Anda di halaman 1dari 2

Teori pembelajaran sosial Albert Bandura telah digunakan sepanjang pelaksanaan pengajaran mikro kami.

Teori Pembelajaran sosial telah dipelopori oleh seorang tokoh terkenal iaitu Albert Bandura. Teori ini adalah terkenal dengan teknik peniruan atau modeling yang menekankan kepada faktor di mana manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku yang menghasilkan ganjaran. Peringkat peniruan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peniruan secara lansung, peniruan sekat dan tak sekat lakuan, serta peniruan elisitasi. Albert bandura mengemukakan model determinisme timbal balik yang mengandungi tiga faktor utama iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran. Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang merupakan hasil interaksi antara faktor dalam diri dan persekitaran (Mohd Fuad Sam, 2013). Sewaktu PdP berlansung pada tempoh hari, kumpulan saya telah memilih untuk menggunakan teknik peniruan secara lansung. Peniruan lansung melibatkan kejadian apabila seorang model (guru) melakukan sesuatu dan individu (murid) akan meniru kelakuan tersebut. Pengaplikasian teori tersebut diguna pakai sewaktu guru memberi penerangan dan membina model kereta bersama-sama dengan lakuan murid membina model. Selain itu, teori pembelajaran yang telah diaplikasikan sewaktu pelaksanaan pengajaran mikro pada tempoh hari adalah teori pelaziman operan yang telah diasaskan oleh EL Thorndike. Menurut Thorndike, hubungan antara ransangan dan gerak balas akan menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif (Mohd Fuad Sam, 2013). Berdasarkan teori ini, Thorndike telah memperkenalkan tiga hukum pembelajaran.

Hukum Pembelajaran
THORNDIKE

hukum kesan
ransangan positif -> gerak balas = gerak balas diulang

hukum latihan
mengulang semula apa yang telah dipelajari

hukum kesediaan
kesediaan murid yang cukup untuk belajar

Hukum pembelajaran Thorndike

Sewaktu PdP berlansung, guru memberi ransangan dan pujian kepada murid untuk menggalakkan lagi gerak balas yang memberansangkan antara murid dan guru. Ini juga

menimbulkan suasana yang positif dan menyeronokkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pembawaan murid kepada rasa berjaya adalah penting bagi mendapatkan keyakinan dan minat murid dalam meneruskan aktiviti dan mendapat hasil yang memberansangkan. Guru yang tidak kedekut dengan pujian akan menambahkan rasa puas hati dan gembira dalam diri murid. Selain itu, ransangan positif seperti ganjaran hadiah telah diberikan kepada murid-murid yang dapoat menjawab soalan dengan betul. Walau bagaimanapun, ganjaran yang terlalu kerap akan melunturkan keterujaan murid dan akan membuatkan murid menjadi bosan.