Anda di halaman 1dari 6

ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu.

mu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Para guru di sekolah yang berkesan mempunyai tingkah laku seperti di bawah: i. Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid dalam pelajaran. Juga mendidik murid-murid supaya mempunyai jangkaan yang tinggi dalam kejayaan. ii. Merangsang serta memberi penekanan kepada murid-murid supaya bekerja dengan kuat.

iii. Guru bergembira dengan hubungan dengan para pentadbir sekolah.


iv. Guru mencipta suatu persekitaran pembelajaran yang mana murid-murid boleh belajar dengan cara yang selesa. v. Guru mempunyai iltizam yang tinggi serta mempunyai motivasi kerja yang tinggi.

vi. Hubungan sosial guru murid adalah baik.

Para guru menyimpan rekod-rekod perkembangan dan kemajuan murid. Manakala Lowych dalam (Scheerens ,1992) menyenaraikan lapan tingkah laku guru yang ada hubung kait dengan kejayaan murid iaitu: i. Kejelasan: pesembahan atau penerangan tentang pelajaran yang jelas bersesuaian dengan aras kognitif murid-murid. ii. Mudah berubah: memperbagaikan tingkah laku pengajaran dan alatan bantuan mengajar, memperbagaikan aktiviti pembelajaran lain-lain lagi. iii. Bersemangat: digambarkan atau dijelmakan dalam bentuk pertuturan dan bukan bentuk pertuturan. iv. Mengisahkan tugas (task-related): mengarahkan para murid untuk menyiapkan kerja, latihan dan tugasan lain secara hikmah (bussnies manner)

v. Kritikan: Banyak kritikan negatif memberi kesan negatif kepada pencapaian murid
vi. Aktiviti tidak langsung: Menerima idea-idea, perasaan murid serta merangsang aktiviti persendirian murid.

vii. Melengkapi murid-murid dengan peluang untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai