Anda di halaman 1dari 63

Pertolongan Cemas Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit.

Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Apakah yang perlu dilakukan ? * Jangan panik. Anda perlu bertenang *Fikir. Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda. *Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin. Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adal ah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan. Bagaimana mendapatkan bantuan ? Untuk mendapatkan bantuan perubatan, hubungi ambulans segera dengan mendail 999. Jika anda berada di samping mangsa, dapatkan orang lain untuk menelefon bantuan. Jika anda bersendirian, anda perlu tinggalkan mangsa buat seketika untuk membuat panggilan telefon. 'AMARAN PERUBATAN' (MEDIC ALERT) Ada individu yang menderita akibat sesuatu keadaan perubatan tertentu yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gejala dan tanda-tanda penyakit yang serius pada bila-bila masa. Sebagai bantuan dan makluman, mereka mungkin memakai sejenis pengenalan perubatan, biasanya dalam bentuk sejenis rantai atau gelang yang khas. Alat ini dikenali sebagai gelang Medic Alert atau Amaran Perubatan. Pada gelang ini tercatat identiti pesakit, keadaan perubatan yang tertentu dan keterangan-keterangan lain seperti alahan, dadah yang diperlukan atau alamat konteks perubatan yang boleh dihubungi. Pelbagai keadaan perubatan yang boleh dimaklumkan oleh alat tersebut termasuklah penyakit jantung yang khusus, diabetes, epilepsi atau gila babi, asma dan alahan-alahan yang serius. Mengapa pertolongan cemas ? Mereka yang memberikan pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah:

*Menyelamatkan nyawa mangsa *Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk. *Membantu pemulihan *Menenangkan perasaan mangsa dengan membuat mereka berasa selesa dan memulihkan kesakitan. Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu mereka lakukan dalam keadaan-keadaan yang

berbeza. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh memburukkan lagi keadaan mangsa. Maklumat yang diberikan di dalam artikel ini membolehkan anda memberikan pertolongan cemas yang berguna dan berkesan. Bilakah diperlukan ? Pertolongan cemas diperlukan di dalam keadaan berikut:

*Sakit dada yang teruk atau sakit di bahagian abdomen *Pendarahan yang teruk atau tidak dapat dikawal *Luka terbakar yang teruk *Tercekik *Patah tulang atau terseliuh *Kecederaan yang teruk *Serangan jantung *Renjatan haba *Pengambilan dadah yang berlebihan *Keracunan *Renjatan *Tidak sedarkan diri Apakah asas pertolongan cemas yang perlu saya ketahui? Sepatutnya, anda perlu tahu cara-cara untuk

1.Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas) 2.Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer) 3.Hentikan pendarahan 4.Merawat renjatan 5.Merawat kecederaan mata 6.Merawat luka terbakar Teknik SAFE Pada setiap keadaan kecemasan, lakukan teknik SAFE yang bermaksud:

S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan) *Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut) *Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dapat dipastikan dan boleh membahayakan penyelamat dan

seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada. *Bahaya boleh jadi di dalam bentuk wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lain F - Free from danger (Bebas dari bahaya) * Mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya seperti ular, dan lain-lain lagi E - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit) Pertolongan Cemas Primer ? Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan teruk

*SALURAN UDARA - periksa samada saluran udara mangsa dan pastikan ia samaada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atapun bendasing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka. *GUNAKAN dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat. *KELUARKAN gigi palsu hanya jika alat tersebut longgar. *ELAK dari memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara. *BERNAFAS - periksa samaada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan. *EDARAN (circulation) - periksa samaada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada) Bagaimana untuk memberhentikan keadaan tercekik? *Jika mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas, lakukan bantuan pemulihan pernafasan *Anda harus berasa yakin bahawa anda akan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa sebelum memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa. *Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada *Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan Bagaimanakah caranya untuk menghentikan pendarahan? *Gunakan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan *Tekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih atau bahan lain yang sesuai. Ini akan meminimakan sebarang jangkitan. *Pegang tangan ataupun kaki pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba *Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. Anda perlu tambahkan lagi lapisan kain dan kenakan tekanan yang mampan. *Gunakan juga tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain.

*Seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Jangan tunggu. Hentikan pendarahan dengan serta-merta. Bagaimanakah caranya untuk merawat renjatan

*Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. *Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak *Pastikan tubuh mangsa diselimuti untuk mengelakkan kesejukan ataupun kehilangan haba *Longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang. *Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut *Hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin Bagaimanakah cara untuk merawat kecederaan mata

*Cara yang paling baik bagi mengeluarkan bendasing dari mata adalah dengan membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk membasuhnya keluar *Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak keatas mata *Jika bendasing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun dengan menggunakan putik kapas. *Jika bendasing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya. Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera *Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan kecederaan mata yang serius. Bagaimanakah cara untuk merawat luka terbakar *Di dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera *Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat. *Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembab di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai. *Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan dibawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara. *Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan INGAT! *Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan *Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan *Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas *Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar *Bertenang dan tenangkan mangsa *Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair

Kit Pertolongan Cemas ? Setiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik. Satu kit yang asas mengandungi: *Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal *Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil) *Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun) *Pembalut luka (bandage) *Plaster (sepeket) *Pita bergam untuk membalut *Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh) *Pembalut elastik *Pembalut tiga segi *Losyen calamine untuk ruam yang gatal *Kapas steril (1 gulung) *Pembalut luka atau dressing *Gause parafin (untuk luka terbakar) *Gause steril *Dressing untuk luka (2 saiz) *Basuhan mata *Lampu suluh *Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan) *Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu *Putik kapas (untuk meletakkan ubat) *Pin (untuk menetapkan bandage) *Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja) *Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar) Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/02/pertolongan-cemas.html#ixzz2BaYLkq1d

Pertolongan cemas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Simbol pertolongan cemas Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Teknik Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena renjatan elektrik dan lain-lain. Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan. Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240 Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik, seperti baju, tali pinggang dan lain lagi. Objektif

Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah. Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai. Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.

Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas Sekarang, bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI SAYANGI!

PER : Pentingnya Memiliki Ilmu Pertolongan Cemas! Ramai yang beranggapan, ilmu mengenai pertolongan cemas adalah sesuatu yang membosankan dan tidak penting. Anggapan seperti...

"Tidak mengapalah! Saya tidak pernah alami kemalangan!" "Orang lain ada, insyallah akan tolong saya bila saya alami kemalangan!" "Apa susah-susah, kalau kemalangan, dail je lah 999!"

Hakikatnya, apabila berlaku sesuatu kemalangan, lebih ramai yang terpinga-pinga dan hanya memerhatikan sahaja. Semuanya buat tak tahu sahaja, maklumlah, bukan saudara-mara atau ahli keluarga mereka yang "kena". Malang tidak berbau, jika hari ini anda tidak pernah mengalami kemalangan, ianya tidak bermakna anda tidak akan mengalami kemalangan sampai bila-bila. Apabila sudah "terkena" , sama ada pada diri sendiri atau pada saudara-mara dan ahli keluarga, selalunya, mereka yang berhampiran hanya tahu terjerit-jerit dan menangis. Perasaan bingung, takut, sedih, terkejut dan buntu menyelubungi diri, TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan. Tambah parah lagi, tiada orang lain yang ada di tempat kejadian. Hanya anda dan juga si mangsa. Mahu dail 999? Paling cepat, ambulan akan sampai dalam masa 15 minit, itu paling pantas jika tiada sebarang masalah kesesakan lalulintas ataupun masalah ketiadaan ambulan "standby". Selalunya, ambulan akan sampai dalam masa 30 minit hingga 90 minit selepas anda membuat panggilan. Sedangkan, apa yang dilakukan terhadap si mangsa pada 6 minit yang pertama selepas kemalangan adalah tempoh waktu yang sangat kritikal. Bagi kemalangan yang menyebabkan situasi si "mangsa" tidak mampu bernafas, jika dalam masa 6 minit si mangsa tidak mendapat bantuan pernafasan atau CPR, si mangsa atau insan yang anda sayangi, mungkin akan koma atau lumpuh seumur hidup. Jadi... Usah biarkan perkara ini berlaku kepada insan yang anda sayangi. Usah Lagi Terpinga-pinga dan Menjadi Buntu! Ramai orang menjadi BUNTU apabila berhadapan dengan situasi kecemasan adalah disebabkan mereka tiada sebarang pengetahuan tentang ILMU PERTOLONGAN CEMAS!. Mahu di biarkan... Tidak Sampai Hati! Mahu di tolong.. Takut Jadi Lagi Parah! Mahu atau tidak, terpaksa di"tonton" sahaja mangsa tersebut. Ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan menyedihkan, lebih-lebih lagi jika anda adalah merupakan seorang ketua keluarga dan si mangsa pula adalah merupakan anak atau isteri anda. Takkan anda hanya mampu melihat sahaja apabila anak atau isteri anda tiba-tiba...

Tercekik makanan atau susu Terseliuh Terkena kejutan elektrik Luka berdarah terpijak benda tajam Pengsan akibat pitam

Jatuh dan patah tulang Lemas di kolan renang Berdarah di telinga atau hidung Demam panas yang keterlaluan secara tiba-tiba Sawan Kejang Otot Mata tercucuk alat permainan Muntah-muntah akibat keracunan makanan dan bermacam-macam lagi kemalangan dan serangan penyakit yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa ada sebarang amaran dan peringatan

Pelajari Ilmu Pertolongan Cemas Sekarang! Kini! Sudah tiba masanya untuk anda melengkapkan diri dengan ILMU PERTOLONGAN CEMAS. Selain dapat membantu diri anda MENYELAMATKAN NYAWA INSAN TERSAYANG dikala kecemasan akibat kemalangan ataupun serangan penyakit, ia juga dapat menjadikan diri anda lebih YAKIN di dalam MEMIKUL TANGGUNGJAWAP menjaga insan-insan tersayang dibawah jagaan anda. Tidak kiralah sama ada anda adalah seorang suami, isteri, bapa, ibu, guru sekolah, ketua jabatan, pemandu bas, mahupun pengawal lalu lintas, sudah pastinya, ilmu pertolongan cemas ini akan dapat membantu anda untuk bersedia menghadapi situasi-situasi cemas yang mungkin berlaku di sekeliling anda. Dan.. untuk memudahkan anda mempelajari tentang "Ilmu Pertolongan Cemas" ini, saya telahpun menghasilkan sebuah ebook panduan yang lengkap dengan teknik-teknik bantuan kecemasan yang boleh anda gunakan di dalam pelbagai situasi.

PERTOLONGAN CEMAS DAN KESELAMATAN DIRI

I Pengenalan I Prinsip PC I Asfiksia I Pendarahan I I Kecederaan Otot, Sendi dan Ligemen I Gigitan Serangga I I Keselematan Diri I Peti Pertolongan Cemas I I Sumber Bantuan Kecemasan I

Pengenalan Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu. Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas

Matlamat Pertolongan Cemas menyelamat nyawa mengurangkan atau melegakan kesakitan mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk

Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan

o o o o o o
Rawatan (treatment)

penilaian (assessment) bertenang dan bertindak untuk menyelamat jaga keselamatan diri dan mangsa hindarkan daripada keadaan yang membahayakan minta bantuan daripada orang yang berhampiran dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)

Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul. Keutamaan Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan. Perhatian Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan. Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja. Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.

mangsa tidak sedarkan diri disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman jika memerlukan pembedahan Dapatkan bantuan

o o

telefon ambulan - 994 berikan keterangan tentang tempat kemalangan.

Asfiksia (terhenti pernafasan) Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca-punca asfiksia. lemas keracunan gas dan asap yang merbahaya tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-

benda asing lain. tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak sedarkan diri. disambar petir atau kilat terhimpit dada - runtuhan tanah serangan penyakit termakan racun Tanda-tanda pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri. Peraturan Am Memulihkan asfiksia: A - Airways (saluran Pernafasan) terbuka atau tersekat keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada. B - Breathings (pernafasan) Boleh bernafas atau tidak jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C - Circulation (peredaran darah) pastikan adakah denyutan nadi atau tidak jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar) Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan Pemulihan pernafasan mulut ke mulut Pemulihan pernafasan Holgen Nielson Pemulihan pernafasan mulut ke hidung Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression) Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR Lemas di dalam air Tindakan untuk menyelamat: Jaga keselamatan diri usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu. anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang baik. Rawatan keluarkan air daripada perut atau paru-paru bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan mulakan bantuan pernafasan periksa pernafasan dan denyutan nadi jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.

Pendarahan Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh. Jenis-jenis Pendarahan. Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari. Arteri memancut merah terang kapilari menitis merah vena meleleh perlahan merah tua Tanda-tanda dan gejala-gejala Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan:

denyutan nadi bertambah cepat serta lemah kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh muka dan bibir kelihatan pucat pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap mangsa berasa pening, pitam dan pengsan mangsa mungkin merasa dahaga berasa resah dan gelisah pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan

Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah

angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya.

Cara-cara menghentikan pendarahan Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure) Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi. Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure) Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.

Kecederaan Otot, sendi dan ligamen Terseliuh Tanda-tanda dan gejala

o o o

rasa kesakitan pada sendi itu bengkak lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera

rawatan

o o o o o
Terkehel Tanda-tanda dan gejala

letak beg ais pada sendi yang cedera tinggikan bahagian yang tercedera letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa ampu bahagian yang tercedera hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

o o o o o
rawatan

rasa amat kesakitan pada sendi berubah kedudukan sendi berubah rupa bengkak lebam

o o o o
Kejang Otot (cramp)

jangan betulkan tulang yang terkehel anggota yang cedera tidak boleh digerakkan letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu.

Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh a. kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh b. sejuk kerana berenang Rawatan: Memanjangkan otot-otot yang kejang

tangan - luruskan jari-jari dengan cermat jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur dengan sukatan sudu the garam dengan satu gelas air

Gigitan dan Sengatan:

Gigitan ular

Tanda-tanda dan gejala

o
Rawatan

bengkak dan lebam di bahagian yang digigit rasa kesakitan mangsa sukar bernafas dan bercakap renjatan (shock)

Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu. baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan ikat dengan ikatan tourniquet atau ikatan yang erat di sebelah atas gigitan longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang hantar ke hospital jika perlu

Keselamatan Diri Punca Kemalangan


Keselamatan di air

kelalaian dan kecuaian kurang pengetahuan kepenatan

mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan jangan berenang secara bersendirian hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja mematuhi arahan dan peraturan yang ada tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan menyedari kemampuan diri untuk berenang berenang dalam jarak yang selamat meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan jika dibawa aurs jauh daripada pantai jangan berasa cemas, jangan cuba menentang arus. Berenang selari dengan pantai apabila bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke arah pantai menjerit atau melambai meminta pertolongan jika tidak dapat membebaskan diri daripada arus yang kuat

Peti Pertolongan Cemas: Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

plaster - berbagai saiz dan bentuk dreassing sterill - berbagai siaz kapas kasa sterill serta swab kasa dressing khas untuk kes terbakar bandage 3 segi bandage crepe penggulung pita lekat pad mata termometer gunting hujung tumpul penyepit pin penyelamat kertas tisu losyen antiseptik losyen kalamin beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan lampu suluh pensil dan kertas

Sumber bantuan kecemasan

polis bomba hospital klinik pasukan sukarela penduduk setempat.

Isnin, 21 Disember 2009 Peralatan Pertolongan Cemas Peralatan pertolongan cemas pada asalnya sangat ringkas iaitu hanya terdiri dari bebat dan pembalut selain dari menggunakan air namun perkembangan dunia perubatan di dalam peralatan semakin berkembang maka peralatan pertolongan cemas turut berkembang mengikut zaman. Bahkan sesetengah peti pertolongan cemas juga mengandungi peralatan rawatan yang sama seperti yang dimiliki oleh doktor-doktor perubatan yang melawat ke kampung-kampung di pendalaman.

Peralatan di dalam peti pertolongan cemas adalah bergantung kepada kegunaan di dalam berbagai keadaan seperti: - di dalam perjalanan percutian, pengembaraan atau perlancongan - di rumah - di sekolah - di dalam kereta - di dalam perkhemahan Berikut dihuraikan terlebih dahulu peralatan pertolongan cemas yang asas iaitu bebat dan pembalut.

Bebat & Pembalut Bebat ada 3 jenis iaitu: 1. Bebat Medan bagi kegunaan pasukan keselamatan 2. Bebat Luka mengikut ukuran-ukuran luka 3. Bebat Hospital jenis kain kasa berukuran 10 x 10 mm Pembalut ada 2 jenis iaitu: 1. Pembalut Kain Tiga Segi bagi menganduh, membalut, mengampu, kipas, pengikat

dan gelung cincin 2. Pembalut bergulung bagi melakukan Balutan Lapan, Balutan Circular atau Spiral

dan Balutan Padi

Alat Pertolongan Cemas yang lain Alat pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan orang awam. Di antaranya ialah: - angkub (tweezers) - plaster - krim luka antiseptik (spt. Dettol Antiseptic Cream, dll) - gunting lipat

- pin semat - thermometer - pita perekat - sabun antiseptik - sarung tangan getah (sekurang-kurangnya 2 pasang) - paracetamol (spt. Panadol, dll) - buku manual pertolongan cemas - nombor talian kecemasan - minyak sapu (spt. Vicks VapoRub, Minyak Cap Kapak, dll) - tisu basah antiseptik pakai-buang

Kaedah Ikatan Ada 2 kaedah yang digunakan: 1. Buku Sila (Reff Knot) 2. Kuku Kambing

Luka Luka ada 2 jenis: 1. Luka tertutup seperti lebam 2. Luka terbuka iaitu luka yang dapat dilihat Khamis, 2 Ogos 2012 Sengatan Obor-obor/ubur-ubur/ampai-ampai

Ubur-ubur Monterey

Cara merawat:

1. Rendamkan bahagian yang disengat di dalam larutan ammonia yang lemah. Kemudian rendamkan pula di dalam larutan garam Epsom. 2. Jika keadaannya serius, dapatkan bantuan perubatan, dail 991.

Penting: Untuk semua sengatan dan gigitan, berikan ubat penahan sakit kepada orang yang malang dan elakkan dari pergerakan yang tidak perlu.

Sengatan Kala Jengking & Lipan

Kala jengking

Lipan

Sengatan kedua serangga ini mungkin menyebabkan kegagalan pernafasan. Cara merawatnya adalah seperti berikut: 1. Balutkan sekejap-sekejap dengan pembalut di bahagian atas berdekatan dengan tempat sengatan untuk mengurangkan penyerapan bisa 2. Gunakan ais atau air sejuk untuk melambatkan penyerapan bisa 3. Berikan pil penahan sakit kepada mangsa dan suruh ia berehat 4. Lakukan CPR jika mangsa tidak sedarkan diri. Sengatan Serangga Sengatan lebah, penyengat atau tebuan boleh menyebabkan kesakitan dan merbahaya. Jika disengat oleh sekumpulan salah satu dari serangga ini, ia boleh membawa maut. Jika disengat di leher atau di mulut maka bengkak yang teruk akan terjadi. Serangga lain yang memberikan sengatan bisa ialah kala jengking dan lipan. Tanda-tanda sengatan: - Sakit yang amat sangat di tempat yang disengat - Bengkak di sekeliling tempat yang disengat dengan titik merah di tengah-tengah - Mengakibatkan kejutan dan tidak sedarkan diri Sengatan lebah:

Lebah Cara merawat: - Jika sengat tertanam dalam kulit, gunakan angkub/penyepit. Halakan penyepit hampir dengan kulit kemudian sepit sengat dan keluarkan - Oleh kerana sengatan lebah bertindakbalas dengan asid, ia boleh dirawat dengan menyapukan sedikit soda atau ammonia. Sengatan Penyengat

Cara merawat: 1. Keluarkan sengatnya (sama seperti sengat lebah) dengan menggunakan angkub/penyepit 2. Sengat penyengat bertindak balas dengan alkali, ia boleh dirawat dengan menyapukan sedikit cairan asid yang lemah seperti cuka atau air asam limau. Sengatan Tebuan

Cara merawat: 1. Sengatan tebuan adalah bisa. Jangan cuba mengeluarkan sengatnya 2. Jangan benarkan mangsa menyentuh tempat sengatan 3. Kikis kulit di tempat sengatan dengan teliti sehingga sengatnya kelihatan 4. Kemudian letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan 5. Dapatkan rawatan doktor Patukan Ular Ular-ular menyuntik bisa melalui siung-siungnya apabila mereka mematuk. Patukan ular boleh membawa maut atau sekurang-kurangnya lumpuh jika lambat dirawat. Sebelum merawat, pastikan ular berkenaan tiada di kawasan berhampiran atau dibunuh jika awda khuatir keselamatan awda dan mangsa. Cara merawat: 1. 2. 3. 4. Baringkan pesakit. Tenangkan dan jangan gerakkannya. Pastikan kedudukan jantung lebih tinggi daripada bahagian yang dipatuk bagi menyekat aliran bisa. Bersihkan luka dan keringkan dengan kapas atau kain yang bersih. Dail 991 untuk ambulans. Balut dengan perlahan anggota badan di bahagian patukan dengan pembebat kain. Alihkan pesakit dengan cermat dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jika awda tahu jenis ular beritahu kepada doktor atau bawa bersama ular tersebut jika telah dibunuh.

Illustrasi kesan patukan ular (Sumber Imej: ADAM, Inc.) Perhatian: Jangan gunakan kaedah menyekat darah dengan ikatan (Tourniquet), menghiris luka dengan pisau atau menyedut bisa dengan mulut.

Gigitan Kuman terdapat di mulut kebanyakan binatang. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu badan manusia. Semua gigitan memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Tanda-tanda gigitan: - Luka yang dalam di daging - Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit

Kesan gigitan anjing Cara merawat: 1. Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih 2. Cuci dengan larutan cecair antiseptik / sapukan krim antiseptik 3. Balut dengan pembalut steril 4. Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 / pergi ke rumah sakit berdekatan Jika digigit anjing: 1. Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan 2. Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair antiseptik 3. Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya 4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada anjing yang tidak dikenali. KERACUNAN Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik (bahan-bahan beracun) sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan. Tanda-tandanya: 1. 2. 3. 4. 5. Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah. Mangsa mengalami sakit abdomen. Cirit birit mungkin terjadi. Tanda-tanda terkejut. Mungkin tidak sedarkan diri.

Arahan merawat: 1. 2. 3. 4. 5. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan. Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri). Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah). Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR. Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital. Racun Aerosol: Tanda keracunan: Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong. Rawatan kecemasan: Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun. Hirup udara segar di ruang terbuka. Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak. Selepas itu, bolehlah diberikan 2 5 titis ubat mata bagi setiap mata.

Hidung Berdarah Hidung berdarah biasanya terjadi disebabkan oleh pembuluh darah yang pecah di dalam lubang hidung. Hidung berdarah boleh terjadi selepas hidung ditumbuk, dicungkil, bersin atau dikesang. Perubahan suhu persekitaran juga memungkinkan terjadinya perkara ini dan biasanya berlaku pada waktu pagi. Hidung yang berdarah yang disebabkan oleh perkara ini dinamakan sebagai 'tikus-tikusan'. Hidung berdarah boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Tanda:

Arahan: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Darah kelihatan mengalir keluar dari hidung

Suruh mangsa duduk dengan tenang dan kepalanya ke depan. Jangan benarkan mangsa mendongak. Suruh mangsa bernafas melalui mulut dan memicit bahagian hidung yang lembut. Jika pendarahan tidak berhenti selepas 10 minit, teruskan rawatan selama 10 minit lagi. Suruh pesakit membersihkan sekeliling hidungnya dengan menggunakan kain kasa yang direndam dalam air suam. Jangan menyumbat hidung. Apabila pendarahan dapat dihentikan, nasihatkan mangsa supaya tidak mengusik hidungnya untuk selama beberapa jam. Jika pendarahan berterusan atau berlaku semula, sila dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Memindah & Mengangkat Pesakit Proses memindah dan mengangkat pesakit hanya boleh dilakukan jika perlu seperti untuk memberikan rawatan lanjut setelah rawatan kecemasan dilakukan. Cara memindahkan pesakit adalah seperti berikut: 1. Bagi pesakit yang sedar: - berdamping sama ada dengan dua orang atau seorang diri Bagi pesakit kanak-kanak: - didukung Bagi pesakit dewasa: - gunakan cara yang bersesuaian 2. Gunakan pengusung / stretcher atau kerusi roda (jika terdapat) Terseliuh Ini terjadi apabila ligament dan tisu di bahagian sendi telah koyak atau tertarik. Sebahagian terseliuh sukar untuk dibezakan daripada patah. Jika awda was-was, rawatlah kecederaan tersebut sebagai patah anggota Tanda-tanda: - Sakit di bahagian sendi yang cedera - Kesakitan bertambah apabila sendi digerakkan - Bengkak dan lebam terjadi Cara Merawat: R Rest (Rehatkan) I Ice (Gunakan ais) C Compress (Longgarkan otot-otot yang kencang) E Elevate (Lipat) 1. Hadkan pergerakan anggota 2. Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa

3. Letakkan ketulan ais yang dibungkus di bahagian yang cedera 4. Tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balutkannya 5. Tinggikan bahagian yang cedera 6. Dapatkan bantuan perubatan Tegang/Kejang Otot Ini berlaku apabila sesuatu otot terkoyak, tertarik atau meregang dengan satu pergerakan yang tiba-tiba. Ia biasanya terjadi apabila benda yang terlalu berat dibawa dengan cara yang tidak betul atau semasa aktiviti sukan. Tanda-tanda: - Sakit yang mendadak di bahagian yang cedera - Kekakuan dan kekejangan mungkin terjadi - Bengkak di bahagian yang cedera Cara merawat: 1. Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa 2. Letakkan ketulan ais yang dibungkus di bahagian yang cedera 3. Tekan bahagian yang cedera dengan satu lapisan tebal kapas dan balutkannya 4. Tinggikan bahagian yang cedera 5. Dapatkan bantuan perubatan. Patah & Terkehel Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung (contohnya jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak) atau daya tidak langsung (contohnya jika seorang pemain bolasepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya). Terkehel berlaku apabila satu tulang teranjak di bahagian sendi. Tanda-tanda: - Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang - Bengkak dan lebam - Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel - Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat . Cara merawat: 1. Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan. 2. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan. 3. Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah. 4. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya. 5. Hantarkan mangsa ke hospital dengan segera.

P Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak dan tidak disedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.

Pengsan dan Pitam Pengsan dan pitam adalah peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Ianya terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul. Di antara penyebabnya ialah:

1. Kekurangan darah di dalam otak 2. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu 3. Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan Cara merawat: 1. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah. 2. Longgarkan pakaian ketat. 3. Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum ammonia 4. Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri. Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas. Tercekik Tercekik berlaku apabila laluan udara tersekat. Tanda-tanda tercekik: - Mangsa tidak dapat bernafas dan mencengkam kerongkong - Bibir dan mulut berubah menjadi biru - Mungkin pengsan Cara merawat: Untuk Bayi Pegang bayi, kaki ke atas dan kepala ke bawah. Buka mulut dan tarik lidahnya ke depan. Biarkan benda penghalang keluar.

Untuk Kanak-Kanak Pegang kepala mangsa ke bawah di atas lengan atau lutut awda. Buka mulut dan tarik lidahnya ke depan. Suruh mangsa supaya batuk.

Untuk Orang Dewasa Biarkan mangsa duduk, kepala lebih rendah daripada paru-parunya. Suruh pesakit supaya batuk.

Dalam semua kes, jika benda penghalang tidak dapat dikeluarkan, kekalkan kedudukan mangsa dan tampar di antara tulang kipas. Ulang sebanyak 4 kali. Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, gunakan jari untuk mengeluarkannya. Jika mangsa mengalami kesukaran bernafas selepas benda penghalang dikeluarkan, mulakan CPR. Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR) Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, awda perlu mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya berterusan. Ingat petua S-P-P: S Saluran Udara: Pastikan saluran udara terbuka P Pernafasan: Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya dan meng-

oksigenkan darah P Peredaran Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan memampatkan dada Caranya: S SALURAN UDARA TERBUKA 1. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan bersihkan tempat di sekeliling mulut. 2. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan 3. Tarik rahangnya ke atas P PERNAFASAN 1. Letakkan mulut awda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan mulut awda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus. 2. Alihkan mulut awda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi. 3. Jika awda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak. 4. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih. 5. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula. P PEREDARAN (MAMPATAN LUAR DADA) Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini: 1. Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada. 2. Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan awda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan. 3. Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan Lepaskan Tekan Lepaskan) Apa yang awda buat ini adalah menekan jantung mangsa, memaksa darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan denyutan jantung. 4. Selepas 15 mampatan, berikan 2 bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 15 kepada 2 sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.

Perhatian: Jika awda belum pernah mempelajari kaedah ini, jangan cuba-cuba untuk melakukannya pada seseorang pesakit/mangsa. Dapatkan latihan secara amali/praktikal dari pihak PBSM NBD atau dari Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam. Peralatan Pertolongan Cemas Peralatan pertolongan cemas pada asalnya sangat ringkas iaitu hanya terdiri dari bebat dan pembalut selain dari menggunakan air namun perkembangan dunia perubatan di dalam peralatan semakin berkembang maka peralatan pertolongan cemas turut berkembang mengikut zaman. Bahkan sesetengah peti pertolongan cemas juga mengandungi peralatan rawatan yang sama seperti yang dimiliki oleh doktor-doktor perubatan yang melawat ke kampung-kampung di pendalaman.

Peralatan di dalam peti pertolongan cemas adalah bergantung kepada kegunaan di dalam berbagai keadaan seperti: - di dalam perjalanan percutian, pengembaraan atau perlancongan - di rumah - di sekolah - di dalam kereta - di dalam perkhemahan Berikut dihuraikan terlebih dahulu peralatan pertolongan cemas yang asas iaitu bebat dan pembalut.

Bebat & Pembalut Bebat ada 3 jenis iaitu: 1. Bebat Medan bagi kegunaan pasukan keselamatan 2. Bebat Luka mengikut ukuran-ukuran luka 3. Bebat Hospital jenis kain kasa berukuran 10 x 10 mm Pembalut ada 2 jenis iaitu: 1. Pembalut Kain Tiga Segi bagi menganduh, membalut, mengampu, kipas, pengikat

dan gelung cincin 2. Pembalut bergulung bagi melakukan Balutan Lapan, Balutan Circular atau Spiral

dan Balutan Padi

Alat Pertolongan Cemas yang lain Alat pertolongan cemas yang akan disenaraikan di bawah ini adalah bagi kegunaan orang awam. Di antaranya ialah: - angkub (tweezers) - plaster - krim luka antiseptik (spt. Dettol Antiseptic Cream, dll) - gunting lipat - pin semat - thermometer - pita perekat - sabun antiseptik - sarung tangan getah (sekurang-kurangnya 2 pasang) - paracetamol (spt. Panadol, dll) - buku manual pertolongan cemas - nombor talian kecemasan

- minyak sapu (spt. Vicks VapoRub, Minyak Cap Kapak, dll) - tisu basah antiseptik pakai-buang Kaedah Ikatan Ada 2 kaedah yang digunakan: 1. Buku Sila (Reff Knot) 2. Kuku Kambing Luka Luka ada 2 jenis: 1. Luka tertutup seperti lebam 2. Luka terbuka iaitu luka yang dapat dilihat

PERTOLONGAN CEMAS Pengenalan Pertolongan cemas ialah pertolongan pertama yang diberikan kepada pesakit secara tiba-tiba sebelum dihantar ke rumah sakit atau berjumpa doktor. Tujuannya adalah: Menyelamatkan nyawa Mengelakkannya dari menjadi bertambah buruk Mempercepatkan kadar penyembuhan

Ahli Pertolongan Cemas (APC) Ahli pertolongan cemas (APC) ialah seseorang yang telah terlatih dan mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf dalam kerjakerja pertolongan cemas. APC bertanggungjawab ke atas pesakit dari masa menemui pesakit sehingga ianya diserahkan kepada pihak rumah sakit. Jangan meninggalkan pesakit seorang diri terutamanya pesakit yang pengsan. Buat catatan laporan mengenai pesakit dan serahkan laporan kepada doktor yang merawat pesakit itu. Seorang APC yang bijaksana memiliki kriteria: Teliti Bijak Berikhtiar Cekap Jelas Tahu menilai Terus berusaha Bersimpati Seorang APC juga hendaklah sentiasa bersiap sedia pada setiap masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dia hendaklah melakukan pertolongan cemas yang sesuai dengan keadaan yang berbeza-beza. Keadaan yang berbeza-beza itu ialah: 1. bertindak serta merta 2. tentukan siapa yang patut diutamakan 3. pindahkan ke tempat perlindungan 4. berikan perlindungan gantian jika tidak dapat dipindahkan 5. mendapat cahaya yang cukup 6. undurkan orang ramai yang mengerumuni Dasar-dasar Pertolongan Cemas Sebelum melakukan pertolongan cemas, seseorang APC terlebih dahulu akan meneliti perkara berikut: D - Danger (Bahaya) R - Respond (Tindakbalas) A - Airway (Saluran pernafasan) B - Breathing (Pernafasan) C - Circulation (Peredaran darah)

Dalam pada itu terdapat 4 faktor utama di dalam bidang pertolongan cemas yang perlu diberi perhatian iaitu: 1. menghadapi keadaan 2. menentukan apa yang salah pada si mangsa 3. memberi rawatan dengan segera 4. mengatur bagaimana mengendalikan mangsa sehingga mangsa segera mendapat rawatan di hospital MENGHADAPI KEMALANGAN JALAN RAYA (Sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalanraya Sedunia 2009) 14 November pada setiap tahun dijadikan sebagai Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Sedunia. Tidak terkecuali Negara Brunei Darussalam di mana kematian akibat dari kemalangan jalan raya merupakan faktor kematian yang kelapan dari sepuluh faktor kematian utama. Di dalam post kali ini, blog bruneiredcrescentsociety@blogspot.com mengongsikan satu tajuk tentang tindakan yang perlu awda buat ketika menghadapi satu kemalangan jalan raya. Apabila awda menyaksikan kemalangan jalan raya, perkara pertama yang perlu diingat ialah jangan membahayakan diri awda semasa cuba menghulurkan pertolongan. Jika awda sedang memandu, jangan memberhentikan kereta secara mengejut kerana ianya boleh menyebabkan rantaian kemalangan jalan raya yang lain pula berlaku. Jika mangsa perlu ditolong dan anda pula hendak memberhentikan kereta maka hendaklah mengikut tertiban perkara berikut: - Pasangkan lampu kecemasan - Perlahankan kereta - Apabila kereta yang berada di belakang awda memperlahankan atau memberhentikan keretanya pada jarak selamat iaitu sekurang-kurangnya dalam jarak 2 buah kereta maka bolehlah awda memberhentikan kereta awda untuk memberikan pertolongan. Biarkan lampu kecemasan kereta dipasang. Jangan gerakkan mangsa kemalangan kecuali jika benar-benar perlu. Biarkan mereka yang mahir untuk mengendalikannya. Bagaimanapun jika mangsa di dalam keadaan bahaya yang boleh menyebabkan kecederaan seterusnya, ambillah langkahlangkah yang perlu dan alihkan mangsa ke tempat yang selamat dengan berhati-hati. Kemudian lakukanlah perkara-perkara berikut: 1. Dapatkan mereka yang sedang melalui tempat tersebut supaya memberitahu pengguna lain yang sedang menuju ke tempat kemalangan 2. Minta bantuan seseorang untuk menelefon ambulans (991) 3. Jangan menarik keluar mangsa daripada kereta kerana ini akan menyebabkan kecederaan seterusnya. 4. Matikan enjin kereta dan putuskan aliran bateri 5. Jangan gerakkan kereta. 6. Lihat bahagian dalam dan sekeliling kereta untuk mencari bayi atau kanak-kanak 7. Berikan pertolongan cemas jika perlu dan hantarkan ke hospital dengan segera. Pandulah dengan berhati-hati, kenderaan adalah alat untuk ke sana dan ke mari bukan untuk berlumba dan jalanraya bukanlah tempat perlumbaan.

Nota lengkap pertolongan cemas asas dlm msword


PERTOLONGAN CEMAS Pengertian Pertolongan Cemas Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.

d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa. Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan. b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. d) Elak mangsa dari mengalami renjatan. e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan. Pengendalian Mangsa Kemalangan a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi keadaan. b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang. c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera. d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu. Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan a) Membuat penilaian keadaan, - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. - Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. - Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa b) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa. c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa. Peringatan a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan. PEMBEBATAN Tujuan pembebatan a) Menahan pendarahan b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan. c) Mencegah jangkitan di tempat luka. Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap. Pembebat Semasa Kecemasan a) Sapu tangan yang bersih. b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap. Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut. Pembalut (Bandages) Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis

pembalut yang digunakan ialah:a) Pembalut tiga segi (triangular bandage). b) Pembalut lebar (broad bandage). c) Pembalut panjang (narrow bandage). d) Pembalut gulung (rollar bandage).

Kegunaan Kain Pembalut a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak. b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan. c) Mengampu bahagian yang cedera. d) Membantu menghentikan pendarahan. e) Mengurangkan bengkak. Kain Anduh Tiga segi Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter. Antara kegunaan kain anduh ialah:a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah. b) Menghenti atau menahan pendarahan. c) Menetapkan bahagian yang cedera. d) Dapat digunakan sebagai pengipas. e) Menutup tempat yang luka atau cedera. f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk. Anduh (sling) Jenis-jenis Anduh a) Anduh besar (large arm sling) - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. b) Anduh tiga segi/Anduh St. Johns (triangular sling) - menahan pendarahan anggota atas. - Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula. - Mengampu anggota atas yang cedera. c) Anduh kecil (small arm sling) - mengampu kecederaan di bahagian bahu. - Mengampu tulang klavikal yang cedera. - Mengampu anggota atas yang cedera. d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling) - mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal. SISTEM PENGALIRAN DARAH Merupakan rangkaian sistem yang tertutup yang terdiri dari jantung, saluran-saluran darah dan limpa. Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari. Jantung Jantung terletak di ruang dada iaitu di belakang bawah dada. Letaknya 2/3 arah ke kiri ruangan dada iaitu di antara kanan dan kiri jantung. Saiznya adalah lebih kurang sebesar gengaman. Bentuknya adalah seperti buah pear iaitu tirus di hujungnya. Jantung dapat mengepam darah kira-kira 120-150 mls darah bagi setiap kali ia mengepam. Setiap minit ia dapat mengepam kira-kira 5 liter darah. Pengaliran dan pengepaman darah dari jantung akan menjadi lebih banyak apabila seseorang itu melakukan pergerakan. Jantung terbina daripada otot-otot di luar kawalan. Oleh yang demikian, pergerakannya adalah tidak dikawal oleh manamana bahagian sistem badan. Jantung terbina dari 3 lapisan otot. Antaranya:a) Lapisan pericardium (bahagian luar jantung) terbina dari otot-otot berfiber dan serosa. b) Lapisan Myocardium (lapisan tengah) terbina dari lapisan tisu otot bebas. c) Lapisan Endocardium (lapisan dalam) terbina dari tisu-tisu epithelium leper. Jantung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri jantung dan bahagian kanan jantung. Kedua-dua bahagian ini

dipisahkan oleh dinding yang dikenali sebagai septum. Dari setiap bahagian ini ianya terbahagi kepada 2 ruangan iaitu atrium (aurikal) di bahagian atas dan ventrikal di bahagian bawah. Oleh itu secara keseluruhannya di dalam jantung terdapat 4 ruangan yang dikenali sebagai aurikal kiri, aurikal kanan, ventrikal kiri dan ventrikal kanan. Di dalam ruangan-ruangan jantung ini terdapat injap-injap iaitu:a) Injap Antrio Ventricular (injap serambi) yang terdiri dari Injap Tricuspid yang terletak di antrium kanan dan injap Bicuspid yang dikenali sebagai Injap Mitral di antrium kiri. b) Injap Semi Luar (injap separuh bulat) terdapat di bahagian kanan ventrikal ke pulmonary artery dan kiri ventrikal ke aorta. Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:a) Saluran Arteri terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar terbina dari lapisan tisu berfiber yang bertindak sebagai pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri sebagai elastik dan kuat. b) Saluran Vena terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak setebal dan selastik arteri. c) Saluran Kapillari saluran ini sangat kecil, terbina dari satu lapisan selaput tisu epithelium leper biasa. Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke seluruh badan kecuali saluran pulmonary arteri. Manakala saluran vena pula menyalurkan darah yang berkarbon dioksida dari tisu ke jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida di paru-paru. Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke saluran badan kecuali kapillari vena, saluran vena dan seterusnya ke ruangan antrium kanan jantung. Dari situ darah dipam ke ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya dipam ke paru-paru melalui saluran pulmonary arteri untuk proses pengoksigenan. Apabila telah pengoksigenan, darah akan dialir ke saluran pulmonary vena ke ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya dipam keluar untuk diedarkan ke seluruh badan melalui saluran aorta, arteri dan kapillari arteri untuk kegunaan sel badan. Pengaliran Darah Terbahagi kepada 2 peringkat:a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari ventrikal kanan hingga ke antrium kiri. b) Peredaran sistematik peredaran darah mula dari ventrikal kiri hinggalah kembali ke antrium kanan jantung. Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang dewasa. Manakala peredaran darah mengambil masa kirakira 0.8 saat bagi setiap kali. Nadi Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah keluar, maka satu utusan mengalir ke saluran aorta dan seterusnya keseluruh saluran arteri. Pengucupan jantung yang dihasilkan itu akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa pada tempat-tempat tertentu di saluran arteri sahaja. Sistol istilah yang menyatakan jantung mula mengepam (berdenyut). Diastol istilah peringkat jantung berehat. Untuk mengukur tekanan darah alat yang digunakan dikenali sebagai sphygmomanometer. Darah terdiri dari beberapa kumpulan tertentu, antaranya ialah:a) Kumpulan A. b) Kumpulan B. c) Kumpulan AB. d) Kumpulan O. SISTEM SARAF Sistem araf terdiri dari unit-unit neuron. Sistem saraf berfungsi sebagai pengalir rangsangan bagi penyelarasan perhubungan di antara satu binaan dengan binaan yang lain. Pusat pengawalan saraf berpusat di otak. Sistem saraf terdiri dari otak, saraf tunjang dan gentian-gentian saraf (aferen dan eferen) yang bertugas menghantar utusan ke otak dan membawa semua utusan rangsangan dari otak. Sistem saraf boleh dibahagikan kepada:a) Sistem saraf pusat. b) Sistem saraf pinggir yang berfungsi menghubung saraf pusat dengan organ dan otot. c) Sistem saraf otonomi (sistem di luar kawalan kemahuan).

Otak dilindungi oleh satu lapisan selaput nipis yang dikenali sebagai meninges. Berat otak adalah kira-kira 31bs. Manakala otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:a) Serebrum yang terdiri dari 2 hemispere. b) Serebrum yang terdiri dari 2 cuping (lobe) c) Otak tengah, Pons varoliidan Mendulla Oblongata yang membentuk pangkal otak. Tugas Sereblum a) Menerima utusan rangsangan deria dan mentafsirkannya. b) Berfungsi sebagai pusat intelektual dan ingatan. c) Menguasai gerak geri otot jalur. d) Menguasai bahagian rendah otak dan mempengaruhi beberapa tugas tubuh. Tugas Sereblum a) Menyelenggara kesegaran otak. b) Menyelaras segala gerak-geri otot. c) Mengawal keseimbangan badan. SISTEM PERNAFASAN Sistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian hidung hingga ke peparu diserapkan oleh saluran darah untuk diedar untuk kegunaan pernafasan semula sel-sel. Setelah oksigen digunakan, karbon diokida dan wap yang terhasil akan di hantar kembali ke paru-paru dan dibebaskan melalui hidung. Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:1. Pernafasan luar oksigen yang disedut dari udara di bawa ke dalam sistem saluran darah dan kemudiannya pembebasan karbon dioksida. 2. Pernafasan dalam pertukaran oksigen di antara saluran kapillari dengan sel-sel. Sistem pernafasan terdiri daripada :a. Hidung b. Faring c. Laring (larynx) peti suara d. Bronchi e. Bronchiole f. Alveoli (air sac) g. Paru-paru Hidung Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan dan belakang. Ia bermula dari hadapan hidung ke bahagian faring. Rongga hidung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri dan kanan yang dipisahkan oleh nasal septum. Tisu yang membina lapisan ini adalah dari sel epithelium turus bersisik. Dalam ruangan hidung terdapat turbinate, bulu hidung, tulang lembut dan tulang hidung. Tugas hidung: a) Saluran tempat mula-mula udara masuk ke paru-paru. b) Sebagai organ bau c) Menentukan sifat bunyi suara. Faring. Merupakan sebahagian dari saluran pernafasan . Panjang kira-kira 5 inci panjang yang bermula dari dasar tengkorak (base of skull) hingga ke oesophagus (ruas ke 6 tulang cervical). Faring terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:a) Nasopharynx belakang rongga hidung b) Oropharynx belakang ruang mulut (tekak). c) Laryngopharynx saluran penyaluran udara yang di sedut. - membantu menentukan sifat bunyi suara. Laring Terletak di pertengahan leher iaitu di antara faring dengan trakea (ruas 4,5 dan 6 tulang cervical). Terbina dari rawan hailin. Pada bahagian laring terdapat juga rawan thyroid, krikoid, anteoid dan epiglotis.

Tugas Laring : - penyaluran udara - menentukan sifat bunyi suara. Trakea Bermula dari bahagian bawah laring hingga ke cabang braonchi. Trakea terletak di bahagian depan saluran oesophagus. Terbina dari rawan. Tugas Trakea: menjadi saluran pernafasan udara masuk dan keluar. Bronchi Terbina dari rawan berbentuk C. Panjangnya kira-kira 4.5 inci. Struktur binaan sama seperti struktur trakea. Bronchiles Merupakan cabang atau ranting bronchi yang lebih kecil bentuknya. Terbina dari otot bebas (involuntary muscle). Alveoli Merupakan penghujung bronchioles. Ia merupakan gelembung udara (air sac) yang diliputi oleh selaput squamous epithelium. Paru-paru Paru-paru merupakan organ yang elastik yang berbentuk kun yang terletak pada ruangan thorex. Ia diseliputi oleh lapisan nipis yang dikenali sebagai lapisan pleura. Paru-paru terbahagi kepada 2 iaitu kiri dan kanan paru-paru. Setiap bahagian terbahagi kepada cuping-cuping (lobe) yang tersendiri. Paru-paru kanan mempunyai 3 cuping manakala kiri pula mempunyai 2 cuping. Mekanisma pernafasan Pernafasan manusia dikawal oleh pusat pernafasan di bahagian meduolla oblongata. Mekanisma pernafasan adalah merupakan pergerakan pernafasan yang berlaku akibat dari pergerakan selaput diagphram, otot-otot intercostal dan tulang rusuk. Mekanisma pernafasan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat penarikan nafas masuk (inspiration), peringkat hembusan keluar (expiration ) dan waktu rehat (pause). Peringkat penarikan nafas merupakan pergerakan aktif yang menyebabkan ruangan thorex menjadi luas. Tulang rusuk bergerak keluar kearah luar dan ke atas (upward andoutward) menyebabkan otot intercostal mengucup. Manakala otot diaghparam menjadi luas. Ini menyebabkan berlaku tekanan rendah di dalam paru-paru. Keadaan ini memberi ruang kepada udara masuk ke dalam paru-paru. Peringkat hembusan keluar - Merupakan pergerakan pasif di mana ruang thorex kembali kepada saiz biasa. Otot intercostal berehat dan menyebabkan tulang rusuk tertarik ke bawah. Manakala diagphram kembali ke bentuk asal iaitu melengkung ke atas. Tekanan di ruangan thorex menjadi sempit dan tekanan di dalam paru-paru menjadi tinggi. Ini menyebabkan udara yang terdapat di dalam paru-paru tertekan keluar. Kandungan oksigen di udara yang kebiasaan disedut oleh manusia adalah kira-kira 20 21%. Setiap minit pernafasan yang normal berlaku sebanyak 14 15% kali seminit. Manakala kadar udara yang disedut adalah kira-kira 400 500 mls. Kandungan oksigen yang digunakan adalah kira-kira 4 5% sahaja, selebihnya antara 14 15% dihembus keluar bersamasama karbon dioksida sebanyak 4% TERHENTI PERNAFASAN (ASPHYXIA) Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen di dalam darah yang menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat bekalan oksigen untuk bernafas dan menjalankan tugas. Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan oksigen di udara, gangguan pada pusat pernafasan di medulla oblonggata, sekatan saluran pernafasan, gangguan sistem saraf, jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan sebagainya. Punca-punca terhenti pernafasan a) Lemas dalam asap, gas beracun atau asap b) Terkena kejutan elektrik atau panahan petir. c) Termakan atau terminum bahan-bahan beracun.

d) Tersekat bendasing pada saluran pernafasan. e) Tercekik atau terjerut pada bahagian leher. f) Tertimbus atau ditimpa benda berat di dada atau tertimbus bantal bagi bayi. g) Penyakit-penyakit pada saluran pernafasan atau jantung. Contohnya penyakit jantung, lelah, radang paru-paru, pertumbuhan pada saluran pernafasan. h) Alahan atau allergi yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak atau gangguan pada pusat pernafasan. i) Berlakunya pertukaran tekanan secara mengejut dari tekanan rendah ke tekanan tinggi dan sebaliknya. j) Kecederaan di bahagian dada seperti patah tulang dada atau tulang rusuk. Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan a) Sukar bernafas. b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek. c) Muka menjadi pucat. d) Mangsa berkeadaan gelisah. e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan f) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan. g) Saluran vena di bahagian leher mengembang. h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk. i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti. j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan. Rawatan Am Terhenti Pernafasan a) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang. b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik. c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya mudah memberi bantuan yang sebaik mungkin. d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa. Sekiranya pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau Selvesters. e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan permulihan tekanan jantung dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan sampai. f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa. g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. h) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan. Lemas Dalam Air (Drowning) a) Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia boleh dilakukan sekiranya mangsa terhenti pernafasan semasa lemas. b) Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala mangsa dan periksa pernafasan mangsa.Beri bantuan pernafasan sekiranya pernafasan terhenti. c) Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada dari luar sekiranya nadi terhenti. d) Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang seli sehingga mangsa bernafas dan jantung berdenyut kembali. e) Longgarkan pakaian mangsa. f) Selimutkan mangsa. g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa mangsa dalam keadaan tidak sedar. i) Dapatkan bantuan perubatan segera. Tergantung (hanging) a) Ampu anggota mangsa ke atas bagi mengurangkan jerutan tali. b) Potong tali dan tanggalkan jerutan. c) Baringkan mangsa dan dongakan kepala mangsa. d) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi. Lakukan CPR. e) Rawat kecederaan sekiranya ada. f) Dapatkan rawatan perubatan. Lemas dalam asap/gas beracun (suffocation by gas/smoke) a) Pastikan gas atau asap beracun keluar terlebih dahulu. Buka pintu atau tingkap.

b) Tutup mulut dan hidung dengan tuala basah/ lembab dan masuk secara merangkak. c) Keluarkan mangsa secara menarik perlahan-lahan. d) Longgarkan pakaian mangsa. e) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi mangsa. Sekiranya terhenti, lakukan CPR. e) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Bendasing Dalam Saluran Pernafasan. 1. Orang dewasa (Sekiranya mangsa sedar) Tanya mangsa sama ada boleh bernafas atau tidak. Perhatikan keadaan mangsa. Arah mangsa supaya batuk agar bendasing dapat keluar. Lakukan bantuan secara kaedah Heimlich Manuver atau chest thrust sekiranya mangsa tidak boleh bernafas. Arah mangsa membongkok perutnya ke belakang kerusi atau melakukan sendiri Hiemlich Manuver jika perlu. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing keluar. Sekiranya mangsa pengsan Baringkan mangsa dalam keadaan melentang. Periksa mulut mangsa bagi menentukan terdapat atau tidak bendasing. Lakukan kaedah Heimlich Manuver atau chest compression berselang seli dengan memeriksa mulut mangsa bagi menentukan bendasing keluar atau tidak. Lakukannya sehingga bendasing keluar. Setelah keluar, periksa gerak nadi mangsa. Jika tiada lakukan CPR. Dapatkan bantuan perubatan. 2) Bayi Sekiranya mangsa sedar Angkat bayi dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Beri tepukan di bahagian kiri kanan tulang belikat mangsa sehingga bendasing keluar. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.

Sekiranya mangsa pengsan Baringkan mangsa secara melentang. Dongak kepala mangsa dan periksa mulutnya. Tiarapkan si mangsa dan berikan 5 tepukan di bahagian belakang mangsa. Kemudian telentangkan mangsa dan beri 5 tekanan jantung dari luar. Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing jika terdapat. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing dapat dikeluarkan. Lakukan CPR jika pernafasan dan pergerakan jantung terhenti. Dapatkan bantuan perubatan segera.

Rawatan Terhenti Pernafasan Oleh Kejutan Elektrik a) Tutup dan cabut plug terlebih dahulu atau alih wayar berarus elektrik dengan menggunakan kayu yang kering atau benda yang tidak mengalirkan arus elektrik dengan baik. b) Pastikan ahli pertolongan cemas memakai kasut getah semasa menghadapi keadaan. c) Bawa mangsa ke tempat selamat dan betulkan saluran pernafasan mangsa. Periksa pernafasan dan gerak nadi. Lakukan CPR jika pernafasan dan nadi terhenti. d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. e) Dapatkan rawatan perubatan segera. PATAH Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya. Punca-punca patah Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung a) Secara Langsung

Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan. b) Secara Tidak Langsung Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.

Jenis-jenis patah a) Patah tebu/tertutup (simple fracture) Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah. b) Patah riok (Compound fracture) Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit. c) Patah melarat (Complicated fracture) Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan. d) Patah Remok (Comminuted fracture) Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian. e) Patah Terenyok (Impacted fracture) Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu. f) Patah Rebung (Green Stick fracture) Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi. g) Pecah Remok (Depressed fracture) Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak. Tanda-tanda dan gejala patah a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran. b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera. d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek. e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah. f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan. Rawatan Am Patah a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ. b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar. c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian. e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah. g) Dapatkan bantuan perubatan segera. Patah-patah Tertentu Pecah Tengkorak Kepala Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak. Tanda-tanda dan gejala a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan. b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga. c) Muntah. d) Mangsa berkeadaan gelisah. e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain. h) Nafas berbunyi kuat. Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring. b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa. c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi. d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.

d) Dapatkan bantuan perubatan segera. Patah Tulang Rahang Tanda-tanda dan gejala a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang. b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut. c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang. d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit. e) Gigi mangsa berselisih. Rawatan a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik. b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu. c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan. d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang Belakang


Tanda-tanda dan gejala a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan. b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan. c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah. d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah. Rawatan a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian. b) Tenangkan mangsa. c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit. d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang. f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Rusuk


Tanda-tanda dan gejala a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas. b) Bengkak dan lebam di tempat cedera. c) Susah bernafas. Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu. c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh. d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih. e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)


Tanda-tanda dan gejala. a) Sakit pada bahagian bahu. b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas. c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu. Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan anduh. c) Rawat kecederaan yang terdapat. d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota Atas


Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan menggunakan anduh.

c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk mengampu bahagian yang tercedera. d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan. e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Punggung


Tanda-tanda dan gejala a) Sakit di bahagian punggung. b) Susah bergerak atau berdiri. c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera. d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah. Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Tenangkan mangsa. c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan menggunakan tuap. e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Paha


Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Tenangkan mangsa. c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera. d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang. e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Tibia dan Fibula


Rawatan a) Letak mangsa dalam keadaan selesa. b) Tenangkan mangsa. c) Rawat kecederaan. d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan cuba membetulkan tulang yang patah. e) Dapatkan rawatan perubatan.

Pecah Tulang Patela


Rawatan a) Baringkan dan luruskan kaki mangsa. b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah. c) Dapatkan rawatan perubatan.

Terkehel (Dislocation)
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang tanpa melibatkan kecederaan tulang. Tanda-tanda dan gejala terkehel a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian. b) Bengkak dan lebam bahagian sendi. c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera. d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera. e) Terdapat tanda-tanda am renjatan. Rawatan a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa. b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau anduh bagi mengurangkan pergerakan. c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian tersebut. d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak. e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui

batas. Tanda-tanda dan Gejala tergeliat a) Sakit bahagian yang tercedera. b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian. c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih dapat mengerakkan anggota tersebut. Rawatan a) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat. b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh. c) Jangan mengurut bahagian cedera. d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak. f) Dapatkan rawatan perubatan.

Salah Urat (Strain)


Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan anggota yang terlibat. Tanda dan gejala a) Sakit dan tegang otot-otot. b) Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak. Rawatan a) Rehatkan bahagian yang terlibat. b) Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk mengurangkan sakit. c) Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat. d) Beri minum air yang banyak.

Kekejangan otot (Cramp)


Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat dari pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam badan melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat. Tanda-tanda dan gejala a) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami kekejangan. b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan tegang. c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat. Rawatan a) Baringkan mangsa dan tenangkannya. b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan. c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak. d) Rehatkan bahagian yang tercedera. g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

LUKA DAN PENDARAHAN


Luka: Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Pendarahan: Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena atau kapilari yang menyebabkan keluarnya darah. Jenis-jenis luka. a) Luka terhiris (incised wound) -luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya. b) Luka terkoyak (lacerated wound) luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya. c) Luka lebam (contusion) luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit

kepada benda-benda yang berat. d) Luka tembus (punctured wound) luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya. e) Luka tembakan (gun shot wound) luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol JENIS-JENIS PENDARAHAN a) Pendarahan dari saluran arteri - Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi oksigen yang tinggi. b) Pendarahan dari saluran vena - Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu, warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi. c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah cerah kerana mengandungi kandungan oksigen. TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. Pucat. Pening kepala. Meloya dan kemungkinan muntah. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. Kulit badan berpeluh dan sejuk. Hilang kekuatan atau keupayaan. Berlaku renjatan dan pengsan. RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak.

Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu: a) Hentikan pendarahan secara langsung mengenakan tekanan pada tempat yang mengeluarkan darah selama 10 minit. b) Secara tidak langsung -menekan urat-urat darah. -menggunakan penjerut catitan masa direkodkan. Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit. Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan yang sesuai. Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin. PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS Pendarahan dari hidung -Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit. -Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke dalam perut atau saluran pernafasan. -Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui mulut. -Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar dapat mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan.

-Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh menyebabkan berlaku pendarahan kembali. -Dapatkan rawatan perubatan segera. Pendarahan dari gusi -Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa. -Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah mangsa menggigit kain kapas selam 15 minit. -Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah menjadi kecut dan mengurangkan kesakitan. -Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti. -Jangan berkumur terlampau banyak -Jangan membuang darah beku pada tempat luka -Dapatkan rawatan perubatan segera. Pendarahan dari telinga. - Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami pendarahan bagi mangsa yang tidak sedarkan diri kerana kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah tengkorak. -Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah. -Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih. -Dapatkan rawatan perubatan segera. Berdarah Varicose Vein -Tenangkan mangsa agar tidak panik -Letakkan mangsa dalam keadaan selesa. -Hentikan pendarahan secara tekanan langsung -Balut bahagian pendarahan dengan kemas dan tinggikan bahagian tersebut. -Dapatkan rawatan perubatan segera Pendarahan lebam -Tenangkan mangsa -Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi mengurangkan sakit dan bengkak -Jangan mengurut tempat lebam Luka bahagian perut -Tenangkan mangsa dan baringkan mangsa dalam keadaan selesa. -Condongkan badan ke arah bahagian yang cedera. -Balut bahagian luka dengan kemas -Jangan cuba masukkan usus jika ianya keluar, sebaliknya tutup usus tersebut dengan kain yang dibasahkan. -Dapatkan bantuan perubatan dengan segera Kecederaan dada (chest injury) Tanda-tanda dan simpton -Semasa penarikan nafas - kedengaran bunyi seperti sedutan (sucked sound). -Semasa hembusan - darah keluar secara berbuih (blood stain buble) -batuk berserta darah. Rawatan -Kenakan balutan yang kemas di tempat cedera. -Letak pesakit dengan bahagian dada menyandar. -Dapatkan bantuan perubatan segera.

Kecederaan dada (stove in chest) Tanda dan gejala -Sukar bernafas -Bibir kebiruan -Sakit di bahagian dada. Rawatan -Longgarkan pakaian pesakit -Letak pesakit dalam keadaan bersandar -Bahagian yang cedera hendaklah di immobilize. -Balut bahagian anggota atas ke bahagian dada (strapping the arm to the chest)

Kecederaan Letupan (Blast Injury) Tanda dan simptom -Sakit pada bahagian dada. -Gelisah. -Bibir pucat dan kebiruan. -Batuk beserta darah. -Sukar bernafas. -Bengkak bahagian dada (tenderness). Rawatan -Rehatkan mangsa -Longgarkan pakaian -Baringkan dan tinggikan bahagian kepala dan dada mangsa. -Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Crush Injury Kebiasaannya disebabkan oleh jentera atau mesin yang mencederakan otot, kulit atau tulang. Rawatan -Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala. -Balut dan tahan pendarahan bahagian yang cedera. -Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding) Tanda dan gejala -Muka mangsa pucat -Mangsa lemah dan tiada upaya. -Gelisah -Badan sejuk -Pening kepala dan muntah -Pernafasan cepat dan lemah -Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah. Rawatan -Tenangkan mangsa. -Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki. -Longgarkan pakaian yang ketat. -Jangan beri sebarang makanan dan minuman. -Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa. -Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa. -Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA PENDARAHAN / LUKA


a) Temporal arteri di hadapan telinga. b) Facial arteri 1 inci ke hadapan liku rahang bawah. c) Karotik arteri 1 inci ke kanan atau kiri biji halkum. d) Subclavian arteri ke dalam ruang sebelah atas pertengahan. tulang rusuk pertama di belakang tulang selangka. e) Axillary arteri arah atas menuju kepala tulang humeous. f) Brachial arteri pergelangan siku. g) Radial arteri bahagian atas pergelangan tangan. h) Ulna arteri bahagian bawah pergelangan tangan. i) Femoral pertengahan lipatan paha. j) Popliteal arteri di belakang lutut. k) Anterior tibial pergelangan kaki.

TERBAKAR DAN MELECUR


Terbakar Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering. Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan sebagainya. Melecur Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain. Tanda-tanda dan gejala. a) Sakit yang kuat. b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas. c) Terjadi gelembung air pada kulit. d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya terbakar oleh asid atau alkali. e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair. f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan. Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman) melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali. Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan terjadinya renjatan kepada mangsa. Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah sembilan (rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:a) Bahagian kepala dan leher - 9% b) Sebelah anggota atas - 9% c) Bahagian depan badan -18% d) Bahagian belakang badan -18% e) Sebelah anggota bawah -18% f) Bahagian kemaluan - 1% Rawatan Am Terbakar dan Melecur a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara. b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan asid atau alkali yang terkena. c) Tenangkan mangsa. d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya. Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk menanggalkan peralatan tersebut. e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat cedera. Contohnya pakaian yang melekat. g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. j) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang. k) Dapatkan rawatan perubatan segera. Terbakar oleh Asid atau Alkali a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan segera. b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang banyak. c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat untuk meneutralkan asid. d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh menggunakan air biasa yang mengalir sahaja. e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan kain yang bersih. f) Dapatkan rawatan perubatan. Rawatan Terbakar Pakaian a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau guni basah supaya api dapat dipadamkan. b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan api di pakaian.

c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api. d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku, rawatan renjatan perlu dilakukan. e) Cuci tempat terbakar dengan cermat. f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan. Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak. a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin. b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher. c) Dapatkan rawatan perubatan.

RENJATAN
Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan bekalan darah beroksigen ke bahagian otak dan seluruh badan yang menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini berpunca dari kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair, gangguan perasaan, kesakitan, alahan kepada ubatan atau bahan kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain Sebab-sebab renjatan a) Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan ini adalah pendarahan luaran dan dalaman. b) Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar atau melecur. c) Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya perpeluhan yang melampau, muntah-muntah berterusan atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit. d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar yang menyebabkan darah keluar dengan banyak. e) Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya. f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik, kilat, terminum atau tersedut bahan beracun, alahan kepada ubatan dan lain-lain. Jenis-jenis renjatan. Terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau kehilangan cecair dan darah dalam badan. b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan cecair dalam badan. c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem saraf dan kehilangan cecair dalam badan. Tanda-tanda dan gejala renjatan. a) Mangsa berada di dalam gelisah. b) Kulit badan menjadi pucat. c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah. d) Perpeluhan dengan banyak. e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam keadaan lemah. f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga. g) Badan menjadi sejuk dan basah. h) Pandangan menjadi kabur. i) Mengadu dahaga j) Mangsa tidak sedar diri. Rawatan am renjatan a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara. b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki dan merendahkan bahagian kepala. c) Tenangkan mangsa. d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan dan gerak nadi.Beri bantuan CPR jika perlu. e) Longgarkan pakaian mangsa. f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan. g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan. h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman sekiranya mangsa dalam keadaan ranjatan. Apabila pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga. i) Dapatkan rawatan perubatan.

PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara. Punca-punca pitam a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan. b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah kepada kepanasan. c) Kesakitan kuat akibat kecederaan. d) Kelaparan atau terlalu dahaga. e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit Tanda-tanda dan gejala a) Mangsa mengadu pening b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah c) Muka dan tangan jadi pucat d) Berpeluh dengan banyak e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap g) Hilang kesedaran. Rawatan am pitam a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara. b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah c) Longgarkan pakaian mangsa. d) Tenangkan mangsa. e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan mangsa telah pengsan. f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman. g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan. h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

PENGSAN (TIDAK SEDAR DIRI)


Suatu keadaan yang diakibatkan oleh berlakunya gangguan di otak yang menyebabkan otak tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan bekalan oksigen atau kecederaan di bahagian otak. Peringkat-peringkat pengsan a) Setengah pengsan (drowsiness) Mangsa mudah sedar tetapi akan kembali pengsan kemudiannya. b) Stupor- mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. c) Tidak sedar langsung (koma) Tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung. Otak mengalami kerosakan. Punca-punca pengsan a) Terkejut- contohnya terkena kejutan elektrik atau petir b) Terhenti pernafasan. c) Kecederaan di kepala atau kecederaan luar anggota yang teruk. d) Penyakit-penyakit tertentu- contohnya penyakit jantung, angin ahmar, epilepsi, kencing manis dan barah otak. e) Lemas dalam asap atau dalam air. f) Penyakit sawan pada kanak-kanak. g) Keracunan atau alahan kepada sesuatu bahan ubatan atau racun ( gigitan ular atau binatang berbisa ) Rawatan am pengsan a) Baringkan mangsa secara mengiring b) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasannya. Periksa gerak pernafasan dan nadinya dan lakukan bantuan CPR jika di perlukan. c) Cari punca-punca yang menyebabkan mangsa pengsan dan buat catatan untuk memudahkan rawatan perubatan. d) Rawat kecederaan sekiranyan terdapat kecederaan. e) Selimutkan mangsa. f) Catatkan pergerakan nadi dan pernafasan dari masa kesemasa. g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman kepada mangsa apabila berada dalam keadaan pengsan.

h) Dapatkan perubatan segera. Pengsan Akibat Kecederaan Otak Ia terjadi akibat dari gegaran yang kuat pada otak, pecah tempurung kepala dan sebagainya. Otak tercedera atau terganggu secara sementara kesan dari gegaran yang kuat. Tanda-tanda dan Gejala Gegaran Otak a) Muka menjadi pucat, kulit badan sejuk. b) Nadi berdenyut perlahan. c) Anak mata tidak bertidak balas terhadap cahaya dengan sempurna. d) Muntah-muntah. e) Mangsa gelisah f) Pernafasan mangsa berbunyi kuat. g) Mangsa tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling. Rawatan a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Periksa tempat cedera dan beri rawatan kecederaan c) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa. Berikan rawatan CPR jika di perlukan. d) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Sawan (Epilepsi)
Tanda-tanda dan Gejala a) Mangsa mengadu pening kepala dan rasa kurang selesa. b) Muka kelihatan pucat dan mangsa gelisah. c) Mangsa jatuh secara tiba-tiba di sertai dengan kekejangan otot-otot sambil menggelepar beberapa ketika. d) Mulut mangsa berbuih. e) Giginya terkancing dengan kuat. f) Mangsa tidak sedar diri. g) Muka dan bibir mangsa biru dan tiada pernafasan seketika. h) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari . i) Mangsa kemudiannya bernafas dengan nafas yang berbunyi kuat. j) Mangsa mengalami kebingungan dan kelihatan keletihan. k) Mangsa kemudiannya tidur dengan nyenyak beberapa jam. Rawatan a) Semasa mangsa jatuh dan mengelepar, cuba elakkan mangsa dari mengalami kecederaan atau terjatuh ke tempat yang berair. b) Masukkan benda keras ke dalam mulut mangsa seperti sapu tangan, sudu dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku kecederaan pada lidah dan mulut mangsa. c) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap dan betulkan saluran pernafasan. Periksa pernafasan dan gerak nadi. Jalankan bantuan CPR jika perlu. d) Longgarkan pakaian mangsa. e) Sekiranya terdapat kecederaan beri rawatan sewajarnya. f) Dapatkan rawatan perubatan.

Terselap (Hysteria)
Terselap merupakan suatu keadaan bila mana mangsa tidak dapat mengawal perasan akibat dari tekanan emosi, gangguan perasaan, tidak dapat menyelesaikan masalah atau takut yang menyebabkan perasaannya tidak dapat di kawal lagi. Tanda-tanda dan Gejala a) Mangsa terjatuh secara tiba-tiba. b) Mangsa menjerit-jerit dan tidak dapat mengawal perasaan, menagis, ketawa, meracau, tersentak-sentak badan, menarik rambut atau ketakutan. c) Kekadang berlaku kekejangan otot. d) Bernafas cepat dan pendek-pendek. Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Beri mangsa sedut garam cium (smelling salt) beberapa ketika.

c) Elakkan mangsa dari mencederakan diri. d) Beri arahan agar mangsa bernafas panjang dan kawal pernafasan seperti biasa. e) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Sawan Kanak-kanak ( Febrile Fits)


Sawan ini terjadi pada bayi dan kanak-kanak yang kebiasannya mengalami demam yang suhunya sangat tinggi atau mengalami jangkitan terutamanya di bahagian otak. Tanda-tanda dan Gejala a) Demam yang tinggi. b) Bayi menangis dan di dalam keadaan gelisah. c) Berlaku kekejangan otot dan anggota mengelepar. d) Anak mata naik ke atas. e) Kancing gigi dan mulut mengeluarkan buih. f) Nafas tersekat-sekat dan boleh terhenti. g) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari. h) Mangsa tidak sedar diri. Rawatan a) Baringkan mangsa separuh meniarap. b) Longgarkan pakaian mangsa. c) Masukkan benda-benda keras ke dalam mulut mangsa bagi mengelakkan kecederaan pada lidah. d) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa dan beri bantuan CPR jika di perlukan. e) Beri jeluman sejuk ke seluruh badan mangsa bagi mengurangkan suhu badan. f) Dapatkan rawatan perubatan.

Koma Akibat Kencing Manis ( Diabetes)


Pengidap penyakit kencing manis akan mendapat koma sekiranya kandungan gula dalam darah terlalu rendah atau terlalu tinggi. Kandungan gula yang melampau di dalam darah akan menyebabkan pengidap mengalami koma. Koma jenis ini di kenali sebagai diabetic koma. Manakala jika kandungan gula terlalu rendah di dalam darah akan terjadinya koma yang di kenali sebagai insulin koma. Tanda-tanda dan Gejala a) Mangsa mengadu pening, tidak selesa dan lemah. b) Kulit badan mangsa berkeadaan kering dan panas. c) Pernafasan mangsa yang pengsan berbunyi seperti dengkuran. d) Pernafasan mangsa berbau acetone. Rawatan Diabetik Koma a) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap. b) Betulkan saluran pernafasan mangsa dan periksa gerak nadi serta pernafasannya. Beri bantuan CPR jika di perlukan. c) Periksa anggota dan pakaian mangsa supaya mendapat maklumat tentang penyakit pengidap ataupun ubat. d) Jika sekiranya mangsa sedar - sekiranya terdapat ubat berikan secepat mungkin. e) Dapatkan rawatan perubatan. Tanda-tanda Insulin Koma a) Badan mangsa berkeadaan sejuk dan berpeluh. b) Mangsa gelisah dan pening. c) Berpeluh dengan banyak. d) Nadi berdenyut pantas dan lemah. e) Mangsa mengalami tidak sedarkan diri. Rawatan Insulin Koma a) Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. b) Berikan larutan air gula kepada mangsa yang masih sedar. c) Longarkan pakaian mangsa. d) Sekiranya mangsa pengsan, periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri rawatan CPR jika perlu. e) Letak mangsa dalam baringan separuh meniarap. f) Dapatkan rawatan perubatan.

Racun
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal, debu atau gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam tubuh badan melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka ianya akan menjejaskan kesihatan badan. Cara- cara racun masuk ke tubuh a) Sistem pemakanan Secara memakan atau meminum bahan-bahan yang berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan sebagainya. b) Sistem pernafasan Melaui sedutan gas atau bahan debu yang terampai di udara. Contohnya gas karbon dioksida, Karbon monoksida, kotoran, debu-debu racun serangga dan lain-lain. c) Melalui suntikan urat darah atau otot Biasanya ia berbentuk cecair. Contohnya menyuntik ubat melalui otot atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa dan patukan atau gigitan ular berbisa. d) Serapan kulit Sesetengah bahan cecair seperti racun rumpai atau serangga yang terkena kulit akan menyerap ke dalam sistem badan. Contohnya racun malation dan paraquat. Tanda-tanda dan Gejala a) Pening kepala dan tidak sedap badan. b) Loya dan muntah-muntah. c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum. d) Mengalami sesak nafas. e) Mangsa di dalam keadaan gelisah. f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk. g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah. h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan. i) Berpeluh dengan banyak. j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan. k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil secara suntikan atau kerana gigitan. l) Berlaku renjatan. Rawatan Am Keracunan a) Tenangkan mangsa. b) Longgarkan pakaian mangsa. c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu. d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas-bekas yang terdapat di sekeliling mangsa. e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan. f) Dapatkan rawatan perubatan. Keracunan Melalui Sistem Pemakanan. Tanda-tanda dan Gejala a) Sakit perut. b) Loya dan muntah-muntah. c) Gelisah dan pucat. d) Berlaku cirit-birit. e) Mangsa mengadu dahaga. f) Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut mangsa bagi racun jenis yang membakar. g) Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap. h) Berlaku renjatan. Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Longgarkan pakaian yang ketat. c) Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air yang dicampur garam sebanyak mungkin, atau mengeletek bahagian leher atau kerongkong mangsa. Ini boleh di lakukan bagi racun yang bukan jenis membakar. d) Sekiranya bahan membakar jangan cuba muntahkan mangsa dengan cara di atas kerana ini membahayakan mangsa. Jika mangsa sedar cuba nuteralkan dengan bahan-bahan air yang dicampur limau bagi racun alkali dan air tepung jika sekiranya bahan asid. e) Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh meniarap.

f) Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Lakukan CPR jika penafasan terhenti. g) Dapatkan rawatan perubatan berserta dengan bahan yang boleh menjadi bukti jenis keracunannya. Contohnya bekas ubat, muntah atau bekas-bekas kosong pengisi bahan beracun tersebut. Keracunan Melalui saluran pernafasan. Tanda-tanda dan Gejala a) Mangsa mengadu pening. b) Lemah dan tidak bertenaga. c) Loya dan muntah-muntah. d) Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas. e) Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam keadaan gelisah. f) Pergerakan nadi pantas dan lemah. g) Berlakunya renjatan. Rawatan a) Bawa mangsa ke tempat yang berudara. b) Tenagkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat. c) Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan separuh meniarap. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri bantua CPR segera sekiranya pernafasan atau gerak nadi mangsa terhenti. d) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Keracunan Melalui Serapan kulit Tanda-tanda dan Gejala. a) Pening dan badan menjadi lemah. b) Loya dan muntah. c) Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat yang terkena racun. d) Badan menjadi sejuk. e) Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat. f) Berlaku renjatan. Rawatan a) Tenangkan mangsa b) Cuci tempat terkena racun dengan air yang banyak. c) Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa. d) Dapatkan bantuan perubatan.

Keracunan Melalui Suntikan atau Gigitan Tanda- tanda dan Gejala a) Mangsa mengadu pening dan lemah. b) Loya dan muntah-muntah. c) Gelisah dan badan menjadi sejuk. d) Mangsa mengalami kesukaran bernafas. e) Gerak nadi menjadi cepat dan lemah. f) Mangsa berkedaan pucat dan keletihan. g) Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan. h) Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan. i) Terjadi renjatan. Rawatan a) Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa. b) Dapatkan butir-butir keracunan dari mangsa. c) Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam keadaan terhenti pernafasan atau pergerakan nadinya. d) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera

RINGKASAN RACUN DAN BAHAN-BAHAN KIMIA Jenis Racun Tindakan / Pemulihan Awal

a) Bahan asid a) Jangan muntah mangsa. b) Beri mangsa minum air, air bancuhan susu dan air tepung. b) Bahan alkali a) Jangan muntahkan mangsa. b) Beri air, air limau atau air yang mengandungi sedikit cuka. c) Bahan Disinfectant (Carbolic asid, Lysol) a) Jangan muntahkan mangsa. b) Beri minum air yang banyak. d) Racun Arsenik (Racun tikus) a) Muntahkan mangsa. b) Beri minum air yang banyak pada mangsa. e) Aspirin a) Muntahkan mangsa. b)Beri minum air yang dicampur sodium bicarbonate. f) Barbiturate (Luminal, Ubat tidur) a) Muntahkan mangsa. b) Beri mangsa minum banyak air. g) Bahan timah a) Muntahkan mangsa. b) Beri mangsa minum banyak air. h) Raksa a) Beri putih telur, kemudian diikuti dengan air susu. b) Muntahkan mangsa. i) Candu/Morfin a) Muntahkan mangsa. j) Bahan petrol a) Muntahkan mangsa. b) Beri mangsa banyak minum air. BENDA-BENDA ASING DALAM RONGGA MATA. Benda Asing Dalam Rongga Mata. Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Larang mangsa menggosok-gosok mata yang terlibat. c) Keluarkan benda asing dengan cara: Menggunakan hujung sapu tangan atau kain yang lembut yang telah dibasahkan. Pastikan tempat benda asing terletak. Alirkan air ke dalam kelopak sehingga benda asing keluar. Suruh mangsa mengelip mata di dalam bekas / besen yang mengandungi air. d) Jika bahan alkali atau asid tertitis ke mata, alirkan banyak air ke dalam mata atau celik mata dalam bekas yang mengandungi air. Jangan cuba nutralkan asid atau alkali dengan bahan-bahan asid atau alkali. e) Tutup mata dengan kain yang lembut dan dapatkan rawatan perubatan. Benda Asing Dalam Telinga Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Jangan cuba keluarkan benda asing dengan cara mengorek telinga c) Masukkan air atau minyak ke dalam lubang telinga sekiranya benda asing masih hidup supaya benda asing mati. d) Jika benda asing kecil, sangetkan telinga ke bawah dan ketukkan kepala beberapa kali supaya benda asing keluar. e) Dapatkan bantuan perubatan jika benda asing tidak keluar. Benda Asing Dalam Rongga Hidung Rawatan Awal a) Tenangkan mangsa. b) Suruh mangsa menghembus angin dengan kuat melalui hidung. c) Jangan cuba mengorek benda asing. d) Nasihatkan mangsa bernafas melalui mulut dan jangan cuba menyedut nafas dengan kuat melalui hidung. e) Dapatkan rawatan perubatan. Benda Asing Terlekat di Tekak Rawatan a) Tenangkan mangsa. b) Arah mangsa batuk.

c) Suruh mangsa menelan makanan lembut atau air sekiranya benda asing tersebut kecil atau tulang yang kecil saja yang terlekat pada tekak. d) Jangan cuba mengorek tekak mangsa. e) Jika benda asing besar, suruh mangsa membongkokkan perutnya di penyandar kerusi beberapa kali. f) Lakukan keadaan Hemlich Manuver atau Chest compression jika perlu sehingga benda asing dapat dikeluarkan. g) Dapatkan rawatan perubatan.

SENGATAN ATAU GIGITAN BINATANG BISA


1) Sengatan Kala Jengking, Lipan, Tebuan, dan Lebah Tanda-tanda dan gejala a) Sakit di tempat sengatan atau gigitan. b) Bengkak, lebam dan keluar darah. c) Tempat gigitan menjadi panas. d) Mangsa gelisah. e) Mangsa mengalami sesak nafas. f) Berlaku renjatan. Rawatan a) Bawa mangsa ke tempat yang selamat. b) Tenangkan mangsa. c) Sekiranya mangsa renjat periksa gerak nadi dan pernafasan. Berikan rawatan CPR jika perlu. d) Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan sakit dan bengkak. e) Cuci tempat sengatan. f) Dapatkan rawatan perubatan.

2) Digigit Lintah atau Pacat Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat. Rawatan a) Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka. b) Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi mengurangkan kegatalan. c) Balut luka dengan kemas. d) Dapatkan rawatan perubatan. 3) Patukan Ular Berbisa Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf atau pun sistem darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan di seluruh badan. Contohnya ular senduk atau king cobra.Ular laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem saraf dan sistem pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan sistem pendarahan terganggu di mana darah tidak mudah membeku dan keluar melalui semua sistem badan. Tanda- tanda. a) Sakit di tempat patukan. b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak. c) Darah keluar di tempat patukan. d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan. e) Sesak nafas. f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk. g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah. h) Berlaku renjatan. Rawatan a) Tenangkaan mangsa. b) Longgarkan pakaian magsa. c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu banyak. d) Awasi mangsa dari renjatan. e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan. f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

PENGENDALIAN KELAHIRAN KECEMASAN Bersalin atau kelahiran merupakan suatu proses biasa bagi wanita yang mengandung. Oleh itu, sebelum tiba kelahiran terdapat tanda- tanda dan gejala awal ditunjukkan sebelum lahirnya bayi. Tanda- tanda a) Sakit di bahagian belakang terutama bahagian pinggang. b) Sakit di bahagian abdomen iaitu di sekitar pusat. c) Sakit berselang seli dengan keredaan. Ini diikuti dengan sakit yang lebih memanjang berbanding masa keredaannya. d) Ibu berkeadaan gelisah, cemas dan berpeluh. e) Peringkat awal keluar lendir berserta dengan sedikit darah dari kemaluan ibu. Ini diikuti dengan keluar air tuban dengan banyak akibat pecahnya tuban kandungan. f) Kelihatan kepala bayi menonjol pada bahagian faraj ibu. Peringkat peringkat kelahiran hingga bersalin. Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: a) Peringkat Pertama i. Bermula dari permulaan sakit hinggalah pecahnya tuban kandungan. Proses ini kebiasaannya memakan masa sekitar 12 hingga 16 jam. ii. Pembukaan serviknya melebihi 10 sm. iii. Jangkamasa kelahiran dianggarkan sekitar 8 hingga 12 jam. b) Peringkat Kedua i) Bermula dari pembukaan servik sehinggalah lahirnya bayi. Kebiasaannya jangka masa yang diambil adalah sekitar 2 jam. c) Peringkat Ketiga i. Peringkat bayi telah dilahirkan sehinggalah keluarnya placenta (uri). ii. Peringkat ini mengambila masa sekitar jam di mana placenta ibu akan keluar dengan sendirinya. Bantuan Kecemasan Di Saat Kelahiran a) Tenangkan ibu dan nasihat agar bernafas melalui mulut dan tidak meneran kesakitannya. b) Bantu ibu membuang air kecil atau air besar sebelum proses kelahiran. Ini akan memudahkan kelahiran dan mengelakan sebarang komplikasi dan masalah kepada bayi. c) Sediakan tempat tidur dengan selesa. Lapikkan tilam dengan plastik atau kain getah bagi mengelakan darah dan air tuban membasahi tilam. d) Sediakan alatan kelahiran seperti besin berisi air, sabun, pisau atau gunting bersih, tali pengikat atau benang, lampin dan tuala. e) Baringkan ibu melentang, bengkokkan kedua-dua kakinya. Buka kelengkapannya. f) Cuci tangan dan basuh kemaluan ibu bagi tujuan menjaga kebersihan. g) Setelah saat kelahiran tiba, galakkan ibu meneran sewaktu berlaku pengecutan otot rahim. Tarik nafas secara dalam dan melepaskannya melalui mulut berulang-ulang kali. h) Sambut bayi dengan kedua belah tangan. Jangan cuba menarik atau memusingkan semasa bayi mula menonjol keluar i) Pastikan tali pusat tidak membelit leher bayi. Uraikan belitan sekiranya berlaku belitan tali pusat. j) Cuci badan, mata, dan hidung bayi dengan kapas yang dibasahkan. k) Angkat bayi dengan memegang kedua belah pergelangan kakinynya agar lendir dapat keluar dari mulut dan hidungnya. l) Tepuk bahagian tapak kaki bayi bertujuan memberi ransangan kepadanya. Lakukan berulang kali sehingga bayi menangis. m) Sekiranya selepas 3 minit, tiada sebarng tangisan, beri bantuan pernafasan kepada bayi. n) Selimutkan bayi, ikat tali pusat kira-kira 15 sm dari pusatnya di kedua bahagian. Potong tali pusat dengan gunting yang suci hama. o) Cuci kemaluan ibu. p) Tunggu hingga placenta keluar dan keluarkan secara cermat. q) Beri urutan di bahagian abdomen ibu bertujuan membantu pengecutan rahim. r) Pakaikan tuala wanita kepada ibu. s) Periksa gerakan nadi dan ukur kehilanghan darah. t) Dapatkan bantuan perubatan sekiranya perlu.

PEMINDAHAN PESAKIT Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah: a) seorang pembantu (single helper)

b) dua orang pembantu (double helpers) c) menggunakan penggusung (stretcher) a) Seorang pembantu (Single Helper) Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya ialah: Kaedah dukungan (Cradle Lift) -kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi. Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch) -Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya. Mendukung di belakang atau encang (Pick a back) -Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar. Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift) -Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya. Usungan merangkak -Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa. Usungan menarik -Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang. Menarik menggunakan blanket -Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang. b) Kaedah dua pembantu Duduk di atas dua tangan (two hand seat) -Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa. Mengusung berekoran atau berbuntut. -Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa. Duduk di atas tiga tangan (three hand seat) -Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa. Duduk di atas empat tangan (four hand seat) -Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantupembantunya. Mengangkat menggunakan kerusi -Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran.

c) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher) Pengusung gantian ( improvise stretcher) I. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya. II. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu. III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni itu. IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya.

V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG


1.PEMULIHAN PERNAFASAN Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan semasa mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:a) Pemulihan mulut ke mulut b) Pemulihan mulut ke hidung c) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok d) Kaedah Holger Neilson e) Kaedah Selvesters f) Kaedah Schafers a) Pemulihan mulut ke mulut Cara pratiknya rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa. tutup hidung mangsa secara picitan hidung. lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata memerhatikan bahagian dada mangsa hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada kebocoran dari celah bibir mangsa lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung. lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak -kanak dan bayi. permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan. b) Pemulihan mulut ke hidung Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan. Cara pratiknya Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa. Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui mulut. Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan, perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau tidak ke paru-paru. Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar. Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut. c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leher. Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung. Cara pratiknya. Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa. Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak menetukan dada mengembang atau tidak. Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu. d) Kaedah Holger Neilson. Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut buncit. Cara pratiknya. Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya. Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka. Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa. Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian tulang scapula mangsa. Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat.

Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa. Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba bantuan perubatan. e) Kaedah Selvesters Cara pratiknya. Letakkan mangsa dalam baringan melentang. Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit bahagian kepala mangsa. Dongakkan kepala mangsa. Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada mangsa. Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan gunakan kaedah kekuatan t enaga menekan dada mangsa kerana ini boleh mencederakan dada mangsa. Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat. Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada dan mengembang kira-kira 2 saat. Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba. f) Kaedah Schafers Cara pratiknya. Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa mengampu bahagian kepalanya. Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa. Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira 2 saat. Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan. Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga tibanya bantuan perubatan. Awas !!! Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau mangsa yang mengandung.

2) PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR) Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada. Kombinasi kedua-dua bantuan tersebut membolehkan darah menerima bekalan oksigen dan seterusnya mengedarkannya ke otak dan lain-lain organ penting. Terdapat beberapa sebab jantung terhenti. Antaranya ialah: i. Penyakit jantung termasuk gelepar ventrikular (ventricular fibrilltion). ii. Kejutan elektrik. iii. Alahan iv. Pengambilan dadah yang berlebihan. v. Penyakit angin ahmar (stroke). vi. Lemas (asap, gas beracun atau tersumbat saluran pernafasan). vii. Kecederaan. Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa. Ini disebabkan faktor-faktor berikut: a. Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%. b. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada kadar 2% sahaja. c. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa. Di dalam istilah perubatan, terdapat 2 jenis kematian selepas kejadian pernafasan terhenti. Kematian tersebut ialah: a. Kematian klinikal bermaksud kematian sementara di mana sel-sel otak dan sel-sel organ belum mengalami kematian walaupun pernafasan dan jantung terhenti. Kematian klinikal boleh dipulihkan sekiranya bantuan segera dan awal diberikan kepada mangsa selepas kejadian terjadi.

b. Kematian biological kematian kekal di mana sel-sel otak dan semua sel-sel organ badan telah mati. Kematian ini tidak boleh dipulihkan kembali. Sel-sel otak akan mula mengalami kematian selepas 4 minit pernafasan dan jantung terhenti. Ia akan mati kekal selepas 10 minit tidak menerima bekalan darah beroksigen. Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi Kardio Pulmonary. Antaranya ialah: a. Saluran pernafasan (airway) b. Pernafasan (breathing) c. Edaran darah (circulation) a) Saluran pernafasan. Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau. Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mang sa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa. b) Pernafasan Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa. Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa. c) Edaran darah Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadi brachial) bagi bayi. Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti.

TEKNIK- TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI


1. TEKNIK SEORANG PENOLONG BAGI MANGSA DEWASA. Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan tahap kesedaran mangsa. Menjerit meminta bantuan supaya menarik perhatian orang yang ada berhampiran. Betulkan salur pernafasan mangsa secara teknik dongak kepala dan angkat dagu (head tilt and chin lift). Periksa pernafasan mangsa dengan teknik dengar, lihat dan rasa sambil mata memerhati pergerakan dada mangsa. Periksa selama 3 hingga 5 saat. Beri bantuan pernafasan secara kaedah mulut ke mulut atau mulut ke hidung atau tutup mulut ke lubang pernafasan di leher. Picit hidung dan mulut mangsa. Tarik nafas dan rapatkan betul-betul ke mulut, hidung dan lubang pernafasan mangsa dan berikan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat. Buka mulut atau hidung mangsa supaya udara yang dihembus keluar. Ulang hembusan yang serupa sekali lagi. Perhatikan bahagian dada semasa melakukan hembusan bagi menentukan dada mengembang atau tidak. Periksa pergerakan nadi karotik di bahagian leher selama 5 hingga 10 saat bgai menentukan nadi terhenti atau sebaliknya. Cari kedudukan sternum notch (tempat pertemuan antara kiri dan kanan tulang rusuk di bahagian dada). Letakkan 2 jari di sternum notch sebagai penanda tempat tekanan. Letakkan tumit tapak tangan dan tindihkan tangan tersebut dengan tangan yang satu lagi. Luruskan tangan dan kuncikan sendi-sendi siku dan sendi-sendi bahu supaya tidak dibengkokkan semasa tekanan dilakukan. Beri tekanan di bahagian dada dengan menggunakan tekanan berat badan. Jangan gunakan kekuatan tenaga kerana boleh mencederakan tulang dada dan tulang rusuk. Tekan sedalam kira-kira 1.5 hingga 2 inci (4 - 5cm) mengikut rentak yang sistematik sebanyak 15 kali tekanan. Lakukan tekanan berselang-seli dengan bantuan pernafasan dengan bantuan pernafasan dengan ratio 15: 2. lakukannya sebanyak 4 pusingan dan akhiri dengan 2 hembusan yang terakhir. Periksa pergerakan nadi selama 5 hingg 10 saat kembali. Teruskan rResusitasi Kardio Pulmonary jika pergerakan nadi belum pulih. Jika nadi pulih, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa 3 hingga 5 saat. Jika tiada, jalankan bantuan pernafasan sahaja dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa pulih ataupun tiba bantuan perubatan. 2. TEKNIK BANTUAN DUA ORANG AHLI BANTUAN MANGSA DEWASA Pembantu pertama berperanan sebagai pemeriksa taraf kesedaran, memeriksa pernafasan, membantu pernafasan dan memeriksa pergerakan nadi mangsa. Tekniknya sama dengan kaedah Resusitasi Kardio Pulmonari seorang ahli bantuan. Pembantu kedua berperanan sebagai pemanggil bantuan perubatan serta menjalankan tekanan jantung (chest compression) apabila mendapat isyarat bahawa tiada pergerakan nadi si mangsa. Lokasi dan kedudukan tangan adalah sama dengan teknik

resusitasi terdahulu. Beri 5 kali tekanan dan diikuti dengan sekali hembusan pernafasan oleh pembantu pertama. Tekanan hembusan dan tekanan dilakukan dengan ratio 5 : 1 dan diteruskan sehingga 10 pusingan. Akhiri pusingan ke 10 dengan sekali hembusan oleh pembantu pertama. Sekiranya masih tiada pergerakan nadi, maka diteruskan tekanan dan hembusan seperti terdahulu. Jika pergerakan nadi telah dirasai, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa. lakukan bantuan sekali hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa boleh bernafas. Sekiranya pembantu kedua keletihan, pertukaran boleh dilakukan dengan pembantu kedua memberi isyarat dengan sebutan tukar dan meneruskan 5 tekanan yang terakhir sebelum pembantu pertama mengambil tempatnya. Manakala pembantu kedua mengambil tempat pembantu pertama. 3. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI MANGSA KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN ) SEORANG PEMBANTU. Aturan bantuan dari A hingga C adalah hampir sama dengan kaedah orang dewasa. cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu : a) Tekanan dada mangsa cuma menggunakan sebelah tumit tapak tangan sahaja. b) Dalam tekanan yang diberikan adalah 1 hingga 1.5 inci sahaja. c) Ratio hembusan dan tekanan adalah 1:5 d) Kadar pusingan adalah 10 pusingan sebelum pemeriksaan nadi dijalankan. e) Bantuan pernafasan berterusan adalah pada kadar 1 kali bagi setiap 3 saat. 4. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI MANGSA BAYI ( 1 TAHUN KE BAWAH ) Tekniknya sama dengan orang dewasa dan kanak-kanak kecuali perkara-perkara berikut : a. Hidung mangsa tidak perlu dipicit semasa hembusan dilakukan. Pembantu menggunakan mulut untuk menutup mulut dan hidung si mangsa. b. Ampu bahagian tulang skapula bayi dengan lengan supaya keadaan kepala mangsa terlangut dan secara tidak langsung akan membuka saluran pernafasan. c. Pemeriksaan nadi adalah pada nadi brakial ( bahagian lengan). Ini disebabkan leher bayi pendek. d. Penandaan lokasi tekanan adalah dengan menanda garisan lurus antara dua puting susu bayi dengan 3 jari tangan. Letak 2 jari di atas tulang sternum manakala 1 jari diangkat. Tekan menggunakan dua jari sedalam 0.5 hingga 1.0 inci sebanyak 5 kali tekanan dengan kadar 100 kali seminit. Pusingan keseluruhan adalah 20 pusingan. -Periksa pergerakan nadi. Jika ada nadi, periksa pernafasan mangsa. Lakukan bantuan pernafasan sekali bagi setiap 3 saat berterusan jika di dapati mangsa tidak bernafas. 5. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK / TERSEKAT PERNAFASAN(ORANG DEWASA YANG MASIH SEDAR ) Jika mangsa berseorangan tanpa sebarang pembantu, ia boleh menjalankan beberapa kaedah bagi mengeluarkan benda asing yang tersekat dalam saluran pernafasan. Antaranya ialah : i. Menggunakan kaedah berdiri di belakang penyandar bangku dan meletakkan bahagian abdomennya di penyandar bangku tersebut.Tundukkan badan ke hadapan bangku berulang-ulang kali. Tundukan akan menyebabkan udara yang terdapat di abdomen menolak keluar udara dan seterusnya membantu mengeluarkan bendasing yang tersekat. ii. Menggunakan Teknik Heimlich iaitu menggenggam penumbuk satu tangan. Letakkan penumbuk tersebut di bahagian abdomen dan tangan yang satu lagi diletakkan di atas penumbuk tersebut. Lakukan tekanan ke arah dalam dan ke atas secara cepat dan berulangkali kerana daya tekanan yang kuat dan cepat akan memaksa udara di dalam paru-paru keluar dan menolak bendasing keluar. Sekiranya terdapat membantu semasa kejadian tercekik bendasing, maka pembantu boleh menjalankan tugasnya melalui kaedah-kaedah berikut : - Tanya mangsa sama ada ia boleh bernafas, tercekik dan batuk. Jika mendapat tindakbalas positif dari mangsa, jangan lakukan apa-apa ke atas mangsa melainkan berada di sisi mangsa kerana kebiasaannya mangsa akan berusaha sendiri mengeluarkan bendasing tersebut. - sekiranya mangsa memberi tindakbalas negatif, maka pembantu perlu mengambil tindakan melakukan bantuan-bantuan berikut : a) Teknik Heimlich -berdiri di belakang mangsa. -peluk bahagian pinggang mangsa. -genggam penumbuk dengan ibu jari dimasukkan ke dalam pada satu tangan dan letakkan di bahagian atas sedikit dari pusat.

Lapikkan genggaman tersebut dengan tangan sebelah lagi. -tekan penumbuk dengan cepat dan berulangkali secara gerakan ke dalam dan ke atas. Tekanan tersebut dapat memaksa udara di paru-paru keluar dan seterusnya menolak keluar bendasing yang menyekat saluran pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung. b) Tekanan Dada ( chest thrusts ) Kaedah ini sesuai bagi mangsa gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung. caranya berdiri di belakang mangsa. genggam penumbuk sebelah tangan. letak genggaman mengarah ke ibu jari di bahagian tengah tulang dada mangsa. lapikkan penumbuk dengan tangan yang sebelah lagi. tekan ke arah dalam dengan kuat dan cepat berulangkali. lakukan teknik ini sehingga bendasing keluar atau sehingga mangsa pengsan. 6. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK DARI SEDAR HINGGA PENGSAN ( MANGSA DEWASA ) Letak mangsa dalam keadaan melentang. Minta bantuan perubatan. Dongakan kepala mangsa dengan teknik dongakan dahi dan angkat bahu ( head tilt/chin tilt ). Periksa kerongkong mangsa bagi menetukan tedapat bendasing. Keluarkan bendasing dengan jari telunjuk. Beri bantuan pernafasan. Jika hembusan tidak masuk, ianya menandakan masih terdapat bendasing yang menyekat salur pernafasan. Lakukan tekanan dengan teknik Hemlich secara duduk di atas bahagian paha mangsa. Tindihkan tumit tapak tangan dengan tangan sebelah lagi. Kuncikan bahagian sendi siku dan bahu dan luruskan tangan. Tekan secara ke arah dalam dan ke atas 5 kali secara sistematik. Periksa mulut mangsa. Korek tekak mangsa supaya bendasing dapat dikeluarkan. Beri bantuan pernafasan. Jika masih tersekat, lakukan ulangan teknik tekanan Hemlich sehingga bendasing keluar. Sekiranya mangsa gemuk atau mengandung, tekanan secara teknik tekanan dada ( chest thrusts ) sebanyak 5 kali. 7. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA TIDAK SEDAR (MANGSA DEWASA) Jalankan pemeriksaan tahap kesedaran mangsa. Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan mangsa 3 hingg 5 saat. Lakukan hembusan kaedah mulut ke mulut. Jika di dapati hembusan tidak masuk, betulkan sekali lagi kedudukan kepala mangsa. Lakukan hembusan sekali lagi. Jika tidak masuk juga, maka sah terdapat bendasing di dalam saluran pernafasan mangsa. Lakukan teknik Heimlich atau teknik tekanan dada seperti yang diterangkan dahulu. Periksa bendasing pada mulut mangsa dan keluarkan bendasing dengan jari. Ulang teknik yang serupa sekiranya masih gagal mengeluarkan bendasing sehinggalah bendasing tersebut dapat dikeluarkan. Lakukan tekanan dada ( chest compression ) sekiranya nadi di dapati tiada seperti mana teknik CPR. Sekiranya ada pergerakan nadi, lakukan bantuan pernafasan seperti mana kaedah CPR berterusan sehinggalah tiba bantuan perubatan atau mangsa pulih. 8. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA KANAK-KANAK YANG SEDAR Teknik yang dijalankan adalah sama dengan teknik yang dilakukan kepada mangsa dewasa yang sedar. 9. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA KANAK-KANAK DARI SEDAR KEPADA TIDAK SEDAR Sama seperti teknik mengeluarkan bendasing kepada orang dewasa yang sedar kepada tidak sedar. 10. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA BAYI YANG TIDAK SEDAR DIRI Baringkan mangsa secara melentang.

Tentukan tahap kesedaran mangsa. Dapatkan bantuan perubatan. Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa penafasan mangsa 3 hingga 5 saat. Berikan sekali hembusan. Jika tidak masuk, re-posisikan kepala mangsa. Berikan sekali lagi hembusan. Jika kali kedua masih tidak masuk, terdapat bendasing menyekat saluran pernafasan mangsa. Masukkan lengan pemulih di bahagian belakang bayi dan ampukan bahagian kepalanya. Lengan lagi sebelah diletakkan di bahagian dada mangsa dan tangan mengampu di bahagian dagu bayi. Angkat bayi dengan merendahkan bahagian kepalanya dan pusingkan badannya supaya berkeadaan muka dan dadanya mengadap ke bawah. Ampu bayi dengan bahagian paha. Lakukan tepukan sebanyak 5 kali tepukan pada bahagian tulang skapula bayi. Terbalik semula supaya muka bayi mengadap ke atas tetapi dalam keadaan kepalanya mencuram arah ke tanah. Ampu badan bayi dengan paha. Lakukan teknik tekanan pada dada bayi sebanyak 5 kali tekanan. Letakkan bayi di atas lantai dan buka mulut bayi. Buang bendasing dengan menggunakan jari kelingking apabila bendasing diperolehi. Jangan korek mulut bayi sekiranya bendasing tidak kelihatan. Lakukan sekali bantuan pernafasan. Pastikan ianya masuk atau tidak. Jika tidak masuk, lakukan kaedah di atas semula. Jika udara masuk, beri hembusan sekali lagi dan seterusnya memeriksa nadi bayi. Lakukan tekanan dada jika nadi terhenti atau lakukan bantuan pernafasan sahaja jika terdapat pergerakan nadi. 11. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING BAYI YANG SEDAR. Perhatikan pernafasan, batuk, tangisan dan warna kulit bayi yang tercekik. Terlungkup muka bayi ke arah bawah. Ampu badan menggunakan lengan dan letakkan di bahagian paha. Beri tepukan bahagian skapula ( shoulder blade ) mangsa sebanyak 5 tepukan. Pusingkan muka bayi ke atas semula dengan keadaan kepalnya arah ke bawah. Ampu dengan menggunakan paha dan kenakan tekanan dada (chest thrusts) sebanyak 5 tekanan dengan menggunakan 2 jari. Lakukan langkah ini berulangkali ( step 1 dan step 2 ) sehingga bendasing keluar atau mangsa pengsan. 12. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING DARI BAYI SEDAR KEPADA TIDAK SEDAR. Minta bantuan perubatan. Buka mulut mangsa dan pastikan sama ada bendasing kelihatan atau tidak. Jangan korek jika tidak nampak bendasing. Dongakkan kepala mangsa dan beri sekali hembusan. Betulkan sekali lagi kepala mangsa jika hembusan tidak masuk. Berikan 5 tepukan di belakang bayi ( chest blade ). Berikan 5 tekanan di bahagian dada bayi ( chest thrusts ). Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing. Beri bantuan pernafasan 2 kali. Periksa nadi mangsa.

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )


Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah seperti berikut : 1. Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan. 2. Kain anduh tiga segi 3. Kain kasa sucihama 4. Kapas 5. Kain pembalut gulung 6. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage ) 7. Plaster 8. Ubat gosok atau minyak gosok 9. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol ) 10. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol ) 11. Garam cium ( smelling salt ) 12. Penyepit ( forcep ) 13. Buku catitan 14. Pin

15. Pen/pensel Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.

DEMAHAN
Demahan terbahagi kepada 2 jenis iaitu ; a. Demahan panas b. Demahan sejuk Demahan Sejuk 1) Tujuan : a) Mengurangkan atau melegakan kesakitan. b) Menghadkan bengkak atau lebam pada tisu yang mengalami pendarahan dalam. c) Membantu menghentikan atau mengurangkan pendarahan dalam tisu akibat kecederaan. d) Mengecutkan saluran darah dan seterusnya mengurangkan pengaliran darah. Cara-Cara Menjalankan Demahan Sejuk -Rendamkan kain bersih dalam bekas yang diisi dengan air sejuk atau ketulan air batu atau merendam kain di dalam larutan spirit yang dicampur dengan air atau memasukkan air batu ke dalam karung demahan. -Perahkan kain supaya berkeadaan lembab atau balut karung air batu dengan sehelai kain-kenakan demahan tersebut di tempat yang cedera. -Titiskan air dari masa ke semasa sekiranya menggunakan kain rendaman supaya ianya sentiasa sejuk. Penting!!! Jangan gunakan larutan spirit bagi demahan di bahagian yang terdapat kecederaan atau pada bahagian mata. Demahan basah juga tidak sesuai bagi tempat-tempat yang terdapat luka terbuka. Demahan sejuk amat sesuai bagi kecederaan lebam yang baru terjadi (kurang dari 24 jam). Demahan Panas Tujuan : a) Memecahkan gumpalan darah beku di dalam tisu akibat luka lebam. b) Mengurangkan kesan lebam di tempat cedera. Demahan panas perlu dilakukan bagi kecederaan lebam yang melebihi dari 24 jam selepas kecederaan. Ia tidak sesuai digunakan bagi kecederaan lebam yang baru kerana dengan memberi demahan panas, saluran darah akan mengembang dan menggalakkan lagi pengeluaran darah. Teknik Membuat Demahan Panas. -Masukkan air panas ke dalam botol atau karung demahan. -Tutup kemas penutup botol atau karung air panas. -Balut botol atau karung dengan sehelai kain bagi mengelakkan terbakar kulit mangsa. -Letakkan botol atau karung yang telah dibalut di tempat lebam lakukan demahan yang diperlukan.

PENGENALAN SISTEM RANGKA


Tulang, rangka dan otot memberikan bentuk, saiz, sokongan dan juga perlindungan kepada manusia. Sistem ini disebut sebagai sistem rangka. Di dalam tubuh manusia, terdapat tisu penghubung yang mencantumkan bahagian-bahagian tubuh. Tisu-tisu ini adalah tisu hidup, tetapi mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama lain. SISTEM RANGKA Rangka manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Rangka aksial (paksi atau tulang belakang) yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra, tulang rusuk dan sternum. -Penting dalam membentuk struktur tubuh. Rangka apendej yang tediri daripada lengkungan pektoral, lengkungan pelvis, tulang lengan dan tulang kaki -Penting dalam memberi sokongan untuk mengawal pergerakan tubuh. TENGKORAK Tengkorak manusia terdiri daripada semua tulang di bahagian kepala. Kranium melindungi bahagian otak dan organ-organ yang terdapat di bahagian kepala serta mengekalkan bentuk kepala manusia. Kranium terdiri daripada lapan kepingan tulang yang bercantum secara kukuh melalui sendi tidak bergerak, iaitu sutur. Kepingan tulang kepala sangat keras supaya otak di dalamnya tidak mudah cedera melainkan kepala terkena hentakan yang terlalu kuat. Tulang muka melindungi mata, telinga dan hidung. Rahang atas dan rahang bawah merupakan tempat perletakan gigi. Rahang atas bersendi secara tetap dengan kranium, manakala persendian di antara rahang bawah dengan kranium membenarkan pergerakan rahang bawah bagi membenarkan kita mengunyah dan bertutur. Tengkorak bersambung dengan turus vertebra melalui satu bukaan yang terdapat pada dasar kranium. Bukaan ini membolehkan saraf tunjang melaluinya.

STRUKTUR DAN SUTUR TENGKORAK MANUSIA TURUS VERTEBRA Turus vertebra terdiri daripada 33 tulang kecil yang dikenal sebagai vertebra. vertebra ini disambung oleh rawan. Semua vertebra dibezakan dari sagi struktur,fungsi, dan kedudukannya pada turus vertebra. Terdapat 5 jenis vertebra seperti dalam rajah di bawah: TULANG BELAKANG MANUSIA Antara dua vertebra adanya satu cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk menyerap hentakan dan mengurangkan geseran antara vertebra semasa pergerakan. BAHAGIAN VERTEBRA DAN FUNGSINYA Bahagian vertebra Stuktur binaan dan fungsinya Sebtrum Bahagian yang peal dan tegar untuk memberi sokongan dan menentang daya mampatan. Lengkuk saraf Lengkungan yang terdapat dibahagian dorsal yang mengurungi satu salur saraf serta melindungi saraf. Salur saraf Salur ini adalh berterusa bagi semua vertebra untuk menempatkan saraf tunjang. Spina saraf Satu cuaran yang menyediakan permukaan untuk pelekatan otot Cuaran melintang Terdapat dua cuaran di sisi lengkuk saraf tang berfungsi untuk pelekatan otot. Vertebra atlas Vertebra atlas mempunyai spina saraf yang kecil tetapi salur saraf besar. Cuaran melintangnya lebar dan pipih. Terdapat dua salur vertebrateri di anterior tetapi tiada sentrum. Pada anteriornya satu lekuk yang bersendi dengan sepasang bonggol di dasar kranium. Persendian ini menyokong tengkorak dan membenarkan kita mengangguk.

Vertebra aksis Vertebra aksis mempunyai sentrum dan cuaran melintang yang kecil tetapi spina sarafnya besar. Tulang ini juga mempunyai sepasang salur vertebrateri. Di hujung superior tulang ini ialah satu cuaran yang disebut cuaran odontoid yang menjulur ke dalam salur saraf vertebra atlas dan membenarkan kita memusingkan kepala. Vertebra serviks Vetebra serviks mempunyai sentrum yang pipih, spinal saraf yang pendek, dan cuaran melintang yang lebar. Vertebra ini mempunyai sepasang salur vertebrateri pada cuaran melintangnya yang bertugas untuk menyokong tengkorak dan leher kita. Vertebra toraks

Spina saraf vertebra toraks panjang dan meruncing ke bawah. cuaran melintangnya lebar serta sentrumnya tebal dan besar. Saraf spinanya menyediakan suatu permukaan bagi pelekatan otot yang menyokong kepala dan leher. Pada cuaran melintang dan sentrumnya terdapat muka sendi untuk bersendi dengan tulang rusuk, tetapi muka s endi ini tidak hadir pada vetebra toraks ke-11 dan ke-12. Muka sendi di cuaran melintang bersendi dengan bahagian tuberkulum tulang rusuk, manakala bahagian kapitulum tulang rusuk bersendi dengan muka sendi di sentrum toraks.

Vertebra lumbar Vertebra lumbar adalah vertebra paling besar, mempunyai spina saraf yang pendek dan menjulur ke posterior secara mengufuk. Cuaran melintangnya lebar dan pipih. Sentrumnya besar dan tebal. Dibahagian anterior dan posteriornya terdapat muka sendi untuk bersend i dengan vertebra yang lain. Spina saraf dan cuaran melintangnya adalah tempat pelekatan otot belakang.

SAKRUM Terdiri daripada 5 vertebra yang bertaup untuk membentuk satu tulang tunggal yang berbentuk segitiga. Salur ini tidak mempunyai salur saraf dan permukaan anteriornya melengkung. Sakrum mempunyai muka sendi pada sisinya untuk bersendi dengan ilium lengkungan pelvis. Spina saraf kelima-lima vertebra adalah pedek dan bersambung bersama untuk membentuk satu permatang. 4 pasang bukaan pada sakrum membolehkan salur darah dan saraf melaluinya. Vertebra koksik Terdiri daripada 4 tulang yang bertaup untuk membentuk suatu struktur berbentuk segitiga dan meruncing pada satu hujung. Saiz vertebranya kecil dan tidak mempunyai fungsi yang penting. TULANG RUSUK Sangkar rusuk terdiri daripada 12 pasang rusuk. Pasangan tulang rusuk 1 hingga 7 bersambung dengan sternum melalui rawan tulang rusuk pada bahagian anterior kita merupakan tulang rusuk benar. Manakala pasangan ke 8 hingga ke 10 tidak bersamb ung terus dengan sternum tetapi kepada tulang rusuk pasangan ketujuh. Tulang ke 8 hingga 12 dipanggil tulang rusuk palsu. Di hujung distal, pasangan tulang rusuk ke 8, 9, dan 10 bersambung sesama sendiri. Pasangan tulang rusuk yang ke 11 dan yang ke 12 pula tidak berpaut dengan sternum atau pasangan tulang rusuk yang lain dan didapati terapung yang dipanggil tulang rusuk terapung. Pada bahagian posterior, semua tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks. Struktur ini sesuai untuk melindungi organ dalam seperti peparu dan jantung. LENGKUNGAN PEKTORAL 1 . Berfungsi menghubugkan tulang lengan kepada rangka paksi. 2 . Lengkungan pektoral terdiri daripada dua tulang , iaitu : Klavikel di anterior Skapula di posterior 3 . Tulang klavikel terdiri daripada sebatang tulang berbentuk rod yang mengufuk di bawah leher kita. 4 . Klavikel bersendi dengan bahagian manubrium sternum pada satu hujung dan satu hujung lagi bersendi dengan cuaran akromion di skapula. 5 . Klavikel berfungsi memindahkan daya dari lengan ke badan kita. 6 . Skapula merupakan satu tulang yang berbentuk segitiga dan leper. Tulang ini mempunyai satu permatang yang disebut spina skapula pada posteriornya yang menyediakan tempat untuk pelekatan otot. 7 . Hujung spina ini mengunjur ke 2 unjuran yang dikenal sebagai akromion bagi pelekatan otot. 8 . Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid yang bersendi dengan kapala humerus tulang lengan kita. Persendian ini disebut sendi bahu.

TULANG LENGAN 1. Tulang lengan terdiri daripada : Humerus Radius Karpus Mentakarpus falanks 2. Humerus ialah satu tulang yang panjang dan merupakan lengan atas kita. 3. Terdapat dua bonggol yang disebut tuberkel di kepala humerus untuk pelekatan otot dan ligamen. 4. Di hujung posterior humerus, terdapat satu salur seperti takal yang dinamakan troklea dan satu lekuk yang disebut fosa olekranon. Troklea bersendi dengan radius-ulna melalui sendi engsel. 5. Radius-ulna merupakan lengan bawah dan terdiri daripada dua betang tulang yang tersusun hampir selari serta berpaut pada hujungnya. Tulang ini adalah lebar pada bahagian atas daripada bahagian bawahnya. 6. Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa olekranon humerus di lekuk sigmoid dan cuaran olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna bersendi dengan tulang-tulang karpus. 7. Karpus merupakan tulang pergelangan tangan, terdiri daripada lapan tulang kecil yang disusun dalam 2 baris. 8. Metakarpus atau tapak lengan terdiri daripada lima tulang. Kepala metakarpus merupakan buku lima kita. Metakarpus bersendi dengan tulang jari yang disebut falanks. 9. Falanks terdiri daripada 14 tulang. Ibu jari kita mempunyai 2 tulang falanks, jari yang lain mempunyai 3 tulang falanks setiap satunya.

LENGKUNGAN PELVIS 1. Lengkungan ini terdiri daripada dua tulang punggung yang serupa dan bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis di anterior dan berpaut dengan turus vertebra di posteriornya. 2. Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian, iaitu Ilium Iskium Pubis 3. Ilium mempunyai muka sendi yang bersendi dengan sakrum. Kebanyakan permukaan adalah untuk pelekatan otot abdomen. 4. Iskium dan pubis mengurungi suatu permukaan yang disebut obturator foramen yang membenarka saraf, salur darah, dan ligamen melaluinya. 5. Di setiap lengkungan pelvis terdapat lesung supaya kepala femur kaki termuat ke dalamnya untuk membentuk sendi punggung. Lesung ini dinamakan asetabulum. TULANG KAKI 1. Tulang terdiri daripada: Femur Tibia-fibula Tarsus Metatarsus Falanks 2. Femur ialah satu tulang yang panjang dan merupakan kaki atas. Kepalanya berbentuk bebola dan bersendi dengan asetabulum. 3. Trokanter yang berdekatan dengan kepala femur menyediakan tempat pelekatan otot punggung dan otot paha. 4. Hujung bawah femur adalah berbentuk takal dan disebut kondil yang bersendi dengan tibia melalui sendi lutut. Sendi ini dioleh suatu tulang kecil yang dinamakan patela atau tempurung lutut. 5. Tibia-fibula merupakan kaki bawah kita yang terdiri daripada percantuman tulang tibia dan tulang fibula. 6. Tibia lebih besar daripada fibula dan menanggung kebanyakan berat badan kita. Hujung atas tibia bersendi dengar femur, manakala hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus. 7. Tarsus atau pergelangan kaki terdiri daripada 7 tulang tetapi hanya satu tulang bersendi dengan tibia-fibula. Tulang tarsus yang terbesar ialah tumit kaki. 8. Metatarsus atau tapak kaki terdiri aripada 5 tulang yang bersendi dengan tarsus pada satu hujung dan bersendi dengan falanks pada hujung yang lain. 9. Falanks atau tulang jari kaki terdiri daripada 14 tulang kecil. Setiap jari dibentuk oleh 3 tulang kecuali ibu cari kaki yang

terdiri daripada dua tulang falanks yang lebih besar. PERANAN OTOT, LIGAMEN DAN TENDON Otot rangka terbentuk daripada gentian otot yang tersusun bersama secara selari sebagai bongkah. Bongkah otot ini mempunyai dua hujung, iaitu satunya melekat pada tulang yang tetap dan satu lagi pada tulang yang bebas bergerak. Pengecutan otot mengakibatkan tulang yang bebas bergerak ditarik ke arah yang dikehendaki. Otot rangka bertindak biasanya bertindak secara bertentangan iaitu salah satu otot mengecut, maka otot lagi satu akan mengendur dan sebaliknya. Pasangan otot ini dinamakan otot antagonis. Contoh otot antagonis ialah otot biseps dan otot triseps yang yang terdapat lengan kita. Apabila otot biseps mengecut, otot triseps akan mengendur dan mengakibatkan tangan kita membengkok. Apabila otot triseps mengecut, otot biseps akan mengendur, maka tangan diluruskan. Otot rangka bersambung kepada tulang tendon. Tedon terdiri daripad gentian yang kukuh dan tidak kenyal. Tendon dipercayai berasal dari bahagian dalam tulang dan berterusan ke dalam bongkah otot. Oleh itu, perpautan antara otot dengan tulang adalah kuat. Apabila otot mengecut, daya tarikan itu akan dipindahkan kepada tulang melalui tendon untuk menghasilkan pergerakan. Tulang disambung dengan tulang yang lain oleh ligamen pada sendinya. Ligamen merupakan gentian yang liat, kuat, dan kenyal. Oleh itu, ia dapat memegang dua tulang secara kukuh dan membenarkan tulang membengkok di sendi. JENIS SENDI BERGERAK DAN TIDAK BERGERAK Sendi merupakan dua tulang bersambung. Sendi boleh di bahagi kepada tiga jenis, iaitu Sendi tidak bergerak Sendi bergerak sedikit Sendi bebas bergerak Pada amnya, sendi bebas bergerak adalah sendi sinovia seperti rajah di bawah yang terdiri daripada: Bahagian sendi Struktur binaan Fungsi Kapsul Terbentuk daripada tisu gentian. Membalutka sendi dan juga mengikat tulang-tulang pada sendi itu. Membran sinovia Terbentuk daripada sel epitelium. Merembeskan bendalir sinovia. Rawan Terbentuk daripada tisu liat dan licin. Mengurangkan geseran antara dua permukaan tulang yang bergerak dan menyerap sebarang hentakan. Ligamen Terbentuk daripada gentian yang kuat dan licin. Menyambung tulang dengan tulang. Jenis sendi Jenis pergerakan Sendi tidak bergerak Sendi antara kepingan tulang di tengkorak manusia (sutur) Tidak membenarkan pergerakan Sendi bergerak sedikit Sendi antara tulang rusuk dengan sternum. Sendi antara vertebra. Sendi antara dua belah lengkungan pelvis Beri sedikit pergerakan Terdapat lapisan rawan gentian Sendi bebas bergerak 1.Sendi lesung yang terbentuk daripada permuatan kepala satu tulang yang berentuk bebola dgn lesung tulang yg lain. 2.Sendi engsel 3.Sendi pangsi-terbentuk apabila cuaran suatu tulang menjulur ke dalam saluran tulang yang lain. 4.Sendi gelongsor 5.Sendi kondil

Sendi bahu Sendi punggung Sendi lutut Sendi siku Sendi jari -Sendi antara tulang atlas dengan tulang aksis. -Sendi antara tarsus. -Sendi antara karpus. -Sendi antara tulang tengkorak dengan tulang atlas. Sendi pergelangan tangan dan kaki.

Benarkan pergerakkan semua satah Pergerakkan satu arah sahaja -benarkan pergerakkan jenis putaran. -Tulang kecil dengan permukaan rata yang mengelongsor antara satu sama lain. -Pergerakkan pada dua satah.