Anda di halaman 1dari 4

BATU SEREMBAN

Bahan : 5 biji batu setiap pasukan Satu pasukan 2 orang; 1 cikgu, 1 murid Bilangan pasukan : 5 1. Cikgu Murid 2. Cikgu Murid 3. Cikgu Murid 4. Cikgu Murid 5. Cikgu Murid : : : : : : : : : :

Buah Enam: Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai. Ambil dua batu. Lambung satu batu ke atas sambil menukarkan batu seremban dalam genggaman dengan satu lagi batu yang terletak di atas lantai. Buat yang sama untuk batu-batu yang lain. Buah Tujuh: Sambung pada Buah Enam. Lambung dua batu yang terletak di akhir peringkat enam. Kutip satu batu dengan tangan kanan dan tangkap batu yang akan jatuh di tangan yang berlainan. Buat begini sehingga ada tiga batu di dalam tangan kiri dan dua batu di dalam tangan kanan. Lambung kedua-dua batu di tangan kanan dan tangkap seketul batu seremban di tangan kiri dan seketul di tangan kanan. Lambung batu-batu yang di tangan kanan dan tangkap dengan tangan yang ada empat batu. Buah Lapan: Campakkan kelima-lima batu di atas lantai. Pihak lawan pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas. Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain. Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus Timbang: Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk mendapat mata.

Cara Permainan Buah Satu: Campakkan kelima-lima batu seremban ke lantai. Lambung seketul batu seremban ke atas sambil mengambil seketul batu seremban di bawah. Tangkap batu yang dilambung sebelum ia jatuh ke lantai. Buat begini untuk semua batu di atas lantai. Buah Dua: Ulangi Batu Satu tetapi kutip dua batu dalam satu masa. Buah Tiga: Ulangi Buah Satu. Kali kedua batu seremban dilambung, kutip ketiga-tiga batu seremban di lantai. Buah Empat: Ulangi Buah Satu tetapi ambil kesemua batu seremban di lantai Buah Lima: Genggam kelima-lima batu seremban. Lambungkan seketul batu seremban ke atas dan letakkan batu seremban yang digenggam ke lantai. Tangkap batu yang dilambung dan ulangi Batu Empat.

Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan. Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula. Tangkap batu seremban yang ada di tangkap Batu yang dapat ditangkap = 1 mata Batu yang dijatuhkan = 0 mata -----------Tamat Permainan---------

* Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada pihak lawan * Sekiranya pihak lawannya juga gagal menghabiskan lapan peringkat ini juga, maka pemain itu akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan

CONGKAK Bahan : sebuah congkak dan guli (bilangan bergantung pada lubang congkak) setiap pasukan Satu pasukan 2 orang; 1 cikgu, 1 murid Bilangan pasukan : 5 1. Cikgu Murid 2. Cikgu Murid 3. Cikgu Murid 4. Cikgu Murid 5. Cikgu Murid : : : : : : : : : :

sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Dengan syarat ia telah melalui kampung lawan Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

* Permainan hanya diadakan 1 kali perlawanan * Pemenang akan dikira berdasarkan bilangan guli

Cara Permainan 2 orang pemain untuk sesebuah pasukan 2 orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak Pada permulaan akan bermain serentak Perlu masukkan buah 1 demi 1 pada setiap lubang kampung bermula dari kanan ke kiri Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti

TENG-TENG Bahan : i. Gundu (benda yang leper), ii. tape untuk garisan gelanggang (9 kotak kosong) iii. kapur untuk membuat rumah Permainan secara berkumpulan; 2 pasukan Satu pasukan 4 orang; 2 cikgu, 2 murid Bilangan pasukan : 2

sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan. Membina Rumah Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat ke dalam setiap petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan permulaan. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

Pasukan 1: 1. 2. 3. 4. Pasukan 2: 1. 2. 3. 4.

Cara Permainan
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan kumpulan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula. Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya

Setelah masa permainan tamat Pemenang akan dikira berdasarkan i. Bina rumah/ ii. Kedudukan gundu dalam petak Gelanggang Permainan

GALAH PANJANG Bahan : i. tape untuk garisan gelanggang Permainan secara berkumpulan; 2 pasukan Satu pasukan sekurang-kurangnya 5 orang Bilangan pasukan : 2

Peraturan Permainan Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

Pasukan 1: 1. 2. 3. 4. 5. Pasukan 2: 1. 2. 3. 4. 5. Cara Permainan Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

. Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika mana-mana ahli pasukan dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka ahli itu dikira mati. Ahli lain boleh teruskan permainan