Anda di halaman 1dari 11

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

IDEOLOGI DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA BERTERASKAN NASIONALISME MALAYSIA

PENGENALAN Kebanyakkan negara yang pernah dijajah akan menghadapi masalah membina bangsa selepas mencapai kemerdekaan. Malah terdapat negara-negara yang berpecah-belah sebaik sahaja dibebaskan daripada belenggu penjajahan. Perpecahan ini berpunca daripada kegagalan pemimpin dan rakyat mencari asas-asas persamaan dan persefahaman di kalangan mereka. Ini boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dalam masyarakat tanpa disedari sehingga mencetuskan rusuhan yang merugikan.

Malaysia juga tidak terkecuali, kita juga dipecahbelahkan secara fizikal dan psikologi oleh devide and rule policy British. Pernahkan kita bertanya mengapa ini berlaku adakah ia segaja diadakan atau ada agenda disebaliknya (Hasnah & Seri, 2007).Kesannya berlaku beberapa siri pergaduhan kaum di negara ini. Membuktikan bahawa anggapan umum pada satu ketika dahulu mengenai keharmonian hidup dan persefahaman yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik, sebenarnya salah. Inilah di antara kepelbagaian masalah dan tanggapan dalam masyarakat Malaysia bagi proses pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu dan bertanggungjawab pada masa depan (Ahmad Esa, etal., 2000).

PERSOALAN DALAM PEMBINAAN IDEOLOGI NASIONAL Dalam masyarakat Malaysia yang majmuk yang dicirikan oleh kepelbagaian budaya, bahasa dan agama misalnya, usaha mewujudkan satu pemikiran yang boleh dikongsi

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

bersama merupakan tugas yang paling mencabar. Sistem pemikiran yang hendak diwujudkan mestilah selari dan mengisi kehendak penyatuan dalam kepelbagaian. Inilah yang dikatakan sebagai revolusi yang dilabelkan sebagai revolusi intergartif implikasi pandangan ini meninggalkan pelbagai tanggapan. Tanggapan pertama, perubahan ke arah penyatuan bukannya mudah malah memakan masa yang panjang. Tanggapan kedua, usaha membentuk masyarakat yang bersatu dan sekaligus stabil dan progresif perlu didukung oleh tenaga penggerak sosio-politik yang besar sifatnya lagi berpengaruh dan berkesan. Inilah dua tanggapan berhubung dengan perubahan secara besar-besaran dalam mewujudkan hubungan yang lebih baik dan berkesan dalam konteks masyarakat pelbagai kaum seperti yang wujud sekarang ini.

Menurut analisis Geertz dalam tahun 1960-an, mengenai negara membangun, terdapat keadaan yang saling bertentangan yang boleh melahirkan ketidakstabilan politik dan menggugat usaha ke arah pembinaan sebuah negara bangsa. Keadaan tersebut ialah sentimen kedaerahan (mungkin juga dalam konteks kenegerian, kewilayahan) yang kedaerahan hasil hubungan kekeluargaan atau keanggotaan dalam linkungan keagmaan, bahasa, serta kebiasaan sosial tertentu. Sentimen ini dilihat sebagai faktor yang boleh memecahbelahkan masyarakat dan harus dibendung dan dikurangkan. Usaha ke arah pembendungan sentimen yang dianggap negatif ini atau lain sentimen dalam berbagai bentuk atau keadaan dikenali sebagai revolusi integrative, satu keadaan untuk memulih dan membentuk satu keadaan persefahaman dan penerimaan asas-asas penyatuan yang baru di kalangan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan.

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

Antara faktor yang mendukung penyatuan yang bertentangan dengan sentimen kedaerahan termasuklah sentimen kesetiaan pada negara dan pemimpin. Ideologi nasional yang dibentuk harus menghalakan matlamatnya kepada pembinaan. ideology yang menggalakkan pertumbuhan sentimen awam keseluruhannya atau mengikut haluan majoriti. politik perkauman ataua politik ala-cauvanist merupakan faktor

memecahbelahkan masyarakat yang utama dalam konteks masyarakat Malaysia. secara luarannya, formula permaufakatan dalam sistem politik mampu menyatukan pelbagai ras di negara ini.

Tercetusnya pristiwa 13 Mei 1969 - terutama antara kaum Melayu dangan Cina. tragedy ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihantara tahun 1969 di mana parti-parti pembangkang, terutama Parti Tindakan Rakyat dan Gerakan mendapat kemenangan yang memberangsangkan. walaupun Parti perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengn pilihanraya sebelumnya. Urutan pristiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihanraya yang kemudiannya apabila

diteruskan menjadi semakin hangat sehingga perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan personal tertentu (Mardiana & Hasnah, 2006: 175). Sehingga mencetuskan kepada pergaduhan antara kaum.

Ini membuktikan bahawa permaufakatan politik di peringkat atasan atau elit bukanlah satu-satunya cara menjamin perpaduan nasional. Hubungan baik antara elit politik pelbagai kaum di peringkat atasan perlu diterjemahkan di peringkat bawahan iaitu rakyat jelata berhubung dengan konsep kerjasama, tolak, ansur dan bertanggungjawab. Oleh

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

kerana tidak memahami keadaan dalaman masyarakat kita yang amat kompleks atau tidak mahu menerima dan mengakui hakikat sebenarnya, rusuhan-rusuhan kaum yang timbul dari semasa ke semasa itu tidak diberi perhatian yang serius oleh pihak bertanggungjawab sehinggalah berlaku peristiwa 13 Mei 1969. pristiwa ini mengejutkan ramai pemimpin dan rakyat. Sejak, itu lebih banyak pemikiran dan usaha ditumpukan kea rah merapatkan perhubungan dan mempertingkatkan kerjasama serta persefahaman di antara rakyat berbilang kaum di negara ini. Oleh itu beberapa pendekatan telah dicadang dan dilaksanakan dengan baik dan mendapat sokongan malah kerjasama daripada majoriti rakyat di negara ini.

Pelaksanaan program Rukun Negara pada tahun 1970-an - dicetuskan oleh pertimbangan keselamatan yang melibatkan kerjasama rakyat pelbagai ras di peringkat bahawan. Rukun Negara yang berteraskan prinsip community self-reliance merapatkan hubungan dan kerjasama antara rakyat bahawan darpada pelbagai ras sesama mereka. Rukun Negara menanam semangat tanggungjawab bersama menjaga keamanan dan kerukunan negara daripada anasir yang boleh menimbulkan ketidakstabilan khusunya di kawasan kediaman masing-masing. Program ini mendapat sambutan yang baik dan pada akhir tahun 1975, hampir sejuta orang terlibat dengan aktiviti yang bermanfaat itu. Inilah di antara beberpa aktiviti kemasyarakatan yang berjaya meninggalkan kesan signifikan dalam menjalin dan mewujudkan hubungan yang baik antara sesama kaum dengan mendapat sokongan daripada pihak berkuasa. Mengapakah program sebegini walaupun mungkin dianggap remeh dan remeh temeh kepada sesetengah pihak berbanding dengan kejayaan mencipta teknologi atau pertumbuhan ekonomi? Namun begitu, program ini

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

telah meninggalkan kesan yang sangat besar dalam mewujudkan keadaan persefahaman yang akan mendasari dalah hubungan kaum yang sebenarnya tidak boleh dicapai dengan kehebatan berteori atau bergagasan atau bercakap semata-mata! Apa yang diperlukan ialah tindakan yang praktikal yang diterima bersma dalam menyatukan segala pemikiran ke dalam tindakan yang boleh diterima oleh semua pihak tanpa banyak soal seperti dalam kes bersama-sama memelihara dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam secara bersama-sama.

RUKUN NEGARA PEMBINAAN SISTEM PEMIKIRAN Pristiwa 13 Mei 1969 dilihat oleh banyak pihak sebagai kemuncak manifestasi ketegangan hubungan antara kaum di negara ini. Oleh itu, Rukun Negara diharapkan dapat membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia. Rukun Negara dijadikan sebagai sati ideologi negara sama seperti Pancasila di Indonesia dan Deklarasi Kemerdekaan (Declaration of Independence) di Amerika Syarikat (Mandi & Mohd, 2007).

Sungguhpun Rukun Negara tidak dimaktubkan sebagai perkara penting dalam Perlembagaan, ia bertujuan untuk memandu masyarakat Malaysia daripada pelbagai ras dalam kehidupan harian mereka berdasarkan keazaman dan usaha yang kuat bagi mewujudkan negara Malaysia yang bersatu dan kuat. Tujuan umum ini dapat direalisasikan menerusi prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu:

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3. Keluhuran Perlembagaan 4. Kedaulatan Undang-Undang 5. Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara sebagai ideologi nasional menyentuh beberapa ciri penting sebuah bangsa Malaysia yang akan dibangunkan, antaranya ialah: 1. membina rakyat yang bersatu padu dan sanggup memberikan taat setia yang paling tinggi kepada negara ini. 2. membina rakyat demokratik iaitu bukan sahaja kuasa berada di tangan rakyat tetapi juga menjamin hak-hak asasi dan kebebasan rakyat untuk berpolitik selaras dengan perlembagaan negara. 3. membina masyarakat adil yang menawarkan persamaan peluang untuk menikmati kemakmuran negara serta pengagihan kekayaan yang adil dan saksama. 4. membina masyarakat liberal di mana kepelbagaian dan perbezaan dalam masyarakat merupakan sumber kekuatan dan kemajuan. 5. membina masyarakat yang progresif iaitu yang dapat memperseimbangkan di antara kemajuan sains dan teknologi bersama dengan perkembangan nilai-nilai rohaniah (Asnarulkhadi Abu Samah, 1997).

Tujuan utama digerakkan prinsip tersebut supaya dapat membantu negara mencapai beberapa matlamat penting yang boleh dikategorikan sebagai bersifat jangka pendek dan jangka panjang. Antara, meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat, mewujudkan cara

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

hidup yang demokratik, melahirkan masyarakat yang lebih adil dengan kekayaan negara, diagihkan dengan cara yang lebih saksama, pendekatan yang liberal terhadap tradisi budaya yang kaya dan pelbagai dan membina masyarakat yang progresif yang berorentasikan sains dan teknologi moden.

Gagasan umum yang merupakan garis besar Rukun Negara dapat diperinci melalui beberapa dasar negara yang lebih bersifat praktikal dan berorentasikan matlamat yang jelas. Dalam konteks hubungan ras yang sensitif dan rapuh, dasar negara yang perlu didahulukan adalah berbentuk ekonomi berbanding dengan yang berbentuk agama dan budaya. Atas dasar inilah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. Penggubalan DEB merupakan usaha untuk merealisasikan matlamat besar Rukun Negara, iaitu melahirkan masyarakat yang lebih adil dan kekayaan negara diagihkan dengan cara yang lebih saksama dalam usaha mengurangkan ketidakpuasan hati golongan yang tertinggal dan mundur khususnya orang Melayu di negara sendiri.

DEB yang mempunyai matlamat srampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat yang bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu. Oleh sebab matlamat yang begini menyeluruh, DEB dilihat sebagai projek kejuruteraan sosial yang penting dalam proses menyusun dan membina masyarakat baru di negara ini (Shamsul Amri, 1983, 193). Penggunaan tenaga kerja dan pemilikan kelas menengah pelbagai kaum. Pelebaran golongan kelas menengah pelbagai kaum penting bagi kestabilan politik negara. Atas kejayaan DEB (bukan dari semua segi), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

bermula pada tahun 1990 masih meneruskan format DEB dari segi pelaksanaannya. DEB berfungsi sebagai alat penting ke arah penyatuan masyarakat dan pembinaan negara bangsa.

Sekiranya DEB merupakan dimensi ekonomi daripada gagasan utama Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dianggap sebagai dimensi sosial gagasan umum Rukun Negara. Persoalan bahasa dan sistem pendidikan kebangsaan penting bagi meralisasikan pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Bahasa pengantar yang tunggal di sekolah bukan sahaja boleh menjalinkan persefahaman antara kaum, malah merupakan kunci utama pembentukan bangsa Malaysia.

Dalam hal ini, bagi mewujudkan integrasi dalam masyarakat, harus ada rujukan umum untuk dihayati bersama dan penggunaan bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan adalah bagi memenuhi tujuan ini. Pendekatan integratif dipersetujui oleh sebahagian besar masyarakat Cina untuk mengelak daripada terjebak dalam pilihan asimilasi dan agak rumit dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Dalam hubungan kaum yang agak seimbang dari segi politik dan ekonomi, apa-apa ideologi nasional yang hendak dikemukakan perlu memiliki ciri-ciri nasional yang boleh menyatupadukan rakyat melalui kaedah integratif. Apa-apa dasar negara yang dikemukakan yang boleh ditafsir sebagai lebih mirip untuk memiliki ciri assimilatif dan sudah semestinya diskriminatif akan dicurigai dan mungkin ditolak.

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

Usaha kerajaan ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu pasu merupakan usaha yang berterusan. Misalnya, Jabatan Perpaduan Negara kini menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memainkan peranan yang lebih berkesan dalam proses pembangunan masyarakat dan perpaduan. Dasar Satu Malaysia dari satu segi dilihat sebagai kesinambungan Rukun Negara meskipun hanya merupakan pernyataan umum dalam bentuk cabaran strategik yang mendorong pembinaan masyarakat Malaysia bukan sahaja bersatu, tetapi maju dari segi kebendaan dan kerohanian.

Penekanan konsep 1Malaysia kepada dasar nasional yang tidak lagi menonjolkan asepek perkauman bermakna masyarakat Malaysia sedang mengalami satu proses

decommunalization. Hal ini bererti masyarakat Mlaysia kini didedahkan dengan nilainilai universal. Dari sudut ini, bukanlah sesuatu yang keterlaluan untuk kita cadangkan bahasa Islam mempunyai potensi yang cerah untuk memainkan peranan integratifnya bagi manafaat keseluruhan rakyat Malaysia. Ini adalah kerana peranan tersebut dapat diterima berikutan nilai-nilai kesejagatan Islam dapat mewujudkan Susana tolak ansur dan kerjasama.

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

KESIMPULAN Semua dasar di atas seharusnya menjadi pendoman, pegangan dan matlamat kepada segala usaha untuk pembinaan sebuah nagsa baru Malaysia dalam abad baru. Oleh itu satu pendekatan lain ialah menguatkab semula fahaman dan penerimaan idea nasionalisme Malaysia di kalangan generasi muda negara ini dengan menjadikan Rukun Negara sebagai symbol menanam nilai dan norma Ke-Malaysiaan. Ini adalah kerana terlalu sedikit masyarakat kita yang sentiasa berfikir menganggap dirinya sebagai

Malaysia, sebaliknya menganggap diri mereka sebagai Melayu, Cina dan India atau di atas mana-mana paksi pengenalan etnik masing-masing.

GFPA 1013 PENGANTAR SAINS POLITIK

Rujukan Asnarulkhadi Abu Samah. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: UPM. Ahmad Esa, Kahirul Azman dan Sarebah Warman. (2000). Malaysia 2. Batu Pahat: Institut Teknologi Tun Hussein Onn. Hasnah Hussiin & Seri Lanang Jaya Hj. Rohani. (2007). MPW 1133/2133 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: OUM. Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. (2006). Pengajian Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti. Mohd Shuid & Mohd. Fauzi Yunus. (2007). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Logman.