendawan Pemeraman beg cendawan Pembuahan beg cendawan Penuaian cendawan

Dilaksanakan di agensi yang berkaitan (MOA, DOA, FAMA, MADA). Untuk masa kini, pihak MARDI tidak dapat menyediakan tempat disebabkan makmal sedang diubahsuai.

3.

Bahan yang diperlukan dalam penyediaan beg substrak : Bahan buangan hasil pertanian habuk kayu getah, sabut kelapa sawit, jerami padi, sekam padi Bahan lain beg plastik tahan panas, penutup, dedak, kalsium karbonat dan sebagainya. Peralatan yang diperlu : Mesin pengaduk (mixer machine) Mesin pengisi bongkah (bagging machine) Pengukus (steamer) Bilik sejuk (untuk penyimpanan) Bilik kawalan persekitaran (environment controlled room) JUMLAH KESELURUHAN

Bantuan daripada agensi yang mempunyai pengusaha cendawan sebagai rakan usahawan bersama. Tenaga kerja diperlukan untuk kerja rencam.

4.

RM 20,000

*Jumlah perbelanjaan untuk pengurusan tentatif bergantung kepada kekerapan lawatan dan perjalanan yang dilakukan.

7.0

KESIMPULAN

Pelbagai aspek yang berkaitan dengan penginokulatan, pengkulturan dan pembuahan cendawan perlu diambilkira. Peningkatan skala industri cendawan secara kecil-kecilan sehingga ke peringkat industri perlu diperjelaskan. Ini adalah kerana peningkatan skala pengusaha cendawan ke peringkat industri perlu dilakukan dengan menggunakan teknologi yang efisien dan praktikal untuk menjamin kelangsungan industri cendawan. CATATAN : Pelan tindakan ini boleh diubah mengikut kesesuaian teknologi yang ingin digunakan. Penyampaian ini hanyalah berdasarkan pembacaan, penelitian dan pemerhatian terhadap kerja-kerja penyelidikan yang telah dilakukan. Sumber : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Dang, L. A. R dan Khairul, A. K. (2009). Tanaman cendawan menggunakan bahan buangan pertanian. Agromedia 30 : 46 47. http : //www.jtorganic.com/my/products/mushroom.php http://www.mycophiles.com/products/product/15 Khairul, A. K. (2010). Khasiat cendawan kukur. Agromedia 32 : 42 43. Khairul, A. K., (2011). Kertas cadangan : Penyelidikan berasaskan cendawan. Program Pengurusan Persekitaran Agro-Industri, Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, MARDI. Khairul, A.K., Aminuddin, H dan Mohd Hassan, W. (2011). Manual teknologi penanaman cendawan tiram kelabu dan jerami padi. Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, MARDI (draf). Wong, S. K. (2004). Descriptions of commercially important Pleurotus species. Chapter 4 : Oyster mushroom cultivation. Mushroom growers handbook 1. 54 61.

Anda mungkin juga menyukai