Anda di halaman 1dari 2

Undang-undang Pengakap Undang-undang Pengakap yang asal disusun dalam ayat yang jelas dan mudah difahami untuk

menetapkan peraturan yang menjadi asas dalam melahirkan warganegara yang baik. Undang-undang Pengakap telah menjadi batu asas dalam Kepengakapan dan memberi garis panduan tentang bagaimana kita seharusnya menjalani kehidupan seharian kita. B-P mengambil inspirasi untuk menulis Undangundang Pengakap daripada kod Bushido Pahlawan Samurai Jepun, Undang -undang puak Red Indian Amerika, kod kesatriaan Pahlawan Eropah (Knights) dan juga nilainilai pegangan dan amalan pahlawan Puak Zulu yang pernah ditemuinya di Afrika.

1. DIPERCAYAI (Trustworthy) Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. TAAT (Loyal) Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, Pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang di bawahnya

3. BERGUNA (Useful) Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. BERSAUDARA (Friend to all) Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. BERBUDI (Courteous) Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. KASIHKAN BINATANG (Friend to animals ) Pengakap baik hati dan kasihkan binatang..

7. MENURUT PERINTAH (Obedient) Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. TABAH HATI (Cheerful) Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. BERJIMAT (Thrifty) Pengakap itu jimat dan cermat

10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN PERBUATAN (Reverence) Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia.