Anda di halaman 1dari 16

Assigment cik amal 2.

0 PENGENALAN Bagi menjalankan tugas yang diberi oleh pensyarah iaitu Encik Yusof bin Basir, saya Nur Amalina binti Mohd Fadzil, semester 2 telah memilih seorang kanakkanak iaitu Muhammad Umar bin Ahmad Zaki sebagai sampel yang akan saya kupas pada kajian kes kali ini. Saya mengenali murid ini semasa kali pertama saya memasuki Prasekolah 6 Bestari, Prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim,Perak di mana pada ketika itu saya ditugaskan untuk ke sekolah tersebut bagi mencari seorang penceramah bagi mengendalikan satu bengkel ceramah tentang kanak-kanak. Semasa sesi suai kenal dijalankan, murid ini tidak banyak bercakap.Kemudian bila kertas kerja diberi, murid ini senang memahami arahan yang diberi oleh saya. Selain itu, murid ini juga tidak menghadapi sebarang masalah dalam mengenal huruf serta mengeja, murid ini juga tidak banyak menghadapi masalah dalam mengikuti pembelajaran didalam kelas lain. Mengikut temubual saya bersama guru mata pelajaran lain, murid ini sering memberi perhatian yang penuh di dalam kelas dan kurang bermain dengan rakan apabila pembelajaran bermula. Kanak-kanak merupakan aset yang paling penting kepada negara kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Khususnya pada peringkat umur empat sehingga enam tahun, kanak-kanak ini mesti diawasi dan dikawal dengan baik. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), proses intervensi pada peringkat awal ini merupakan satu usaha yang dirancang bagi membolehkan pertumbuhan dan perkembangan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu berlaku secara sempurna bagi semua aspek individu ke satu tahap maksimum bagi setiap kanak-kanak. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan awal kanak-kanak meliputi dari aspek fizikal, sosial dan kognitif. Perkembangan fizikal kanak-kanak bermula sejak lahir hingga ke peringkat umur enam tahun yang merupakan satu tahap yang amat penting kerana tumbesaran pada peringkat ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanakkanak pada masa akan datang. Perkembangan fizikal ini dapat dilihat dari perubahan berat, tinggi, perubahan saiz badan dan kepala, rangka tulang dan gigi. Oleh itu makanan yang bernutrisi tinggi dan seimbang perlu diberikan kepada kanak-kanak ini agar perkembangan fizikal mereka berlaku dengan sihat seiring dengan peningkatan umur mereka.

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial (Aini Ahmad, 2007) . Menurut Suppiah et al. (2008), interaksi kanak-kanak boleh dikesan melalui perkembangannya dalam bermain. Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat sekaligus memperkembangkan lagi hubungan sosialis dalam kalangan mereka. Perkembangan kognitif kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanakkanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget (1896) dalam Suppiah et al. (2008), perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan). Kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna seterusnya mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk mengembangkan pengalaman hidup. Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransuransur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. 3.0 Objektif kajian:

Ringkasan objektif: 1.Mengenal subjek Perkembangan kanak-kanak; 2.Mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak; 3.Boleh membanding beza antara pertumbuhan dan perkembangan; 4.Mendalami psikologi kanak-kanak; 5.Memantapkan ilmu mengenai kanak-kanak; 6.Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak Terdapat banyak objektif dalam kajian kes ini.Antaranya adalah dapat mengenal subjek perkembangan kanak-kanak dengan lebih terperinci.Selain itu, melalui kerja kursus ini, kita dapat mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.Dengan itu, pengetahuan terhadap konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin jelas difahami.Kita juga dapat membuat perbandingan antara perkembangan dan pertumbuhan, mengetahui perbezaannya adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep sebenar yang perlu dipelajari. Selain itu, kajian kes ini juga dapat mendalami psikologi kanak-kanak.Sebagai seorang bakal guru, kajian kes ini dapat memantapkan pengetahuan mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.Selain mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini boleh membantu memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak.Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada masa hadapan adalah guru yang kritis, kreatif dan inovatif.Secara tidak langsung, kita dapat mempalajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak.Hal ini penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semester nanti. 4.0 PROFIL PELAJAR: Latar belakang murid ini diperolehi melalui temubual bersama murid ini dan juga temubual bersama guru kelas iaitu Encik Affendy bin Mohd Hidzir. Murid ini perwatakannya seperti kanak-kanak yang lain dan senang ditemuramah. Melalui temubual yang dibuat, nama penuh murid ini adalah Muhammad Umar bin Ahmad Zaki murid ini berbangsa melayu dan beragama islam. Beliau lahir pada 20 Jun 2005 dan kini beliau berumur 6 tahun.Adik Umar tinggal di No 31 Jalan Cenderawasih Taman Desa Keliang Jaya Kelumpang, Hulu Selangor.Sebenarnya, adik Umar berasal dari Batu Pahat, Johor tetapi disebabkan bapanya bertukar tempat kerja, beliau terpaksa mengikut bapanya berpindah ke Hulu Selangor.

Nama bapanya ialah Ahmad Zaki bin Muhammad. Beliau bekerja sebagai Pembantu am di Majlis Bandaraya Ipoh manakala ibunya pula bernama Murni bin Kassim, bekerja di kilang. Beliau mempunyai kemahiran bermain komputer seawal usia 4 tahun. Ibu dan bapanya mempunyai pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja. Menurut adik Umar bapannya sering membawanya pergi bersiar-siar berbanding ibu dan adik beradiknya. Hal ini menunjukkan beliau rapat dengan ayahnya berbanding ahli keluarga yang lain. Adik Umar mula belajar di Tabika Sri Keliang sejak berumur 4 tahun. Kini beliau sudah lancar membaca buku.Beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.Oleh itu, segala sesi temu bual berjalan dengan lancar.Beliau mempunyai 3 orang adik beradik sahaja.Dia mempunyai kakak yang berada di tingkatan 5 dan juga seorang adik yang masih tidak bersekolah.Aktiviti kegemaran beliau yang sering dilakukan adalah melukis, bermain komputer dan paling digemari adalah aktiviti mewarna. (GAMBAR TIDAK DIESEDIAKAN) Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor.Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, adik Umar yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya beliau mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, beliau sering diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran di sekelilingnya. Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Pada set pertumbuhan pertama terdapat 20 batang gigi yang dikenali sebagai gigi susu atau gigi sementara. Gigi ini akan gugur dari semasa ke semasa dan diganti dengan gigi kekal. Gigi adik Umar mempunyai 10 batang di rahang atas dan 10 di rahang bawah. Tetapi terdapat beberapa giginya yang rosak akibat lebihan pengambilan makanan ringan seperti gula-gula dan benda-benda manis. Walaupun begitu, dengan mempunyai gigi yang serba lengkap, beliau tetap dapat makan pelbagai jenis makanan yang dimakan oleh orang dewasa.

(GAMBAR TIDAK DIESEDIAKAN) Gigi adik Umar yang rosak kerana pengambilan makanan-makanan manis secara berlebihan Pada pemerhatian kasar saya, badan adik Umar kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemaknya menurun berbanding tahun-tahun sebelum ini, oleh itu rupanya tidak lagi kelihatan tembam.Rakan perempuannya pula didapati mempunyai lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan beliau yang mempunyai lebih banyak tisu otot. Ukuran fizikal adik Umar juga boleh dilihat dengan mata kasar.Beliau bertubuh kecil dan kurus sahaja.Berat badan beliau ialah sebanyak 20 kilogram manakala tinggi adalah 111 sentimeter.Ukuran tangan beliau pula sepanjang 45 sentimeter.Selain itu, saya juga mengambil ukuran pinggang sehingga kaki, perimeter kepala dan ukurlilit pinggang.Walaupun memerlukan masa dan agak sukar, tetapi adik Umar tetap memberi kerjasama. Ukuran pinggang sehingga kaki adalah sepanjang 69 sentimeter manakala perimeter kepala pula sepanjang 56 sentimeter dan ukurlilit pinggang adalah 61 sentimeter.
UMUR BARU LAHIR 3 BULAN 6 BULAN 9 BULAN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN BERAT BADAN (KG) 3.41 5.73 7.59 9.09 10.09 12.59 14.64 16.55 18.41 KETINGGIAN 49.75 59.50 65.25 70.00 74.00 86.00 94.75 101.75 107.00

Jadual dibawah merupakan maklumat purata berat badan dan ketinggian beliau dari lahir hingga lima tahun yang diambil daripada ibunya. PERKEMBANGAN MOTOR KASAR ADIK UMAR Tarikh pemerhatian : 19/2/2011 Masa pemerhatian : 10 pagi 12 tengah hari. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak.
BIL 1 2 UJIAN Melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki Boleh beberapa aktiviti seperti melompat CATATAN Dapat melompat dengan baik X Dapat melakukan beberapa aktiviti

3 4 5 6 7

dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan. Menangkap bola Berjalan atas palang Melontar dan menendang bola Menunggang basikal kecil roda tiga Lompat setempat / melompat katak

seperti melakukan gerakan kaki dan berhenti dengan berkesan. X Dapat menangkap bola kecil dengan baik. Berjalan atas palang tanpa jatuh. Dapat melontar dan menendang bola. Dapat menunggang basikal kecil roda tiga dengan baik. Dapat melakukan lompatan dengan baik

Apabila kanak-kanak berumur 6 tahun seperti adik Umar, tubuh badan mereka akan menjadi lebih kurus berbanding pada umur yang lebih muda. Menurut kajian, perkembangan fizikal kanak-kanak pada tahap ini sudah mencapai tahap kawalan motor kasar yang baik (Cratty, 1986; Getchell & Robetton, 1989; Newborg, Stock & Wnek, 1984). Mereka dapat melompat sejauh 3 kaki dan setinggi 1 kaki dengan baik, membaling, melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil. Tambahan pula adik Umar, dapat menunggang basikal kecil roda tiga dengan baik dapat melakukan lompatan dengan baik secara berterusan. Pada peringkat ini, adik Umar lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti lumba lari bersama rakan-rakanya atau ibu bapanya.Menurut bapanya, Encik Halim, adik Umar sangat-sangat aktif apabia beliau sentiasa bergerak lasak apabila tidur. PERKEMBANGAN MOTOR HALUS ADIK UMAR PRASYARAT KEPADA KEMAHIRAN MOTOR HALUS: Koordinasi mata-tangan: Kebolehan memegang alat tulis; Kebolehan membuat lakaran asas (basic strokes) Tarikh pemerhatian : 19/2/2011 Masa pemerhatian : 10 pagi 12 tengah hari. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak.
BIL 1 2 3 5 6 UJIAN Memegang dan menggunakan pensel / krayon / berus lukisan Kebolehan membuat lakaran asas(basic strokes) Melukis / meniru lukisan bulat Mencantum puzzle Melukis / meniru beberapa bentuk lukisan CATATAN Dapat memegang dengan cara yang betul dan dapat menggunakan alat tulis. Dapat membuat lakaran asa yang baik Melukis lukisan bulat Mencantum kesemua puzzle X Dapat meniru beberapa bentuk garisan

7 8 9

Menggunting kertas, tanpa bentuk

10 11

X Dapat menggunting bentuk- bentuk yang diberikan tidak mengikut garisan Menggunting gambar / bentuk secara X Menggunting bentuk- bentuk yang kasar diberikan tidak mengikut garisan. Melukis(nyatakan hasil lukisan dan tahap) Melukis gambar bunga dengan baik dan dapat menceritakan tentang gambar yang telah dilukis. Membutang baju dan zip Dapat membutang baju dan zip dari atas sehingga bawah Memakai tali kasut X Dapat mengikat tali kasut dengan kemas.

Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otototot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Kemahiran motor halus membantu kanak-kanak menulis, melukis dan mewarna Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini, kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri. Sebagai contoh, adik Umar sudah pandai menggunakan gunting untuk memotong kertas dan membuat bentuk.Pada tahap ini, adik Umar masih kurang mahir mengikat tali kasutnya dengan kemas.Tambahan pula, adik Umar mempunyai kemahiran seperti kanak-kanak lain yang menggunakan gerakan tangan dan jari untuk melakukan sesuatu aktiviti dinamakan dexterity.Kemahiran ini turut melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan.Semasa kecil adik Umar telah mula belajar untukmemegang sesuatu pada tapak tangan mereka.Perkembangan ini berterusan sehingga beliau dapat menulis, melukis atau melakukan tugasan seperti memasang butang baju. Menurut gurunya, Encik Affendy, ciri motor halus ini penting bagi beliau khususnya dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak seperti adik Umar. Selain itu, beliau sebagai guru juga harus mengetahui faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Beliau memberi contoh pembelajaran kemahiran menulis, adalah penting bagi memahami perkembangan motor halus dalam pengawalan pensil untuk adik Umar menulis. Tambah beliau lagi, guru harus tahu cara pengawalan gengaman jari tangan kanakkanak. Contohnya guru harus mempertimbangkan saiz, bentuk dan panjang pensil yang sesuai untuk kanak-kanak ini mula menulis.

Tambahan pula, motor halus adik Umar semakin terurus dan meningkat maju tahun demi tahun. Hal ini disebabkan apabila kemahiran motor halusnya seiring dengan penyelarasan antara mata dengan jari, beliau dapat menyeimbangkan kawalan tangan, lengan dan badan dengan pergerakkan mata. Apabila kanak-kanak berumur 6.0 PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU Tingkahlaku merujuk kepada perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak.Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas.Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung. Sepanjang 30 minit saya membuat pemerhatian, saya berpendapat dan membuat kesimpulan bahawa adik Umar mempunyai tingkah laku yang positif. Hal ini kerana beliau lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Adik Umar juga disifatkan sebagai kanak-kanak yang proaktif kerana beliau suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru kelasnya. Dalam temuramah bersama guru kelas beliau, Encik Affendy bin Mohd Hidzir, sewaktu pembelajaran & pengajaran (P&P) dijalankan, adik Umar mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi yang dapat meransang pemikiran kanak-kanak seperti beliau dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Adik Umar juga kelihatan tekun dan memberi sepenuh perhatian terhadap topik pembelajaran yang diajar pada waktu tersebut. Adik Umar dikategorikan sebagai kanak-kanak yang cepat belajar. Kanakkanak seperti ini juga mempunyai tingkah laku yang positif kerana memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Menurut gurunya, beliau tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Beliau cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan untuk kanak-kanak seperti adik Umar supaya mereka lebih berminat untuk belajar. Definisi tingkah laku negatif pula ialah tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Hal ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang sering memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Bertentangan dengan tingkah laku adik Umar, beliau lebih suka memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pembelajaran berbanding mengganggu kanak-kanak lain belajar.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula , kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hiperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanakkanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku distruktif ialah permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fizikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang.Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Apabila saya menerangkan secara ringkas kepada ibu kepada adik Umar, Puan Murni tentang tingkah laku diskruktif dan distruptif, inilah responnya iaitu Alhamdulillah, tidak, itulah ucapan pertama yang diungkapkan apabila dituju soalan adakah anak anda seorang yang diskruktif atau distruptif?. Dalam sesi temuramah bersama gurunya juga, beliau juga menafikan bahawa adik Umar mempunyai tingkah laku yang diskruktif atau distruptif mahupun seorang yang hyperaktif kerana sikap adik Umar lebih terjerumus kepada tingkah laku positif. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Sebagai contoh, adik Umar sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Adik Umar juga merupakan seorang yang pemalu pada permulaan sesi temuramah tetapi lama kelamaan, sikap permalunya mula hilang.Kanak-kanak yang pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan kanak-kanak dipengaruhi oleh proses peneguhan, dendaan atau peniruan. Sesuatu tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanakkanak akan diulangi sekiranya kanak-kanak tersebut memperoleh ganjaran atau pujian akibat dari tingkahlaku yang ditunjukkan tersebut. Ganjaran atau pujian biasanya adalah disebabkan suatu tingkahlaku yang mereka tunjukkan yang bersesuaian dengan peraturan sosial mereka. Selepas aktiviti mewarna yang dilakukan oleh adik Umar selesai, beliau telah mengemas mejanya agar kelihatan kemas.Lalu gurunya telah memuji tindakan yang dilakukan oleh adik Umar. Beliau kelihatan gembira malah menurut gurunya, harihari sebelumnya juga adik Umar melakukan tindakan yang sama selepas aktiviti pembelajaran berlaku. Ini menunjukkan adik Umar mengulangi tindakannya mengemas mejanya selepas pembelajaran selesai apabila gurunya pernah memuji tingkah lakunya berulang kali. 7.0 PERKEMBANGAN SOSIAL

Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson.Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Menurut teori Erikson, pada peringkat umur adik Umar iaitu 6 tahun, kanakkanak akan melalui peringkat inisiatif lawan rasa bersalah. Dalam kajian saya, kanakkanak seperti adik Umar cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Beliau suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.Sebagai contoh, semasa saya menemuramah ibu beliau, adik Umar banyak mengajukan soalan kepada saya sehingga meletihkan saya untuk menjawab setiap soalan yang diajukan. Contoh soalan yang diajukan ialah, apa kakak buat disini? , akak datang ke sini naik apa?, kenapa akak datang ke sini naik kereta? dan macam-macam soalan lagi yang ditanya. Pada tahap ini juga, sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya. Sepanjang 30 minit memerhati perlakuan adik Umar semasa beliau bermain, saya dapati beliau suka menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh guru dan rakan sebayanya.Sebagai contoh, pada ketika itu, untuk mendapat pujian, beliau sering menunjukan hasil lukisan yang beliau buat semata-mata ingin mendapat penghormatan dari gurunya. Beliau ingin hasil lukisannya dipuji.Tambahan pula, semasa aktiviti mewarna dijalankan oleh gurunya, adik Umar akan cuba melukis lebih baik berbanding rakan-rakannya. Beliau ingin bersaing supaya dapat menang. Semua penjelasan di atas merupakan tingkah laku sosial kanak-kanak semasa mereka bermain Dalam usia adik Umar juga, kanak-kanak sepertinya juga akan mula bercampur dan menjalinkan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain. Hal ini ditunjukkan apabila beliau kelihatan mesra bersama rakan-rakannya terutama rakan lelaki.Dalam pemerhatian saya, adik Umar lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan dan lebih suka berkongsi barangnya.Sebagai contoh, adik Umar tidak lokek meminjamkan pensel warnanya kepada rakan baiknya iaitu Farhan.Beliau juga lebih mudah menunjukan sifat bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan. Dalam pemerhatian saya juga, adik Umar tidak mementingkan nilai persahabatan tetapi hanya menganggap sahabatnya sebagai rakan sepermainan. Hal ini

dapat dilihat apabila saya mengunjungi rumahnya dan mendapati rakan-rakanya yang tinggal berdekatan dengan rumahnya mempunyai banyak alat permainan serta mereka berminat pada aktiviti-aktiviti yang sama seperti layang-layang, badminton dan sebagainya. Mereka selalunya bermain mengikut musim. Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku sahabatnya.Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup, 1983).Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku yang dapat mendatangkan peneguhan positif malah tingkah laku yang tidak baik juga. Apa yang sempat saya perhatikan semasa sesi temuramah bersama rakan adik Umar adalah beliau mempunyai rakan yang dapat mendatangkan peneguhan positif seperti suka berdikari, lebih pandai berinteraksi dengan orang lain dan yang rajin belajar. Apabila adik Umar mempunyai rakan yang ke arah positif maka beliau juga mempunyai tingkah laku ke arah positif. (GAMBAR TIDAK DIESEDIAKAN) Interaksi sosial antara adik Umar dengan rakan sekelas beliau.Adik Umar lebih selesa bergaul dengan lelaki berbanding perempuan apabila gurunya membuat aktiviti permainan bebas. 8.0 PERKEMBANGAN EMOSI Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya. Perasaan-perasaan ini mempengaruhi tindak balas luaran sama ada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan. Dalam sesi temuramah bersama gurunya, Encik Affendy bin Mohd Hidzir, apabila adik Umar gembira atau sedih, gurunya dapat melihat perasaannya melalui mimik muka. Sebagai contoh, apabila adik Umar datang ke sekolah dengan mimik muka yang sedih, beliau akan kurang bercakap sepanjang sesi persekolahan bermula. Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial).Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi.

Semasa peringkat kanak-kanak, mereka biasanya suka bermain dan stabil dari segi emosi.Menurut kajian ahli-ahli Psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa selain beberapa faktor lain juga. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan bersifat memerintah. Sama seperti kanak-kanak yang saya kaji, beliau mempunyai emosi seperti kanak-kanak normal.Beliau boleh menonjolkan perasaan suka dan duka ketika di alam kanak-kanak lagi. Menurut ibunya, Puan Murni, adik Umar akan memberontak dan membaling apa sahaja barang yang ada di hadapannya apabila beliau sedang marah atau kehendaknya tidak dipenuhi. Selain tu, ibu beliau juga mengatakan bahawa adik Umar mempunyai sifat empati yang tinggi dan menyayangi haiwan serta sanggup untuk berhenti memakan daging haiwan tersebut serta mudah menghulurkan bantuan kepada rakan sekiranya terdapat kesusahan.Hal ini kerana, ibu bapa beliau mempunyai emosi yang stabil kerana rumah tangga bahagia. Tambahan pula, adik Umar bijak mengurus emosi sendiri apabila beliau dapat membezakan emosi positif dan negatif.Hal ini dapat dilihat apabila beliau pandai menyesuaikan diri dengan keadaan atau situasi baru.Beliau juga tahu kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Pengawalan emosi kanak-kanaknya mula meningkat tahun demi tahun. Menurut ibunya juga, Umar pernah kecewa apabila beliau gagal mendapat tempat pertama dalam peperiksaannya.Beliau mengalami tahap kekecewaan yang mendalam apabila dia gagal menerima kekalahan tersebut. Berdasarkan keadaan ini, didapati cara otak manusia dibina memberi ruang sedikit untuk manusia menentukan bila ia dikuasai oleh emosi dan jenis emosi yang dialami. Perkara yang mampu dikawal oleh manusia ialah menentukan beberapa lamakah emosi itu dapat bertahan.Hal ini terjadi kerana emosi di dalam minda manusi itu terjadi di dalam dua peringkat. Peringkat yang pertama iailah peringkat sedar dan peringkat kedua ialah peringkat tidak sedar.Pada peringkat sedar emosi sampai kepada korteks dan dikawal oleh minda rasional. Manakala emosi yang tidak disedari pula boleh mempunyai impak yang kuat ke atas cara seseorang itu menanganinya dan bertindak sesuatu tanpa menyedari jenis emosi yang beroperasi di dalam dirinya (Goleman 1996, 5577). Tetapi beliau mampu untuk menerima kekecewaannya serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosinya selepas beberapa hari. Hal ini kerana,

semakin meningkat umurnya, semakin banyak pengalaman dalam mengawal emosinya. Kebolehan adik Umar memahami dan menguruskan emosi diri sendiri membolehkan beliau memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain. Komponen ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinannya untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Perkembangan emosi adik Umar dapat dilihat apabila beliau sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan adakalanya mungkin mereka menentang dengan tegas sesuatu yang dirasakan tidak adil. Selain itu, beliau mempunyai perasaan sensitif yang tinggi terhadap perkara yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda seperti isu peperangan, kebuluran dan keganasan. Beliau akan mudah mengalirkan air mata. 9.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF Menurut Spodek et al. (1987), kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Perkembangan kemahiran merupakan suatu perubahan struktur mental kanakkanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan, penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak dalam mengkoordinasi berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah adalah salah satu cara mengukur perkembangan intelek mereka. Menurut gurunya, adik Umar seperti kanak-kanak lain yang bersifat egosentrik di mana beliau lebih gemar bercakap sendiri dan topik perbualannya selalunya berkisar pada dirinya sendiri. Tambah beliau lagi, adik Umar lebih bergantung kepada persepsi logik dan tidak dapat menerima perspektif orang lain. Adik Umar percaya bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengan diri sendiri. Pada pemerhatian saya pula, kanak-kanak seperti adik Umar seperti kurang fleksibiliti dan susunan pemikiran. Permikirannya terikat kepada persepsi mereka sahaja dan tertumpu kepada satu sudut dan keadaan statik sebelum dan selepas. Hal ini ditunjukan apabila beliau tidak dapat membayangkan konsep pembalikan(reversibiliti) sesuatu benda. Sebagai contoh uji kaji saya tehadap perkembangan kognitif adik Umar adalah saya menyuruhnya menyusun dua baris duit syiling disusun lurus pada jarak yang sama. Kedua-dua baris A dan B mempunyai enam biji. Setelah itu, adik Umar memberi jawapan bahawa kedua-dua baris duit syiling tersebut sama banyak. Selepas itu, saya menjarakkan duit syiling baris B di hadapannya secara berjauhan sehingga

kelihatan panjang daripada baris A. Apabila saya menanya sama ada kedua-dua baris tersebut sama banyak, adik Umar menjawab tidak. Hal ini kerana pemerhatian beliau ditumpukan pada panjang atau pendeknya baris duit syiling dan bukannya kepada bilangan objek. Adik Umar juga mengambil masa yang lama untuk memastikan duit syiling kedua-dua baris tersebut sama banyak walaupun beliau telah melihat sendiri saya hanya menjarakkan duit syiling dan bukannya menambah duit syiling baris B sehingga kelihatan banyak. Perkembangan kognitif adik Umar jelas meningkat apabila saya membuat pemerhatian selama satu jam di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak. Saya mendapati beliau suka aktiviti seperti permainan corak, angka, atau kirakira. Beliau juga suka bermain permainan yang menguji minda seperti permainan Soduko, mencari jalan (Maze), cantuman gambar (jigsaw), permainan teka-teki yang mudah dan sebagainya. Adik Umar juga suka menyimpan koleksi duit syiling 1 sen di rumah. Saya hanya perasan hobinya ketika bertandang ke rumahnya untuk menemuramah ibu bapanya. Beliau juga suka permainan strategi seperti komputer. Menurut bapanya, beliau menggalakkan semua anak-anaknya termasuk adik Umar berjinak-jinak dengan komputer seawal usia mereka 4 tahun lagi. Saya juga agak terkejut apabila diberitahu bapanya yang adik umar mempunyai permainan yang paling digemari iaitu permainan silang kata atau lebih dikenali sebagai Scrable. Saya hanya fikir yang permainan tersebut hanya untuk orang dewasa kerana mempunyai pengetahuan bahasa yang meluas. Ini menunjukkan bahawa adik Umar sudah mahir perkembangan bahasa Kesimpulan yang saya dapat rumuskan adalah adik Umar lebih suka membaca, melukis, dan permainan ujian minda berbanding dengan aktiviti ke arah perkembangan fizikal seperti menari.Beliau juga suka bergaul dengan rakan yang mempunyai sifat kerjasama dalam memnuat sesuatu perkara seperti bermain tanah liat dalam kumpulan. (GAMBAR TIDAK DIESEDIAKAN) Permainan kognitif: Adik Umar perlu menyambung dari satu titik ke satu titik mengikut nombor bagi menghasilkan gambar. 10.0 PERKEMBANGAN BAHASA Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-

ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. Menurut Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar. Manakala Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan. Dalam pemerhatian saya terhadap kanak-kanak yang saya kaji mendapati adik Umar dapat bercakap dengan lancar tanpa sebarang masalah seperti gagap dan sebagainya.Selain itu, beliau mempunyai kemahiran asas tatabahasa dan perbendaharaan kata yang diketahuinya meningkat hingga 3,000 perkataan.Beliau juga sudah mahir dalam penggunaan ayat dan soalan yang kompleks.Apabila beliau di sekolah, beliau boleh memahami gurauan mudah dan sukakan cerita-cerita pendek. Menurut gurunya, Cikgu Affendy, beliau membantu kanak-kanak menggunakan bahasa sebagai cara untuk berfikir. Beliau mengajukan soalan-soalan terbuka bagi memberi peluang kanak-kanak seperti adik Umar menjawab. Apabila adik Umar menceritakan sesuatu perkara yang dia alami, cikgu Affendy akan menunjukkan bahawa beliau faham walaupun cerita tersebut kurang difahami dengan menggunakan angguk, geleng dan eye contact. Menurut gurunya lagi, beliau akan mendengarkan beberapa buah lagu yang bersesuaian dengan kanak-kanak bagi meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Manakala ibu adik Umar pula menggalakkan adik Umar menghafal lagu bahasa Inggeris bagi memudahkan sesi pembelajaran Bahasa Inggeris apabila memasuki ke darjah satu. Saya memuji tindakan bijak ibunya menyuruh adik Umar mendalami ilmu Bahasa Inggeris dengan cara begitu kerana dengan lagu, kanak-kanak akan cepat ingat. Menurut ibunya, adik Umar boleh bercakap dengan jelas dan boleh difahami malah dia juga suka berbual tentang aktiviti yang sudah dilakukanya di prasekolah dengan semua orang. Tetapi susunan ayatnya kadang kala tidak teratur, walaubagaimanapun, apa yang ingin dia perkatakan mudah difahami. Menurut Puan Murni lagi, adik Umar suka membaca buku cerita. Beliau suka jika orang lain seperti ayahnya membacakan buku cerita untuknya. Beliau menggemari pelbagai jenis buku termasuk buku jenaka dan factual.Puan Murni menggalakkan adik Umar malah

adik-beradiknya bercakap menggunakan satu bahasa sahaja.Hal ini bagi mengelakkan bahasa campuran. Menurut bapanya pula, beliau akan meluangkan masa untuk mebacakan beberapa buah cerita kepada adik Umar sebelum beliau tidur. Bagi memperkasakan perkembangan pragmatik adik Umar, seawal beliau berumur 2 tahun lagi, ibu bapanya sudah mengajar kemahiran bahasa asas seperti meniru penggunaan perkataan yang sesuai seperti apa khabar dan assalamualaikum. Dan pada pemerhatian saya sekarang tentang adik Umar adalah beliau masih memperkembangkan perkembangan bahasanya apabila beliau mula membentuk kemahiran menggunakan turnabout dan shading semasa mengambil bahagian dalam perbincangan kelas atau perbualan dengan rakan sebaya.Shading adalah kemahiran membuat perubahan topik perbincangan secara tidak mengejut manakala contoh turnabout pula seperti dibawah. Sebagai contoh perbualan turnabout: Cikgu Affendy: kenapa kamu tidak pakai baju sekolah hari ini ? Adik Umar: saya suka tengok cikgu pakai baju lawa hari-hari. kalau cikgu pakai baju sekolah mungkin nampak x cantik, betul tak, cikgu ? sebab itu saya tidak mahu pakai baju sekolah hari ini.