Anda di halaman 1dari 8

CIRI-CIRI DAN TINGKAH LAKU GURU YANG BERKESAN

Susunan dan Kejelasan

Guru yang berkesan menyediakan objektif pengajaran dengan jelas. Isi pelajaran dan aktiviti pengajaran disusun mengikut objektif berkenaan. Isi pelajaran juga disampaikan mengikut urutan dan penerangan guru jelas dan boleh difahami oleh pelajar. Ini seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Penglibatan Pelajar dalam Pengajaran


Guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajar dalam pengajarannya. Penglibatan pelajar boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penglibatan ini adalah dalam bentuk aktiviti pembelajaran, penyoalan dan lain-lain. Guru yang berkesan akan sentiasa sensitif dan prihatin dengan keperluan pelajar.

Kepelbagaian Kaedah Mengajar

Pembelajaran pelajar akan berlaku dengan baik jika guru mengetahui kaedah yang sesuai dengan isi pelajaran. Kaedah pengajaran untuk mengajar teori adalah berbeza daripada kaedah untuk mengajar kemahiran. Oleh itu, guru perlu berkemahiran dalam pelbagai kaedah mengajar

Mengamalkan disiplin cemerlang

contohnya bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Etika dan tatasusila profesion perguruan yang menjadi pegangan harus sentiasa difahami, dihayati dan diamalkan.

Guru perlu memiliki sifat-sifat yang mulia dalam diri

Contoh sifat peramah, mesra, penyayang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak akan lebih suka didampingi oleh pelajarIni akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan kerana pelajar akan berminat dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran

Perlu memiliki ilmu yang mantab dam mendalam dalam bidang yang diseburi.Pelajar akan labih yakin dan mudah menerima ilmu yang disampaikan sekiranya pendidikan benarbenar menguasai ilmu tersebut.