Anda di halaman 1dari 9

Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan

bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Setiap manusia mungkin mempunyai lebih daripada satu atau dua jenis gaya pembelajaran. Fungsi gaya pembelajaran ini juga mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar, isu pembelajaran serta juga beberapa ciri mental, fisikal dan psikologi orang yang berkenaan. Dan mungkin juga, seseorang itu lebih cenderung kepada satu atau eberapa gaya pembelajaran tertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorang itu mungkin juga bersifat dinamis. Ia boleh dikembangkan dan boleh berubah ( Guild, 1994) dalam K.Narayanasamy (2000).

Menurut Felder (1996) dalam Mohd Noor Badlishah (2009), gaya pembelajaran merujuk kepada kecenderungan dan kekuatan pada sesuatu gaya bagi mendapat dan memproses maklumat. Setiap individu mempunyai kekuatan serta kecenderungan yang unik untuk memahami dan memproses memproses maklulmat. Dengan lain perkataan, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ditakrifkan sebagai cara unik yang digunakan oleh individu untuk mengambil, memproses, memahami dan mempersepsi maklumat. Gaya pembelajaran juga sering dikaitkan dengan gaya kognitif. Ada individu yang cenderung untuk belajar maklumat yang konkrit (seperti fakta dan konsep, simbolik dan model matematik). Sebilangan besar pelajar lebih suka sekiranya maklumat dipaparkan secara visual (seperti carta alir,gambar rajah, skema) dan ada pula yang lebih gemar sekiranya maklumat diberikan dalam bentuk verbal (seperti kuliah). Sebilangan individu lebih suka belajar secara aktif seperti berbincang dengan rakan serta belajar dengan berbuat, manakala ada sebilangan individu yang belajar secara reflektif iaitu dengan berfikir dan lebih gemar belajar secara sendirian. Ada juga individu yang belajar secara urutan dan memahami perincian dahulu kemudian mendapat gambaran keseluruhan sesuatu konsep, manakala ada pula yang belajar dengan memahami gambaran keseluruhan kemudian barulah memahami perincian sesuatu konsep.

Sekiranya gaya pembelajaran pelajar adalah sama atau selari dengan gaya pengajaran guru, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif. Sebaliknya, jika gaya pembelajaran pelajar tidak selari dengan gaya pengajaran guru, kemungkinan besar pelajar akan mudah berasa bosan, tidak selesa, kurang memberi tumpuan, mempunyai tanggapan yang negatif terhadap subjek atau kemungkinan menyebabkan prestasi yang kurang memuaskan dalam sesuatu subjek. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan keadaan realiti ini. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan strategi yang dapat mengisi hasrat ini.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagaikaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincanga, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembeelajaran. Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadnagna aktiviti pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajarmasing-masing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untukmurid murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar. Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini. Ekseperimen kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data 6. Menganalisis data 7. Mentafsirkan data 8. Membuat kesimpulan

9. Membuat laporan Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti. Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lainlain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain. Lawatan Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini. Kajian masa depan Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. Penyelesaian masalah Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut: 1. Kenal pasti dan faham masalah 2. Jelaskan masalah 3. Cari alternatif penyelesaian masalah. 4. Lakukan operasi penyelesaian. 5. Nilaikan penyelesaian

4.0 Kaedah Eksperimen Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan(Ahmad Mahdzan Ayob, 1983). Selepas menetapkan masalah yang hendak dikaji, barulah difikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan. Adalah salah sekiranya kita menentukan kaedah sebelum ada persoalan. Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Kita boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Pendekatan kuantitatif mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur, mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatif pula berasaskan kualiti. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai persamaanpersamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan. Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih. Dalam kajian sekularisasi, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian yang sama. Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan barulah data-data dicari melalui metodologimetodologi dan strategi pilihan sesuai.

Kelebihan Kajian Eksperimen Pemerhatian yang umum adalah manusia yang bekerja dalam kumpulan selalu menyeleweng dalam usaha mereka melakukan tugasan. Bibb Latane, ahli psikologi sosial sedar tentang perkara ini dan membuat kajian untuk mengetahui jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manusia yang bekerja dalam kumpulan kurang bekerja keras. Oleh itu, beliau menamakan fenomena ini sebagai social loafing. Latane dan rakan-rakannya menjalankan beberapa eksperimen yang sistematik untuk mengkaji fenomena ini. Pertama mereka menunjukkan social loafing juga berlaku dalam situasi eksperimen yang lain dan ia juga berlaku dalam beberapa budaya yang berlainan, malah ia juga

berlaku di kalangan kanak-kanak. Dia menghubungkan kerja ini kepada teori yang lebih umum tentang perilaku manusia. Bukti daripada eksperimen menunjukkan punca kepada tidak menjalankan tugas ini berpunca daripada menyerahkan tugasan kepada orang lain. Manusia yang bekerja bersendirian rasa bertanggungjawab untuk menyiapkan tugas manakala individu yang bekerja secara kumpulan berasa tanggungjawab itu harus diserahkan kepada orang lain. Salah satu faedah daripada penyelidikan adalah penemuan boleh digunakan kemudian untuk menyelesaikan sesetengah masalah yang praktikal. Dengan mengukur prestasi individu dalam kumpulan kita dapat menghapuskan masalah social loafing dan boleh meningkatkan produktiviti. (Abdul Rahim Hamdan,2007) Kajian yang menjalankan menggunakan kaedah eksperimen mengambil masa yang singkat disamping kos yang terlibat sangat minimum. Sains dan psikologi saintifik merupakan cara yang sah untuk memperolehi pengetahuan tentang dunia di sekeliling kita. Ahli falsafah Charles Sandler Peirce telah membandingkan cara saintifik untuk mengetahui dengan tiga kaedah untuk memperkenbangkan kepercayaan iaitu kaedah kuasa, pegangan (tenacity) dan priori. Menurut beliau cara yang ringkas untuk menetapkan kepercayaan ialah untuk mengambil pendapat orang lain tentang kepercayaan. Autoriti akan memberitahu yang mana benar dan yang mana salah. Tetapi kepercayaan ini akan berubah dengan perubahan masa. Oleh kerana kebanyakkan orang tidak menyiasat dan tidak cukup pengetahuan, mereka percaya kepada autoriti. Method yang kedua ialah dimana seseorang dengan teguh menafi untuk mengubah pengetahuan yang diperolehi tanpa menghiraukan bukti yang bertentangan. Metod ini dipanggil sebagai tenacity atau pegangan. Walaupun berpegang kepada kepercayaan tetapi ia tidak selalunya rasional dan ia tidak mempunyai nilai. Kaedah nonsaintifik yang ketiga ialah priori. Priori merujuk kepada sesuatu yang dipercayai tanpa kajian terdahulu dan peperiksaan. Dalam metod ini usul-usul terdahulu dipercayai dan ini adalah lanjutan daripada autoriti.( Rohana Yusof, 2004) Metod peirce yang terakhir ialah kaedah saintifik yang menetapkan kepercayaan pada dasar pengalaman. Jika kita mentakrifkan psikologi saintifik sebagai sesuatu yang berulang, membetulkan diri dengan memahami fenomena pada asas pemerhatian empirikal, maka kita boleh melihat beberapa kelebihan pada sains berbanding kepada metod yang hanya dirangka. Tidak ada metod yang lain yang bergantung pada data diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik iaitu, metod yang lain tidak ada asas yang empirikal untuk menetapkan kepercayaan. Kelebihan sains yang kedua ialah ia menawarkan prosedur untuk mewujudkan kelebihan kepercayaan yang ada pada satu kepercayaan kepada kepercayaan lain. Pemerhatian empirikal dan pembetulan diri adalah ciri metod saintifik. Kita akan melihat bagaimana metod ini berkesan pada sains dan psikologi saintifik. Kita menoleh pada penyelidikan social loafing pada jalan umum. Eksperimen makmal menunjukan beberapa ciri manusia kurang bekerja keras dan menguji beberapa ramalan tentang sifatnya. Pemerhatian empirikal yang perpangkal kepada pemerhatian umum atau teori formal yang mendedahkan sesuatu tentang teori tersebut yang mendorong kepada kerja empirikal secara terperinci.

Kelemahan eksperimen Eksperimen yang dijalankan memungkinan kajian yang dilakukan tidak tulen. Ini kerana keputusan yang diperoleh kadang kala tidak memberikan jawapan yang tepat. Eksperimen yang dijalankan kadang kala tidak memberikan jawapan yang tepat. Selain itu, eksperimen secara kuantitatif tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kepada kebanyakan eksperimen yang dijalankan.

Antara kelemahan yang lain ialah kajian yang dihasilkan oleh pengkaji kemungkinan bias bagi pihak pengkaji. Setiap projek menghadapi batasan yang tertentu, pengkaji perlu menyatakan batasanbatasan semasa menjalankan kajian. Ini memberikan kesan kepada dapatan kajian. Bagaimanapun, sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepada dapatan kajian, tetapi ada batasan yang boleh mengganggu keseluruhan kajian. Sekiranya penyelidik menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh dipersoalkan. 2.0 KAJIAN EKSPERIMEN Kaedah eksperimen bertujuan menujukkan wujudnya hubungan sebab musabab antara dua pemboleh ubah bebas atau lebih satu pemboleh ubah bersandar. Fungsi eksperimen pula bertujuan menguji sasuatu pembleh ubah bebas mempunyai kesan terhadap pemboleh ubah bersandar. Terdapat 3 syarat umum eksperimen iaitu : 1. Pengkaji mesti kawal hal-hal yang dianggap penting dalam sesuatu keadaan 2. Perbuatan manipulasi mesti dibuat dalam keadaan terkawal 3. pengkaji mesti memerhatikan kesan daripada perbuatan memanipulasikan yang dilakukan untuk tujuan mengumpul data Eksperimen mempunyai 3 jenis iaitu : 1. Eksperimen makmal 2. Eksperimen lapangan 3. Eksperimen ikut serta 3.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KAJIAN EKSPERIMEN Kelebihan kajian eksperimen : 1. Membolehkan penyelidik mengesan kesan dan musabab 2. Penyelidik boleh mengawal persekitaran, pemboleh ubah, dan subjek 3. Kos yang digunakan kemungkinan lebih rendah kecuali dalam lapangan yang luas 4. Subjek boleh diuji lagi dalam kajian susulan atau kajian yang serupa Kekurangan kajian eksperimen : 1. Kemungkinan kajian yang dilakukan tidak tulen 2. Kajian yang dihasilkan kemungkinan bias bagi pihak pengkaji

Kaedah Eksperimen Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan(Ahmad Mahdzan Ayob, 1983). Selepas menetapkan masalah yang hendak dikaji, barulah difikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan. Adalah salah sekiranya kita menentukan kaedah sebelum ada persoalan. Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Kita boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Pendekatan kuantitatif mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal

atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur, mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatif pula berasaskan kualiti. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai persamaanpersamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan. Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih. Dalam kajian sekularisasi, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian yang sama. Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan barulah data-data dicari melalui metodologimetodologi dan strategi pilihan sesuai.

Kelebihan Kajian Eksperimen Pemerhatian yang umum adalah manusia yang bekerja dalam kumpulan selalu menyeleweng dalam usaha mereka melakukan tugasan. Bibb Latane, ahli psikologi sosial sedar tentang perkara ini dan membuat kajian untuk mengetahui jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa manusia yang bekerja dalam kumpulan kurang bekerja keras. Oleh itu, beliau menamakan fenomena ini sebagai social loafing. Latane dan rakan-rakannya menjalankan beberapa eksperimen yang sistematik untuk mengkaji fenomena ini. Pertama mereka menunjukkan social loafing juga berlaku dalam situasi eksperimen yang lain dan ia juga berlaku dalam beberapa budaya yang berlainan, malah ia juga berlaku di kalangan kanak-kanak. Dia menghubungkan kerja ini kepada teori yang lebih umum tentang perilaku manusia. Bukti daripada eksperimen menunjukkan punca kepada tidak menjalankan tugas ini berpunca daripada menyerahkan tugasan kepada orang lain. Manusia yang bekerja bersendirian rasa bertanggungjawab untuk menyiapkan tugas manakala individu yang bekerja secara kumpulan berasa tanggungjawab itu harus diserahkan kepada orang lain. Salah satu faedah daripada penyelidikan adalah penemuan boleh digunakan kemudian untuk menyelesaikan sesetengah masalah yang praktikal. Dengan mengukur prestasi individu dalam kumpulan kita dapat menghapuskan masalah social loafing dan boleh meningkatkan produktiviti. (Abdul Rahim

Hamdan,2007) Kajian yang menjalankan menggunakan kaedah eksperimen mengambil masa yang singkat disamping kos yang terlibat sangat minimum. Sains dan psikologi saintifik merupakan cara yang sah untuk memperolehi pengetahuan tentang dunia di sekeliling kita. Ahli falsafah Charles Sandler Peirce telah membandingkan cara saintifik untuk mengetahui dengan tiga kaedah untuk memperkenbangkan kepercayaan iaitu kaedah kuasa, pegangan (tenacity) dan priori. Menurut beliau cara yang ringkas untuk menetapkan kepercayaan ialah untuk mengambil pendapat orang lain tentang kepercayaan. Autoriti akan memberitahu yang mana benar dan yang mana salah. Tetapi kepercayaan ini akan berubah dengan perubahan masa. Oleh kerana kebanyakkan orang tidak menyiasat dan tidak cukup pengetahuan, mereka percaya kepada autoriti. Method yang kedua ialah dimana seseorang dengan teguh menafi untuk mengubah pengetahuan yang diperolehi tanpa menghiraukan bukti yang bertentangan. Metod ini dipanggil sebagai tenacity atau pegangan. Walaupun berpegang kepada kepercayaan tetapi ia tidak selalunya rasional dan ia tidak mempunyai nilai. Kaedah nonsaintifik yang ketiga ialah priori. Priori merujuk kepada sesuatu yang dipercayai tanpa kajian terdahulu dan peperiksaan. Dalam metod ini usul-usul terdahulu dipercayai dan ini adalah lanjutan daripada autoriti.( Rohana Yusof, 2004) Metod peirce yang terakhir ialah kaedah saintifik yang menetapkan kepercayaan pada dasar pengalaman. Jika kita mentakrifkan psikologi saintifik sebagai sesuatu yang berulang, membetulkan diri dengan memahami fenomena pada asas pemerhatian empirikal, maka kita boleh melihat beberapa kelebihan pada sains berbanding kepada metod yang hanya dirangka. Tidak ada metod yang lain yang bergantung pada data diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik iaitu, metod yang lain tidak ada asas yang empirikal untuk menetapkan kepercayaan. Kelebihan sains yang kedua ialah ia menawarkan prosedur untuk mewujudkan kelebihan kepercayaan yang ada pada satu kepercayaan kepada kepercayaan lain. Pemerhatian empirikal dan pembetulan diri adalah ciri metod saintifik. Kita akan melihat bagaimana metod ini berkesan pada sains dan psikologi saintifik. Kita menoleh pada penyelidikan social loafing pada jalan umum. Eksperimen makmal menunjukan beberapa ciri manusia kurang bekerja keras dan menguji beberapa ramalan tentang sifatnya. Pemerhatian empirikal yang perpangkal kepada pemerhatian umum atau teori formal yang mendedahkan sesuatu tentang teori tersebut yang mendorong kepada kerja empirikal secara terperinci.

Kelemahan eksperimen Eksperimen yang dijalankan memungkinan kajian yang dilakukan tidak tulen. Ini kerana keputusan yang diperoleh kadang kala tidak memberikan jawapan yang tepat. Eksperimen yang dijalankan kadang kala tidak memberikan jawapan yang tepat. Selain itu, eksperimen secara kuantitatif tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kepada kebanyakan eksperimen yang dijalankan. Antara kelemahan yang lain ialah kajian yang dihasilkan oleh pengkaji kemungkinan bias bagi pihak pengkaji. Setiap projek menghadapi batasan yang tertentu, pengkaji perlu menyatakan batasanbatasan semasa menjalankan kajian. Ini memberikan kesan kepada dapatan kajian. Bagaimanapun,

sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepada dapatan kajian, tetapi ada batasan yang boleh mengganggu keseluruhan kajian. Sekiranya penyelidik menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh dipersoalkan.