Anda di halaman 1dari 13

PENULISAN REFLEKSI PENGAJARAN UNIT PRAKTIKUM IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS

REFLEKSI Apa itu refleksi ? Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru. - refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion ) - refleksi ken diri adalah analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. - refleksi kendiri m enitik beratkan penerokaan doman affective ( emosional mind ) spiritual dan pemi kiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajar i.

Mengapa perlu refleksi ? Refleksi membantu pelajar : i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengaj aran pembelajaran. ii. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pe ngajaran pembelajaran. iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan. iv . Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan. v. Menjadikan refl eksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.

Bila perlu refleksi ? Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi da lam buku persediaan mengajar. Bagaimana proses refleksi ? i. Menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan. ii. Memikir kan sama ada pembelajaran telah berlaku. iii. Memastikan sama ada objektif penga jaran pembelajaran telah tercapai. iv. Meneliti maklum balas mengenai pengajaran pembelajaran dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat, guru dan pensya rah pembimbing. v. Menganalisis maklumat dan menilai kualiti pengajaran pembelaj aran. vi. Merancang untuk memperbaiki / mempertingkatkan mutu pengajaran pembela jaran.

Apakah peranan pembimbing ? i. Menyemak refleksi pengajaran pelatih. ii. Menyedari kepentingan refleksi dala m pelaksanaan praktikum. iii. Menggunakan refleksi sebagai asas perbincangan den gan pelatih. iv. Menyediakan petunjuk-petunjuk pengajaran pembelajaran yang berk esan untuk membantu guru pelatih membuat refleksi.

Apakah aspek-aspek yang boleh di refleksikan ? a. Perancangan. i. Objektif pengajaran - Apakah rasional objektif pengajaran say a ? - Sejauh manakah objektif pengajaran saya tercapai ? - Apakah faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif ? - Apakah kaitan antara tujuan pengajaran d engan objektif saya ? - Apakah objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap perkembangan murid ? - Apakah prasyarat pencapaian objektif yang diharapka n ?

ii. Sumber pengajaran pembelajaran. - Adakah sumber pengajaran yang digunakan me mbantu mencapai objektif pengajaran saya ? - Adakah saya mengubahsuai sumber yan g sedia ada dan mengapa saya berbuat demikian ? - Apakah rasional bagi saya memi lih sumber yang digunakan ? iii. Isi pelajaran. - Adakah isi pelajaran ada kaita n dengan objektif ? - Adakah butir-butir pelajaran saya merupakan kandungan yang penting ? - Sudahkah saya membahagikan isi pelajaran kepada elemen-elemen yang lebih kecil dan menstrukturkannya agar lebih mudah diikuti oleh murid ? - Adakah isi pelajaran mengandungi unsur yang kurang penting dan mengapa ia penting ? Dapatkah saya mengubahsuai isi pelajaran yang akan disampaikan dan mengambil kir a sifat perbezaan individu murid ?

iv. Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran. - Adakah strategi pengajaran saya dapat merealisasikan objektif yang disediakan. - Apakah aktiviti-aktiviti p embelajaran dapat membantu mencapai objektif ? - Apakah rasional bagi pemilihan strategi yang digunakan ? - Mengapakah strategi / aktiviti pengajaran pembelajar an saya gagal mencapai objektif ? - Adakah aktiviti-aktiviti yang dipilih sesuai dengan minat dan keupayaan murid ? - Adakah strategi dan langkah-langkah yang b oleh difikirkan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran saya ?

v. Pencerapan nilai. - Apakah kaitan nilai-nilai murni yang dipilih dengan nilai -nilai yang terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apakah rasional bagi penerapan nilai-nilai dalam pengajaran saya ? - Apakah nila i-nilai penting dan mengapa ia penting ? vi. Kemahiran-kemahiran pengajaran. Adalah wajar seseorang guru membuat reflekti f dengan memberi tumpuan khas dalam satu masalah, dilema atau cabaran yang dihad api ? Antara contohnya ialah kemahiran : - Set induksi - Variasi rangsangan - Me nyoal - pengurusan masa - penggunaan sumber

Sambungan .. penggunaan papan kabur menerangkan tunjuk cara bercerita pengurusan bilik darjah menilai kefahaman pelajar

Soalan-soalan yang dapat membantu guru membuat refleksi. i. Apakah saya faham apa yang dikatakan objektif eksplisit dan spesifik ? ii. Ap akah saya memahami dengan jelas implikasi objektif pengajaran saya. iii. Apakah kemungkinan-kemungkinan implikasi kepada perlakuan pengajaran saya. iv. Apakah c ontoh-contoh dan gambaran-gambaran alternatif yang mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada murid-murid ? v. Apakah perkara yang patut saya lakukan supaya dapat menarik dan mengekalkan minat ? vi. Apakah perkara yang patut saya amalkan supaya murid lebih aktif ? vii. Adakah strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan ? viii. Sudahkah saya mencapai objektif pengajaran saya dan apakah tahap pencapaiannya ? ix. Bagaimana saya boleh mengetahui tahap pencapaiannya ?

Anda mungkin juga menyukai