Anda di halaman 1dari 16

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1


(PROSA MODEN)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN.
M.A (Bahasa Melayu) UPM

ULI SAPA LET IT


Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

KASUT KELOPAK JANTUNG Ghazali Lateh Sinopsis Pada Hari Guru setiap tahun Cikgu Harun akan menerima hadiah daripada anak muridnya. Cikgu Harun teringat akan peristiwa yang telah berlaku hampir tiga dekad yang lalu ketika beliau menjadi guru di sebuah kawasan pedalaman. Ahmad merupakan seorang pelajar yang miskin dan tinggal bersama ibunya. Oleh itu, dia tidak mampu untuk membeli kasut untuk dipakai ke sekolah. Dia hanya berkaki ayam ke sekolah sejak selipar jepunnya putus. Pada suatu hari, Ahmad tidak menukar pakaian sukan dan tetap berkaki ayam pada waktu Pendidikan Jasmani. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad dengan menyuruhnya memakai kelopak jantung pisang sebagai kasut. Cikgu Harun melarang Ahmad membuka kelopak jantung pisang itu sehingga dia membeli kasut baru. Ahmad berasa sedih dan malu dengan hukuman tersebut. Sejak dari itu, dia tidak datang ke sekolah. Perkara ini membimbangkan Cikgu Harun. Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau berasa sedih dan pilu melihat kedaifan hidup anak muridnya itu. Setelah seminggu, Ahmad masih memakai kasut kelopak jantungnya. Cikgu Harun telah membelikan Ahmad sepasang kasut dan pakaian baru untuk ke sekolah. Akhirnya Ahmad telah menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar dan Cikgu Harun telah bersara menjadi seorang pendidik. Tema Kesusahan hidup seorang murid miskin dan tanggungjawab guru terhadap muridnya. Persoalan i. ii. iii. iv. Ketabahan dalam menuntut ilmu Murid yang patuh pada perintah guru Bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan Ingatan dan penghargaan terhadap jasa guru

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

Watak dan Perwatakan Cikgu Harun Guru yang mengajar di kawasan pedalaman Tegas dan garang Baik hati Berjiwa sensitif Ahmad Murid tahun tiga Seorang murid yang miskin Seorang murid yang tabah Seorang yang mengenang budi

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Latar Masa: Tempat: Masyarakat: pada zaman sekarang, tiga dekad yang lalu, pada waktu pagi dan petang di dalam kelas, di padang dan di rumah Ahmad masyarakat pedalaman yang miskin, masyarakat guru dari bandar yang mengajar di kawasan pedalaman, masyarakat yang cekal, masyarakat yang berjaya, dan masyarakat yang mengenang budi Pemilihan diksi yang indah dan jelas maksudnya Ayat pendek - Ahmad berlalu, Bila nak beli?, Saya Cikgu Harun. Simile - seperti menanti hukuman gurunya, terasa ketika itu kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik Metafora - denai-denai sempit, menghidupkan enjin, raut wajah Peribahasa - seperti ayam kalah menyabung, seperti lurus bendul, kecil hati Sinkope - tak, nak Inversi - Hendak angkat muka, dia berasa malu

Nilai i. ii. iii. iv. Tegas - Cikgu Harun tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru Cekal - Ahmad cekal menuntut ilmu walaupun dia hidup dalam kemiskinan Mengenang budi - Ahmad tidak pernah melupakan jasa gurunya Bersimpati - Cikgu Harun berasa sedih dan simpati melihat kedaifan hidup Ahmad

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

Pengajaran i. ii. iii. iv. Kita hendaklah sentiasa patuh kepada arahan guru Kita hendaklah memahami perasaan dan masalah orang lain Kita mestilah menghargai jasa guru yang pernah mendidik kita Jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak boleh berjaya

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

Sinopsis

TEMPANG Pitteriah Abdullah

Mengisahkan remaja yang kurang upaya bernama Hafizi yang tempang sejak dilahirkan. Oleh kerana kecacatan kakinya itu, dia sering diejek dan dibuli oleh Kamil. Namun Hafizi tidak pernah melawan. Kamil membenci Hafizi kerana Hafizi merupakan pelajar yang cemerlang dan disayangi oleh guru. Walaupun cacat, Hafizi seorang yang baik hati dan tidak berdendam terhadap Kamil. Kelas Tingkatan 4 Sains 1 telah mengadakan aktiviti mandi-manda di kolam yang diawasi oleh Cikgu Lee dan Cikgu Ridzuan. Semasa bermandi-manda, tiba-tiba Raja menjerit meminta tolong kerana Kamil lemas di dalam kolam. Dengan pantas, Hafizi terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil. Raja memberi bantuan pernafasan dari mulut ke mulut kepada Kamil. Kamil mengucapkan terima kasih kepada Hafizi dan berasa malu serta menyesal akan perbuatannya selama ini terhadap Hafizi Tema Kemuliaan hati seorang anak muda yang cacat dan tabah mengharungi kehidupan . Persoalan i. ii. iii. iv. Kecacatan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan Kelebihan orang yang cacat fizikal Sifat cemburu kerana tidak suka melihat kelebihan orang lain Bersyukur ke atas anugerah Tuhan

Watak dan Perwatakan Hafizi Pelajar Kelas 4 Sains 1 Anak orang berada Bijak dalam pelajaran Penyabar, baik hati dan berani Tidak berdendam

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

Kamil Raja Latar i. ii. iii.

Pelajar Kelas 4 Sains 1 Suka mengganggu Hafizi Cemburu akan kepandaian Hafizi Penyabar, baik hati dan berani Insaf setelah hampir lemas Pelajar Kelas 4 Sains 1 Sahabat karib Hafizi Seorang yang baik hati Merendah diri dan suka mempertahankan rakannya

Masa: Tempat: Masyarakat:

waktu pagi dan waktu tengah hari di dalam bilik darjah dan di kolam mandi masyarakat pelajar di sebuah sekolah menengah dan masyarakat guru yang mengajar di sekolah menengah

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. Nilai i. ii. iii. iv. Bersyukur - Hafizi tidak pernah menyesal dilahirkan dalam keadaan cacat Hormat- menghormati - Walaupun cacat ,Mei Ling dan Raja menghormati Hafizi Keberanian - Hafizi berani terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Kamil Hemah tinggi - Kamil meminta maaf kepada Hafizi setelah menyedari kesilapannya Ayat pendek - Sudah makan?, Tak balik lagi? Tengoklah dulu! Metafora - kaki samseng, matanya meliar, dasar kolam Personafikasi - muka pintu Sinkope - kau, tak, nak Simpulan bahasa - busuk hati

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah sentiasa hormat-menghormati sesama manusia Jangan memandang rendah dan menghina orang yang cacat Memberi kemaafan merupakan perbuatan yang terpuji dan dipandang mulia

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

TUKANG LAMA Hasan Ali Sinopsis Pak Talib bekerja sebagai seorang tukang yang mengambil upah membuat rumah untuk menyara keluarganya. Sejak Manas, tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung itu, rezeki Pak Talib semakin berkurangan. Manas menggunakan cara pertukangan moden. Walaupun hasil kerja tangan Manas menjadi pilihan, namun Pak Talib tidak memusuhi Manas. Malah, Pak Talib kagum dengan hasil kerjanya. Mak Lamah sering meleteri Pak Talib atas kesempitan hidup mereka. Upah yang diterima oleh Pak Talib tidak cukup untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh isterinya. Pada suatu hari, Mak Lamah tidak lagi berleter ketika Pak Talib pulang ke rumah seperti biasa. Pak Talib berasa hairan dengan sikap isterinya itu. Rupa-rupanya Manas telah merisik Si Timah, anak Pak Talib. Pak Talib berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk menerima Manas sebagai menantunya. Tema Kepayahan hidup yang dialami oleh seorang tukang rumah lama kerana kehadiran tukang rumah baru yang moden. . Persoalan i. ii. iii. iv. Tanggungjawab suami mencari nafkah untuk menyara keluarganya Menerima nasib yang telah ditentukan Tuhan Kepayahan hidup masyarakat kampung untuk mencari rezeki yang halal Konflik generasi lama untuk meneruskan kehidupan dalam zaman moden

Watak dan Perwatakan Pak Talib Suami kepada Mak Lamah Seorang tukang lama Bertanggungjawab menyara keluarga Seorang yang penyabar

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

Mak Lamah Isteri Pak Talib Kuat berleter Seorang isteri yang setia Tidak faham masalah suaminya Manas Tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan Hasil kerjanya menjadi pilihan orang kampung Telah merisik anak gadis Pak Talib, Si Timah Latar i. ii. iii. Masa: Tempat: Masyarakat: pada zaman moden, waktu pagi dan waktu petang di rumah Pak Talib, di rumah Che Mamat masyarakat kampung yang kurang ilmu, masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup, generasi baru yang moden

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. Nilai i. ii. iii. Bertanggungjawab - Pak Talib mengambil upah bertukang untuk menyara keluarga Gigih - Pak Talib gigih mengambil upah bertukang walaupun upahnya sedikit Kesabaran - Pak Talib sabar mendengar leteran isterinya setiap hari Personifikasi Metafora Peribahasa Sinkope Sindiran Kira-kira tak akan mati wang masuk asam garam, orang pingitan, ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa ada tak, tu Nampaknya awak sekarang jadi tukang reban ayam saja

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah bersabar apabila ditimpa kesusahan dalam hidup Janganlah kita iri hati dengan kejayaan dan pencapaian orang lain Kita hendaklah gigih dan cekal dalam mencari rezeki yang halal

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

YURAN Omar Mamat Sinopsis Mak Jah yang hidup dalam kemiskinan tidak mampu membayar yuran sekolah dan peperiksaan PMR anaknya, Amin. Amin berasa malu apabila teringat akan tindakan Cikgu Arshad yang memintanya menjelaskan yuran di dalam kelas. Pengetua pula memberi amaran jika gagal menjelaskan yuran tersebut, Amin akan dikeluarkan daripada senarai calon peperiksaan PMR. Amin mengambil keputusan untuk ponteng sekolah dan pergi ke pecan. Ketika di pekan, Amin telah berjaya menangkap seorang peragut yang telah meragut beg tangan seorang wanita. Amin dan peragut tersebut telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat. Semasa di balai polis, Amin telah disapa oleh wanita mangsa ragut tersebut. Amin bertindak meninggalkan wanita itu dan pulang ke rumah. Dia telah tertinggal beg sekolahnya di balai polis. Wanita mangsa ragut itu telah datang ke rumah Amin untuk memulangkan beg sekolah Amin. Wanita itu telah memberikan sumbangan kepada Amin sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya menangkap peragut. Tema Kesabaran seorang pelajar mengharungi kesempitan hidup. . Persoalan i. ii. iii. iv. v. Kesabaran menghadapi kesusahan hidup Kepayahan ibu membesarkan anak selepas kematian suami Keberanian membanteras kejahatan Kepentingan ilmu dalam hidup Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan yang memerlukan

Watak dan Perwatakan Amin Remaja lelaki berusia 15 tahun Tidak mampu membayar yuran PMR Seorang yang berani Patuh akan perintah ibunya Rendah diri dan mudah tersinggung

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

Mak Jah Ibu Amin Tabah menghadapi kepayahan hidup Seorang yang penyayang Seorang yang bertanggungjawab Cikgu Arshad Guru kelas Amin Seorang yang tegas dan garang Wanita Mangsa ragut Ramah dan baik hati Mengenang budi Latar i. ii. iii. Masa Tempat Masyarakat : : : pagi, semasa sesi persekolahan di rumah, di sekolah, di dalam kelas, di dalam bilik pengetua, di pasar raya masyarakat kampung yang miskin, masyarakat di sekolah, masyarakat yang baik hati dan mengenang budi

Gaya Bahasa i. ii. iii. Nilai i. ii. iii. iv. v. vi. Kasih sayang Ketegasan Kesabaran Keberanian Kesyukuran Bertanggungjawab Simile Metafora Peribahasa Mukanya merah bagai udang bakar, berlingkar macam ular sawa kekenyangan ibunya dibaluti kesusahan, kotak fikiran, membatukan diri sebesar kangkang kera, memasang telinga, jalan pintas

Pengajaran i. ii. iii. Janganlah berputus asa dalam menempuh dugaan hidup Jangan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan Kita hendaklah mengenang jasa insan yang telah berbudi

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

10

TRAUMA EMBAH Haryati Abu Nasir Sinopsis Ibu seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual peralatan dapur dari kampung ke kampung. Ibu sudah berusiatetapi nampak sihat, cergas dan awet muda. Bermula dengan modal yang kecil, perniagaan ibu tetap berjaya walaupun tanpa mempunyai asas dalam perniagaan. Setelah datuk meninggal dunia, embah tinggal dengan Mak Cik Rafiah di Kuala Lumpur selama lebih lapan 13 belas tahun. Sejak suami Mak Cik Rafiah meninggal dunia secara mengejut, embah dibawa pulang ke kampung dan dijaga oleh ibu. Embah adalah seorang isteri yang penyabar. Embah membesarkan lima orang anak sendiri dan empat orang anak tiri. Embah juga gigih membantu datuk mencari rezeki dengan mengutip susu getah. Datuk pula sangat garang sehingga Embah dan anak-anaknya amat takut kepada datuk. Datuk meninggal dunia kerana sakit tua. Sebenarnya Embah mengalami trauma kerana pernah kehilangan dua orang anak lelaki dalam masa seminggu. Datuk melarang Embah meratapi kematian anaknya. Embah amat tertekan. Pada usia 80 tahun, Embah dibayangi kisah silamnya dan dia hilang ingatan. Namun ibu menjaga Embah dengan penuh kasih sayang walaupun terpaksa berhenti berniaga. Ibu mahu membalas jasa Embah yang telah melahirkan dan membesarkannya. Abah sentiasa di sisi ibu untuk memberi sokongan moral. Tema Ketabahan dan kesabaran seorang anak menjaga ibunya yang sakit. Persoalan i. ii. iii. iv. v. Pengorbanan dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya Kesabaran dan ketaatan seorang isteri Bertolak ansur sesama saudara sendiri Perniagaan sebagai sumber rezeki

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

11

Watak dan Perwatakan Embah Ibu Berusia 80 tahun Membantu datuk menyara keluarga Isteri yang setia dan penyabar Seorang ibu dan nenek yang penyayang Uzur dan sudah hilang ingatan Belajar hingga darjah enam Sihat dan awet muda Seorang anak dan ibu yang penyayang Seorang yang bertanggungjawab

Mak cik Adik kepada ibu Kematian suami pada usia muda Tabah menjaga embah yang uzur Datuk Latar i. ii. iii. Masa Tempat Masyarakat : : : zaman kini, siang dan malam, petang bulan Ramadan Kampung Jelutong, Kuala Lumpur, rumah ibu, hospital, dapur masyarakat desa, masyarakat bandar yang tinggal di Kuala Lumpur, masyarakat yang mementingkan ikatan kekeluargaan Tegas dan panas baran Bekerja sebagai penoreh getah

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. vi. Nilai i. ii. iii. Bertanggungjawab - ibu dan mak cik menjaga embah selepas datuk meninggal Pengorbanan - ibu sanggup berhenti berniaga untuk menjaga embah Taat - Embah sangat taat dan takut kepada datuk
12

Personifikasi - dimakan usia, menangkap butiran perkataan, mencengkam jiwa Metafora - bermata hijau, basikal tua Peribahasa - naik angin, cahaya mata, syurga di bawah tapak kaki ibu Hiperbola - tulang di dada embah membukit Bahasa Inggeris - lavender Ayat pendek - Dia mengajar, Jiwanya tertekan

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang sesama anggota keluarga Kita hendaklah menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

13

Sinopsis

SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN Kamalkhalid Kamarludin

Kamal telah menerima sepucuk surat daripada Abe yang akan berpindah dan bersekolah semula di Kuantan. Sementara menunggu keluarganya menyusul untuk proses perpindahan, Abe akan tinggal di rumah Kamal. Mengenang kembali peristiwa lama, Abe dan Kamal berkawan baik sejak kecil. Tiga tahun yang lalu Abe terpaksa berpindah ke negeri asalnya, Kelantan mengikut keluarganya. Sejak dari itu mereka berhubung melalui telefon dan berutus surat. Sejak berada di Kuantan, Kamal membawa Abe bersiar-siar di sekitar bandar Kuantan. Kamal berasa runsing melihat Abe yang murung dan kadang kala sakit perut. Kamal cuba membongkar rahsia Abe tapi tidak berkesempatan berbuat demikian. Kamil dan Abe belajar di sekolah yang sama. Namun Abe ditempatkan di kelas yang bersebelahan dengan kelas Kamal kerana keputusan peperiksaannya lebih baik. Keakraban Kamal dan Abe membuatkan rakanrakan Kamal yang lain cemburu. Pada suatu hari, Abe mengadu sakit perut. Kamal cuba bertanyakan masalahnya namun Abe hanya menyatakan bahawa suatu hari nanti Kamal akan tahu juga. Apabila keputusan PMR diumumkan, Kamal dan Abe mendapat keputusan yang cemerlang. Kamal berasa sangat gembira. Namun, dia berasa sedih apabila Abe dibawa oleh keluarganya ke Kelantan semula. Sebelum pergi, Abe sempat memberikan sepucuk surat kepada Kamal. Belum sempat Kamal habis membaca surat pemberian Abe itu, adiknya telah merampas surat tersebut dan mencampakkannya ke dalam unggun api. Tema Semangat setia kawan antara dua orang insan Persoalan i. ii. iii. iv. Menghargai hubungan persahabatan Keikhlasan dalam persahabatan membawa banyak kesan positif Berjauhan tidak bermakna akan putus hubungan Sahabat yang baik dan ikhlas akan kekal dalam ingatan

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

14

Watak dan Perwatakan Kamal Abe Adik Latar i. ii. iii. Masa Tempat Masyarakat : : : waktu pagi, petang dan malam di Lorong 5, Bandar Teruntum, Kuantan, Terminal Bas Makmur, Berjaya Megamall dan di Sekolah Menengah Saint Thomas masyarakat pelajar di sekolah menengah dan masyarakat guru Nama sebenarnya Wan Mohd Tarmizi Rakan karib Kamal Bijak dan cemerlang dalam pelajaran Menyimpan rahsia hidupnya Adik kepada Kamal Merampas surat Abe daripada Kamal dan mencampakkannya ke dalam unggun api Berusia 15 tahun Kawan baik Abe Menghargai persahabatannya dengan Abe Ingin mengetahui rahsia kesihatan Abe

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. vi. Nilai i. ii. iii. Menghargai persahabatan - Kamal menghargai persahabatannya dengan Abe Prihatin - Kamal risau akan keadaan kesihatan Abe dan selalu murung Rajin - Kamal dan Abe rajin mengulang kaji pelajaran bersama-sama Personifikasi - mengukir kenangan, memecah kesunyian subuh Metafora - buku rahsia, tirai malam Peribahasa - naik darah, kurang siuman, bagaikan isi dengan kuku, jejak langkah Hiperbola - Aku melompat seolah-olah melepasi ketinggian Menara Berkembar Petronas Simile - seperti orang gila, seperti menyimpan buku di perpustakaan Bahasa Arab Assalamualaikum

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

15

Pengajaran i. ii. iii. Kita hendaklah mengekalkan persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi Kita hendaklah mengambil berat dan prihatin terhadap masalah orang lain Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan

Antologi Kasut Kelopak Jantung Prosa Moden

16