Anda di halaman 1dari 37

Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi Malaysia

inklusif ovatif

52 | 53

2.1 Pengantaraan berkesan ke arah pembentukan ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi 2.2 Membangunkan pasaran kewangan yang meluas dan dinamik

inklusif

2.3 Perkongsian kemakmuran yang lebih meluas melalui rangkuman kewangan

pengantaraan berkesan

Bagi menyokong transformasi Malaysia ke arah menjadi ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi, keupayaan sistem kewangan Malaysia untuk membuat peruntukan modal dengan cekap dan berkesan sesungguhnya amat penting. Berikutan integrasi ekonomi dan kewangan serantau yang lebih kukuh, sektor kewangan juga perlu memainkan peranan yang lebih penting sebagai pengantara dana bukan sahaja di rantau ini malah dalam ekonomi sedang pesat membangun yang lain.

54 | 55

ke arah pembentukan ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi

Sistem kewangan yang lebih pelbagai, cekap, berdaya saing dan stabil merupakan prasyarat yang amat penting bagi transformasi ekonomi Malaysia. Sistem kewangan hendaklah mampu menggembleng tabungan daripada sumber dalam negeri dan merentas sempadan dengan cekap agar dapat memenuhi keperluan pembiayaan dan pelaburan ekonomi domestik dan merentas sempadan yang besar dan pelbagai, khususnya di rantau Asia dan ekonomi sedang pesat membangun yang lain. Sektor kewangan kini berada pada kedudukan yang kukuh untuk maju ke hadapan dan meraih manfaat daripada pelbagai peluang yang muncul daripada persekitaran yang lebih berdaya saing dan bersepadu. Dalam dekad yang lalu, sistem kewangan Malaysia telah melaksanakan fungsi pengantaraannya dengan baik meskipun ketika krisis kewangan global memuncak tidak lama dahulu. Pencapaian yang membanggakan ini adalah bukti ketahanan sistem kewangan negara semasa tempoh ketidaktentuan dan kegawatan yang ketara mahupun ketika dilanda kelembapan ekonomi. Pasaran bon juga semakin penting dengan adanya spektrum instrumen kewangan yang lebih luas untuk memenuhi keperluan pembiayaan jangka panjang sektor perniagaan yang besar dan projek berjangka panjang. Oleh itu, sektor korporat Malaysia telah semakin bergantung pada pasaran modal untuk mendapatkan pembiayaan, seperti dicerminkan oleh pasaran sekuriti hutang korporat dan sukuk yang kini mencakupi 58.5% daripada jumlah pembiayaan korporat pada akhir tahun 2010 berbanding 46.4% pada tahun 2001.

Sehubungan dengan ini, aktiviti pembiayaan bagi sektor korporat telah beralih ke arah yang lebih berasaskan pasaran daripada lebih ditentukan oleh bank seperti pada awal tahuntahun 2000-an. Berikutan itu, struktur pemberian pinjaman sektor perbankan kini telah berubah. Jika dahulu sebahagian besar daripada pinjaman tertumpu pada pinjaman korporat, ia kini lebih berasaskan pinjaman runcit kepada pelanggan isi rumah dan juga pinjaman perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Bahagian pinjaman terkumpul kepada sektor isi rumah meningkat daripada 34.4% daripada jumlah pinjaman terkumpul pada akhir tahun 2000 kepada 55.4% pada akhir tahun 2010, manakala pembiayaan kepada PKS bertambah daripada 31.1% daripada jumlah pembiayaan perniagaan terkumpul kepada 38.5% pada tempoh yang sama. Persekitaran pembiayaan yang lebih baik bagi PKS adalah berikutan pelaksanaan inisiatif yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan kewangan kelompok ini selain penambahbaikan dalam proses dan prosedur institusi kewangan. Persekitaran tersebut juga memudahkan penyediaan khidmat nasihat, termasuk penyediaan mekanisme penyelesaian oleh industri dan agensi lain seperti yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia dan juga SME Corporation Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2009. Secara keseluruhannya, proses pengurusan risiko dan tadbir urus korporat dalam industri kewangan yang lebih kukuh telah membolehkan institusi kewangan melaksanakan fungsi pengantaraannya dengan lebih berhemat dan berkesan.

Melangkah ke hadapan, beberapa trend ekonomi umum akan mempengaruhi fungsi pengantaraan sektor kewangan: Struktur ekonomi Malaysia yang lebih pelbagai, dengan kedudukan sektor perkilangan dan perkhidmatan semakin meningkat dalam rantaian nilai ke arah aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi. Pertumbuhan ekonomi akan lebih dipacu oleh industri berintensif pengetahuan dan lebih berinovatif, dan kumpulan PKS yang lebih besar dan lebih maju, dengan proses, inovasi produk dan jangkauan pasaran yang lebih baik. Pembangunan infrastruktur yang lebih maju dan meluas dalam ekonomi domestik dan juga dalam rantau ini. Di Malaysia sahaja, jumlah pelaburan yang diperlukan di bawah Program Transformasi Ekonomi dalam tempoh sepuluh tahun yang akan datang dianggarkan sebanyak RM1.3 trilion dalam projek berintensif pengetahuan dan projek infrastruktur besar dan jangka panjang. Paling penting, 92% daripada keperluan pendanaan ini dijangka diperoleh daripada sistem kewangan domestik. Sementara itu, keperluan pembiayaan untuk menyokong pembangunan infrastruktur secara besar-besaran di rantau Asia Pasifik juga dianggarkan sangat besar, sekitar USD8 trilion sepanjang dekad yang akan datang (Asian Development Bank: Infrastructure for a Seamless Asia 2010). Integrasi ekonomi dan kewangan global dan rantau yang lebih kukuh akan membuka peluang dan pasaran baharu buat sektor korporat dan kewangan Malaysia. Perubahan demografi di Malaysia, dengan lebih ramai pengguna berpendapatan sederhana yang berkemampuan, peningkatan bilangan penduduk yang memasuki usia persaraan, dan pengguna yang lebih bijak wang.

Sektor kewangan kini berada pada kedudukan yang kukuh untuk maju ke hadapan dan meraih manfaat daripada pelbagai peluang yang muncul daripada persekitaran yang lebih berdaya saing dan bersepadu
56 | 57
P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

Berikutan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kewangan yang lebih pelbagai, sektor kewangan perlu meningkatkan dan memperluas peranannya untuk menggembleng jumlah dana yang lebih banyak daripada pelbagai sumber dengan lebih berkesan dan cekap daripada sektor isi rumah dalam bentuk deposit runcit tradisional dan premium insurans, hinggalah kepada sumber lebih canggih seperti dana persaraan dan pelabur institusi bukan sahaja daripada sumber dalam negeri malah dari rantau ini juga. Oleh itu, sumber dana perlu diperuntukkan dengan lebih berkesan mengikut keperluan pembiayaan ekonomi yang pelbagai. Pasaran kewangan juga dijangka menjadi semakin penting untuk berfungsi sebagai pengantara utama untuk menjana dana, dan bagi pelabur yang mencari pulangan pasaran bagi penjanaan, pengumpulan dan pemeliharaan kekayaan. Sejajar dengan trend yang dijangka ini, institusi kewangan perlu meningkatkan kapasiti dan keupayaan untuk menawarkan lebih banyak rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan yang boleh menangani segala jenis risiko, memenuhi permintaan mudah tunai dan pilihan tempoh matang peminjam dan pelabur. Trend ini akan menjadi lebih penting apabila integrasi kewangan serantau menjadi semakin hebat. Sistem kewangan Malaysia, yang juga terdiri daripada institusi kewangan asing dan pasaran kewangan yang lebih maju, berada pada kedudukan yang kukuh untuk menggembleng simpanan serantau secara berkesan bagi disalurkan kepada aktiviti pelaburan serantau. Ini juga meliputi pengantaraan dalam pelbagai mata wang secara berkesan lagi cekap. Dari segi pembiayaan, bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan (IKP) dijangka terus menjadi penyedia utama pembiayaan tradisional kepada sektor isi rumah dan PKS. Bank pelaburan juga penting dalam mengatur pembiayaan dan penyelesaian kewangan lain untuk firma-firma, dengan fokus yang lebih besar terhadap aktiviti pelaburan besar merentas sempadan dan dalam pelbagai mata wang. Bagi memenuhi permintaan aktiviti ekonomi yang berteraskan inovasi dan usaha niaga permulaan, ekosistem modal risiko yang teguh diperlukan untuk menyediakan saluran pembiayaan melangkaui pembiayaan bank yang biasa. Selaras dengan jumlah modal lebih besar yang digembleng daripada produk berkaitan pelaburan, peluang juga terbuka buat institusi kewangan memperluas skop pembiayaan mereka melangkaui pembiayaan tradisional, iaitu ke arah pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan modal risiko. Untuk tujuan ini,

akan berlaku peralihan yang lebih besar ke arah budaya pengambilan risiko yang lebih seimbang dalam kalangan pembiaya yang akan membantu usaha niaga baharu oleh usahawan, sambil menyedari akan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam kalangan syarikat baharu. Seiring dengan perkembangan ini, infrastruktur sokongan akan dibangunkan untuk mengurangkan jurang maklumat yang tak simetri dan meningkatkan jumlah penyaluran maklumat, yang penting untuk memudahkan penilaian kredit yang lebih wajar dan menggalakkan penentuan kos risiko yang lebih cekap. Pasaran kewangan juga dijangka memainkan peranan yang lebih penting dalam pengantaraan kewangan pada masa hadapan, dengan perluasan jangkauan dan rangkaian instrumen kewangan agar simpanan dan

Bagi memenuhi permintaan aktiviti ekonomi yang berteraskan inovasi dan usaha niaga permulaan, ekosistem modal risiko yang teguh diperlukan untuk menyediakan saluran pembiayaan melangkaui pembiayaan bank yang biasa

P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

58 | 59

pelaburan jangka panjang dapat disuaipadankan dengan lebih baik. Langkah ini akan dilengkapi oleh pewujudan persekitaran yang kondusif bagi membantu pembiayaan besar-besaran untuk projek jangka panjang, khususnya pembiayaan infrastruktur. Seiring dengan langkah Malaysia meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburannya dengan negara-negara di rantau ini dan negara-negara lain, sektor kewangan berperanan penting dalam menyokong usaha pengembangan syarikat Malaysia, menjadi pengantara dana lebihan dari rantau ini untuk pelaburan yang produktif, dan memudahkan aliran modal merentas sempadan. Peningkatan permintaan pengguna, khususnya daripada penduduk berpendapatan sederhana yang semakin bertambah di rantau ini, juga menjadi

pemangkin utama bagi rangkaian perkhidmatan kewangan yang lebih canggih dan komprehensif. Kehadiran bank Malaysia di rantau ini dijangka makin meluas dan kukuh, manakala pasaran kewangan dijangka menjadi lebih teguh dengan jangkauan antarabangsanya yang lebih luas, khususnya dalam kewangan Islam. Dalam masa yang sama, penggunaan dana daripada sumber merentas sempadan untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan pelaburan ekonomi domestik, serantau dan antarabangsa, akan banyak menyumbang kepada usaha memperdalam sistem kewangan di Malaysia. Oleh itu, matlamat yang ingin dicapai adalah untuk membangunkan sistem kewangan yang teguh dan mampan yang menyokong aktiviti ekonomi untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai, memenuhi keperluan

pembiayaan domestik dan serantau semua firma merentas spektrum ganjaran-risiko (riskreward), dan menyokong pembiayaan projek besar dan jangka panjang. Kapasiti sistem kewangan juga akan ditingkatkan agar boleh menyokong pengantarabangsaan perniagaan Malaysia dengan lebih baik dan menyediakan rangkaian penyelesaian yang menyeluruh untuk mengurangkan risiko perniagaan dan kewangan. Seiring dengan langkah Malaysia untuk beralih ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, golongan kelas pertengahan dan paras pendapatan juga akan bertambah. Oleh itu, dari segi penyediaan produk dan perkhidmatan kewangan kepada sektor isi rumah, golongan ini akan memerlukan produk simpanan dan pelaburan pulangan risiko (risk-return) yang lebih pelbagai dan terbeza, serta pilihan pembiayaan untuk pendidikan, penjanaan, pengumpulan dan pemeliharaan kekayaan, serta perancangan kewangan. Permintaan pengguna juga akan merangkumi rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan berkualiti tinggi yang lebih pelbagai, pada kos yang efektif dan yang boleh dipercayai, serta ditawarkan melalui saluran penyampaian yang lebih senang untuk diakses, mudah dan cekap dari segi kos. Dengan tambahnya penduduk yang memasuki usia persaraan, lebih banyak penekanan akan diberikan terhadap pembangunan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan persaraan dan perubatan jangka panjang pengguna. Pembentukan rangka kerja persaraan yang lebih mantap dan cekap juga akan menjadi sumber pembiayaan jangka panjang yang penting bagi projek besar yang utama, yang diperlukan untuk melancarkan proses transformasi ekonomi.

P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

60 | 61

Penggunaan dana daripada sumber merentas sempadan untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan pelaburan ekonomi domestik, serantau dan antarabangsa, akan banyak menyumbang kepada usaha memperdalam sistem kewangan di Malaysia

Melangkah ke hadapan, visi yang didukung adalah supaya sektor kewangan menjadi asas bagi pencapaian transformasi Malaysia untuk menjadi ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi melalui pengantaraan kewangan dalam negeri dan serantau yang cekap dan berkesan, yang akan menggembleng pelbagai bentuk tabungan secara menyeluruh untuk disalurkan kepada spektrum aktiviti pelaburan yang meluas di Malaysia dan merentas sempadan. Sektor kewangan akan dapat menyalurkan dana daripada entiti yang mempunyai lebihan kepada entiti yang mengalami defisit, melalui rangkaian pengantaraan, pasaran dan instrumen yang serba lengkap, serta melaksanakan fungsi pengantaraan sehingga menghasilkan nilai tertinggi pada kos yang kompetitif. Proses ini akan didorong terutamanya oleh persaingan yang produktif dan amalan yang lestari, lantas menyumbang kepada usaha memelihara kestabilan kewangan. Ini akan dapat dicapai dengan mewujudkan: Ekosistem yang cergas dan mampan, terdiri daripada institusi kewangan yang pelbagai, kukuh dan berdaya saing serta pasaran kewangan yang pelbagai, yang disokong oleh infrastruktur kewangan yang cekap dan berkesan, serta persekitaran operasi yang kondusif; Keseimbangan yang wajar antara mekanisme pengawalseliaan dengan mekanisme berasaskan pasaran bagi memastikan pembangunan sektor kewangan adalah berterusan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan untuk memenuhi permintaan perniagaan dan individu; dan Penglibatan sistem kewangan Malaysia yang lebih giat pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Saranan 2.1.1
Meningkatkan keupayaan sektor kewangan untuk menyokong aktiviti bernilai tambah tinggi. Ini termasuk memenuhi keperluan kewangan perusahaan berinovatif sepanjang kitaran hayatnya, yang meliputi peralihan kepada peringkat pertumbuhan dan pengembangan, dan memudahkan jalan keluar yang efisien bagi pelabur baharu, dengan: i. Meningkatkan peranan institusi kewangan dalam membangunkan kemudahan pembiayaan dan pelaburan bercirikan perkongsian keuntungan dan risiko, seperti pembiayaan berasaskan ekuiti dan separa ekuiti. Ini akan

diperlengkap oleh pelindung yang mencukupi untuk memastikan agar aktiviti sedemikian tidak dibiayai oleh deposit runcit dalam institusi kewangan tersebut. ii. Menggalakkan penawaran pemfaktoran dan pajakan oleh institusi kewangan dan IKP untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil dan perniagaan permulaan. Ini termasuk pemfaktoran antarabangsa untuk membiayai pengeksport, memandangkan perdagangan Malaysia amat terbuka. sepenuhnya oleh IKP kepada sektor strategik sasaran, khususnya dalam sektor pertanian, koperasi dan PKS.
62 | 63
P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

iii. Menggalakkan rangkaian pembiayaan

iv. Menggalakkan pilihan berasaskan pasaran, seperti pertukaran belum terima (receivables exchange) yang membenarkan perusahaan perniagaan untuk menjual dagangan belum terima (receivables) kepada pelabur institusi menerusi lelongan masa nyata, untuk akses kepada pembiayaan yang lebih berkesan. v. Menggalakkan pembangunan kemahiran untuk menyokong bidang pertumbuhan baharu seperti teknologi hijau, dan amalan pembiayaan yang lestari dari segi sosial dan alam sekitar selaras dengan piawaian antarabangsa.

Saranan 2.1.3
Meningkatkan kapasiti sektor kewangan untuk memenuhi keperluan pembiayaan projek berskala besar dan jangka panjang domestik dan serantau, termasuk pembangunan infrastruktur. Penyediaan produk dengan tempoh matang yang lebih panjang akan memenuhi permintaan pelaburan jangka panjang syarikat insurans dan pelabur institusi, termasuk dana persaraan. Bagi mencapai matlamat ini, langkah berikut akan dilaksanakan: i. Menggalakkan perkongsian strategik antara

Saranan 2.1.2
Menambah penawaran rangkaian pendanaan
modal risiko swasta untuk semua peringkat pembiayaan melalui kerjasama dengan Kerajaan dan agensi lain untuk: i. Menggalakkan penubuhan funds of funds yang melabur dalam industri modal usaha niaga domestik dan serantau, serta menyediakan insentif bagi pelaburan dalam usaha niaga permulaan tempatan yang inovatif. Sumber pembiayaan berpotensi untuk diperoleh daripada pelabur usaha niaga persendirian tidak rasmi (business angels) tempatan dan asing, ekuiti swasta dan dana modal usaha niaga, serta pelabur institusi. ii. Membantu penubuhan institusi baharu dengan kepakaran khusus untuk menyediakan pembiayaan modal risiko, yang melengkapi industri ekuiti swasta dan modal usaha niaga. Kapasiti dan keupayaan IKP untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pembiayaan modal risiko juga akan ditingkatkan bagi menyokong sektor strategik sasaran.

institusi kewangan domestik dengan institusi kewangan asing yang mempunyai kepakaran khusus dalam pembiayaan projek jangka panjang. Langkah ini bertujuan memperkukuh keupayaan domestik. ii. Menggalakkan penyertaan institusi kewangan Malaysia pada peringkat serantau untuk samasama menggembleng dan memperuntukkan modal serantau secara berkesan, di samping tabungan dalam negeri, untuk projek tempatan dan serantau. iii. Menyokong penubuhan institusi baharu dengan kepakaran khusus dalam penstrukturan pembiayaan jangka panjang dan besar, khususnya dana infrastruktur, untuk meraih manfaat ekonomi ikut bidangan dengan mendapatkan dana daripada pelbagai pelabur, serta menggunakan tabungan serantau untuk dilaburkan dalam projek di dalam negara dan serantau. iv. Memperkukuh keupayaan penilaian dan pengurusan risiko syarikat insurans dan pelabur institusi, termasuk dana persaraan, agar prospek

dan daya maju kewangan projek jangka panjang dapat ditentukan dengan lebih baik, dan bukan semata-mata bergantung pada penarafan kredit bagi instrumen sedemikian.

ii. Bekerjasama dengan agensi Kerajaan, pakar industri, IKP, pembiaya, serta persatuan industri dan pertubuhan perniagaan untuk membina satu platform bersama untuk pertukaran maklumat produk dan perkhidmatan kewangan serta maklumat berkenaan yang lain. Bagi menghasilkan sinergi yang lebih baik, hubungan antarabangsa juga akan dijalin dengan entiti global seperti institusi kewangan asing, agensi galakan perdagangan asing dan syarikat multinasional. banyak institusi kewangan Malaysia yang layak di luar negeri, disokong oleh penyelarasan dan kerjasama merentas sempadan dalam pengawalseliaan, pengawasan dan pencegahan untuk memelihara kestabilan kewangan.
P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

Saranan 2.1.4
Menyokong penyertaan sektor perniagaan Malaysia pada peringkat serantau dan antarabangsa dengan meningkatkan pengetahuan institusi kewangan Malaysia mengenai pasaran yang berbeza-beza untuk menangani cabaran utama maklumat tak simetri. Ini termasuk: i. Menjalin perkongsian strategik dengan syarikat asing untuk memudahkan lagi pertukaran maklumat, penilaian risiko rakan niaga dan maklumat pasaran.

krisis serta mekanisme penyelesaian kewangan

64 | 65

iii. Memudahkan kehadiran dan penyertaan lebih

Saranan 2.1.5
Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi institusi kewangan untuk membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan agar syarikat perniagaan dapat menguruskan risiko perniagaan dengan lebih baik, dengan: i. Menggalakkan pembangunan dan penawaran rangkaian produk dan perkhidmatan mata wang asing yang lebih meluas untuk memenuhi permintaan perniagaan terhadap pembiayaan mata wang asing, perlindungan nilai bagi penerimaan dan pembayaran dalam mata wang asing, serta dedahan kepada mata wang asing yang lain. ii. Menggalakkan pembangunan dan penawaran insurans risiko politik untuk memastikan perlindungan yang mencukupi bagi sektor perniagaan Malaysia yang beroperasi di luar negeri. iii. Memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada syarikat insurans dan pengendali takaful yang layak untuk menaja jamin bon tanggungan dan menyediakan insurans jaminan kredit. Langkah ini akan menyediakan sektor perniagaan dengan pelbagai produk yang boleh mengurangkan risiko, seperti kontrak yang gagal dan penghutang yang tidak membuat bayaran. Had sedia ada yang ditetapkan ke atas perniagaan insurans ini akan dimansuhkan secara beransur-ansur, tertakluk kepada pematuhan kepada keperluan berhemat dan kapasiti institusi serta kekukuhan kewangan syarikat insurans dan pengendali takaful. iv. Memudahkan kemasukan kepakaran asing ke dalam industri broker insurans dan takaful serta penyelaras kerugian bagi menyokong perniagaan insurans dan takaful dengan lebih baik lagi, khususnya untuk mengurangkan risiko firma yang terlibat dalam aktiviti bernilai tambah tinggi.

Saranan 2.1.6
Meningkatkan akses kepada maklumat untuk mengurangkan jurang maklumat tak simetri dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengantaraan kewangan. Ini termasuk: i. Memperkukuh rangka kerja maklumat kredit untuk membantu penilaian kewangan peminjam yang lebih menyeluruh, dengan mengambil kira rekod prestasi pembayaran balik mereka terhadap tanggungan lain yang tidak termasuk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

ii. Mewujudkan kemudahan khidmat nasihat teknologi dengan mengumpulkan kepakaran pengamal dan ahli akademik domestik dan serantau untuk memperkukuh keupayaan institusi kewangan menilai cadangan berasaskan pengetahuan dan teknologi. Daya maju dan prospek perniagaan akan dinilai melalui satu sistem penarafan. Penilaian sedemikian perlu disediakan apabila diminta oleh institusi kewangan atau diminta sendiri oleh syarikat perniagaan. iii. Bekerjasama dengan Kerajaan untuk menubuhkan platform bersepadu bagi membolehkan pelabur tempatan dan asing menjalin hubungan dengan usahawan untuk meninjau peluang pelaburan. Langkah ini juga bertujuan untuk menyediakan satu pusat setempat bagi usahawan memaparkan idea perniagaan dan membolehkan mereka mempelajari sendiri kemahiran perniagaan dan kewangan yang sesuai.

Pembangunan industri persaraan juga dijangka meningkatkan peranan dana persaraan sebagai sumber pembiayaan yang utama, khususnya untuk keperluan pembiayaan ekonomi jangka panjang dan berasaskan risiko
munasabah sejak dari waktu bekerja sehingga persaraan. Pembangunan industri persaraan juga dijangka meningkatkan peranan dana khususnya untuk keperluan pembiayaan ekonomi jangka panjang dan berasaskan risiko. Usaha akan ditumpukan ke arah menjadikan syarikat insurans dan institusi perbankan sebagai pengantara utama dalam industri persaraan swasta untuk memperluas jangkauan produk persaraan. Ini dilakukan dengan memanfaatkan rangkaian cawangan institusiinstitusi tersebut yang luas. Di samping itu, usaha juga akan diambil untuk memperkukuh kesedaran pengguna dengan meningkatkan keyakinan mereka secara keseluruhan terhadap produk persaraan dan melindungi dana persaraan. Ini termasuk: i. Membangunkan infrastruktur sokongan dan rangka kerja pengawalseliaan untuk pembangunan dan penawaran produk persaraan yang pelbagai dan inovatif, seperti skim anuiti yang mengurangkan risiko kelanjutan umur
P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

persaraan sebagai sumber pembiayaan utama,

Saranan 2.1.7
Membangunkan industri persaraan swasta yang teguh untuk meningkatkan kesediaan rakyat Malaysia dari segi kewangan apabila bersara dan mencapai usia emas. Industri persaraan swasta sukarela pada asasnya akan memperlengkap skim simpanan persaraan wajib dan jaring keselamatan kebajikan warga emas. Industri persaraan swasta juga akan menyokong matlamat teras di bawah inisiatif perubahan persaraan Kerajaan, yang meliputi perlindungan terhadap risiko kemiskinan pada usia emas dan penggunaan yang lancar (consumptionsmoothing) bagi mengekalkan taraf hidup yang

66 | 67

Dengan bertambahnya golongan yang berkemampuan di Malaysia dan di seluruh rantau ini, permintaan terhadap penyelesaian kewangan yang inovatif dan direka khas juga akan meningkat untuk memenuhi permintaan individu yang pelbagai

dan inflasi, simpanan terkunci (locked-in) yang mengurangkan pengeluaran sebelum persaraan, dan penyelesaian kewangan untuk pesara seperti gadai janji balikan (reverse mortgages). ii. Bekerjasama dengan Kerajaan untuk merumuskan insentif yang boleh merangsang pembangunan industri persaraan swasta oleh syarikat insurans dan institusi perbankan. iii. Menggalakkan lebih banyak program pendidikan pengguna dan menerima pakai taraf penzahiran dan ketelusan produk yang mudah dan boleh difahami. iv. Memperkukuh jaring keselamatan kewangan bagi produk persaraan untuk meningkatkan keyakinan dan kebolehjangkaan paras pendapatan persaraan. v. Menggunakan parameter pengawalseliaan yang sesuai, yang terpakai untuk produk persaraan bagi mengekalkan kemampuan produk berkenaan memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan.

harta benda, peruntukan aset, perancangan cukai hinggalah perancangan persaraan. Pada masa hadapan, sistem dan infrastruktur institusi yang menyokong penyediaan produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang lebih berkesan akan merangkumi langkah berikut: i. Memperkemas rejim dua pelesenan yang sedia ada bagi penasihat dan perancang kewangan, termasuk potensi untuk pengharmonian dan penyatuan keperluan pengawalseliaan dan pengendalian bagi perancang dan penasihat kewangan. ii. Menggalakkan penubuhan pejabat keluarga (family offices) agar dapat memenuhi permintaan individu dan keluarga yang mempunyai aset lebih baik lagi lantas menyumbang kepada pencapaian aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat pengurusan kekayaan Islam global. iii. Menggalakkan aktiviti pengurusan dana dan kekayaan Islam melalui penawaran penyelesaian kewangan yang inovatif untuk memenuhi permintaan pelaburan yang lebih canggih daripada penduduk berkemampuan yang semakin ramai, termasuk sektor isi rumah di Asia. iv. Menggiatkan pembangunan perkhidmatan sampingan penting yang menyokong industri pengurusan kekayaan, seperti khidmat guaman dan perancangan harta tanah, melalui kerjasama dengan agensi pengawalseliaan dan persatuan industri yang berkenaan. v. Memudahkan institusi kewangan antarabangsa yang beroperasi di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan International Business and Financial Centre,
P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

kewangan bernilai bersih yang amat tinggi dengan

Saranan 2.1.8
Menambah penyediaan produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan agar dapat memenuhi permintaan penduduk berkemampuan yang semakin ramai dengan lebih baik lagi. Dengan bertambahnya golongan yang berkemampuan di Malaysia dan di seluruh rantau ini, permintaan terhadap penyelesaian kewangan yang inovatif dan direka khas juga akan meningkat untuk memenuhi permintaan individu yang pelbagai. Khidmat nasihat kewangan akan semakin mendapat tempat dalam perancangan dan pengaturan urusan kewangan golongan yang berkemampuan, iaitu daripada pengurusan

68 | 69

Labuan IBFC) untuk menawarkan perkhidmatan melalui yayasan dan syarikat amanah swasta kepada pelabur institusi dan individu yang mempunyai aset kewangan bernilai bersih yang tinggi.

teknologi baharu dan langkah institusi kewangan mengurangkan kos, menambah hasil, meningkatkan tahap kepuasan pengguna dan memperluas jangkauan ke seluruh negara. Antara inisiatif penting yang akan diperkenalkan di bawah strategi am ini termasuklah:

Saranan 2.1.9
Meningkatkan kapasiti dan keupayaan industri insurans dan takaful untuk menyediakan insurans perubatan dan kesihatan bernilai tambah lebih tinggi. Ini termasuk: i. Menggalakkan syarikat insurans dan pengendali takaful untuk menawarkan produk insurans dan takaful bernilai tinggi dan lebih canggih untuk melengkapi perlindungan asas yang disediakan di bawah skim pembiayaan kesihatan kebangsaan yang akan dilancarkan. Ini termasuk penyediaan manfaat penjagaan jangka panjang seperti kehidupan berbantu (assisted living) dan penjagaan hospis. ii. Menggalakkan perkongsian strategik yang lebih kukuh antara syarikat insurans domestik dengan institusi kewangan asing yang mempunyai kepakaran khusus dalam insurans dan takaful perubatan dan kesihatan.

i. Memansuhkan secara berperingkat-peringkat, sekatan terhadap institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia untuk menubuhkan saluran penyampaian di luar cawangan, seperti terminal dan kios elektronik di luar cawangan. Langkah ini sejajar dengan matlamat untuk menggalakkan penggunaan kaedah elektronik sebagai saluran penyampaian penting perkhidmatan kewangan bagi mempercepat perpindahan kepada pembayaran secara elektronik (rujuk bab Pembayaran Secara Elektronik untuk Meningkatkan Kecekapan Ekonomi). Institusi perbankan dijangka menggunakan fleksibiliti ini untuk memperkenalkan saluran penyampaian perkhidmatan kewangan yang lebih berkesan kos kepada pelanggan. ii. Memberikan fleksibiliti yang lebih kepada institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia untuk membuka cawangan dalam jangka masa sederhana, untuk menghasilkan jangkauan perkhidmatan kewangan yang lebih luas. Fleksibiliti ini akan diseimbangkan dengan pelindung bagi memastikan institusi perbankan terus memainkan peranan mereka untuk mencapai matlamat rangkuman kewangan (rujuk bab Mengukuhkan Integrasi Kewangan Serantau dan Antarabangsa). iii. Menggalakkan syarikat insurans dan pengendali takaful untuk meningkatkan penawaran

Saranan 2.1.10
Memberikan fleksibiliti operasi yang lebih kepada institusi kewangan untuk memperkenalkan produk baharu dan memperluas rangkaian pengagihan dan jangkauan mereka dengan pengguna, tertakluk kepada perlindungan yang wajar dan memenuhi keperluan kehematan. Inovasi dalam saluran penyampaian yang lalu, khususnya dalam segmen runcit, telah dirangsang oleh pengenalan

produk insurans dan takaful melalui saluran penyampaian di luar cawangan. Ini bertujuan untuk memperluas jangkauan perkhidmatan insurans dan takaful menerusi kaedah yang lebih berkesan kos dan menyumbang ke arah peningkatan kadar penembusan insurans dan takaful di negara ini. iv. Membenarkan institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia untuk menjalankan perniagaan sewa beli. Ini akan dimudahkan melalui pindaan yang sesuai terhadap perundangan.

Saranan 2.1.11
Meningkatkan mutu perkhidmatan dalam penyediaan perkhidmatan kewangan dan pengendalian perniagaan oleh institusi kewangan melalui: i. Bekerjasama dengan persatuan industri dan institut latihan untuk membangunkan mekanisme dan program latihan berasaskan pasaran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor kewangan. ii. Meningkatkan urus niaga yang saksama dalam perkhidmatan kewangan
P e n g a nta r a a n B e r k e s a n K e A r a h P e m b e ntu k a n E ko n o m i B e r n i l a i Ta m ba h Ti n g g i da n B e r p e n da pata n Ti n g g i

menerusi pengukuran mutu perkhidmatan yang telus. Inisiatif yang digariskan dalam bab ini akan dilaksanakan dengan serta-merta, dengan tumpuan khusus terhadap strategi untuk memperkukuh infrastruktur kewangan dan membentuk ekosistem kondusif bagi pengantaraan dana yang lebih berkesan dalam jangka pendek hingga sederhana. Ini termasuk inisiatif menambah baik rangka kerja maklumat kredit dan menyediakan kemudahan khidmat nasihat teknologi bagi menyokong penilaian cadangan berasaskan pengetahuan dan teknologi. Usaha untuk menambah baik struktur institusi akan dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan kecekapan proses pengantaraan dana. Ini termasuk menggalakkan institusi kewangan untuk membangunkan pembiayaan alternatif dan mendorong penawaran produk dan perkhidmatan kewangan baharu untuk memenuhi permintaan demografi yang semakin berubah.

70 | 71

membangunkan

pasaran kewangan
Pasaran kewangan mempunyai peranan yang penting dalam penggemblengan wang simpanan dan pengagihan modal secara produktif. Pasaran kewangan yang cekap juga menyokong pemindahan risiko dan pengurusan mudah tunai yang berkesan. Selaras dengan peralihan ekonomi Malaysia kepada ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi, pasaran kewangan yang teguh, berdaya saing dan berdaya tahan diperlukan untuk memenuhi permintaan yang pelbagai dan lebih kompleks daripada ekonomi yang lebih maju dan bersepadu dengan ekonomi antarabangsa.
72 | 73

yang meluas dan dinamik

Pasaran kewangan yang teguh, berdaya saing dan berdaya tahan diperlukan untuk memenuhi permintaan yang pelbagai dan lebih kompleks daripada ekonomi yang lebih maju dan bersepadu dengan ekonomi antarabangsa
Pada masa ini, pasaran kewangan Malaysia adalah antara yang termaju di Asia. Saiz pasaran sekuriti hutang telah berkembang kepada RM867 bilion atau 105% daripada KDNK pada 2011, menjadikannya salah satu daripada pasaran sekuriti hutang yang terbesar di rantau Asia yang sedang pesat membangun. Pasaran sekuriti hutang terus berkembang dengan peningkatan penyertaan penerbit dan pelabur antarabangsa. Pasaran modal Islam juga telah berkembang dari segi terbitan ringgit dan mata wang asing serta rangkaian instrumen kewangan baharu. Penerbit telah memenuhi permintaan terhadap produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang lebih inovatif. Kemajuan ini juga dirancakkan lagi dengan pelancaran indeks sukuk ringgit dan mata wang asing, hasil usaha sama Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Association of Islamic Banking Institution Malaysia), Bloomberg dan Bank Negara Malaysia. Indeks ini menandakan satu lagi peristiwa penting yang dicapai dalam pengantarabangsaan kewangan Islam di Malaysia.

Pasaran wang dan pasaran pertukaran asing telah berkembang dari segi kedalaman dan kecairan. Jumlah purata harian yang didagangkan dalam pasaran wang dan pertukaran asing pada tahun 2010 masingmasing mencecah RM39 bilion dan USD7.3 bilion. Jumlah urus niaga dalam pasaran pertukaran asing telah meningkat dengan ketara kepada 3.32 kali jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan, iaitu lebih tinggi daripada 1.64 kali yang dicatatkan pada tahun 2005. Saiz pasaran ekuiti turut berkembang, dengan permodalan pasaran meningkat daripada RM444 bilion pada tahun 2000 kepada RM1.2 trilion pada tahun 2010. Sementara itu, aliran keluar masuk pelaburan langsung dan modal portfolio telah meningkat,

dengan peningkatan trend pelaburan asing dan pelaburan portfolio di luar negeri oleh syarikat dan institusi tempatan. Aliran ini, dan perkembangan berterusan perdagangan serantau dan antarabangsa, akan mengukuhkan hala tuju integrasi yang lebih bersepadu antara pasaran kewangan Malaysia dengan pasaran kewangan antarabangsa, terutamanya pasaran di Asia. Sebahagian besar kemajuan dalam pasaran kewangan mencerminkan hasil gabungan inisiatif antara Bank dengan pengawal selia dan peserta dilaksanakan secara berperingkat-peringkat serta pembukaan sistem dan pasaran kewangan kepada kumpulan institusi asing yang lebih banyak juga merupakan faktor penyumbang
MEM B ANGUNKAN PASARAN KE W ANGAN YANG m e l u a s DAN DINAMIK

74 | 75

pasaran lain. Liberalisasi akaun modal yang

yang utama. Tambahan lagi, persekitaran pengawalseliaan telah memudahkan aktiviti pasaran kewangan dan aktiviti sektor benar. Melangkah ke hadapan, Pelan Sektor Kewangan menjangkakan pasaran kewangan Malaysia akan berkembang dari segi keluasan dan kematangan, serta menjadi laluan penting kepada pasaran ASEAN. Dalam bidang kewangan Islam, Malaysia juga dijangka menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa yang utama. Bagi mencapai matlamat ini, pasaran kewangan domestik akan ditumpukan ke arah melaksanakan peranan berikut: Memenuhi keperluan pendanaan syarikat, institusi kewangan dan pelabur secara kompetitif merentas rangkaian spektrum kematangan dan kepelbagaian keperluan pendanaan; Memenuhi keperluan pelaburan pelbagai pelabur institusi dan pelabur runcit melalui produk yang boleh dipasarkan atau disesuaikan dari segi pilihan instrumen dan kelas aset; Menawarkan pelbagai penyelesaian pengurusan risiko bagi memenuhi pelbagai permintaan pelabur portfolio, institusi kewangan dan syarikat dalam aktiviti pelaburan, pembiayaan dan perdagangan; serta Mengantara secara kompetitif dalam pasaran dalam negeri dan serantau serta memudahkan pelaburan, pembiayaan, pembayaran perdagangan dan penyelesaian di rantau ini.

Pasaran kewangan Malaysia akan berkembang dari segi keluasan dan kematangan, serta menjadi laluan penting kepada pasaran ASEAN; manakala Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa yang utama dalam kewangan Islam

Faktor-faktor sokongan
Pasaran kewangan yang teguh bergantung pada pembangunan holistik pasaran wang, pertukaran asing, bon, ekuiti dan derivatif serta infrastruktur sokongan. Peningkatan keupayaan institusi dan perlindungan kehematan yang sedia ada setakat ini telah memperkukuh keupayaan dan daya tahan peserta kewangan serta meletakkan industri dalam persekitaran yang lebih bersepadu dan berdaya saing. Institusi kewangan yang kukuh dan bertaraf tinggi serta disokong oleh sistem penyelesaian dan pembayaran global yang bersepadu akan meningkatkan lagi keupayaan pasaran untuk menawarkan perkhidmatan yang berdaya saing dan menjalankan aktiviti kewangan merentas sempadan. Ini termasuk mengambil manfaat daripada kewujudan institusi kewangan antarabangsa yang kukuh dan besar di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan International Business and Financial Centre, Labuan IBFC) untuk menyumbang kepada pasaran yang teguh. Dengan diperkukuh oleh rangka kerja pengawalseliaan, yang akan membolehkan Malaysia diiktiraf sebagai netting friendly

negara-negara serantau dan antarabangsa. Prasyarat yang telah tersedia akan membuka laluan kepada pengantarabangsaan ringgit sepenuhnya, iaitu akses kepada pasaran ringgit oleh bukan pemastautin bagi tujuan selain penyelesaian perdagangan dan pelaburan akan diliberalisasikan sepenuhnya. Meskipun langkah sedemikian akan meningkatkan lagi kecekapan dalam menjalankan urus niaga kewangan dalam pasaran ringgit, langkah tersebut turut disertai risiko aktiviti pertukaran asing spekulatif yang
76 | 77
MEM B ANGUNKAN PASARAN KE W ANGAN YANG m e l u a s DAN DINAMIK

berpotensi menggugat kestabilan pasaran ringgit. Oleh itu, prasyarat perlu dipenuhi termasuk mempunyai pasaran pertukaran asing dalam negeri dan pasaran wang yang mendalam dan teguh serta memastikan pengurusan risiko dan amalan tadbir urus korporat yang mantap oleh peserta pasaran kewangan. Prasyarat ini akan memudahkan peningkatan aliran dua hala dan penghasilan mekanisme dan instrumen untuk menguruskan risiko. Rangka kerja pengawasan dan perlindungan kehematan juga perlu dipertingkat untuk mengurangkan atau menguruskan risiko tersebut, khususnya untuk mencegah aktiviti spekulatif yang berlebihan yang akan melemahkan keseluruhan makroekonomi dan kestabilan sektor kewangan. Saranan dalam Pelan Sektor Kewangan ini akan memberikan tumpuan kepada pasaran wang, pertukaran asing dan sekuriti kerajaan. Saranan yang digariskan di bawah akan menjadi teras inisiatif Bank untuk membangunkan pasaranpasaran ini.

jurisdiction, kos menjalankan urus niaga


pasaran kewangan di Malaysia akan berkurang dengan ketara. Liberalisasi pentadbiran pertukaran asing yang berperingkat-peringkat bersama-sama dengan komitmen untuk menyokong perkembangan pasaran kewangan akan meningkatkan lagi hubungan antara Malaysia dengan

Saranan 2.2.1
Menggalakkan pasaran wang yang cekap dan berdaya saing yang lebih mendalam dengan tahap kecairan yang lebih tinggi dengan menawarkan pelbagai instrumen pasaran wang dalam ringgit dan mata wang asing, dengan penyertaan oleh pelbagai peserta. Ini termasuk: i. Mengurangkan risiko rakan niaga dan meningkatkan kecairan dalam urus niaga pasaran wang dengan menggalakkan peningkatan jumlah urus niaga sekuriti dan urus niaga berasaskan cagaran. Ini akan melibatkan pembangunan selanjutnya pasaran perjanjian belian balik (repo) untuk urus niaga dalam negeri dan merentas sempadan. Bank menyasarkan untuk mencapai 70% daripada urus niaga pasaran wang borong dalam repo konvensional dan repo berasaskan Syariah atau sebarang bentuk urus niaga berasaskan cagaran lain dengan menggalakkan urus niaga repo bagi pendanaan ringgit dan mata wang asing, termasuk menggunakan cagaran merentas sempadan dalam denominasi mata wang asing. Tambahan lagi, operasi monetari berasaskan sekuriti dan urus niaga bercagar, termasuk menerima sekuriti jangka pendek korporat yang bertaraf tinggi serta sekuriti mata wang asing yang layak, akan memudahkan usaha untuk mencapai sasaran tersebut. ii. Meluaskan penyertaan dalam pasaran wang borong dengan melibatkan syarikat yang layak bagi meningkatkan tahap kecairan. Ini termasuk membenarkan syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan untuk menyertai pasaran wang borong secara langsung dan meluaskan

peranan pengantaraan broker pasaran wang untuk memberikan perkhidmatan kepada syarikat yang layak. iii. Menggalakkan derivatif kadar faedah yang mendalam dan cair bagi perlindungan nilai yang berkesan dari segi kos oleh institusi kewangan dan syarikat melalui liberalisasi penyertaan bukan pemastautin dalam pasaran derivatif kadar faedah tempatan untuk meningkatkan kecairan di dalam pasaran dan meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran bagi menggalakkan penggunaan derivatif kadar faedah yang lebih meluas oleh syarikat, dana persaraan, dan syarikat insurans serta pengendali takaful. iv. Meluaskan saiz dan rangkaian instrumen pasaran wang berasaskan Syariah untuk memenuhi keperluan pasaran yang berbeza melalui penyelesaian inovatif yang berlandaskan Syariah dengan menggalakkan instrumen berasaskan ekuiti (termasuk instrumen hibrid). Ini akan dicapai melalui penggunaan instrumen tersebut dalam operasi monetari Bank, serta bekerjasama dengan peserta pasaran bagi mewujudkan mekanisme/platform untuk bankbank Islam melindungi dedahan risiko mereka.

Saranan 2.2.2
Meningkatkan kecairan dalam pasaran sekuriti hutang kerajaan dan pasaran sukuk dengan meningkatkan keluk kadar hasil tanda aras, meningkatkan penawaran produk dan memperkenalkan produk derivatif sekuriti hutang kerajaan. Kecairan yang tinggi dalam pasaran sekuriti hutang kerajaan akan membantu mengurangkan kos dan risiko pembiayaan kepada Kerajaan dan menyediakan keluk kadar hasil tanda aras yang reflektif, yang membantu peserta pasaran untuk meletakkan harga yang sesuai bagi sekuriti hutang swasta. Ini juga akan membolehkan Kerajaan menguruskan hutang awamnya dengan lebih baik dan bagi sektor swasta memperoleh dana dengan lebih efisien untuk membiayai inisiatif jangka panjang. Saranan bagi mencapai matlamat tersebut termasuk: i. Menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan untuk meningkatkan kekerapan terbitan sekuriti tanda aras kerajaan pada keseluruhan keluk kadar hasil dan memastikan saiz terbitan adalah mencukupi untuk menyokong keperluan kecairan dan penandaan aras oleh pasaran kewangan. ii. Memudahkan belian balik atau penukaran sekuriti off-the-run kerajaan secara aktif untuk menyokong keperluan mudah tunai dan penentuan harga yang lebih telus pada keseluruhan keluk kadar hasil. iii. Meningkatkan saiz pengeluaran bil perbendaharaan kerajaan untuk menambah baik pengurusan kewangan dan pengendalian hutang Kerajaan.

iv. Memperluas dimensi produk dalam pasaran sekuriti kerajaan untuk mewujudkan harga tanda aras bagi instrumen ini dengan memperkenalkan sekuriti jangka panjang dan sekuriti berkaitan indeks, menggalakkan sekuriti kerajaan berlandaskan Syariah yang inovatif dengan menggunakan kontrak ekuiti dan hibrid serta menerbitkan sekuriti dalam mata wang serantau untuk meningkatkan produk yang ditawarkan bagi pasaran sekuriti hutang dan sukuk mata wang asing di Malaysia. Ini mungkin juga merangkumi terbitan sekuriti dalam
78 | 79
MEM B ANGUNKAN PASARAN KE W ANGAN YANG m e l u a s DAN DINAMIK

mata wang serantau melalui Labuan IBFC.

Saranan 2.2.3
Memperluas penyertaan pelabur dalam pasaran sekuriti kerajaan, dengan:

i. Meneroka pelaburan dan saluran pengedaran yang berkesan dari segi kos bagi penyertaan runcit secara langsung dalam pasaran sekuriti hutang

Usaha akan ditumpukan untuk meningkatkan kecairan, kedalaman dan penyertaan dalam pasaran wang, pertukaran asing dan sekuriti kerajaan, dan peraturan pentadbiran pertukaran asing akan diliberalisasikan secara berperingkat-peringkat bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam urus niaga pasaran kewangan

dan pasaran sukuk, terutamanya dalam pasaran sekuriti kerajaan. ii. Menjalin kerjasama dengan negara serantau bagi membangunkan rangka kerja peniaga utama serantau untuk menjadi penggerak pasaran bagi urus niaga sekuriti kerajaan merentas sempadan.

perniagaan mereka ke luar negeri dan lebih ramai rakyat Malaysia melabur pada peringkat antarabangsa, wujud keperluan untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan bagi memenuhi pembiayaan mata wang asing untuk pelaburan jangka panjang, melindung nilai penerimaan dan pembayaran, serta pengurusan risiko lain. Dalam hal ini, saranan adalah untuk memberikan tumpuan kepada akses dan peningkatan kecairan dalam pasaran pertukaran asing serta menggalakkan institusi kewangan untuk menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan mata wang asing yang lebih luas. Oleh itu, saranan untuk memperluas penyertaan dalam pasaran pertukaran asing dalam negeri adalah seperti yang berikut: i. Membenarkan syarikat menguruskan secara aktif dedahan mata wang asing yang disebabkan oleh operasi mereka di luar negeri. ii. Membenarkan dana keinstitusian dan pelabur runcit untuk berdagang dalam mata wang asing, termasuklah perdagangan margin, sebagai satu kelas dan saluran pelaburan baharu, tertakluk kepada perlindungan yang sewajarnya. iii. Membenarkan institusi kewangan menawarkan platform perdagangan Internet dan elektronik kepada syarikat dan pelabur runcit, tertakluk kepada penzahiran risiko sepenuhnya, dan pematuhan kepada keperluan perlindungan kehematan dan perlindungan pelabur. iv. Membenarkan penyertaan daripada bukan pemastautin dalam pasaran derivatif pertukaran asing dalam negeri tanpa didasari oleh perdagangan atau pelaburan, tertakluk kepada had kehematan terhadap pendanaan dan saiz kedudukan terbuka (open position).

Saranan 2.2.4
Mempertingkat mekanisme pengurusan risiko dan instrumen untuk menguruskan dedahan risiko. Derivatif dan instrumen pengurusan risiko lain boleh digunakan untuk melindungi nilai pelaburan, melindung nilai liabiliti serta meningkatkan kecairan pasaran sekunder, dengan: i. Memberikan lebih fleksibiliti kepada Peniaga Utama dalam menjalankan aktiviti jualan singkat. ii. Memperluas skop Garis Panduan untuk Program Meminjam dan Pemberian Pinjaman Sekuriti bagi membenarkan bukan Peniaga Utama meminjam dan memberi pinjaman sekuriti. iii. Meningkatkan mekanisme dan infrastruktur yang memudahkan urus niaga repo berasaskan sekuriti seperti pusat penjelasan untuk urus niaga repo. iv. Menstrukturkan terbitan sekuriti kerajaan untuk menyokong reka bentuk dan spesifikasi kontrak sekuriti niaga hadapan kerajaan.

Saranan 2.2.5
Perkembangan dalam pasaran pertukaran asing di Malaysia setakat ini memberikan tumpuan kepada memenuhi peningkatan keperluan perdagangan dan pelaburan langsung daripada sektor benar. Apabila syarikat mengembangkan

Saranan 2.2.6
Menyokong penggunaan mata wang serantau untuk penyelesaian aktiviti perdagangan dan pelaburan langsung bagi mengurangkan kos urus niaga dan risiko dalam urus niaga serantau merentas sempadan. Ini akan menjurus kepada kewujudan kelas aset baharu dalam pasaran Malaysia, bercirikan pelbagai rangkaian produk pelaburan dalam denominasi mata wang serantau, dengan: i. Menggalakkan institusi kewangan menyediakan sebut harga silang pertukaran asing secara langsung dengan pihak rakan niaga di dalam dan juga di luar negeri. Bank akan menyediakan kemudahan mudah tunai mata wang asing dalam mata wang serantau yang ditetapkan untuk memudahkan penyelesaian perdagangan. ii. Membenarkan institusi kewangan memberi sebut harga silang ringgit kepada pemastautin dan bukan pemastautin dengan perlindungan yang sewajarnya untuk menambah baik pautan pengantaraan. iii. Mempromosikan Malaysia sebagai pusat operasi perbendaharaan serantau untuk syarikat multinasional pemastautin tempatan dan untuk syarikat multinasional asing.

(Realtime Electronic Transfer of Funds and Securities, RENTAS) dengan depositori sekuriti antarabangsa. ii. Mewujudkan platform perdagangan elektronik bagi mata wang serantau sebagai pelengkap kepada penawaran produk dan perkhidmatan kewangan merentas sempadan yang berkesan dari segi kos. iii. Bekerjasama dengan industri pasaran kewangan untuk menubuhkan Organisasi Pengawalseliaan Kendiri (Self Regulatory Organisation, SRO) untuk meningkatkan profesionalisme dalam pasaran pertukaran asing.
80 | 81
MEM B ANGUNKAN PASARAN KE W ANGAN YANG m e l u a s DAN DINAMIK

Pelaksanaan inisiatif akan bermula serta-merta dengan memberikan tumpuan kepada peningkatan kepelbagaian produk dan akses kepada pasaran kewangan serta meningkatkan integrasi dengan pasaran serantau dan pasaran global. Pada tempoh jangka sederhana, pelaksanaan strategi akan tertumpu kepada pengukuhan keupayaan institusi kewangan dan peluasan akses kepada pasaran kewangan untuk lebih banyak peserta. Ini akan meningkatkan kecairan pasaran dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan di samping menggalakkan aktiviti pasaran. Pada masa yang sama, infrastruktur pasaran akan dipertingkat untuk menyokong kecekapan urus niaga kewangan. Pada tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang, integrasi pasaran kewangan dengan pasaran serantau dan global akan terus dipertingkat melalui pemberian akses yang lebih luas kepada bukan pemastautin. Dengan wujudnya keupayaan pengurusan risiko yang lebih kukuh serta perlindungan kehematan dan mekanisme perlindungan pelabur yang dilaksanakan dengan sewajarnya, pasaran kewangan Malaysia akan menjadi lebih bersepadu dengan ekonomi antarabangsa serta mempunyai hubungan kukuh dengan ekonomi sedang pesat membangun lain dan pusat kewangan sedia ada.

Saranan 2.2.7
Membangunkan infrastruktur dan pengaturan keinstitusian yang akan menyokong perdagangan mata wang asing, serta pembayaran dan penyelesaian dalam negeri yang cekap dan berkesan dari segi kos. Ini termasuk: i. Menggalakkan infrastruktur rangkaian sepunya (common network infrastructure), termasuk mewujudkan pautan antara sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata

perkongsian kemakmuran yang lebih meluas melalui

rangkuman kewangan
Agenda rangkuman kewangan (financial inclusion) yang dilaksanakan supaya semua anggota masyarakat mempunyai peluang untuk menggunakan perkhidmatan kewangan melalui sistem kewangan formal, akan terus menjadi komponen utama strategi pertumbuhan yang terangkum di Malaysia. Rangkuman kewangan akan membolehkan rakyat, termasuk penduduk yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar, memperoleh peluang untuk menjalankan urus niaga kewangan, menjana pendapatan, mengumpul aset dan

82 | 83

melindungi diri mereka dari segi kewangan daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini dan di luar jangkaan, sekali gus membolehkan mereka mendapat manfaat daripada kemajuan ekonomi. Ini selanjutnya akan menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang mampan dan seimbang. Pelbagai inisiatif dilaksanakan sejak sedekad yang lalu telah berjaya menambah baik dengan nyata rangkuman kewangan di Malaysia. Ini termasuk pengenalan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi pelbagai keperluan daripada semua segmen. Hal ini diperkukuh oleh pembangunan rangka kerja pendidikan pengguna dan perlindungan, serta pengukuhan infrastruktur kewangan yang diperlukan. Selain itu, peranan dan keupayaan institusi kewangan

pembangunan (IKP) juga telah diperkukuh. Hasil daripada inisiatif ini, penggunaan akaun deposit telah meningkat daripada 1,975 akaun deposit bagi setiap 1,000 orang dewasa pada tahun 2000 kepada 2,954 akaun deposit bagi setiap 1,000 orang dewasa pada tahun 2010. Sementara itu, penggunaan akaun pembiayaan telah meningkat daripada 310 akaun pembiayaan bagi setiap 1,000 orang dewasa pada tahun 2000 kepada 858 akaun pembiayaan bagi setiap 1,000 orang dewasa pada tahun 2010. Kejayaan ini telah menaikkan kedudukan Malaysia dalam pelbagai pemeringkatan rangkuman kewangan global. Ini termasuk Malaysia menduduki tangga pertama sejak tahun 2007 bagi kategori Mendapatkan Kredit

dalam indeks Kemudahan Menjalankan Perniagaan oleh Bank Dunia (World Bank) dan tangga ke-8 daripada 142 negara pada tahun 2011 untuk Kemudahan Akses kepada Pinjaman oleh Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum). Pada masa hadapan, dalam ekonomi yang semakin didorong oleh pasaran dan lebih berdaya saing, usaha yang lebih giat diperlukan untuk mencapai wawasan sistem rangkuman kewangan yang terbaik bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan, untuk mempunyai akses, dan dapat menggunakan perkhidmatan kewangan asas yang berkualiti serta berpatutan bagi memenuhi keperluan mereka, demi perkongsian kemakmuran yang lebih meluas. Kejayaan untuk mencapai agenda rangkuman kewangan akan berlandaskan pencapaian berikut: Meningkatkan akses yang mudah kepada perkhidmatan kewangan, termasuk di kawasan luar bandar.

Membolehkan segenap lapisan rakyat menggunakan perkhidmatan kewangan dengan lebih berkesan, termasuk golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan, menerusi pertambahan rangkaian produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan mereka. Mempertingkat kualiti perkhidmatan kewangan yang dapat memenuhi keperluan kewangan segenap lapisan rakyat, termasuk golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

Menggunakan saluran yang inovatif untuk meningkatkan jangkauan perkhidmatan kewangan yang berkualiti serta mampu dibayar yang lebih cekap dari segi kos. i. Menyokong perkembangan perbankan ejen dengan membangunkan rangka kerja perbankan ejen yang menyeluruh bagi membolehkan jangkauan perkhidmatan kewangan pada kos yang lebih rendah. Perbankan ejen terdiri daripada perniagaan bukan bank (contohnya pejabat pos, stesen-stesen minyak dan rantaian peruncitan lain) oleh institusi kewangan untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan.

Usaha yang lebih giat diperlukan untuk mencapai wawasan sistem rangkuman kewangan yang terbaik bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan, untuk mempunyai akses, dan dapat menggunakan perkhidmatan kewangan asas yang berkualiti serta berpatutan bagi memenuhi keperluan mereka, demi perkongsian kemakmuran yang lebih meluas

p e r k o n g s i a n k e m a k m u r a n ya n g l e b i h m e l u a s m e l a l u i r a n g k u m a n k e w a n g a n

84 | 85

Saranan 2.3.1

Dengan memanfaatkan teknologi, perbankan ejen turut menyumbang kepada agenda pembayaran elektronik dengan memudahkan penambahan dalam bilangan kad debit, terminal jualan (POS) dan perkhidmatan perbankan mudah alih.

memulakan perniagaan, memiliki kediaman, melanjutkan pengajian dan menjamin persaraan. iii. Memudahkan industri insurans/ takaful membangunkan produk insurans mikro/ takaful mikro yang menyediakan perlindungan kewangan yang mencukupi kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan daripada kejadian-kejadian tidak diingini yang tidak diduga dengan cara yang efisien dari segi kos, mudah diakses dan senang untuk difahami, menerusi persekitaran pengawalseliaan yang diperlukan, kapasiti penyampaian yang lebih tinggi serta kesedaran pasaran dan celik pengguna yang tinggi.

ii. Mempercepat pelaksanaan saluran penyampaian yang inovatif, termasuk perbankan mudah alih dengan memanfaatkan kemajuan teknologi dan mengukuhkan kerjasama antara pihak berkepentingan yang berkenaan termasuk syarikat telekomunikasi. Ini akan membolehkan pengguna menjalankan urus niaga kewangan dengan mudah pada setiap masa tanpa perlu mengunjungi pusat akses kewangan fizikal.

Saranan 2.3.3 Saranan 2.3.2


Menambah kepelbagaian jenis produk dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kewangan rakyat yang berbeza-beza, termasuk golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. i. Menggalakkan produk pembiayaan mikro yang fleksibel bagi membolehkan pengeluaran pembiayaan dengan cepat apabila diperlukan dan membuat prabayaran balik pembiayaan pada masa senang, bagi memenuhi keperluan perusahaan mikro yang mempunyai aliran pendapatan yang tidak tetap atau bermusim. ii. Mempertingkat penyediaan produk-produk simpanan mikro jangka panjang berkontrak dengan komitmen simpanan berkala yang rendah dan pulangan yang menarik bagi membolehkan isi rumah yang berpendapatan rendah memupuk tabiat menabung dan memenuhi matlamat jangka panjang seperti Memperkukuh pengaturan keinstitusian bagi menyediakan perkhidmatan kewangan kepada segenap lapisan rakyat, termasuk golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan di samping mempertingkat keupayaan pengamal kewangan secara berkesan dan mampan. i. Memperkukuh peranan institusi kewangan pembangunan yang khusus dalam rangkuman kewangan, yang menggembleng tabungan daripada penyimpan kecil di Malaysia serta mempertingkat pembiayaan mikro kepada perusahaan mikro. Ini dapat dicapai dengan mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang wajar bagi rangkuman kewangan, jumlah perwakilan ahli lembaga pengarah yang mencukupi serta mempunyai kepakaran yang bersesuaian dalam rangkuman kewangan, dan keupayaan yang lebih tinggi untuk membangunkan produk yang inovatif.

ii. Menggalakkan penyedia latihan kewangan untuk menawarkan latihan rangkuman kewangan yang berstruktur dan berpatutan dari segi kos kepada ahli profesional daripada institusi kewangan, koperasi, institusi pembiayaan mikro dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Latihan seperti ini juga boleh diadakan di rantau ini bagi berkongsi pengalaman dengan pelbagai negara lain. iii. Mempertingkat pemantauan terhadap kemajuan rangkuman kewangan melalui rangka kerja holistik bagi memantau matlamat utama yang dikehendaki bagi rangkuman kewangan yang bertujuan untuk mencapai jangkauan yang lebih meluas dan mudah, penggunaan kewangan yang tinggi dan bertanggungjawab serta kepuasan pengguna yang tinggi. Selain itu, kemajuan rangkuman kewangan juga dipantau melalui indeks rangkuman kewangan bagi memudahkan pemantauan kemajuan rangkuman kewangan secara menyeluruh di Malaysia.

ii. Mempertingkat peranan dan jangkauan perkhidmatan menerusi LINK Bergerak (perkhidmatan bas dan kaunter bergerak) dan kerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna. Saranan-saranan bagi semua inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat dalam jangka terdekat dan sederhana. Dalam fasa pertama, usaha akan difokuskan kepada penggunaan saluran inovatif untuk memperluas jangkauan perkhidmatan kewangan yang sedia ada kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan ciri-ciri produk dan perkhidmatan kewangan akan terus diperluas untuk memenuhi keperluan yang pelbagai dan berbeza-beza daripada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. kewangan dan golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan akan dipertingkat untuk pengantaraan dana dengan lebih berkesan.
p e r k o n g s i a n k e m a k m u r a n ya n g l e b i h m e l u a s m e l a l u i r a n g k u m a n k e w a n g a n

Akhir sekali, keupayaan penyedia perkhidmatan

Saranan 2.3.4
Mempertingkat pengetahuan dan keupayaan golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan untuk menggunakan perkhidmatan kewangan secara bertanggungjawab. i. Meningkatkan penyediaan khidmat nasihat untuk menambah keupayaan perusahaan mikro menjana pendapatan. Penglibatan yang lebih meluas daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai keupayaan untuk memberikan bimbingan secara berkesan dan mempunyai hubungan yang kukuh dengan usahawan mikro bagi membina kemahiran dan keyakinan komuniti perusahaan mikro.

Rangka kerja perbankan ejen yang menyeluruh akan dibangunkan bagi meluaskan jangkauan perkhidmatan kewangan pada kos yang lebih rendah

86 | 87

kewangan. Dalam fasa kedua, kepelbagaian dan