Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

Tempat: Tarikh : Hari: Masa: Bilangan yang terlibat:

SK St Teresa, Serian 7 sehingga 10 Mei 2012(4 hari) Isnin sehingga Khamis 11.30 pagi 01.00 petang 56 orang Pengawas=44 orang Ketua Kelas =6 orang Penolong ketua Kelas = 6 orang

PENGENALAN Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan usaha sama Unit Hal Ehwal Murid SK St Teresa, Serian telah mengadakan program Kem Pengawas 2012 selama 4 hari berturut-turut. Program ini diadakan di beberapa tempat di SK St Teresa, Serian mengikut kesesuaian aktiviti seperti di Bilit ICT dan juga di astaka padang bola SK St Teresa, Serian. Program ini merupakan aktiviti membina daya kepimpinan yang tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin SK St Teresa, Serian yang terdiri daripada pengawaspengawas sekolah serta ketua dan penolong ketua kelas. Program ini juga sedikit sebanyak membuka mata dan minda setiap peserta akan tugas dan tangungjawab mereka dalam menyandang jawatan yang telah diamanahkan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, program ini telah berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Setiap peserta merasa teruja memandangkan aktivitiaktiviti yang mereka jalani tidak pernah mereka jalankan sebelum ini. Mereka juga telah memberikan respon yang begitu positif dalam menjalani program ini selama empat hari tersebut.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 1

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

KELEBIHAN PROGRAM Terdapat pelbagai kebaikan program Kem Pengawas 2012 ini dijalankan. Melalui program ini ; 1) Peserta mendapat pengetahuan tentang tugas dan tanggungjawab pengawas, ketua dan penolong ketua kelas.. 2) Peserta dapat meningkatkan gaya kepimpingan dan rasa tanggungjawab di dalam diri. 3) Peserta juga dapat menerapkan nilai-nilai disiplin, bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran sekolah. 4) Peserta dapat meningkatkan keyakinan diri serta berfikiran secara kritis dan kreatif. 5) Mengeratkan hubungan peserta sesama peserta. 6) Meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan peserta. 7) Mengeratkan hubungan peserta dengan fasilitator yang terdiri daripada barisan guru-guru SK St Teresa, Serian.

KELEMAHAN PROGRAM i) Masa Jumlah masa yang dihadkan untuk membuat aktiviti-aktiviti sepanjang program terlalu terhad iaitu sebanyak 1 jam 30 minit sahaja. Keadaan ini agak menyukarkan fasilitator untuk mencapai objektif aktiviti secara maksimum. Disamping itu juga, masa balik murid agak sedikit terganggu telah menimbulkan rasa tidak senang kepada ibu-bapa yang hendak menjemput anak-anak masing-masing tepat pada pukul 01.00ptg. Pihak sekolah telah menanganinya dengan cara yang berhemah dengan menghantar surat memohon maaf kepada setiap pewaris peserta.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 2

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

ii) Kelengkapan Kemudahan ICT juga terhad menyebabkan gangguan kepada kelancaran sesuatu aktiviti yang hendak dijalankan. iii) Ruang Ruang atau tempat juga amat terhad dan kurang kondusif. Hal ini amat menggangu keselesaan peserta dalam menjalani aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

CADANGAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN PROGRAM Antara alternatif yang boleh diambil bagi memperbaiki kelemahan program ini ialah; i) Memilih masa yang lebih tepat untuk menjalankan program seperti ini. Contohnya, mengadakan progam yang melibatkan masa sehari suntuk selama beberapa hari agar objektif serta pengajaran aktiviti boleh dicapai secara maksimum. ii) Meminjam kelengkapan ICT daripada sekolah yang lain bagi melengkapi peralatan ICT yang tiada disediakan di SK St Teresa, Serian. Contohnya LCD mudah alih yang lebih sesuai dan menepati program. iii) Menyewa atau menggunapakai ruang-ruang yang lebih luas seperti dewandewan yang ada di sekitar sekolah SK St Teresa, Serian. iv) Melibatkan ramai lagi penglibatan guru agar perjalanan program lebih lancar dan sistematik.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 3

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

KOS SEBENAR PROGRAM Bil 1 2 Perkara Name Tag Gimik Pelancaran Pendaftaran 1) Mounting Board 2) Riben 3) Print A3 3 4) Laminating A3 Hadiah 1) Kumpulan Terbaik 2) Peserta Terbaik JUMLAH RM4.99 X 1 RM2.00 X 1 RM3.50 X 1 RM3.50 X 1 RM35.00 X 1 RM13.10 X 1 RM 4.99 RM 2.00 RM 3.50 RM 3.50 RM35.00 RM13.10 RM80.09 Kuantiti 60 keping X RM0.30 / Jumlah RM 18.00

PENUTUP Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna bagi peserta-peserta program kerana sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin kecil di kalangan murid-murid sekolah. Dengan adanya bantuan daripada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi maka sistem harian sekolah akan menjadi lebih sistematik dan teratur. Oleh itu seharusnya program-program seperti ini dibuat setiap awal tahun atau akhir tahun agar pemimpin-pemimpin kecil ini akan lebih bertanggungjawab serta berdisiplin dalam memegang jawatan masing-masing.

RENTETAN SEKITAR PROGRAM


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 4

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

Upacara Pelancaran

Pelancaran yang sederhana Terima Kasih kepada GB!!

Persiapan Tempat Terima Kasih pada yang membantu.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 5

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

Pendaftaran & Taklimat Ringkas

Aktiviti 1: Mencari Keluarga (Hari Pertama)

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 6

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

Aktiviti 2: Identiti Kumpulan (Hari Pertama)

FERRARI

Aktiviti 2: Identiti Kumpulan (Hari Kedua Sambungan.)

THE CAT TEAM

Blue Star

Blue Dragon

Slot Ceramah: Peranan dan Tugas Pengawas, Ketua dan Penolong UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING Ketua Kelas.
SK ST. TERESA, SERIAN

Page 7

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

Aktiviti 3: Bumi Tercinta dan Bulatanku Sayang.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 8

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

Aktiviti 4: Mengapa kita Di Sini? (Hari Keempat)

Refleksi, Analisis dan Penilaian (Hari Keempat)

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 9

LAPORAN KEM PENGAWAS

2012

Disediakan oleh; (AMELIA BINTI EDAMA) Guru Bimbingan dan Kaunseling SK St. Teresa, Serian. Tarikh:

Disemak oleh; (SHERINNA KHO) PK HEM SK St. Teresa, Serian. Tarikh:

Disahkan Oleh; (MAKEW ANAK NYUSUNG) Guru Besar SK St. Teresa, Serian. Tarikh:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK ST. TERESA, SERIAN

Page 10