Anda di halaman 1dari 17

Tugasan Tutorial 3

Soalan 1 Buat ringkasan mengenai hak cipta terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam TMK dengan menggunakan pemprosesan perkataan.

Hak Cipta Terpelihara Definisi Hak cipta terpelihara atau `Copyright ` adalah hak eksklusif yang diberi oleh undangundang kepada pencipta mahupun penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh. Penciptanya mempunyai `hak kepunyaan` terhadap ciptaan mereka. Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hak Cipta 1987. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hak cipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut : usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan penciptanya adalah orang yang berkelayakan karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Tujuan Akta Hak Cipta 1987

1. Memberi hak eksklusif kepada pemilik untuk mengawal penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya untuk apa

jua cara.

Hak-Hak Eksklusif Pencipta: - Karya tidak boleh dikeluarkan semula - Karya tidak boleh disampaikan kepada awam - Karya tidak boleh digunakan dalam awam - Karya tidak boleh diedarkan dalam salinan - Karya tidak boleh disewa secara komersial

2. Tujuan akta ini dikuatkuasakan adalah untuk melindungi pendapatan yang bakal diperoleh pencipta dan penerbit sesuatu karya. 3. Untuk mengawal penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada pemiliknya. 4. Untuk memberikan penghargaan bagi usaha atau hasil seseorang individu 5. Bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan bahan atau karya yang dihasilkan bagi tujuan tertentu 6. Mengelakkan peniruan atau plagiat.

Karya- karya yang dilindungi oleh hak cipta terpelihara i. ii. iii. iv. v. vi. Karya sastera Karya muzik Karya seni Filem Rakaman bunyi Penyiaran

Kesalahan-kesalahan Akta Hak Cipta Terpelihara a) Mengeluarkan semula dalam bentuk menayang, mempamerkan, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. b) Mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lessen pemilik hak cipta. c) Memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik (dalam negara sendiri ),apa- apa salinan langgaran.

d) Mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada kegunaan persendirian dan domestik, sesuatu salinan langgaran. e) Membuat atau ada dalam miliknya apa-apa perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran.

Kesalahan memintasi Teknologi a) Memintas atau menyebabkan dipintas apa-apa langkah teknologi yang berkesan. b) Membuang atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran. c) Mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau penyampaian kepada orang awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya yang berkenaan dengannya maklumat pengurusan hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran

Penguatkuasaan Antara ciri-ciri unik yang terdapat dalam Akta Hak cipta 1987 ialah kewujudan kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi menggeledah tempat itu.

Jenis-jenis Hukuman Seseorang yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman-hukuman berikut :1) Dalam hal kesalahan (a) hingga (f), denda tidak kurang RM 2,000 dan tidak melebihi RM 20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara bagi suatu tempoh tidak

melebihi lima tahun atau kedua-dua nya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, dan tidak kurang dari RM 4,000 dan tidak melebihi RM 40,000 bagi setiap salinan langgaran untuk kesalahan kedua dan seterusnya. Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya iaitu denda dan hukuman penjara.

2) Dalam hal kesalahan (h) hingga (j), denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Kerahsiaan Definisi Rahsia bermaksud ada kaitan dan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat atau objek, bahan bertulis seperti peta

Aspek kerahsiaan kerahsiaan semasa menggunakan internet - Pengengkripan encryption mengubah data supaya tidak dapat digunakan oleh orang yang tidak berkenaan, menyediakan kerahsiaan dan integriti

- Mengawal perisian - Mengawal dalam program atau semasa menggunakan - Mengawal sistem operasi - Mengawal pembangunan sesuatu perisian - Mengawal perkakasan- kad pintar - Menukar kata laluan dalam jangka masa tertentu - Mengawal undang-undang dan etika - Mengawal fizikal : kunci pada pintu, pengawal keselamatan, salin pendua dan mengurangkan risiko bencana alam.

Kepentingan kerahsiaan

Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat komunikasi seperti computer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan, insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri atau secara negative. Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat kerana kepesatan pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data, imej atau grafik secara e-mel. Maka, setiap pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain yang mempunyai agenda negative. Ini akan menggugat keselamatan dan kesejahteraan individu berkenaan serta masyarakat atau negara amnya.

Kawalan Kendiri

Definisi

Kawalan kendiri ialah suatu usaha kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan prosesproses pemikiran

Aspek kawalan Kendiri

a) Bertanggungjawab dalam menggunakan sistem teknologi dan teknologi maklumat dengan wajar serta menyedari implikasi tentang tindakan diri dalam ruang lingkup sistem laman web

b) Berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang

c) Bertanggungjawab dalam mengemas kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam bidang ini

Keselamatan

Dalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal komputer dan bilik teknologi. Oleh sebab makmal dan bilik dilengkapi dengan peralatan elektronik, maka pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan peralatan dalam makmal dan bilik terpelihara. Setiap bilik peralatan dan makmal mempunyai peraturan menggunakan makmal. Di samping itu, perkakasan komputer perlu dijaga dengan baik dari segi alat paparan video (monitor), kekunci, tetikus dan unit system dan pencetak. Perkara-perkara yang perlu dijaga termasuklah mengenal pasti tanda-tanda virus yang mungkin boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail serta cakera.

Faktor faktor keselamatan

1.

Peraturan Penggunaan makmal pelajar masuk makmal bersama guru tidak membawa masuk makanan / minuman tidak membawa masuk beg guna komputer dengan kebenaran

2.

Penjagaan Perkakasan Elakkan dari terkena air Elakkan dari debu Jauhkan dari alatan elektrik/magnet Rehatkan komputer Gunakan komputer dengan cara yang betul

3.

Keselamatan data Membentuk kata laluan Megakses mengikut tingkat keperluan Prosedur Membina pangkalan data menggunakan perisian yang stabil dan selamat.

4.

Membuat salinan data Simpan data dalam storan sekunder yang lain Gunakan perisian dan cara yang sesuai ketika operasi menyimpan Pilih peranti storan yang baik. Contoh : cd-rom Simpan di server

Kesimpulan

Kesimpulannya isu hak cipta adalah penting untuk dipelihara agar unsur tidak baik seperti plagiat dan rakaman tanpa kebenaran dapat dibanteras daripada berleluasa. Tambahan pula daripada perspektif agama Islam iaitu penekanan terhadap rukun iman perbuatan meniru, menipu dan mengambil hak seseorang tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali. Selain itu, berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan penerapan nilai murni amat dititik beratkan. Aspek pendidikan Moral amat menentang sikap negatif yang berunsur penipuan dan peniruan. Dengan harapan, martabat pendidikan dan teknologi dapat ditingkatkan bagi

melahirkan manusia yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

Soalan 2 Pilih satu sub topik mata pelajaran yang diajar di sekolah. Laksanakan perkara berikut : Hasilkan transparensi bagi membantu anda mengajar sub topik tersebut. Bina satu skrip, kemudian buat rakaman dan suntingan audio berdasarkan skrip tersebut untuk digunakan bersama-sama transparensi yang dihasilkan. Menggunakan satu senarai semak, buat penilaian sama ada audio tersebut sesuai digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

2. ( i ) Pilih subtopik yang sesuai dengan penggunaan transparensi.

Subtopik yang dipilih : Bercerita dengan murid perbualan yang berlaku diantara Seorang lelaki,Sang Buaya dan Sang Kancil.

A Analyse Learners ( Analisis Pelajar )

- Murid Tahun 6 Hidayah - 19 orang murid lelaki, 10 orang murid perempuan - Bangsa : Melayu - Umur : 12 tahun - Kelas keempat daripada 4 kelas bagi aliran Tahun 6. - Murid-murid boleh menguasai kemahiran mendengar dengan baik. - Kebanyakan murid ialah anak penduduk taman Perumahan dan flat desa rakyat yang berpendapatan sederhana - Pengalaman sedia ada : - Murid-murid pernah melihat dan membaca cerita yang diperdengarkan. - Murid-murid lebih suka dan seronok jika menggunakan bahan visual yang menarik.

S State Objective (Nyatakan objektif )

1.

Kognitif: i) Murid dapat bercerita kembali apa yang telah diperdengarkan.

2. Afektif: Murid seronok semasa sesi soal jawab, dan pembentangan aktiviti kumpulan.

3. Psikomotor: Murid bangun dan membuat aktiviti seperti yang diarahkan iaitu sesi pembentangan.

S Select Methods, media and material ( pilih kaedah, media dan bahan sumber)

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan: - Kaedah Linguistik Melalui kaedah linguistik, pengajaran dimulakan dengan soal jawab dan sumbangsaran berhubung dengan bahan transparensi. - berbincang menyatakan isi-isi penting berdasarkan tajuk.

- Teknik yang digunakan : - soal jawab - perbincangan - sumbangsaran

Media yang digunakan : i) Media cetak yang digunakan ialah transparensi.

Bahan sumber pengajaran yang digunakan : i) transparensi teknik tetingkap

U Utilize media and Materials ( Gunakan media dan bahan sumber )

1) Aktiviti individu - Murid menamakan objek yang dapat dilihat pada transparensi yang ditunjukkan - Murid bercerita tentang gambar berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Guru perdengarkan cerita kepada murid

2) Aktiviti berkumpulan - Murid berbincang untuk melakonkan kembali cerita berdasarkan skrip yang diperdengarkan

R Require leaner participation ( libatkan pelajar dalam pembelajaran)

1) Set Induksi - Murid bersoal jawab dengan guru dan rakan-rakan mengenai cerita rakyat yang pernah dibaca.

2) Langkah 1 (berpusatkan bahan) - Guru perdengarkan cerita sambil menayangkan transparensi. - Bersoal jawab dengan murid berdasarkan cerita dan transparensi yang dipamerkan.

3) Langkah 2 ( berpusatkan murid) - Murid bekerjasama diantara satu sama lain dalam kumpulan kecil untuk melakonkan kembali watak dalam skrip.

4) Penutup - Murid dan guru bersoal jawab tentang watak-watak dalam yang terdapat dalam transparensi.

E Evaluate and reverse ( nilai dan semak )

Guru : Guru menilai adakah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dapat mencapai objektif yang ditetapkan berdasarkan impak yang dicatatkan, dan tindakan susulan untuk menambahbaik sesi pengajaran dan pembelajaran

2 . ( ii ) a.Skrip

SKRIP CERITA SEORANG LELAKI DENGAN BUAYA

Pada suatu petang , seorang lelaki sedang berjalan-jalan di tebing sungai.Tiba-tiba dia terdengar suara meminta tolong.

Sang buaya : Tolong ! Tolong ! Tolong !

Lelaki itu memandang sekeliling lalu ternampaklah dia akan Sang Buaya yang ditimpa dahan pokok. Lelaki itu menghampiri Sang Buaya yang sedang kesakitan.

Sang Buaya : Tolonglah saya , saya sakit . rayu Sang Buaya. Lelaki : Bagaimanakah saya hendak menolong awak ?

Sang Buaya : Tolong angkatkan batang kayu yang menimpa badan saya ini. Lelaki : Kalau saya tolong awak adakah awak akan menangkap saya ?

Sang Buaya : Tentu tidak.

Lelaki itu percaya akan kata-kata Sang Buaya lalu mengangkat batang kayu tersebut.Tiba-tiba buaya dengan pantas menangkap kaki lelaki itu . Lelaki itu menjerit kesakitan.

Lelaki

: Tolong! Tolong ! Tolong! Awak memang tidak tahu membalas budi.

Tiba-tiba seekor kancil lalu di situ . Ia ternampak lelaki itu ditangkap oleh Sang Buaya. Sang Kancil menghampiri kawasan itu. Dalam nada kesedihan lelaki itu merayu pada Sang Kancil supaya menolongnya.

Lelaki

: Tolonglah saya.

Sang Kancil : Bagaimana saya hendak menolong awak sebab saya tidak tahu siapa yang bersalah. Lelaki : Buaya yang bersalah.

Sang Kancil : Saya hendak tahu apa yang telah berlaku. Bolehkah awak ceritakan semula pada saya, buaya? Sang Buaya : Boleh nanti saya cerikan.

Sang Buaya mula menceritakan apa telah yang berlaku. Lelaki itu mengangkat semula batang kayu sambil meletakkannya di atas belakang buaya . Sang Buaya tidak boleh bergerak lagi.

Sang Buaya : Tolong , saya tidak dapat bergerak lagi. Lelaki : Apa yang patut saya lakukan?

Sang Kancil : Jangan pedulikan dia . Jangan berbudi pada orang yang tak tahu membalasnya.

Pengajaran yang boleh dipetik daripada cerita ini ialah kita haruslah bersyukur apabila ada orang yang sudi membantu kita.

2. ( ii ) b Rakaman cerita (audio )

2 . (iii) Senarai semak

SENARAI SEMAK ADA 1 Adakah bahan audio tersebut memenuhi ketepatan isi kandungan pelajaran yang akan diajar? Adakah bahan audio tersebut mempunyai kualiti bunyi (kejelasan suara)? Adakah bahan audio tersebut bersesuaian dengan aras minat murid? Adakah bahan audio tersebut mempunyai aras perbendaharaan kata yang sesuai untuk murid? Adakah bahan audio menggunakan peralatan yang sesuai seperti mikrofon dan perisian ubahsuai audio? Adakah skrip audio disediakan? Adakah unsur teknikal seperti suara (narrator), kesan bunyi, perspektif dan muzik latar diaplikasikan? Adakah tempoh masa rakaman audio sesuai untuk pengajaran? Persembahan audio keseluruhan yang digunakan dapat menarik perhatian. Audio yang digunakan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Suara latar yang digunakan membantu pengajaran dan pembelajaran. Terdapat unsur kreatif dalam gaya persembahan keseluruhan audio. TIADA

/ / / / / / / / / / / /

5 6 7

10

11

12

RUMUSAN Berdasarkan senarai semak di atas dapat disimpulkan bahawa media audio yang dihasilkan oleh saya menepati ciri-ciri media pengajaran dan pembelajaran. a. Isi kandungan audio yang dibina adalah mengikut kesesuaian pelajar tahun 6 b. Keobjektifan media ini ialah untuk memberi kemahiran mendengar kepada murid dan kemudian melaporkan kembali apa yang didengar. Ia juga adalah untuk merangsang murid membina soalan berdasarkan apa yang didengar. c. Isi kandungan skrip ( narasyen ) dibina mengikut kesesuaian perbendaharaan kata murid dan juga isi cerita menepati aras minat murid. d. Dari segi kejelasan suara kualitinya tidak memuaskan kerana penggunaan mikrofon kekal yang terdapat di laptop. Ini menyebabkan murid mendengar suara pencerita tenggelam timbul (beralun). e. Penglibatan pendengar (murid) amat memuaskan hati kerana semua murid dapat memahami isi audio yang disampaikan namun sesetengah murid yang mempunyai masalah pendengaran terpaksa diletakkan berhampiran speakear bagi membantu mereka. f. Kesimpulannya bahan audio yang dihasilkan ini dapat menarik minat murid dan sangat membantu mereka dalam kemahiran mendengar serta pembelajaran dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.

Soalan 3

Senaraikan masalah yang anda hadapi dalam menyelesaikan semua aktiviti di atas serta terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah menghasilkan transparensi. Harga transparensi ( jenis ink jet filem) sangat mahal. Sumber bahan visual ( gambar ) yang mempunyai turutan cerita ( bersiri ) kurang. Memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi menghasilkan transparensi yang baik dan bermutu. Gambar visual yang dihasilkan mempunyai pergerakan terbatas berbanding animasi. Perlu mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan visual dan perkataan yang seimbang dalam transparensi. Penyelesaian masalah Bagi menjimatkan kos dan penggunaan transparensi saya melukis dan mewarna sendiri gambar pada transparensi. Mencari bahan visual yang berlainan lakaran namun masih mempunyai jalan cerita yang sama. Menggunakan gambar visual kaku tetapi suntingan audio disusun bagi menghasilkan kesan bunyi sebenar seolah-olah visual dapat dibayangkan oleh murid seperti keadaan sebenar. Merujuk dan membaca artikel atau bahan bacaan tentang teknik penghasilan transparensi yang betul.

Masalah menghasilkan rakaman audio Perisian rakaman audio yang terlalu banyak namun mempunyai papan muka (interface) yang tidak mesra pengguna. Memerlukan pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan perisian. Gangguan bunyi sekitar ketika merakam audio.

Memakan masa yang lama untuk menghasilkan rakaman audio yang benar-benar jelas dan bersih. Masa suntingan dan pengubahsuaian audio (kesan bunyi, muzik latar, suara) juga memakan masa yang lama.

Penyelesaian masalah Membaca bahan tutorial di internet berkenaan cara penggunaan audacity serta melakukan latihan sebelum merakam aktiviti yang sebenar. Melakukan proses rakaman suara dan pada waktu malam untuk mendapatkan suasana senyap. Mengagihkan masa dengan betul bagi pengubahsuaian audio.

Terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti semasa menggunakan transparensi seperti :

1. Cahaya bilik : Projektor overhead yang digunakan untuk kertas transparensi ini memantulkan cahaya yang terang. Dalam masa yang sama, bilik darjah yang digunakan juga menggunakan langsir yang berwarna cerah yang menyebabkan tulisan dan lukisan pada transparensi tidak dapat dilihat dengan jelas. Cara menyelesaikan masalah ini ialah menutup tingkap yang berhampiran dengan projektor overhead menggunakan kertas manila kad yang tebal dan berwarna gelap. 2.Berat Projektor overhead yang kecil boleh mencapai berat sehingga 10 kg, manakala model yang besar boleh mencecah 35 kg. Disebabkan overhead projektor ini berat, pihak sekolah telah meletakkannya di tempat khas disebuah kelas sahaja. Sekiranya guru ingin menggunakannya, murid perlulah masuk ke dalam kelas tersebut dan tidak boleh dialihkan. 3. Guna habis Setiap kertas transparensi tidak boleh digunakan semula sekiranya guru telah menulis menggunakan pen dakwat kekal. Kertas tersebut mungkin boleh disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang. Namun demikian, sekarang terdapat beberapa jenis pen yang boleh

dipadam. Maka, saya menggunakan pen jenis tersebut untuk menyelesaikan masalah ini serta dapat mengurangkan kos membeli kertas transparensi yang banyak. 4. Ruang kecil Kertas transparensi hanya mempunyai ruang yang kecil sama seperti kertas A4. Disebabkan ruang yang kecil ini, guru terpaksa menggunakan kertas transparensi lebih daripada 1 sekaligus akan menyukarkan guru untuk menukar helaian transparensi mengikut langkah pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Untuk mengatasi masalah ini, saya hanya menggunakan kaedah paparan kertas transparensi ini untuk beberapa langkah sahaja. Dan kebiasaannya digunakan untuk memaparkan soalan pengukuhan atau pengayaan. 5. Bahan kaku Kertas transparensi tidak boleh menunjukkan visual atau gambar yang boleh bergerak. Guru hanya melukis atau menulis berdasarkan tajuk yang ingin diajarkan sahaja. Murid akan mudah bosan sekiranya tiada aspek animasi yang menarik. Bagi masalah ini, saya selesaikan dengan menggunakan bahan media lain seperti video dan beberapa slaid power point supaya dapat menarik minat murid semula.

6. Audio kurang jelas. Audio yang dirakam kurang jelas kerana menggunakan rakaman telefon bimbit. Penggunaan telefon bimbit untuk merakam suara tidak praktikal kerana ia menjadikan suara tidak jelas. Oleh itu, penggunaan mikrofon dan peralatan rakaman yang lebih besar telah digunakan untuk

memastikan suara yang dirakam jelas.

Disediakan oleh : Jamilah binti Hussin 711103065386 Kumpulan BM 1 Ambilan Feb 2012

Anda mungkin juga menyukai