Anda di halaman 1dari 11

Apakah matlamat kurikulum Sains sekolah rendah?

Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru,murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian untuk mengikuti pelajaran sains di peringkat yang lebih tinggi di samping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling serta mengagumi penciptaan alam. Apakah objektif kurikulum sains sekolah rendah? Kurikulum Sains untuk sekolah rendah membolehkan murid: 1. Memperoleh pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengalaman harian. 2. Memperoleh kefahaman tentang fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling. 3. Menguasai kemahiran berfikir dan strategi berfikir melalui pembelajaran berfikrah. 4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif melalui pendekatan inkuiri penemuan. 5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan. Kurikulum Sains Sekolah Rendah 6. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni . 8. Mengembangkan minat dalam bidang sains dan teknologi. 9. Menghargai sumbangan dalam sains dan teknologi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

10. Menyedari saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semula jadi untuk kebeterusan hidup. 11. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat. Apakah kemahiran-kemahiran nilai yang ingin diterapkan menerusi kurikulum ini? Merujuk dokumen kurikulum tersebut, kemahiran yang ingin diterapkan adalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir adalah diutamakan dan digunakan dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan, projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Proses Sains? Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti yang berikut:

Kemahiran Proses Sains Penerangan Kurikulum Sains Sekolah Rendah 20 Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentangobjek dan fenomena. Mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan cirri atau sifat sepunya. Mengukur dan menggunakan nombor Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Membuat inferens Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar, untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Meramal Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Memerihalkan perubahan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz,isi padu, berat dan jisim sesuatu objek dengan masa. Mentafsirkan Data Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan Mendefinisikan secara operasi Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan. Mengawal pembolehubah Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan. Membuat hipotesis Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu Kurikulum Sains Sekolah Rendah perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut: a) Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. b) Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. c) Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

d) Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. e) Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Apakah yang dimaksudkan dengan Kemahiran Berfikir ? Dokumen tersebut menyatakan bahawa berfikir merupakan proses enggerakkan minda secara sedar untuk mencapahkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sedia ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan memberi makna kepada kehidupan sekelilingnya. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai dengan menekankan aktiviti pembelajaran secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dirancangkan wajar mampu mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir. Kurikulum Sains Sekolah Rendah 2 2 Kemahiran Berfikir Kritis Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir Kritis Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsure sesuatu konsep atau objek.

Membandingkan dan membezakan Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan criteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Mengumpulkan dan mengelaskan Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Membuat urutan Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan. Menyusun mengikut keutamaan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Mengesan kecondongan Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu. Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan buktiatau dalil yang sah.

Membuat kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan Kurikulum Sains Sekolah Rendah 23 Apakah perkaitan kemahiran proses sains dengan kemahiran berfikir? Dalam dokumen tersebut menjelaskan bahawa kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran berfikir menggalakkan minda seseorang murid untuk berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir menjamin keupayaan pembelajaran yang lebih berkesan. Jadual di bawah dipaparkan perkaitan di antara Kemahiran Proses Sains dengan Kemahiran Berfikir yang boleh dijadikan panduan bertujuan memberi impak kepada pembelajaran. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir Memerhatikan Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Mengelaskan Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan Mengukur dan menggunakan Nombor. Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Membuat inferens Menghubungkaitkan Kurikulum Sains Sekolah Rendah 4 Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferens Meramalkan Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental Menggunakan perhubungan ruang dan masa Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan Mentafsirkan data Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai Mendefinisi secara operasi Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisis Mengawal pembolehubah Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Menganalisis Membuat hipotesis Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjanakan idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan Mengeksperimen Semua kemahiran berfikir Berkomunikasi Semua kemahiran berfikir Kurikulum Sains Sekolah Rendah 25

Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang melibatkan kemahiran-kemahiran tersebut? Dokumen tersebut turut memberi gambaran bagaimana pelaksanaan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan meneliti kepada hasil pembelajaran sesuatu topic dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian. Petikan berikut akan menjadi panduan. Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik Merujuk dokumen kurikulum tersebut telah menjelaskan bahawa kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murnidan sikap saintifik. Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang memberteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya. Contoh 1: Hasil Pembelajaran Kemahiran Berfikir Membandingkan dan membezakan haiwan berdasarkan cirri-ciri. Membandingkan dan membezakan Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang kepelbagaian, persamaan dan perbezaan ciri haiwan dipelajari melalui aktiviti membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang ciri haiwan.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah 26 Contoh 2: Hasil Pembelajaran Kemahiran Proses Sains Mengawal pemboleh ubah untuk mengkaji faktor yang menyebabkan pengaratan. Mengawal pemboleh ubah Penerangan: Sebelum hasil pembelajaran ini, murid telah membuat membuat pemerhatian, membuat inferens, membuat hipotesis dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan pengaratan. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, murid perlu berpandukan hipotesis yang telah dibuat, menentukan apakah pemboleh ubah yang terlibat, pemboleh ubah mana yang perlu dimanipulasikan dan pemboleh ubah mana yang perlu diukur. Contohnya pemboleh ubah yang perlu dimanipulasikan adalah kehadiran air manakala pemboleh ubah bergerak balas adalah karat yang diperhatikan. Kandungan kurikulum sains sekolah rendah Anda diminta menyemak dokumen tersebut. Modul ini perlu dibaca bersama dengan kurikulum sains sekolah rendah yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah. Kandungan pengetahuan mata pelajaran Sains Sekolah Rendah Tahun 4, 5 dan 6 dalam lima tema seperti berikut: Menyiasat Alam Kehidupan Menyiasat Alam Fizikal Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Menyiasat Dunia Teknologi

Kemahiran Sains
Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003). Kemahiran Proses Sains Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan komponen kemahiran saintifik. Kemahiran proses sains terdiri daripada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses asas bersepadu (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengenal pasti kemahiran proses sains asas sebagai kemahiran memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran membuat ramalan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan hubungan ruang dan masa. Kemahiran proses sains bersepadu pula ialah kemahiran mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran membina hipotesis dan kemahiran mengeksperimen. Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu, pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran proses sains bersepadu bergantung kepada keupayaan pelajar untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan berfikir lebih daripada satu perkara pada sesuatu masa.

Anda mungkin juga menyukai