Anda di halaman 1dari 5

TEORI PERMODELAN BANDURA (SOSIAL)

LATAR BELAKANG Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta berkebangsaan Kanada. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya. Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour ( Bandura 1986, 1997 ) Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. unsur utama dalam peniruan

Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat demikian: 1) Tumpuan ('Attention') Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan disebelah). 2) Penyimpanan ('Retention') Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini. 3) Penghasilan ('Reproduction') Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku.m.s. memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan. 4) Motivasi Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab dan keinginan untuk meniru. Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura 1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. 2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. 3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model.

4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. 5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

EKSPERIMEN PERMODELAN BANDURA KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk,menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif. KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo. Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A. Rumusan : Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan. HASIL KESELURUHAN EKSPERIMEN : Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak menunjukkan tingkah laku agresif. RUMUSAN : Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.

Subjek terdiri daripada kanak-kanak prasekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik berkenaan. JENIS-JENIS PENIRUAN 1. Peniruan langsung - Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian. Cth: meniru gaya penyanyi yang disanjungi. 2. Peniruan tak langsung - Melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung. Cth: meniru watak yang dibaca dalam buku., memerhati seorang guru mengajar rakannya. 3. Peniruan gabungan menggabung tingkah laku yang berlainan. Peniruan langsung dan tidak langsung. Cth : pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna drp buku yang dibacanya. 4. peniruan sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja. - Tiru fesyen pakaian di tv, tapi tak boleh pakai di sekolah. 5. peniruan tak sekat laluan - Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi. - Cth: pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya. Implikasi Teori Pemodelan Bandura Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar. Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dpt meniru dengan cepat. Hasilan guru dpt kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi. Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai