Anda di halaman 1dari 13

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI KASUT KELOPAK JANTUNG TINGKATAN 1


(PUISI MODEN)
CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN.
M.A (Bahasa Melayu) UPM

ULI SAPA LET IT


Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

Kian kita lupa Pada usul jerih bangsa Bila mewah harta di birai mata

KIAN KITA LUPA Zulfazlan Jumrah

Manusia lupa akan kesusahan bangsa sendiri kerana leka dengan kesenangan yang dikecapi kini. Kian kita lupa Pada derita moyang dahulu kala Bila asyik riak dan berbangga. Manusia semakin lupa akan penderitaan generasi terdahulu kerana berbangga dengan apa yang diperoleh hari ini. Kian kita lupa Pada azab dan seksa di sana Bila Tuhan melimpahkan kurnia. Manusia sering lupa pada azab dan seksaan pada hari akhirat kerana leka dengan nikmat kurniaan Tuhan. Tetapi Kita hanya tak lupa Bila terlewat masa Untuk menyesali segala Terlanjur laku dan bicara Bahagia bertukar derita Gembira menjadi duka. Manusia akan menyesali kesilapan yang telah dilakukan apabila ditimpa kesusahan atau kesedihan. Tema Sikap manusia yang sering lalai dan leka dengan kesenangan yang dikecapi pada hari ini sehinggakan lupa kepada orang-orang terdahulu yang telah banyak berjasa dan lupa kepada Tuhan yang telah mengurniakan nikmat-Nya. Persoalan i. ii. iii. iv. Manusia bersikap sombong dengan kemewahan yang dinikmati. Manusia hendaklah insaf dan menyesali kesilapan yang pernah dilakukan. Sikap manusia yang tidak menghargai dan mengenang jasa generasi terdahulu. Sikap manusia yang hanya mengingati Tuhan apabila berada dalam kesusahan.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

Nada Melankolik kerana maksudnya yang mengingatkan kita kepada keinsafan diri sendiri. Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. Nilai i. ii. iii. Bersyukur. Contoh : kita perlu mensyukuri nikmat kemewahan yang diberi oleh Tuhan. Mengenang budi. Contoh : mengingati jasa baik dan pengorbanan pejuang bangsa. Hemah tinggi. Contoh : jangan menghina orang lain dan perlu sedar asal usul diri kita. Bahasa Arab Metafora Sinkope Perlambangan azab, kurnia birai mata tak di sana (melambangkan akhirat)

Pengajaran i. ii. iii. iv. Kita tidak boleh lupa diri apabila mendapat kemewahan dalam hidup. Kita mestilah berasa bersyukur dengan nikmat pemberian Tuhan. Hargailah jasa dan pengorbanan nenek moyang kita terdahulu. Kita perlu ingat bahawa kesenangan dan kemewahan bersifat sementara.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

LEBAH DAN MADU Siti Zaleha M. Hashim Di pohon sana pada dahan pohon tualang lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang serangga yang cergas sentiasa hidup sepakat sikap yang terpuji. Sekumpulan lebah sedang membuat sarang pada sebatang dahan pohon tualang. Lebah merupakan sejenis serangga yang cergas dan sentiasa bekerjasama. Ada ratu ada pekerja berkumpul dan bekerjasama madu manisnya penawar penyakit manusia. Dalam kehidupan lebah, ratu dan pekerja saling bekerjasama untuk menghasilkan madu yang berguna kepada manusia. Lebah-lebah pada dahan pohon tualang kau membuat aku sedar harus selalu berusaha dan meninggalkan jasa seperti madumu yang istimewa. Kehidupan lebah pada pohon tualang telah memberi pengajaran kepada penyajak agar berbuat jasa kepada semua. Tema Mengingatkan pembaca supaya mencontohi lebah, iaitu serangga yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain. Persoalan i. ii. iii. iv. v. Kita perlu mencontohi kehidupan makhluk lain. Bermuafakat dalam menjalani kehidupan. Sikap rajin berusaha membawa ke arah kebaikan. Sikap bekerjasama tanpa mengira pangkat dan darjat. Membuat kebaikan dan berbakti kepada orang lain.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. Nilai i. ii. iii. Kerajinan. Contoh: Rajin berusaha untuk menghasilkan sesuatu. Bermuafakat. Contoh : bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Insaf. Contoh : penyajak menjadi insaf dan mencontohi sikap lebah. Simile Diksi Repetisi Unsur alam seperti madumu yang istimewa penawar penyakit manusia ada ratu ada pekerja pohon tualang

Pengajaran i. ii. iii. iv. Kita hendaklah berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Kita hendaklah hidup bekerjasama kerana kehidupan di dunia saling melengkapi . Kita hendaklah hidup bermuafakat dan bekerjasama tanpa mengira perbezaan taraf. Kita hendaklah prihatin dan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

HARI AKHIR PERSEKOLAHAN Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib Ada suara hati yang tersisip di celah buku-buku ada mata batin yang mengintip pesan para guru ada air jernih yang tumpah dalam dakapan perpisahan ada tangan nakal yang mengukir; merdeka, kita ke takah dewasa! Menceritakan peristiwa pada hari terakhir persekolahan. Penyajak berasa sedih untuk berpisah dengan rakan-rakan dan guru-guru. Penyajak juga teringat akan pesanan guru dan kenakalannya. Tetapi pada masa yang sama, penyajak berasa gembira kerana sudah bebas daripada alam persekolahan dan melangkah ke alam dewasa. Tema Jati diri murid untuk mencintai buku dan menghargai ilmu serta saat-saat akhir meninggalkan alam persekolahan Nada Sedih kerana mengimbau kembali kenangan penyajak sewaktu berada di alam persekolahan. Persoalan i. ii. iii. iv. Mengingati pesanan guru. Kenangan indah semasa di amal persekolahan. Mengingati pelajaran yang telah diajar di sekolah. Persediaan untuk melangkah ke alam dewasa.

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. Metafora Personafikasi Perlambangan Asonansi Aliterasi suara hati, mata batin, tangan nakal mengintip pesan, mendakap perpisahan air jernih dalam dakapan perpisahan (pengulangan a) merdeka, kita ke takah dewasa! (pengulangan k)

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

Nilai i. ii. iii. Mencintai ilmu pengetahuan Kasih sayang. Mengenang jasa.

Pengajaran i. ii. iii. iv. Kita hendaklah mengingati ilmu yang telah dipelajari semasa di sekolah. Kita hendaklah mengasihi dan menyayangi rakan-rakan dan guru-guru di sekolah . Kita mestilah berani menghadapi cabaran yang mendatang. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru kita.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

JANGAN Sulastri Abadi Jangan bawa pergi anakku! Aku masih mencintai anakku! Permata hati belahan jiwa Pembalut luka dan penghibur lara Satu-satunya pujaan hati. Penyajak enggan membenarkan anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya. Jangan kaubawa lari anakku! Kerana tidak boleh berpisah antara aku dengannya hidupku dan selalu menjadi mata hatiku pilu terasa, rapat dada bila cinta anakku kau pisah suka sakit diri, perih terasa akan lupa apa saja dibuatnya cinta ayah pada anak mungkin lebih dari cinta ibunya. Penyajak tidak dapat berpisah dengan anaknya kerana dia akan merana dan derita menanggung rindu. Penyajak juga menyatakan mungkin kasih sayang bapa terhadap anak melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Jangan bawa pergi anakku! Akan kucari di mana pun dia kini. Penyajak berazam akan mencari anaknya jika anaknya dibawa pergi walau di mana jua anaknya berada. Tema Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Nada Sajak ini bernada melankolik kerana penyajak meragu agar dia tidak dipisahkan dengan anaknya. Persoalan i. ii. iii. iv. Perasaan kasih sayang yang sejati. Keperitan akibat perpisahan yang berlaku. Tekad untuk mencari anak yang hilang. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak yang tercinta.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. v. Nilai i. ii. iii. Kasih sayang. Penyajak amat menyayangi anaknya dan tidak sanggup berpisah. Bertanggungjawab. Melaksanakan peranan untuk membesar dan mendidik anak. Keazaman. Penyajak berazam untuk mencari anaknya di mana jua jika terpisah. Sinkope Inversi Pengulangan Asonansi Aliterasi ku pilu terasa, perih terasa, pedih terasa Jangan bawa pergi anakku (pengulangan 2 kali) akan lupa apa saja dibuatnya (pengulangan a) bila cinta anakku kau pisah suka (pengulangan k)

Pengajaran i. ii. iii. iv. Kita hendaklah sentiasa menyayangi keluarga. Kita hendaklah sanggup berkorban demi orang yang kita sayangi. Janganlah kita menyakiti hati ibu bapa kerana mereka menyayangi kita. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

DIARI LAMA SMahadzir Di halaman diari ini aku amati selembar tulisan tentang perjuangan bertitis air mata mengalir namun tak sederas darah yang tertumpah. Penyajak membaca catatan tentang perjuangan kemerdekaan tanah air dengan perasaan sedih dan bersimpati kerana banyak kematian dan peristiwa yang memilukan telah berlaku. Di naungan panji yang megah kutegakkan cinta dan kasih sayang anak bertuah bumi merdeka pada semarak ulang tahun diulit riang bersalut hiba Dataran Merdeka menyambut suka gagah perbarisan anak-anak Malaysia menghayun langkah menongkah persada riang di naungan nusa, makmur setiap ketika sampai bila-bila. Penyajak menyaksikan sambutan ulang tahun kemerdekaan dan menyatakan rasa cinta kepada negara masih membara. Penyajak berasa gembira kerana negara telah mencapai kemerdekaan dan berasa sedih kerana terkenang perajurit yang telah terkorban.Penyajak berharap negara akan terus makmur sampai bila-bila. Tema Bertemakan semangat patriotik, mengimbau kenangan penyajak terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan negara kita. Semangat cinta akan negara dilahirkan melalui perayaan Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun. Nada Sajak ini bernada patriotik kerana penyajak menggambarkan dia bersemangat tinggi untuk mempertahankan kemerdekaan tanah air.. Persoalan i. ii. iii. iv. v. vi. Pengorbanan yang dilakukan demi negara yang tercinta. Perasaan cinta terhadap tanah air. Semangat patriotisme dapat dilahirkan melalui sambutan Hari Kebangsaan. Untuk memerdekakan tanah air memerlukan banyak pengorbanan. Berasa bangga menjadi anak bangsa dalam negara yang merdeka. Harapan untuk masa depan negara yang cerah.
10

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. Nilai i. ii. iii. Cinta akan negara. Bangga dan taat setia kepada negara. Pengorbanan. Para pejuang terdahulu sanggup berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Mengenang jasa. Penyajak mengenang jasa para perajurit kemerdekaan negara. Personafikasi Metafora Paradoks Sinkope menyambut suka, menongkah persada, bersalut hiba naungan panji diulit riang bersalut hiba tak

Pengajaran i. ii. iii. iv. Kita hendaklah berterima kasih kepada orang yang telah berjasa kepada negara. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air. Kita hendaklah sanggup berkorban demi negara yang tercinta. Kita hendaklah memelihara kemakmuran dan keamanan negara.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

11

ASAP Maya Iza Azizan Asap, mengapakah bisamu memedihkan mataku menangis tanpa sebab? Asap menyebabkan mata penyajak berair kerana berasa pedih. Asap, mengapakah rongga-ronggamu semakin lama semakin membesar dan aku tenggelam lemas tanpa airnya? Rongga asap yang semakin membesar menyebabkan manusia lemas. Asap, hanya satu jantungku ini telah kaurampas berjuta-juta yang lain tua dan muda tanpa belas. Asap telah merosakkan saluran pernafasan dan merampas kehidupan manusia tanpa mengira tua atau muda tanpa belas kasihan. Asap, tidak dapat kurasai dengan sentuhan tetapi bahangmu cukup memusnahkan segala tanpa apinya. Walaupun asap tidak dapat dirasai, asap dapat memusnahkan segala-galanya walaupun tanpa api.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

12

Tema Bertemakan alam sekitar. Menceritakan kesan pencemaran alam seperti asap terhadap manusia dan persekitaran. Persoalan i. ii. iii. iv. v. Asap mencemarkan alam sekitar. Banyak manusia yang menderita akibat asap di udara. Bahaya merokok. Asap memudaratkan kesihatan manusia. Kebakaran yang membawa kepada malapetaka.

Gaya Bahasa i. ii. iii. iv. Nilai i. ii. iii. Kesedaran. Penyajak sedar bahawa asap dan rokok membahayakan kesihatan. Rasional. Manusia wajar bersikap rasional terhadap masalah pencemaran. Prihatin. Penyajak prihatin terhadap kesihatan. Personafikasi Pengulangan Anafora Sinkope telah kaurampas asap (diulang 4 kali) pengulangan perkataan tanpa di depan mu, kau, ku

Pengajaran i. ii. iii. iv. v. Kita hendaklah mencintai alam sekitar agar dapat diwarisi generasi akan datang. Kita hendaklah bersatu dan bekerjasama menjaga alam sekitar. Janganlah kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri dan alam sekitar. Jauhilah amalan merokok kerana boleh memudaratkan kesihatan. Kita perlu sedar bahawa maut boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Antologi Kasut Kelopak Jantung Puisi Moden

13