Anda di halaman 1dari 28

KUMPULAN 11

NAMA PENSYARAH EN. SHARIF SALLEH

NAMA AHLI KUMPULAN ANWAR HAZIM BIN AHMAD RAZI SANTHIYA A/P ARUMUGAM NURAISHAH BT AZHARI GUNASHILA A/P PERIASAMY NUR EMALINA BT ZOLKOPLI

PENGENALAN
Assimilator - gunakan taakulan induktif dan mempunyai keupayaan wujudkan model teori. Akomodator - melaksanakan rancangan dan eksperimen serta disesuaikan kepada keadaan segera. Konverger - bergantung dengan banyak pada penaakulan deduktif hipotetikal. Diverger - melihat situasi-situasi dari banyak perspektif dan bergantung dengan banyak pada percambahan fikiran dan penghasilan idea-idea.

AKOMODATOR

ASIMILATOR

PENGALAMAN KONKRIT

KONSEPTUAL ABSTRAK

EKSPERIMENTASI AKTIF

PEMERHATIAN REFLEKTIF

Pengalaman Konkrit hebat melakukan sesuatu perkara melibatkan diri sendiri secara menyeluruh bijak berhadapan dengan sesuatu yang rumit

Eksperimentasi Aktif menyelesaikan masalah dengan cara cuba jaya. berani mengambil risiko. bijak menyesuaikan diri

CIRI-CIRI
bergantung lebih kepada informasi pihak lain berbanding keupayaan analitis sendiri mampu melihat hubungan antara aspekaspek yang terdapat dalam sistem bersesuaian untuk pekerjaan yang berorientasikan tindakan cth: bisnes, pemasaran, jualan produk

KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN

aktiviti yang menggalakkan penemuan kajian secara berdikari membolehkan seseorang itu untuk menjadi ahli aktif dalam apa-apa proses pembelajaran pengajar yang bekerjasama dengan golongan ini akan menghadapi soalan-soalan yang memutar belitkan seperti ; kenapa tidak? bagaimana jika..

APLIKASI DALAM SUBJEK


Pelajar diberi peluang untuk mengamalkan cara pembelajaran sendiri dan diberikan tugasan yang khusus dan mempunyai hasil yang tepat. Bagi cara pembelajaran ini ia memerlukan bahan teori dan latihan-latihan kertas kerja berkaitan pelajaran bagi subjek-subjek yang disediakan oleh Sekolah Pertanian Lestari.

Konseptual abstrak Memahami secara pemahaman konsep dan prinsipal. mempunyai kelebihan dalam mencipta model teori. Pemerhatian reflektif Memerhati dari pelbagai aspek. tidak berasa yakin apabila mengkaji sesuatu sistem secara rawak.

CIRI-CIRI
Bermotivasi mengenai perkara yang boleh dipelajari. kurang berminat kepada fizikal manusia tetapi lebih prihatin dengan konsep abstrak. lebih bercirikan asas sains dan matematik. Menyukai penyampaian maklumat yang sistematik dan tepat. kagum dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh ahli yang pakar. mencari jawapan yang tepat untuk sesuatu permasalahan.

KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN


Cara kuliah yang diikuti dengan demonstrasi Mengkaji sesuatu subjek di dalam makmal, mengikuti dan menyiapkan tutorial dimana jawapannya telah disediakan. kurang menggunakan tenaga pengajar sebagai sumber pembelajaran. lebih mengutamakan latihan-latihan dan mampu menjawab soalan

APLIKASI DALAM SUBJEK


Dalam subjek Pemakanan Tumbuhan, kita digalakkan untuk mencari maklumat tambahan berkenaan sesuatu topik. Cth: kitaran nitrogen Dalam kursus pengeluaran ternakan, mereka tidak hanya belajar teori semata-mata tetapi juga teknikal. Cth: tagging telinga haiwan

KONVERGER

DIVERGER

Konseptualisasi abstrak

Pengalaman konkrit

Eksperimentasi Aktif

Pemerhatian reflektif

Konseptualisasi abstrak menyusun maklumat yang diterima secara sistematik, kemas dan logik. maklumat diatur dalam bentuk konsep, teori dan idea. pemikiran merupakan aspek terpenting berbanding dengan intuisi. Eksperimentasi aktif mengaplikasi teori yang dibelajar dalam bentuk eksperimen. kajian dilakukan untuk mencari punca dan penyelesaian yang tepat dan praktikal bagi sesuatu masalah.

CIRI-CIRI
Menggabungkan teori dan praktis Tidak pasif Menggunakan akal waras Menggunakan pengetahuan abstrak Mahir dalam menerap idea-idea praktikal dalam pembelajaran

KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN

Arahan melalui penggunaan komputer Penyelesaian masalah atau penggunaan buku latihan untuk pelajar mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Interaksi, hands-on, tidak pasif, menerima arahan(makmal,kerja lapangan)

APLIKASI DALAM SUBJEK


Dalam kerja makmal, penganalisisan harus dilakukan apabila mengendalikan eksperimen. Teori yang telah dipelajari dalam kuliah diaplikasikan dalam pengendalian eksperimen serta praktikal setelah menerima arahan daripada pensyarah. Sebagai contoh, komposisi tanah dianalisis dalam makmal untuk mengetahui kandungan nutrisi seperti nitrogen, fosforus dan kalsium di bawah pengawasan pensyarah.

Pengalaman konkrit melibatkan diri dalam meneroka pengalaman baru. lebih menekankan Intuisi dan penglibatan aktif. harus fleksible, berfikiran terbuka dan intuitif. Pemerhatian reflektif menguasai kemahiran mendengar dan memerhati serta sensitif dengan perubahan. menjadi pemerhati yang objektif. memberi perhatian dalam perbincangan orang lain. menjalankan sesuatu tugasan. kurang keyakinan dan mengambil masa yang lama untuk berfikir apabila soalan diajukan.

CIRI-CIRI

Mempunyai kelebihan dalam menjana idea Berminat dalam mendengar idea orang lain dan kongsi idea sendiri Mempunyai daya imaginasi yang baik Melihat sesuatu perkara dalam pelbagai sudut Menggabungkan perasaan dengan pengalaman Beremosional Kreatif Inovatif

KEPELBAGAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kuliah Explorasi hands-on Pencernaan minda

APLIKASI DALAM SUBJEK


Pensyarah menyampaikan maklumat tentang sesuatu mata pelajaran melalui teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh,pelajar memberi focus dalam kuliah ketika pembelajaran disampaikan oleh pensyarah.Pelajar mengutamakan maklumat yang terperinci dan sistematik. Pelajar dapat berfikir dari pelbagai perspektif dalam apa jua keadaan untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, apabila tumbuhan menunjukkan simptomsimptom tidak normal seperti kekuningan daun dan tumbesaran terbantut,pelajar harus berfikir dari pelbagai sudut untuk mencari punca serta penyelesaiannya.

KESIMPULAN

Setiap pelajar mempunyai cara dan gaya pembelajaran yang tertentu yang sesuai dengan diri masing-masing. Model pembelajaran Kolb ini boleh menjadi salah satu inisiatif dalam meningkatkan prestasi pelajar. Model pembelajaran ini juga tidak terhad kepada manamana ciri yang spesifik bahkan ianya mempunyai 4 dimensi pembelajaran yang berbeza. Keempat-empat gaya ini mempunyai cara-cara pendekatan yang berbeza. Oleh itu, ianya mudah diaplikasikan dalam mana-mana subjek pembelajaran termasuk subjek-subjek yang terdapat di Sekolah Pertanian Lestari di Universiti Malaysia Sabah.

TERIMA KASIH