Anda di halaman 1dari 7

1.

1 KEMAHIRAN SET INDUKSI Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya secara tidak langsung akan mewujudkan pelajar yangAda tidak mengikuti pembelajaran hari itu walaupun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajarpelajar supaya mereka akan

menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Bagaimanapun ,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran 1.1.1 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI I. Menarik Perhatian II. Mewujudkan Motivasi III. Membuat Perkaitan IV. Menstruktur MENARIK PERHATIAN Dalam melaksanakan komponen ini, kita harus mewujudkan nada suara yang sesuai dan dibantu oleh alat ABM yang menarik minat para pelajar. Selain itu, guru harus

menggunakan gerakan anggota tubuh badan .Sebagai contohnya ialah kontek mata ,isyarat pergerakan terhadap para pelajar. Ini kerana ianya dapat menarik perhatian para pelajar untuk belajar. MEWUJUDKAN MOTIVASI Dalam mewujudkan motivasi ini ianya dapat membangkitkan rasa ingin tahu parap pelajar. Teknik ini boleh disampaikan dengan cara menyampaikan cerita atau menunjukkan aktiviti yang berguna. Bukan itu sahaja, guru juga dapat meningkatkan perasaan ingin tahu ini dengan cara membuat soalan-soalan yang mencabar. Dengan ini para pelajar dapat menumpukkan perhatian dalam menyelesaikan permasalahan. MEMBUAT PERKAITAN Membuat perikatan ini merangkumi pengetahuan lepas murid. Dengan cara ini ianya dapat mengaitkan isi pelajaran baru tentang pengalaman sedia ada. Selain itu, guru harus mengaitkan peristiwa semasa dan mengaitkan minat dan pengalaman murid dalam menyampaikan set induksi ini agar set induksi yang hendak disampaikan itu dapat menarik minat para pelajar. MENSTRUKTUR Mensturtur pula merangkumi perkara yang menyatakan had tugasan yang akan dijalankan dengan cara menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. Selain itu, menstruktur juga dapat menyatakan cara-cara melaksanakan tugasan, menyatakan aktiviti, tugasan atau projek dalam sesuatu set induksi itu. 1.2 KEMAHIRAN PENYOALAN Penyoalan merupakan aktiviti intensif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi p&p.

Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid kearah tingkahlaku pembelajaran yang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripada mudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak, merangkumi semua aras penyoalan , teberan penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudih difahami. 1.2.1 JENIS PENYOALAN Bertumpu tertutup Menumpukan penyoalan terhadap seorang pelajar sahaja (penyoalan individu) Bercapah terbuka Tidak menumpukan soalan terhadap seorang individu. Teknik ini memberi peluang kepada pelajar untuk cuba menjawab tanpa ada paksaan (penyoalan secara terbuka) 1.2.2 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu: Pembentuk Soalan Pembetukan soalan ini mestilah jelas dan menggunakan aras bahasa, frasa dan sebagainya harus mempunyai penjelasan. Fokus (Tunggal) Fokus yang diberi penekanan dalam kaedah penyoalan ini adalah melontar soalan. Soalan yang biasa dilontarkan adalah soalan khusus. Fokus (Pelbagai) jenis soalan yang disampaikan adalah bersifat terbuka ataupun umum. Sebaran Sebar kepada semua pelajar tentang soalan dan seterusnya meminta murid-muirid untuk memberi jawapan. Hentian Dalam penyoalan ini kita harus berhenti sejenak untuk memberi masa kepada muridmurid untuk berfikir dan mencari isi. Melayani Jawapan

kita harus beri perhatian kepada jawapan murid-murid dan beri pujian dan galakan selepas murid tersebut selesai menjawab. Memberi Petunjuk Mencungkil Fikiran 1.3 VARIASI RANSANGAN Variasi rangsangan ini adalah merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. Ini kerana dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. Pengenalan teknik ini, aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. Selain itu, ianya dapat menarik minat dan perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. Oleh itu, naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. Dengan ini ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. 1.3.1 KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen. Komponen Perubahan Pergerakan Langkah Guru Pergerakan guru mengelilingi kelas semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak. Komponen Perubahan Pergerakan Anggota Guru

Guru menggunakan bahagian anggota badan sebagai contohnya ialah tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian. Komponen Perubahan Nada Suara Guru Penggunan nada suara nyaring ataupun tinggi dalam p&p adalah penting bagi menjelaskan dan menegaskan sesuatu perkara mengikut kepentingan bahan pengajaran. Komponen Perubahan Fokus Deria Pelajar Penggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengubah fokus deria pelajar untuk belajar dengan lebih minat lagi. Dengan cara ini murid akan bertambah minat untuk belajar dan tidak akan berasa bosan semasa sesi p&p berlaku. Komponen Perubahan Bentuk Lisan Pelajar Penglibatan murid dalam sesi adalah penting agar sesi p&p lebih menarik dengan melibatkan diri secara lisan contohnya penggunaan bahasa. Komponen Perubahan Bentuk Fizikal Pelajar Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi. 1.4 PENGGUNAAN PAPAN TULIS Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru untuk menulis penerengan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Melalui penggunaan papan tulis ini, para pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea degan lebih jelas dan tepat. Selain itu, para pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh

berminat.Dengan ini aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik dan perkara

yang difokuskan seperti konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan 1.4.1 KOMPENAN-KOMPENAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS KEJELASAN Saiz tulisan yang sesuaiTulisan kemas dan tepatGambar rajah jelas dan ringkas Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepatPermudahkan konsep atau idea yang susah.Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.Gunakan dalam masa yang sesuai. TEKNIK PERSEMBAHAN PENONJOLAN DAN PENEKANAN SUSUNAN Penggunaan kapur warna yang sesuaiPenggunaan kapur warna yang menarik Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan seimbang.Susunan dapat di lihat dan teratur

1.5 KEMAHIRAN PENUTUP Kemahiran penutup ini adalah untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar. Penutup dan kesimpulan merujuk kepada cara guru mengakhiri satu sesi p&p . aspek ini penting kerana murid-murid perlu disedarkan tentang perkara yang telah dipelajari oleh mereka. Guru perlu membuat kesimpulan atau rumusan untuk memberi gambaran kepada muird-murid tentang isi utama yang perlu dikuasai oleh mereka. Guru boleh mengakhiri sesi pengajaran samaada secara kognitif atau sosial.

1.5.1 JENIS PENUTUP Penutup Kognitif Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari. Sebagai contohnya ialah membuat rumusan, ulang isi-isi penting, aktiviti penilaian dan aktiviti susulan. Penutup Sosial Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan. Sebagai contohnya ialah nyanyian yang berkaitan dengan tajuk , pujian dan sebagainya.