Anda di halaman 1dari 9

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 7

PENGENALAN PERDAGANGAN ELEKTRONIK

7.0

SINOPSIS

Tajuk ini menjelaskan secara terperinci bagaimana e-Dagang memainkan peranan yang penting dalam mengintergrasikan perniagaan dengan teknologi maklumat. Bagaimana dua kemahiran bidang ilmu yang berbeza bergabung untuk menghasilkan satu bidang baru yang hebat dalam perniagaan. Pada masa kini, rangkaian komputer merupakan laluan yang sangat penting. Kebanyakan bentuk maklumat kini boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Perdagangan elektronik memerlukan pengurusan rangkaian teknologi dan maklumat yang teliti . Pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan, dan kos.

7.1

HASIL PEMBELAJARAN

7.1.1

Mengintergasi dan menilai persekitaran E-dagang, teknologi, ekonomi, organisasi dan pengguna. Mendefinasikan perdagangan elektronik dari perspektif yang berbeza Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi. Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik. Menghurai n bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia koperat. Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

7.1.2 7.1.3

7.1.4

7.1.5

7.1.8

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

7.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengenalan Perdagangan Elektronik

Intergrasi Perniagaan

Peruncitan

Teknologi dan Masyarakat

Jenis-jenis Perniagaan Internet Produk Perkhidmatan

7.3

PENGENALAN

Mendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding menerangkan tentang perdagangan. Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas.

Perkembangan perkhidmatan yang meluas menyebabkan kerumitan mengkategorikan produk dan perkhidmatan dalam perdagangan elektronik. Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur juga telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain.

DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Berdasarkan

kepada

sumber

yang

berlainan,

perdagangan

elektronik

mempunyai definisi yang berlainan.

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos, menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan perkhidmatan penghantaran.

Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan mesin dan aliran kerja sesuatu perniagaan. Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti.

Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer. Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut, perspektif-perspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada syarikat.

Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita boleh mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik berhasil. Melihat perdagangan sebagai sistem di mana urusniaga adalah interaksi antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangkaian kerja untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh mereka yang terlibat dalam sistem tersebut.

Setiap transaksi memerlukan penerimaan dan pembayaran apabila barangan atau perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk

meningkatkan

tahap

keberkesanan

perdagangan

kepada

perdagangan

elektronik. Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan transaksi sebagai sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka atau syarikat mereka, membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan 3

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang mereka. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian. Teknologi membantu memaklumkan produk baru kepada pelanggan dan kepada pengguna.

Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek yang lebih besar. Peranan pengurus adalah untuk merancang,

melaksana, menilai dan mengawal; manakala peranan pemasar adalah menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui kerjasama, mereka boleh manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik. Dalam perniagaan moden,peranan teknologi maklumat dalam pengurusan projek adalah sangat penting, bermula dari pemprosesan perkataan yang digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, sehingga mengumpul data pencapaian, menganalisis data dan mentafsir kedudukan semasa projek.

Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi alat komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer. Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam skala global. Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan.

Perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan sahaja. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga

kepelbagaian perkhidmatan.

Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea.

Pengunaannya adalah sangat meluas seperti; 4

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian penggunaan laman web akan membantu meningkatkan perkhidmatan kepada pesakit dalam penjagaan kesihatan mereka.

Pengeluar berskala besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online dan meningkatkan skop pengedaran. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi dan rekaan baru , firma tersebut dapat mengkaji peluang yang wujud mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos .

Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang boleh dilawati secara fizikal. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai yang dilawati atau bergantung kepada katalog yang diterima melalui pos. Secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang terdapat di dalam atau luar negara.

7.3.1 INTEGRASI PERNIAGAAN

Proses perniagaan secara on-line dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang berselerak. Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu perisian baru iaitu perisian bersepadu telah dibina.

Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian : Pengkalan data teknologi : Satu pengkalan data (repository)

perkongsian yang mengandungi maklumat terperinci dan spesifikasi semua bahan (materials), produk dan peralatan

Sistem perancangan : Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang mengandungi jadual kerja kakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah

Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan. 5

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Ia dapat menyepadukan kontraktor, pembekal dan pelanggan. Mematuhi standard akan mengurangkan ketidakpastian dan memastikan ketepatan jangkaan /unjuran. Ketelusan

maklumat dan komunikasi yang kerap menghasilkan kerjasama yang berkesan. Secara keseluruhan dengan adanya jaringan yang berkesan perniaagan juga akan berkembang maju

7.3.2 PERUNCITAN Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara berikut :Rasa deria mengangkat sesuatu produk ; merasa sesuatu bahan dan teksturnya serta kekuatannya ; mencubanya seperti pakaian ; atau duduk di atas sofa atau tilam sebelum buat keputusan membeli Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk menjual produk mereka. Dalam dunia nyata, urusniaga di atas berlaku disebabkan wujudnya peraturan, adat-adat dan amalan-amalan yang

membentuk kepercayaan. Satu cabaran asas adalah untuk mengguna prinsipprinsip asas daripada dunia nyata ke dalam dunia maya.

Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan memudahkan proses memulangkan barangan yang rosak atau tidak diperlukan, peruncitan secara maya mesti juga menyelesaikan masalah keselamatan data dan kerahsiaan pengguna (consumer privacy).

Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Virus dalam fail, lampiran email yang merbahaya, pentadbir sistem yang cuai dan pelbagai lagi isu keselamatan. Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya

pengguna yakin dan percaya dengan sistem rangkaian komputer. Mengguna perisian anti-virus, tidak membuka email yang tidak dipercayai sumbernya, dan

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

membuat pertimbangan yang wajar terhadap pembayaran mengguna web adalah langkah-langkah kes keselamatan yang boleh dipertimbangkan.

Lain-lain

masalah

diselesaikan

secara

sistematik,

contohnhya

sistem

penyampaian digital. Pelanggan memulakan pembelian dengan memuat turunkan agen penyampaian syarikat ( company's agent delivery). Agen mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kad kredit. Sterusnya

agen akan mengesahkan urusniaga, memuat turun dan memasang (install) perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. Urusniaga menjadi selamat sebab agen penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan (server). Urusniaga yang diurus oleh agen adalah tepat sebab dapat

membandingkan fail-fail yang dipasang dengan yang disimpan dalam pelayan. Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiap pembelian perisian, serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun dan memasang sendiri perisian tersebut.

Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan keselamatan sesuatu sistem,sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi ke dalam web. Maklumat peribadi yang diguna dalam internet atau disimpan

dalam pengkalan data adalah dikawal melalui kod rahsia (encryption).

7.3.3 MASYARAKAT DAN TEKNOLOGI

Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat maklumat yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu. Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah bergantung kepada undang-undang dan standard moral. Sebarang persekitaran komersial dibina 7

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

berasaskan interaksi personal. Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik. Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi dapat menguatkuasakan perundangan dan standard moral yang tinggi demi keselamatan pengguna. Ini mesti dilaksanakan mengguna juga teknologi Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :1 2 3 4 5 mengumpulkannya mengorganisasikannya memilihnya mensintesiskannya mengagihkannya (gather it) (organise it) (select it) (synthesize it) (distribute it)

Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam web. Peniaga membuat profil-profil pengguna untuk membantu menjayakan

matlamat perniagaan. Pelawat diminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila menjadi ahli. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan

kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna. Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Sejak ianya dicipta Internet mempunyai tradisi untuk menukar maklumat (information barter) dimana maklumat ( spt. reka bentuk, penyelesaian, dokumentasi) . Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan dan juga sebagai medium pertukaran. Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumat peribadi yang didagangkan, tidak ada pengawalan dari segi ketepatan, integritii dan penggunaannya. Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita terhadap kekayaan (wealth) perlu diubah. Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat. Teknologi dan automasi dapat meningkatkan produktiviti. Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan pupus/hilang. 8

RBT3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kerajaan akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk serta dimana ia berlaku, mereka akan mencari cara baru untuk mengenakan cukai dan mengagihkan kekayaan baru ini. rangkaian global digital. 7.3.4 Jenis-jenis Perniagaan Internet Pasaran perlu dilengkapi dengan transaksi antara pembeli dan pembekal. Hierarki merupakan hubungan pembekal-pelanggan untuk jangka masa panjang, dikoordinasikan oleh pengurusan berbanding kuasa pasaran. Apabila mekanisma pasaran dijalankan, pembeli membeli boleh menawarkan kombinasi terbaik terhadap perkara seperti harga, kuantiti, standard kualiti, jadual penghantaran dan sebagainya. Di bawah mekanisma berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada kalangan penjual yang berpotensi tetapi mendapatkan barangan dan Kekayaan baru ini adalah hasil cipataan

perkhidmatan dari pembekal yang mula-mula dikenalpasti. Ini adalah kerana firma tersebut memilih pembekal untuk sejumlah transaksi dan hubungan mereka terikat dengan perjanjian. Dalam persekitaran pasaran, pelanggan boleh membeli di sekitar mereka untuk mendapatkan kombinasi harga, kualiti atau lain-lain keperluan yang terbaik. Persaingan di kalangan pembekal mewujudkan pilihan. Pembeli tidak akan bersikap mengambil peluang perbezaan tawaran antara pembekal yang ada. Hierarki terbentuk apabila kos transaksi adalah tinggi, bekalan mestilah dijamin dan/atau pembekal tidak cukup bersaing untuk menghadkan sikap mengambil peluang. Untuk mengekalkan kestabilan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual, serta kos transaksi dikurangkan. . Perniagaan akan terus berorientasikan manusia, berpegang kepada keperluan dan keinginan manusia. Perdagangan elektronik boleh menjadikan aliran kerja lebih efisyen, transaksi lebih jelas dan menyediakan peluang untuk perniagaan baru. TAMAT

Anda mungkin juga menyukai