Anda di halaman 1dari 1

BENCANA ALAM. 3.2.

1 Hakisan Tanah Hakisan difahami sebagai pemusnahan muka bumi oleh agen yang sekaligus mengangkut bahan yang telah termusnah. Yakni hakisan oleh agen air didefinisikan sebagai erosi atau hakisan air. Walau bagaimanapun, dalam proses hakisan ia melibatkan pemusnahan dan pengangkutan sama ada oleh hakisan air hujan, aliran air sungai atau aktiviti hakisan air bawah tanah. Menurut perkataan Erosi berasal daripada bahasa latin sentiasa bertindak melonggar dan mengeluarkan bahan -bahan permukaan tanah. Lantaran itu, hakisan boleh difahami sebagai proses pemusnahan dan pembentukan bentuk muka bumi di kawasan lain yang disebabkan oleh tindakan air mengalir yang bermula dari air hujan yang menimpa permukaan bumi sehinggalah terjadi pembentukan air mengalir di atas permukaan bumi termasuk aliran sungai.