Anda di halaman 1dari 43

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

PENGENALAN
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Untuk memastikan matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang dikenalpasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian.

OBJEKTIF MODUL
Modul ini bertujuan menyediakan maklumat asas, menerangkan definisi, konsep, istilah serta memberi contoh instrumen untuk dijadikan panduan kepada guru bagi menjalankan pentaksiran dan menilai perkembangan murid di peringkat prasekolah. Objektif modul ini adalah untuk membantu guru: i. Memahami tujuan, konsep, istilah serta kaedah berkaitan pentaksiran prasekolah ii. Mengenalpasti perkara-perkara (konstruk) yang ditaksir iii. Mengenal pasti jenis instrumen yang sesuai untuk mentaksir murid iv. Membina instrumen v. Mengurus dan melaksanakan pentaksiran vi. Merekod dan menganalisis maklumat tentang prestasi murid vii. Membuat pelaporan perkembangan prestasi murid

APAKAH PENTAKSIRAN PRASEKOLAH?


Pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh. Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor sebagai persediaan mereka untuk ke sekolah rendah. Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yang

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif (Formative assessment). Pentaksiran murid di prasekolah lebih menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan (improvement) serta perkembangan (development) dan bukan pencapaian (achievement) semata-mata. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran. Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu sebelum memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, Pentaksiran Merujuk Standard digunakan, selaras dengan rekabentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang dinyatakan dalam KSPK (rujuk Lampiran A dalam modul ini) perlu diakur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum kebangsaan ini.

APAKAH PENTAKSIRAN MERUJUK STANDARD ?


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dilaksanakan di semua prasekolah mulai 2010 disusunatur mengikut format Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran adalah perkaraperkara yang dirujuk semasa guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.. Fokus adalah bidang pembelajaran yang ingin dikembangkan dalam diri murid. Semasa merancang pentaksiran, Fokus boleh dirujuk untuk membina Konstruk. Konstruk adalah perkara yang akan ditaksir. Setiap Fokus dinyatakan melalui beberapa Standard Kandungan. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ianya ditulis meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Setiap Standard Kandungan diperincikan lagi kepada beberapa Standard Pembelajaran. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku ( behavioural) yang boleh diukur, untuk memastikan penguasaan setiap Standard Kandungan. Seiring dengan kurikulum prasekolah yang berasaskan standard, pentaksiran di prasekolah adalah sesuai dilaksanakan dengan merujuk kepada standard. Pentaksiran Merujuk Standard bermaksud apa yang ditaksir dan tahap perkembangan dan penguasaan murid mesti dirujukkan kepada Standard Prestasi yang jelas, realistik, boleh difahami dan lebih memberi makna. Kerja, respons dan tingkah laku (proses dan produk) yang dihasilkan atau dipamer oleh murid merupakan evidens (juga dipanggil bukti) yang akan dirujukkan kepada standard prestasi yang ditetapkan. Standard Prestasi (Performance Standard) merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Ianya memberi definisi kepada kejayaan dan bagaimanakah hasil kerja dan tingkah laku yang dikatakan cukup baik (indicator of success) atau sudah mencapai objektif pembelajaran. Tujuan diadakan standard prestasi ialah untuk mengenal pasti di manakah tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran atau pengamalan nilai seseorang murid itu. Standard prestasi memberi gambaran jelas atau panduan kepada guru tentang bagaimana hendak memberi skor kepada hasil yang dipersembahkan oleh murid. Standard Prestasi juga dirujuk semasa guru memberi maklum balas dan membuat pelaporan tentang murid.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Standard Prestasi memperihalkan kualiti penguasaan sesuatu perkara atau hasil kerja mengikut hierarki. Standard Prestasi tidak menjelaskan secara spesifik tentang teknik atau kaedah untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Standard prestasi bukan saja patut diketahui oleh pentaksir (guru), malah ibu bapa dan murid sendiri. Standard Prestasi dinyatakan dalam bentuk kriteria dan skor. Kriteria merupakan pernyataan yang menjelaskan tentang kualiti sesuatu kerja atau perkara yang dikuasai. Kriteria yang ditulis mesti mudah, ringkas, tidak mengelirukan dengan mengambil kira perbezaan antara individu. Ianya menjadi rujukan bagaimana prestasi murid ditaksir dan diberikan skor. Pernyataan kriteria yang ditulis pada setiap tahap penguasaan mestilah dapat memperihalkan setakat mana kualiti kerja yang ditunjukkan oleh murid. Kriteria yang khusus dibina bagi setiap konstruk yang dinilai dalam pentaksiran prasekolah. Bagi memastikan kesamaan kualiti antara kesemua kriteria khusus, satu standard dan kriteria teras (core) digunakan sebagai panduan. Dalam konteks pentaksiran prasekolah di Malaysia, Skor bermaksud apa yang digunakan untuk menandakan tahap penguasaan murid. Di prasekolah, skor yang diberi bukan sekadar berbentuk gred (A, B, C, ...) atau markah (1, 2, 3, ...) yang hanya boleh dijumlah dan dipuratakan, seperti yang digunakan dalam ujian pencapaian di peperiksaan awam. Skor dalam bentuk markah dan gred semata-mata tidak boleh memberi maklumat tentang apa yang murid boleh lakukan. Untuk menjadikan pentaksiran lebih bermakna di prasekolah, skor mestilah dapat menjelaskan di tahap manakah murid berada berbanding standard prestasi yang hendak dicapai. Contoh skor yang boleh digunakan dalam pentaksiran prasekolah ialah Belum Menguasai (), Sedang Maju ()dan Telah Menguasai (). Tiga skor ini mewakili penguasaan pada tahap Tahu sahaja, Tahu dan Boleh Buat dengan bimbingan, Tahu dan Boleh Buat dengan Baik dan dengan Sendiri, seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 2 memberi satu lagi contoh Standard Prestasi.

Jadual 1: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 1


Skor (Tahap Penguasaan) Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai Simbol Kriteria Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila Tahu dan boleh buat dengan bimbingan. Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat

TM SM BM

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Jadual 2: Standard Prestasi di Prasekolah Contoh 2


Skor (Tahap Penguasaan) Menguasai Sedang Berkembang Simbol Kriteria Boleh melakukan aktiviti dengan betul sehingga selesai Memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa apabila melakukan aktiviti namun masih boleh melakukannya sehingga selesai Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dan sentiasa memerlukan bimbingan

M SB

Perlu Bimbingan

Banyak

PB

Tiga tahap penguasaan di Jadual 1 dan 2 boleh menjadi teras (asas) kepada pernyataan kriteria bagi standard prestasi yang dibina dan disesuaikan untuk mentaksir setiap konstruk. Dengan adanya Standard Prestasi, guru dapat memberi skor dan maklum balas yang tepat kepada murid tentang prestasi mereka . Sehubungan itu guru boleh mengatur strategi pengajaran atau intervensi untuk membantu murid memperbaiki pembelajaran mereka bagi menguasai tahap yang tertinggi. Daripada maklum balas guru, murid pula mendapat gambaran yang jelas tentang sasaran pembelajaran, di mana kedudukan mereka dan apa lagi yang mereka perlu perbaiki untuk maju ke arah sasaran berkenaan.

APAKAH CIRI-CIRI PENTAKSIRAN MURID PRASEKOLAH?


Pentaksiran prasekolah bertujuan untuk membantu pembelajaran murid. Ciri-ciri utama pentaksiran prasekolah adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. Mengambil kira psikologi kanak-kanak dan sifat semulajadi kanak-kanak Lebih mementingkan proses bukan produk Dijalankan tidak secara langsung (not direct testing) Dijalankan dalam suasana semula jadi (naturalistic) Dijalankan dalam suasana tidak formal (informal) Dijalankan dalam keadaan yang tenang Tidak bertujuan membandingkan murid dengan murid Tidak melabelkan murid sebagai pandai, tidak pandai Dijalankan secara berterusan, bukan hanya di akhir pembelajaran Maklum balas segera diberi untuk tujuan penambahbaikan (formatif) Bersifat diagnostik: mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan keperluan Tidak berfokus kepada ujian pencapaian tetapi tahap perkembangan murid Tugasan pentaksiran diberi menyerupai situasi dan pengalaman seharian murid (autentik) Mengambil kira kekuatan, keupayaan, minat dan kekangan (persekitaran) murid Menepati Standard Pentaksiran yang ditentukan dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK GURU?


Hasil pentaksiran membantu guru di prasekolah untuk: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mengesan keberkesanan pengajaran Memberi maklum balas yang sesuai dan tepat kepada murid Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur Merancang tindakan susulan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikuasai murid Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa Mengenalpasti pelbagai kecerdasan, kemahiran dan potensi murid yang boleh diperkukuhkan

BAGAIMANA HASIL PENTAKSIRAN BERGUNA UNTUK MURID?


Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid. Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menambah baik prestasi mereka. Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera, konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya.

APAKAH YANG DITAKSIR?


Perkara yang ditaksir merupakan kandungan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, perkaraperkara (merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang ingin dikembangkan dalam diri murid dikategorikan mengikut enam tunjang iaitu: Tunjang Komunikasi; Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai; Tunjang Fizikal dan Estetika

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Tunjang Kemanusiaan; Tunjang Ketrampilan Diri;

Tunjang Komunikasi
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai


Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan Moral
Pendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi


Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanakkanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan kurang mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika


Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan


Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekanan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.

Perkembangan Kreativiti
Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain. Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lainlain.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains dan Awal Matematik


Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal Sains
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi,cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid. Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal Matematik
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini. Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Konstruk yang ditaksir


Untuk mengenal pasti apakah perkara-perkara utama yang ditaksir(konstruk), rujukan dibuat ke atas Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap Tunjang di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran menyatakan dengan terperinci perkara yang perlu dipupuk dan dikuasai oleh murid. Pengamalan sikap baik (yang berkaitan dengan kemahiran/ kebolehan dalam Standard Pembelajaran) juga diperhatikan dan ditaksir sebagai usaha untuk memupuk nilai murni dan sikap positif semasa murid mempamerkan kemahiran mereka. Jadual 3 menunjukkan senarai konstruk yang telah dikenal pasti mengikut tunjang sepanjang tempoh pembelajaran murid di peringkat prasekolah.

Jadual 3: Senarai Konstruk untuk Pentaksiran di Prasekolah


TUNJANG Komunikasi KONSTRUK BM1 Kemahiran Mendengar BM2 Kemahiran Bertutur BM3 Kemahiran Menyebut dan Mengecam Huruf Vokal dan Konsonan BM4 Kemahiran Membaca Perkataan BM4 Kemahiran Membaca Perkataan BM5 Kemahiran Membaca Ayat BM6 Kemahiran Mencerita Semula BM7 Kemahiran Menulis Kemanusiaan KM1 Pengetahuan tentang Diri Sendiri dan Hubungan dengan Keluarga, Rakan, Sekolah, Komuniti. KM2 Amalan Sikap yang Baik dalam Hubungan antara Diri dengan Keluarga, Rakan, Sekolah dan Komuniti KM3 Amalan Tabiat Menjaga Alam Sekitar KM4 Pengetahuan Asas tentang Warisan Budaya Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia KM5 Pengetahuan Asas tentang Negara Malaysia KM6 Amalan Cintakan Negara Ketrampilan Diri Perkembangan Sosioemosi SE1 Kemahiran Mengenali dan Mengurus Emosi Sendiri SE2 Kemahiran Mencapai Emosi yang Positif SE3 Kebolehan Membina Kemahiran Sosial Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan FZ1 FZ2 FZ3 FZ4 FZ5 Kemahiran Motor Halus Kemahiran Motor Kasar Kemahiran Menjaga Kebersihan Diri Mengamalkan Tabiat Pemakanan yang Berkhasiat Kemahiran Menjaga Kebersihan Persekitaran

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

10

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

KONSTRUK FZ6 Mengamalkan Langkah-langkah Pencegahan Jangkitan Penyakit FZ7 Pengetahuan tentang Sumber Bahaya FZ8 Mengamalkan Langkah-langkah Menjaga Keselamatan Diri Kreativiti KR1 Kemahiran Menghasilkan Karya Seni Visual secara Kreatif KR2 Mengamalkan Sikap Apresiasi Seni KR3 Kemahiran dalam Menyanyi KR4 Kemahiran Memainkan Alat Perkusi KR5 Kemahiran Gerakan Kreatif KR6 Kemahiran Berlakon dan Main Peranan Sains dan Teknologi (Perkembangan Kognitif) Awal Sains dan ST1 Kemahiran Memerhati Awal Matematik ST2 Kemahiran Merekod Hasil Pemerhatian ST3 Kemahiran Membuat Pengukuran Menggunakan Unit Bukan Piawai ST4 Kemahiran Membanding dan Membeza ST5 Kemahiran Mengelas ST6 Kemahiran Membuat Ramalan ST7 Kemahiran Menyelesai Masalah ST8 Kemahiran Membuat Seriasi ST9 Kemahiran Mengecam Corak Berulang dan Membina Pola ST10 Pengetahuan tentang Nombor 1-20 ST11 Pengetahuan tentang 20,30,40,50 ST12 Kemahiran Menyelesai Operasi Tambah dalam Lingkungan 10 ST13 Kemahiran Menyelasai Operasi Tolak dalam Lingkungan 10 ST14 Kemahiran Mengecam Duit yang Berlainan Nilai ST15 Pengetahuan tentang Konsep Masa ST16 Pengetahuan tentang Kedudukan Objek dalam Ruang ST17 Pengetahuan tentang Bentuk ST18 Kemahiran Membuat Pembinaan ST19 Kemahiran Menggunakan Komputer Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam PI1 PI2 PI3 PI4 PI5 PI6 PI7 PI8 PM1 PM2 PM3 PM4 PM5 PM6 PM7 PM8 Pengetahuan tentang Rukun Islam Pengetahuan tentang rukun Iman Pengetahuan Kalimah Syahadah Pengetahuan dan Kebolehan Melakukan Ibadah Pengetahuan tentang Sirah Rasulullah SAW Pengamalan Akhlak Rasulullah SAW Pengetahuan Asas Bahasa Al-Quran Pengetahuan Asas Tulisan Jawi Mengamalkan Nilai Baik hati Mengamalkan Nilai Bertanggungjawab Mengamalkan Nilai Berterima kasih Mengamalkan Nilai Berhemah tinggi Mengamalkan Nilai Hormat Menghormati Mengamalkan Nilai Kasih sayang Mengamalkan Nilai Keadilan Mengamalkan Nilai Keberanian

TUNJANG

Pendidikan Moral

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

11

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

TUNJANG PM9 PM10 PM11 PM12 PM13 PM14 PM15 Nota:

KONSTRUK Mengamalkan Nilai Kejujuran Mengamalkan Nilai Kerajinan Mengamalkan Nilai Kerjasama Mengamalkan Nilai Kesederhanaan Mengamalkan Nilai Toleransi Mengamalkan Nilai Berdikari Mengamalkan Nilai Berdisiplin

Nilai-nilai murni yang hendak diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral boleh ditaksir secara bersepadu. Pengamalan nilai murni boleh diperhatikan semasa murid melakukan aktiviti-aktiviti dalam kelas atau semasa kemahiran-kemahiran lain ditaksir. Tidak semestinya diadakan instrumen atau aktiviti yang khusus untuk mentaksir nilai-nilai murni sahaja.

BAGAIMANA MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN DI PRASEKOLAH?


Pentaksiran prasekolah lebih banyak menggunakan pendekatan formatif. Matlamat pentaksiran formatif ialah untuk meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid. Pentaksiran dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, membantu guru mengesan penguasaan, kemajuan dan merancang pengajaran atau strategi seterusnya. Untuk mencapai matlamat, guru harus melaksanakan aktiviti-aktiviti pentaksiran secara berulang dan berterusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai persediaan, guru harus membuat perancangan dan membina item, instrumen atau aktiviti. Pentaksiran harus diulang dan dilakukan berterusan untuk melihat proses kerja, hasil kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan secara konsisten. Elakkan daripada menggunakan ujian formal kerana ia tidak dapat memberi maklumat mengenai kebolehan sebenar murid. Pentaksiran autentik lebih sesuai dijalankan bagi murid prasekolah. Pentaksiran autentik merujuk kepada bentuk penilaian di mana murid ditaksir pada masa menjalankan tugasan aktiviti pembelajaran harian di dalam dan di luar kelas. Untuk mendapat hasil atau evidens terbaik, konteks (tema, topik atau aktiviti) yang digunakan untuk mentaksir murid harus mengambil kira aspek minat, budaya, latar belakang sosio ekonomi, pengalaman seharian, persekitaran, kekuatan, ketidakupayaan dan kebolehlaksanaan. Oleh yang demikian, fleksibiliti dibenarkan dari segi instrumen dan aktiviti yang dirancang. Pentaksiran murid boleh melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, pembantu guru, ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian. Pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber dan aktiviti akan menghasilkan dapatan yang boleh dipercayai serta membantu guru membuat keputusan yag lebih jelas dan tanpa ragu-ragu.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

12

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Rajah 1: Proses Menjalankan Pentaksiran

Merancang Menentukan Konstruk dan kaedah penilaian

Membina Instrumen
Membina instrumen dan menentukan Standard Prestasi

Melaksanakan Pentaksiran Pemerhatian Tingkah laku, Interaksi/Lisan /Hasil Kerja Murid

Merekod

Menganalisis data yang dikumpul dan Melapor

Tindakan Susulan/ Aktiviti Bimbingan

Sudahkah Murid Menguasai

Tindakan Susulan/ Aktiviti Pengayaan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

KEMAHIRAN/HASIL KEMAHIRAN/HASIL PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN BARU/ BARU/ KE KE TAHUN TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH SATU SEKOLAH RENDAH

13

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

MERANCANG
Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang dengan melakukan perkara-perkara berikut: Tahu tujuan mentaksir Tahu apakah konstruk yang ditaksir Rujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Rujuk kepada Standard Prestasi teras dan kriteria berkaitan; Tentukan instrumen (aktiviti atau strategi) yang akan digunakan; Tentukan bila hendak mentaksir; Tentukan tempoh pemerhatian.

MEMBINA INSTRUMEN
Berdasarkan Konstruk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi, guru boleh membina instrumen serta mengatur aktiviti yang sesuai dan tepat supaya murid berpeluang memberi respon yang diharapkan. Melalui pendekatan pentaksiran autentik, murid boleh diperhati dan ditaksir melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan instrumen dan aktiviti harus sesuai dengan apa yang hendak ditaksir dengan mengambil kira faktor murid dan persekitaran mereka. Satu instrumen atau aktiviti boleh digunakan untuk mendapatkan evidens bagi lebih daripada satu konstruk. Antara aktiviti yang lazim dijalankan di prasekolah ialah permainan, lakonan, nyanyian, projek, bercerita, kuiz, dan perbualan. .

MENTAKSIR Bagaimana mengumpul maklumat (evidens)?


Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk mengumpul maklumat atau evidens. Pemerhatian bermaksud pengamatan kepada perlakuan murid. Pendekatan ini boleh dilakukan secara bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia diperhatikan.

Apakah yang diperhatikan?


Apa yang diperhatikan ialah evidens atau bukti. Evidens boleh dipamerkan dalam bentuk tingkah laku, interaksi, proses dan hasil kerja. Evidens yang mahu dilihat ialah yang menunjukkan perkembangan, pertumbuhan dan pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran serta sikap atau pengamalan nilai-nilai murni seperti mana yang dihasratkan melalui KSPK.

i. Tingkah laku
Tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai, contohnya ketika murid: Mengurus diri.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

14

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Bermain bersama rakan. Membuat kolaj dalam kumpulan. Menyelesaikan masalah bersama rakan. Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian.

ii. Interaksi
Interaksi murid boleh diperhati dan dinilai melalui contoh aktiviti berikut : Bacaan. Nyanyian. Main peranan. Bersoal jawab. Aktiviti berkumpulan (projek, persembahan) Interaksi murid dengan bahan/ haiwan/ tumbuhan/ persekitaran. Dengan diri sendiri (imaginary friend). Perbualan antara murid dengan guru/murid dengan murid/murid dengan orang dewasa lain.

iii. Proses dan Hasil Kerja Murid


Contoh proses dan hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai ialah: Lukisan Buku kecil Buku skrap Kraf tangan Lembaran kerja Membuat model menggunakan bongkah

MEREKOD
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan. Berdasarkan Standard Prestasi yang ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap penguasaan murid. Pemerhatian dan perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas dan menghasilkan pelaporan murid kemudian. Contoh instrumen yang boleh digunakan untuk merekod maklumat pentaksiran adalah seperti berikut: a) b) c) Senarai Semak Rekod Anekdot. Rekod Berterusan (Running Record)

(a)

Senarai Semak

Senarai Semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai. Senarai item menentukan : Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan Kekerapan sesuatu tingkahlaku itu berlaku.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

15

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Sesuatu tingkah laku yang dikehendaki telah berlaku.

Senarai Semak boleh dibina dalam bentuk dinyatakan sesuatu tingkahlaku telah berlaku atau tidak, iaitu dengan skor ya atau tidak. Senarai Semak juga boleh dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai murid. Penilaian terhadap hasil kerja atau evidens direkod berdasarkan skala. Skala penskoran dibina bagi pentaksiran setiap konstruk dalam setiap tunjang. Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang senarai semak : Konstruk yang hendak dinilai Standard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas. Instrumen dan aktiviti yang digunakan Skor digunakan: angka atau simbol Rujuk contoh Rekod Senarai Semak dalam Lampiran B.

(b)

Rekod Anekdot

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Panduan Menulis Rekod : Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir. Menulis apa yang dilihat secara objektif Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan. Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat. Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid. Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan.

Rujuk contoh Rekod Anekdot dalam Lampiran C.

(c)

Rekod Berterusan

Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita narrative yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Berbeza dengan Rekod Anekdot, pemerhatian ini dirancang oleh guru.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

16

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Panduan menulis rekod : Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Rekod hendaklah tepat dan padat. Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. Gunakan bahasa yang boleh difahami. Boleh gunakan singkatan semasa mencatat. Tulis secara terperinci tentang apa dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan tingkah laku yang ingin diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgmental. Pastikan buku nota atau kertas catatan tidak didedahkan dan diletak di tempat yang selamat

Rujuk contoh Rekod Berterusan dalam Lampiran D.

MENGANALISIS DAN MENGINTERPRETASI


Segala data yang direkod menggunakan senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, atau rekod berterusan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai murid. Prosedur umum yang dicadangkan semasa menganalisis dan menginterpretasi maklumat adalah seperti berikut: Membaca dengan teliti semua data yang diperolehi daripada hasil pemerhatian. Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam Tunjang. Contohnya Tunjang Komunikasi lebih berfokus kepada kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis Menganalisis hasil kerja murid.

ANALISIS HASIL KERJA MURID


Hasil kerja yang boleh analisis termasuklah : Gambar atau lukisan Sampel tulisan Binaan yang disempurnakan Cerita yang ditulis Buku skrap Catatan perlu dibuat ke atas hasil kerja murid yang telah dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Hasil kerja ini boleh disimpan dalam portfolio murid. Murid boleh dilibatkan semasa pemilihan hasil kerja untuk dinilai dan seterusnya disimpan dalam portfolio. Bukti refleksi yang dibuat oleh murid boleh juga dimasukkan dalam portfolio sebagai pentaksiran kendiri.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

17

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Contoh Analisis Hasil Kerja: Contoh (a)

Amalina melakar menggunakan dua warna. Ia menggunakan banyak bentuk bulat dalam lukisan. Dia berjaya meneruskan lakaran untuk membentuk kaki, tangan dan rambut

Contoh (b) Alice berjaya menceritakan semula cerita yang dibacakan melalui lukisan. Beliau sudah boleh menguasai motor halus untuk menulis huruf. Beliau juga berusaha memperbaiki kesilapan yang dibuat. Mempunyai daya kreativiti dalam mewarna dan membentuk serangga.

Contoh (c)

Faiz tekun menyiapkan hasil kerjanya. Dia berjaya menulis huruf dan ayat mudah . Dia menunjukkan usaha untuk membetulkan kesilapan sendiri.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

18

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

MENGGUNA MAKLUMAT
Maklum balas hendaklah diberikan kepada murid secara individu setiap kali selepas murid diperhatikan atau ditaksir. Maklum balas adalah bukan sahaja berbentuk pujian, tetapi maklumat tentang kerja dan kemajuan murid. Fokus maklum balas ialah kepada apa yang murid boleh kuasai atau buat, bagaimana boleh memperbaikinya dan apakah kemajuan yang murid telah tunjukkan. Melalui maklum balas yang merujuk kepada standard dan kriteria, murid-murid dapat mengetahui apa yang patut dicapai, dan sejauh mana mereka telah berjaya mencapai standard dan kriteria ditetapkan dalam penguasaan sesuatu konstruk (pengetahuan, kemahiran dan nilai). Murid boleh meneliti dan menilai kerja masingmasing. Mereka akan rasa dihormati dan hasil kerja mereka dihargai. Melalui maklum balas, murid lebih jelas tentang apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik, dan mereka akan lebih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti.

PENYIMPANAN MAKLUMAT
Segala maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio menjadi sumber rujukan yang menunjukkan kemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran yang mereka kuasai. Setiap murid mempunyai portfolio yang mengandungi hasil kerja mereka beserta tarikh kerja dihasilkan dan catatan yang berkaitan.

PORTFOLIO Definisi Portfolio


Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang terkumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.

Tujuan Portfolio
Portfolio bertujuan untuk menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara individu dan kumpulan. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid untuk memaklumkan tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka. Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah: i. Pelaporan Perkembangan murid - Rekod Peribadi - Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid ii. Hasil kerja terpilih ; - Perlu dinilai dan diberi ulasan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

19

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian Pemilihan hasil kerja murid dari setiap Tunjang.

REKOD PERIBADI MURID


Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri, keluarga murid dan fizikal murid. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. Rekod peribadi ini akan diserahkan kepada ibubapa/penjaga di akhir sesi prasekolah. Rekod peribadi ini sebaik-baiknya diserah kepada guru Tahun Satu untuk memastikan kesinambungan rekod perkembangan murid yang berkaitan.

Contoh Rekod Peribadi Murid


REKOD PERIBADI MURID
Nama : ____________________________ Jantina : ________ Tarikh : _______________ Umur pada 1 Januari ________ Tempat lahir : ____________ No. Sijil Beranak : ______

Agama : _____________ Bangsa : _____________ Warganegara : _______________ Tarikh masuk prasekolah : ______________ Nama Tadika/Tabika dahulu : ___________

Alamat Rumah : ____________________________________________________________ No. Telefon : __________________Jarak Rumah ke Prasekolah : Kenderaan ke Prasekolah : _____________________ Bahasa Pertuturan di rumah : __________________ ________________km

Bil. Adik beradik : ___________

MAKLUMAT KELUARGA
MAKLUMAT Nama No. Kad Pengenalan Agama Bangsa Warganegara Pendapatan sebulan Alamat Pekerjaan Nombor telefon BAPA IBU PENJAGA

MAKLUMAT KESIHATAN
Tandakan ( _/ ) di dalam ruang yang berkenaan jika murid ini pernah atau sedang menghadapi masalah kesihatan berikut : ____ Alahan _____ Sawan _____ Cacar Air _____ Campak kuning ______ Penyakit

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

20

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

____ Jantung ______ Lelah berlubang

_____ Sakit teruk

_____ Demam

_______ Lain-lain (Nyatakan)

MAKLUMAT FIZIKAL
DATA BERAT DAN TINGGI MURID *Tinggi (cm) *Berat (kg) STATUS KESIHATAN

JANUARI MEI OKTOBER * Catatkan ukuran tinggi dan timbangan berat pada petak yang disediakan. Sila rujuk Carta Pertumbuhan untuk status kesihatan ** Tandakan ( _/ ) pada ruang berkenaan mengikut status kesihatan.

TATACARA PENGURUSAN DAN PENYIMPANAN REKOD


1. 2. 3. 4. 5. Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara kumpulan dan kelas perlu disimpan di dalam fail induk Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara individu perlu disimpan di dalam portfolio murid Setiap fail perlu dilabelkan. Fail induk / individu disimpan di ruang yang selamat dan berstatus sulit. Maklumat perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa

TINDAKAN SUSULAN
Tujuan utama pentaksiran di prasekolah adalah untuk merancang tindakan susulan supaya murid dapat lebih menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Tindakan susulan boleh digolongkan kepada dua jenis seperti berikut: i. Pengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, ini adalah untuk murid yang sudah menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Latihan tambahan yang lebih mencabar diberikan kepada golongan murid ini. Bimbingan dan pemulihan, ini adalah untuk mereka yang belum atau dalam proses menguasai standard pembelajaran yang berkenaan. Kepada golongan murid ini, galakan dan aktiviti bimbingan seterusnya perlu diberi. Golongan ini perlu diberi galakan dan aktiviti bimbingan yang bersesuaian dengan aras penguasaan mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mungkin perlu digunakan.

ii.

Guru perlu memaklumkan kepada ibu bapa mengenai tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

21

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

ETIKA PENTAKSIRAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH


Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut : Seksyen 24 Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini. 8. Rekod Kemajuan Murid Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa Panduan Menjaga Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid Prasekolah Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang tertentu sahaja (ibu bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang berkenaan) Rekod murid tidak boleh dipamerkan. Kebenaran ibu bapa, penjaga murid perlu didapatkan untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan. Pastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun.

PELAPORAN
Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut: Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Laporan perkembangan murid seharusnya menyeluruh merangkumi kepelbagaian kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potensi dan keterampilan diri murid.

Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

LAPORAN PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID


Laporan merupakan rumusan yang dibuat oleh guru daripada maklumat yang dikumpul dan analisis yang dibuat mengenai perkembangan murid secara menyeluruh dan spesifik. Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian sebenar diri

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

22

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

murid. Rumusan mengenai perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial boleh dibuat berdasarkan Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan atau aspek lain yang telah ditentukan. Aspek perkembangan murid yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut: a. Tunjang Komunikasi b. Tunjang Kerohanian , Sikap dan Nilai c. Tunjang Ketrampilan Diri Perkembangan Sosioemosi d. Tunjang Perkembangan Fizikal dan estetika e. Tunjang Sains dan Teknologi f. Tunjang Kemanusiaan

Contoh format pelaporan


TUNJANG ULASAN SEMESTER 1 Boleh bercerita mengenai diri dan keluarga. Boleh berinteraksi secara sopan dengan rakan sebaya. Sudah boleh mengenal dan membunyikan huruf abjad serta membaca perkataan mudah (KV+KV) . Dapat menulis huruf dan perkataan serta mewarna gambar mengikut cara dan arah yang betul. Sudah dapat menguasai kemahiran koordinasi mata-tangan. Boleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Dapat membezakan objek /situasi yang selamat /berbahaya. Boleh mengenalpasti nada bunyi tinggi rendah dan rentak lagu dengan tepukan. Suka membantu rakan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Sudah dapat mengenal dan membezakan warna asas. SEMESTER 2

Komunikasi

Fizikal dan Estetika

Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam

Telah menguasai cara mengambil wuduk. Mengetahui dan dapat menyebut nama ahli keluarga dan menceritakan tentang kelahiran Rasulullah S.A.W serta dapat mengecam dan menyebut huruf-huruf hijaiyyah dan huruf jawi. Boleh mengelas mengikut bentuk warna dan saiz. Boleh menambah dua himpunan objek dan menyatakan hasil tambah. Boleh bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Boleh bekerjasama dalam kumpulan. Boleh bercerita mengenai pengalaman Boleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Boleh membezakan objek /situasi yang selamat /berbahaya.

Sains dan Teknologi

Kemanusiaan Ketrampilan Sosio Emosi

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

23

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

24

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

LAMPIRAN A: STANDARD PENTAKSIRAN DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

STANDARD PENTAKSIRAN(YANG TERKANDUNG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN, KSPK)


Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan. Tujuan pentaksiran adalah untuk: o Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. o Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh. o Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

25

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

o o

Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Mengesan keberkesanan pengajaran guru.

Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk: o Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. o Membantu pembelajaran murid. o Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru.

Standard Pentaksiran Kedua: Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk: o Penerapan nilai o Pembentukan sikap o Penguasaan kemahiran o Status kecergasan o Status kesihatan o Kesediaan sosial (social readiness) Aktiviti kokurikulum dan ekstra-kurikulum tidak harus ditaksirkan berasaskan pencapaian sahaja kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari. Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Standard Pentaksiran Ketiga: Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa. Standard Pentaksiran Keempat: Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik. Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut: o Pemerhatian berterusan o Penilaian hasil kerja Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak: o Ujian atau peperiksaan formal o Ujian kertas and pensil Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih. Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

26

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih. Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah seperti berikut: o Senarai Semak. o Skala Kadar. o Rekod Anekdot. o Rekod Berterusan (Running Record). o Portfolio

Standard Pentaksiran Kelima: Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran. Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif. Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka. Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.

Standard Pentaksiran Keenam: Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi. Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja. Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak. Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat A atau B dan seterusnya. Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat daripada perempuan.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

27

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

LAMPIRAN B CONTOH REKOD SENARAI SEMAK

Contoh 1 (individu)
Nama murid : .. Nama Guru : . Tunjang Komunikasi Kandungan 1. Kemahiran Mendengar x 3 Mei / X 2 Jun / I Pemerhatian II III Ulasan Murid ini tidak dapat menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran, mudah

Mendengar dengan penuh perhatian. Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

28

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Kandungan

Pemerhatian II III

Ulasan

Mendengar dan mengecam kesamaan bunyi tertarik oleh bunyi di perkataan. luar. 2. Kemahiran Bertutur Berinteraksi dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza. Merangsang pertuturan melalui soal jawab. Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul. Melakonkan watak-watak mengikut situasi. Tandakan ( _/ ) jika murid telah menguasai Tandakan ( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai

Contoh 2 (individu)
Nama murid : .. Nama Guru : . HASIL PEMBELAJARAN Ulasan/ Tarikh Ulasan/ Tarikh Ulasan/ Tarikh

KEMAHIRAN BERTUTUR Berbual menggunakan bahasa yang mudah dengan sebutan yang betul Pendiam dan tidak mahu berbual dan tidak ramai kawan (13Feb) Sudah boleh berbual semasa menjalankan aktiviti (16Mei) Seorang yang peramah, berbual dengan ber -tatasusila dan sudah ramai kawan (20Sept)

Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila Mengikut giliran

Contoh 3 (Kumpulan)
Kurikulum Pendidikan Islam Tajuk : Cara Berwuduk Kemahiran / Hasil Pembelajaran / Item Nama Murid Lafaz niat wuduk Membasuh muka Membasuh tangan hingga ke siku Menyapu kepala Membasuh kaki Mengikut tertib Catatan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

29

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

HALIM LINDA LATIFAH

/ 15 Mac

/ 25 Mac / 19 April

/ 19 Mei / 12 Mei

/ 6 April x6 April

/ 26 April Guru meminta murid secara individu melafaz niat, doa atau bacaan tertentu. Tandakan ( _/ ) dan catatkan tarikh jika murid telah menguasai Tandakan ( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai

Contoh 4 (Kumpulan)
SENARAI SEMAK PENILAIAN LISAN BAHASA MELAYU BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. NAMA MURID 1 Rohani Laily Fauziah Azila Shamsudin Haris Adila / 2 Feb / 2 Feb X 2 Feb / 3 Feb / 3 Feb / 3 Feb / 4 Feb KEMAHIRAN 2 3 4 5 1. 2. 3. 4. PETUNJUK KEMAHIRAN Memberi respons bila disoal. Mematuhi arahan secara bertatasusila Menyoal untuk mendapatkan maklumat Mendengar pesanan dan menyampaikannya dengan menggunakan perkataan sendiri 5. Bercerita berpandukan gambar

Tandakan ( _/ ) dan catatkan tarikh jika murid telah menguasai kemahiran berkenaan Tandakan ( X ) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai kemahiran berkenaan

Contoh 5 (Kumpulan)
Tunjang : Sains dan Teknologi Standard Kandungan : Membanding dan mengelaskan objek Standard Pembelajaran : Membanding dan mengumpulkan objek mengikut satu ciri Item Mengelas mengikut ciri berikut: Saiz: Bentuk Tekstur: Berat: Tinggi , Licin, Berat, Rendah Kasar Ringan SM SM TM TM SM TM TM TM

Bil

Nama murid

Warna TM SM

1 2

Salmah Marina

SaizBesar, Kecil TM TM

Bau SM TM

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

30

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

3 4 5

Jenny Suraya Siva

SM TM TM

TM TM BM

TM TM SM

TM TM TM

SM SM SM

TM TM TM

SM TM SM

Nota: Skor TM: Telah menguasai SM: Sedang Maju, BM: Belum Menguasai

Contoh 6 (Kumpulan)
Tunjang : Sains dan Teknologi

Tajuk : Membina Model Menggunakan Bongkah (Aktiviti Kumpulan) Bil Nama Murid i ii Kumpulan A TM SM TM SM BM BM TM BM TM TM Item iii SM BM SM TM BM Petunjuk Item iv TM SM TM BM BM v i. SM TM TM TM BM ii. iii. iv. v. Bil 1. 2. 3. 4. 5. Nama Murid Zainah Othman Zanariah Jamil Osman Mat Kamaliah Ahmad Satinah Surol i ii Kumpulan B BM SM BM TM SM TM BM BM SM TM Item iii TM SM BM BM TM Pemilihan bongkah mengikut saiz, warna dan bentuk yang sesuai Menyusun bongkah mengikut saiz untuk membentuk objek Kreativiti dalam menghasilkan objek Kekemasan hasil objek Kerjasama dalam satu pasukan Petunjuk Item iv SM TM SM TM BM v 1. TM BM SM BM SM 2. 3. 4. 5. Pemilihan bongkah mengikut saiz, warna dan bentuk yang sesuai Menyusun bongkah mengikut saiz untuk membentuk objek Kreativiti dalam menghasilkan objek Kekemasan hasil objek Kerjasama dalam satu pasukan

1. 2. 3. 4. 5.

Kamilah Masrol Hasnah Alias Raihana Ali Kasmin Kasim Jamlus Hasan

Nota: TM: Telah Menguasai, SM: Sedang Maju, BM: Belum Menguasai

Contoh 7 (Kumpulan)
Komponen Tajuk Kandungan : : : Perkembangan Fizikal Membentuk Objek Dari Doh Menguasai kemahiran motor halus Menguasai kemahiran kordinasi mata-tangan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

31

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Nama murid Bil Menguli dengan betul 1. 2. 3. 4. 5. 6. Dina Tina Adilah Mansor Rohana Jamilah Membentuk dengan kemas

ITEM / KEMAHIRAN Kreativiti dalam menghasilk an objek Kekemasan tempat Bekerja sama dalam kumpulan

* Nyatakan skala yang bersesuaian dengan murid Keterangan untuk setiap skala:

: :

Boleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri dengan tepat, cekap dan konsisten. Semasa menjalankan aktiviti tidak memerlukan bantuan. Kerap memerlukan bantuan apabila melakukan aktiviti, namun melakukannya sehingga selesai. masih boleh

: Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti, oleh itu bantuan sentiasa
diperlukan, namun masih tidak dapat melakukannya dengan baik sehingga selesai.

Contoh 8 (Individu) Penilaian kemahiran membaca


Nama murid Pemerhati Tarikh Masa : : : : Amin Mahani Zakaria 28 Feb 2010 10.00 - 10.15 pagi
32

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Situasi / tempat Item

: :

Dalam kelas prasekolah Kemahiran Membaca (Mengenal abjad)

Contoh Teks mengenal abjad

Catatan
Kesalahan sebutan - y disebut g - r disebut n - l disebut i Tindakan Susulan - Murid ini perlu diberi penekanan terhadap penguasaan abjad y / r / l

a p d n o b m g c k I

t r e l h s u j

Contoh teks suku kata

Catatan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

33

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Ini lori.

X
dapa

Ini lori bapa. Lori bapa biru.

baba

Kesalahan sebutan - bapa dibaca dapa, baba - beli dibaca deli - bawa dibaca bama - baja dibaca baju Tindakan Susulan - Murid ini perlu diberi penekanan terhadap konsonan b,d dan vocal

deli

Bapa baru beli lori.



dapa

Saya suka lori bapa.

baju

bama

Bapa bawa lori baja.


PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

34

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Contoh 9: ( Individu) Panduan:


Skor (Tahap Penguasaan) Telah Menguasai Sedang Maju Belum Menguasai Simbol Kriteria Tahu dan boleh buat dengan sendiri dengan baik secara bertatasusila Tahu dan boleh buat dengan bimbingan. Tahu beberapa perkara asas berkaitan dengan konstruk tetapi tidak boleh buat (sentiasa memerlukan bimbingan)

TM SM BM

Singkatan yang digunakan:


TM SM BM LI P HK TL LL Telah menguasai Sedang menguasai Belum menguasai Lisan Projek Hasil kerja Tingkah laku Lain-lain

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

35

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

TUNJANG KOMUNIKASI (BM)


PEMERHATIAN

SPTS

TARIKH

KONSTRUK

STANDARD PRESTASI(SPTS)

EVIDENS B M L I H T K L L L

CATATAN

T M

S M

Kemahiran mendengar

TM: Boleh mengecam pelbagai bunyi, perkataan dan memberi pelbagai respon kepada arahan ringkas, perbualan dan cerita. SM: Boleh mengecam pelbagai bunyi, perkataan dan memberi respon kepada arahan ringkas, perbualan dan cerita dengan bimbingan. BM: Boleh mendengar tetapi tiada respon.

1 2

Kemahiran bertutur

TM: Boleh berinteraksi, bersoal jawab, bercerita serta melakon watak mengikut situasi dengan menggunakan bahasa dan intonasi yang sesuai. SM: Boleh berinteraksi, bersoal jawab, bercerita

1 2 3

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

36

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

PEMERHATIAN

SPTS

TARIKH

KONSTRUK

STANDARD PRESTASI(SPTS)

EVIDENS B M L I H T K L L L

CATATAN

T M

S M

serta melakonkan watak tertentu menggunakan bahasa dan intonasi yang sesuai dengan bimbingan. BM: Tahu guna beberapa perkataan. Belum boleh menggunakan perkataan yang sesuai. Belum boleh menyebut perkataan dengan betul.

LAMPIRAN C: CONTOH REKOD ANEKDOT


PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

37

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Contoh 1

Nama Murid Umur Tarikh Masa Nama Guru Item Catatan

: : : : : :

Fatin Nadia bt. Abdul 6 Tahun 20 Februari 2010 10.00 pagi Puan Puziah Ano bt Muhamad Kebolehan membaca Ulasan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

38

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Fatin menarik tangan Ani, Munah dan Siti ke Pusat Bahasa untuk mencari buku. Fatin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya .Fatin ajak kawan-kawanya dengar cerita yang dia baca. Fatin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Cikgu Rusnani. Ani, Munah dan Siti mendengar dengan penuh minat. Fatin tanya kawannya sedap tak cerita yang dibaca. Hei, Fatin kau dah boleh baca? Tanya Siti. Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Fatin senyum. Contoh 2 Nama : Munzir Shamsudin Kelas : Prasekolah Sayang Tarikh: 26 Mac 2010 Nama Guru : Puan Ummu Izzah bt. Bohari

Fatin tidak berminat terhadap buku tetapi selepas sesi bacaan dengan guru, Fatin sudah mula berminat dengan buku. Fatin cuba membaca walaupun masih belum mengenal semua huruf. Cadangan Fatin perlu dirangsang melalui pujian untuk membolehkan nya membaca dengan baik.

Peristiwa yang diperhatikan: Munzir mengambil lego Ali. Ali menengking dan memukulnya. Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan

Contoh 3

Nama Murid Umur Tarikh Masa Nama Guru Item Catatan

: : : : : :

Zarina 6 Tahun 18 Julai 2010 8.30 pagi Puan Hon Kemahiran Sosial Ulasan

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

39

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Zarina bermain pasir bersama kawan-kawan lain di tempat main pasir. Aiman merampas penyedok pasir yang sedang digunakan oleh Zarina. Zarina berkata dengan suara kuat: Ini saya punya! Zarina terus ambil balik penyodok pasir daripada Aiman. Aiman nampak terkejut tetapi biar sahaja.

Zarina pendiam, kebiasaannya dia tidak melawan walaupun diganggu oleh rakannya. Zarina cuma akan menanggis bersendiri jika barangnya diambil oleh kawannya. Ini merupakan kali pertama dia memperjuangkan hak dirinya. Peristiwa ini merupakan satu permulaan yang baik, dia telah mula bertindak untuk melindungi hak dirinya.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

40

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

LAMPIRAN D: CONTOH REKOD BERTERUSAN

Contoh 1 Nama Umur Tarikh Masa Nama Guru Item : Ainon Bakar : 6 tahun : 26 September 2010 : 10.00 - 10.10 pagi : Puan Sofia Mansor : Kepimpinan Ulasan

Pemerhatian

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

41

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Ana sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya. Dia bangun dan mengatakan Penatlah main pasir, jom main jongkang jongkit. Ana memanggil rakan-rakannya. Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu. Ana Liza Ana : Jangan berebut. : Saya pun nak naik. : Gilir-gilirlah. OK., Minah, Rozi duduk hujung sana. Noni , Milah hujung sini,ya! Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab dua-dua kurus, ... ringan, nanti tak sama Ana : .....aaa la, nanti tak sama. Rozi : Tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga Ana : Ok, Som pun kurus, duduk depan Noni. Hah, baru sama berat.

Ada ciri kepimpinan

Mula memahami konsep (berat/ringan) Mula memahami konsep keseimbangan Menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama

Contoh 2

Nama murid Pemerhati Tarikh Masa Situasi / tempat Item

: : : : : :

Amin Mahani Zakaria 7 Julai 2010 10.00 - 10.05 pagi Dalam kelas prasekolah Main sendirian Ulasan Amin tidak suka diganggu, beliau suka bermain sendirian

Catatan Amin sedang bermain dengan batang aiskrim di ruang bermain.

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

42

MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID DI PRASEKOLAH 1 Sept 2010

Dia memusing batang aiskrim seolah- olah kapal terbang sambil berkata Kapal akan berlepas, kapal akan berlepas. Amin berhenti bermain apabila melihat Sani menuju ke arahnya lalu memberi arahan kepada Sani Awak tidak boleh bermain di sini. Arahan Amin jelas, Sani memandang ke arah Amin dan terus berlalu. Amin terus bermain dengan kapal terbangnya. Suara Amin semakin kuat meniru bunyi kapa lterbang. BBBBBBBBBBBBB Ummm oo oo oo Buzzzzzzzzz. 54321, terbang (sambil melancar batang aiskerim) Diana yang sedang memandu kereta memerhati tingkah laku Amin lalu meluru ke arahnya sambil berkata Hey, giliran awak pula untuk memandu kereta ini. Amin tidak memberi respon. Dengan nada kesal Diana berkata OK, saya pandu sekali lagi. Amin beralih ke pusat pupet , mengambil puppet dan bermain

Perkembangan bahasanya menunjukkan satu kemajuan

Amin tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain Kepuasannya untuk sendirian

PENTAKSIRAN DAN PERKEMBANGAN MURID

43