Anda di halaman 1dari 3

1.

Mukaddimah
Sebagai ahli jawatankuasa penaja tugas kita bukan sahaja bertanggungjawab untuk menubuhkan persatuan dengan mendaftar dengan ROS mengikut prosedur yang telah ditetapkan, kita juga bertanggung jawab untuk merancang dan menyediakan dasar persatuan yang baik dari segala segi. Resolusi dasar persatuan mestilah memenuhi matlamat persatuan disamping memelihara hak hak ahlinya. Jesteru dengan itu dasar persatuan perlulah dibuat, dipelihara dan diperhalusi sebaik mungkin. Dasar persatuan berbeza dengan perlembagaan kerana dasar persatuan lebih kepada standard operating procedure untuk persatuan. Jika terdapat pertindihan maka perlembagaan persatuan akan diambil kira.

2. Matlamat
I. II. III. IV. Memupuk persaudaraan di antara sesama bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Jeram (SAMJ). Menjalankan kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, ekonomi, kebajikan ibadah, kebudayaan, pendidikan dan rekreasi untuk ahli-ahli dan warga SAMJ. Membina hubungan kerjasama dengan guru-guru dan kakitangan SAMJ untuk urusan dan hal ehwal kecemerlangan pelajar serta kebajikan ahli. Menjalin kerjasama dengan semua pihak untuk mendapatkan sumber bagi pembangunan SAMJ merangkumi kemudahan asas, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan sukan, kemudahan aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain kemudahan yang berkaitan. Meneroka ruang kerjasama di antara sesama bekas murid SAMJ untuk meningkatkan pencapaian diri dan keluarga serta masyarakat setempat dalam bidang pendidikan, kualiti hidup dan kerjaya.

V.

3. Keahlian
Ahli terbuka kepada semua bekas pelajar, guru dan bekas guru Sekolah Agama Menengah Jeram. Permohonan menjadi ahli hendaklah dengan cara mengisi borang dalam talian yang disediakan oleh Persatuan ini. Permohonan itu kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan kelulusannya. Jawatankuasa boleh meluluskan atau tidak meluluskan sesuatu permohonan untuk menjadi ahli mengikut budibicaranya tanpa memberikan sebab-sebabnya. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama yang ditetapkan, diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia menjadi ahli.

3.1.No Keahlian
< Format no ahli mestilah dikenal pasti dengan kadar segera contoh: 90940001 [Batch + Running number] >

3.2.Yuran
Yuran masuk, tahunan dan seumur hidup eperti termaktub di perlembagaan persatuan. Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari sebelum 31 haribulan Mac tiap-tiap tahun.

Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua (2) tahun akan dihubungi secara email sebagai peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi lima (5) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

4. Kelebihan ahli
Terbuka untuk sebarang cadangan

4.1.Kebajikan peristiwa
Persetujuan majoriti dari ahli jawatankuasa yang dilantik diperlukan sebelum bantuan dihulurkan dan jumlah bantuan mengikut keadaan yang difikirkan sesuai oleh majoriti ahli jawatankuasa. Bantuan secara one off jika ditimpa musibah jika memenuhi syarat berikut I. Musibah berbentuk tidak kekal tetapi menyebabkan kehilangan punca pendapatan melebihi 2 bulan atau II. Kematian pasangan atau anak III. Kematian ahli itu sendiri.

4.2.Kebajikan keperluan
Persetujuan majoriti dari ahli jawatankuasa yang dilantik diperlukan bagi ahli yang ditimpa musibah dan berpendapatan bulanan kurang dari RM900 (paras gaji min). Pendapatan mengambil kira semua punca termasuk dari gaji, hasil sewaan, royalti, PERKESO, sumbangan tetap syarikat atau perseorangan dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat. Bantuan keperluan mengikut keadaan dan ditentukan oleh jawatan kuasa yang dilantik jika memenuhi syarat seperti berikut: I. Menghidap penyakit kronik atau II. Total permanent disability atau III. Tergolong didalam golongan asnaf.

4.3.Khairat Kematian
Terbuka untuk sebarang cadangan

4.4.Persetujuan majoriti dari Retail discount


Terbuka untuk sebarang cadangan

5. Kewangan
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan ini, wang Persatuan ini boleh digunakan untuk apa-apa jua perkara bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan. Walaupun begitu terdapat sengkaan seperti sub seksyen dibawah.

5.1.Termasuk
I. Perbelanjaan mencetak, menerbit dan mengedarkan risalah, majalah, kertas berita atau lainlain penerbitan untuk faedah ahli-ahli dan lain-lain pihak yang dinyatakan di dalam tujuantujuan Persatuan. Perbelanjaan mengadakan atau menganjurkan aktiviti Persatuan. Bayaran dan perbelanjaan untuk mengadakan program dan projek Persatuan termasuk pembangunan premis Persatuan, projek menjana pendapatan Persatuan dan membiayai program murid atau warga SAMJ.

II. III.

5.2.Tidak termasuk
I. II. Ahli jawatankuasa dilantik dan atas sukarela tidak akan menerima sebarang bayaran gaji, saguhati atau upah dari Persatuan. Wang Persatuan tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

5.3.Perihal lain
I. Bendahari boleh menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA RATUS SAHAJA) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank Persatuan. Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun bank Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh dua (2) orang yang menjadi penama akaun bank Persatuan. Pada bila-bila masa pun, Bendahari hendaklah menjadi salah seorang daripada yang menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun bank. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa hanya boleh dibayar dengan diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 20,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SEPULUH RIBU SAHAJA) bagi sesuatu masa hanya boleh dilakukan dengan mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 13 Perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung selepas tahun kewangan yang berkenaan dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Persatuan. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1 haribulan Januari dan berakhir pada 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun.

II. III. IV.

V. VI.

VII.

VIII.

6. Aktiviti
I. Menyenaraikan rakan-rakan yg telah pulang kerahmatullah. Sedikit sebanyak mengingatkan dan dapat menambahkan kesedaran kepada ahli alumni disamping pemangkin kepada rakan-rakan menyumbang al-fatihah dan sebagainya. Menyenaraikan informasi terkini tentang guru-guru yang sedang dan telah berkhidmat di SAMJ. Mengumpul buku dan majalah untuk disumbangkan kepada perpustakaan sekolah. Menyenaraikan informasi perniagaan ahli berdaftar bagi menyemarakkan perniagaan ahli. Merancang aktiviti perjumpaan untuk merapatkan silaturahim antara batch tahun lain.

II. III. IV. V.