Anda di halaman 1dari 3

Pembinaan Negara Bangsa Sejajar Dengan Konsep Satu Malaysia Ditulis oleh: Kulanz Salleh on Monday, January 04,

2010 Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya hidup bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan ICT yang pesat usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik.

Matlamat dan dasar yang hasratkan dalam teras membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab KPM menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

Justeru, bagi memastikan langkah pembinaan negara bangsa sejajar dengan konsep Satu Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia, beberapa penekanan perlu diberi perhatian. Ini termasuklah pengukuhan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan, integrasi nasional, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi.

a. Penggunaan Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama Selaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan: Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di

bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini. (Akta Pendidikan, 1996) Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.

b. Memantapkan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Fokus kedua teras membina Negara Bangsa adalah memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Antara strategi pelaksanaan yang dicadangkan oleh PIPP bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional adalah (a) meningkatkan taap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati perlembagaan Malaysia, (b) meningkatkan semangat patriotik melalui Kelab Rukun Negara, (c) menanamkan semangat hormat menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, (d) memberi kefahaman tentang pentingnya semangan kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional dan (e) mempergiatkan aktiviti RIMUP iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.

Dalam usaha membina Negara Bangsa seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020, tanggungjawab pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru adalah memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan. Pihak sekolah dan institusi pendidikan perlu berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru juga perlu mengadakan perancangan strategik melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan supaya usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dapat terus ditingkatkan. Walaupun, perpaduan dan semangat patriotisme tidak dapat dinilai dengan tepat, namun diharapkan impak yang positif dapat dilihat melalui modal insan minda kelas pertama yang dihasilkan dari sistem pendidikan negara kita.

c. Mengadakan Kurikulum Dan Sistem Peperiksaan Yang Sama Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996).

Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.

d. Mendemokrasikan Pendidikan Usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan sekitar tahun 1980-an. Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.

e. Mempertingkatkan Pendidikan Islam, Kerohanian, Moral Dan Disiplin Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah tanpa mengira jenis dan kategori. Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan (1996), Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral melalui Pendidikan Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata pelajaran teras ialah untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Anda mungkin juga menyukai