Anda di halaman 1dari 14

KOMPONEN PENGAJARAN

1. KEMAHIRAN INDUKSI
Sebelum memulakan sesi pengajaran sudah tentu setiap kita akan membuat perancangan. Namun kadang-kadang sebagai seorang guru kita terlepas pandang pada perkara-perkara yang kecil yang dianggap remeh sahaja. Sebagai contoh dalam set induksi adakalanya guru hanya sambil lewa dalam menjalankan kewajipannya. Mari kita pelajari beberapa tips semasa menjalankan set permulaan ini agar kita lebih yakin dan mengubah persepsi bahawa set induksi itu tidak penting. KEMAHIRAN INDUKSI Apa itu kemahiran induksi? Kemahiran induksi atau lebih dikenali sebagai set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan menarik perhatian murid,menimbulkan semangat perasaan ingin tahu murid,mengimbau pengetahuan sedia ada,menerangkan kepentingan pembelajaran yang akan diajar kepada murid, menyampaikan objektif pembelajaran dan pengajaran dan menyediakan murid set mental,emosi dan fizikal untuk belajar. PRINSIP SET INDUKSI Sebelum menjalankan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, set induksi yang telah dirancang perlu mengambil beberapa aspek. Set induksi yang dihasilkan sangat berguna untuk guru samada pengajaran pada hari itu bermula dengan baik ataupun hambar sahaja. Ramai guru berpendapat bahawa set induksi adalah tidak penting,namun sebenarnya set induksilah yang menentukan sebenarnya samada murid faham mengenai pengajaran yang ingin disampaikan. Disini terdapat beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru dalam merancang set induksi.

Isi dalam set induksi ada kaitan dengan tajuk. Kebanyakan guru tersilap bahawa set induksi adalah bahagian permulaan yang boleh menimbulkan minat dan keseronokan murid. Memang benar anggapan itu namun adalah menjadi salah apabila menyampaikan set induksi yang bercanggah dengan tajuk yang ingin disampaikan. Contohnya Cikgu Ali mengajar tajuk Kebersihan Diri,tetapi bercerita mengenai musim cuti untuk set induksinya. Maka terdapat kesalahan atau tersalah anggap pada bahagian set induksi. Sepatutnya Cikgu Ali bertanya kepada murid siapa yang mandi atau siapa yang basuh tangan sebelum makan dan banyak lagi cara yang berkaitan dengan tajuknya.

Bahan yang digunakan. Cuba anda bayangkan apabila anda mengajar dan memulakan set induksi anda dengan hanya bertanya setiap kali anda mengajar dan memulakan sesi pengajaran. Sudah pasti murid akan sudah dapat menjangka setiap kali anda ingin memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Cubalah beri kelainan di setiap set induksi anda dengan memberi gambar yang berwarna kerana murid akan suka dengan warna yang terang dan ceria. Selain itu minda murid akan lebih terangsang dengan gambar yang menarik. Contohnya perbandingan gambar gigi yang rosak dan gambar gigi yang cantik. Perlu diingat bahawa semasa anda mempersembahkan gambar,pastikan bahawa gambar tersebut hanya ada gambar berkaitan sahaja supaya murid tidak keliru. Selain itu guru juga boleh memilih alternatif lain seperti memberi gambar bersiri,slaid power point, pita rakaman ataupun tayangan video serta banyak lagi. Kadang-kadang bahan terpakai juga boleh digunakan hanya dengan mengubahnya sahaja mengikut keperluan pengajaran anda. Pendek kata ia terserah pada anda untuk menjadi lebih kreatif dalam mempersembahkannya.

Soalan atau ayat pertanyaan. Guru perlu menguasai dan tahu bagaimana membuat pertanyaan. Guru boleh menggunakan formula (1H5W) iaitu dan bagaimana (how),apa (what), bila (when), siapa lebih efisyen. (who),dimana (where)

kenapa (why). Penggunaan formula ini boleh membantu guru untuk bertanya dengan

Bersesuaian dengan umur dan minat pelajar. Murid Tahun 1 tidak begitu sesuai untuk sesi soal jawab. Mereka lebih kepada permainan atau corak bergambar yang berwarna-warni. Maka guru boleh menggunakan gambar atau slaid power point supaya murid akan tertarik. Bagi murid tahun 4 mereka sudah berkembang dan sesuai memulakan pengajaran dengan kaedah soal jawab.

Perlu menarik perhatian pelajar. Sudah semestinya apabila memulakan sesuatu pengajaran dimulakan dengan penuh seronok dan boleh menarik perhatian murid. Perlu diingat disini bahawa apabila murid terlalu seronok dan leka dengan keseronokan itu maka guru mengalami masalah dalam mengawal semula kelas tersebut. Sentiasa diingat bahawa guru perlu bertindak tegas dan kelas dipastikan ceria,seronok dan gembira tetapi masih berada dalam kawalan. Jangan layan karenah murid yang remeh-temeh serta jangan terlalu memberi kebebasan kepada mereka untuk melakukan apa sahaja kehendak mereka.

Ringkas dan padat. Set induksi adalah selalunya tidak melebihi 5 minit. Maka sepatutnya set induksi perlu ringkas dan murid bleh memahaminya. Set induksi yang terlalu lama boleh menganggu aktiviti yang lain. Walaubagaimanapun kadang-kadang set induksi yang dirancang di luar masa yang ditetapkan maka guru perlu tahu bagaimana masa yang diperuntukkan mencukupi.

KOMPONEN INDUKSI Strategi Semasa Menyampaikan Set Induksi Beri soalan mencabar berkaitan pelajaran baru yang akan diajar yang berkemungkinan tidak dapat dijawab oleh pelajar. Ini akan menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar atau perasaan bahawa ilmu yang ada masih tidak lengkap. Justeru itu ia menimbulkan minat untuk menimbulkan minat untuk terus mengikuti pengajaran baru.

Persembahkan satu kes untuk dianalisis secara bersama. Kaitkan kes ini dengan perkara baru yang akan diajar. Nyatakan kepentingan tajuk dan tunjukkan kaitan atau penggunaanya dalam konteks sebenar atau kehidupan seharian. Analogi untuk menunjukkan persamaan perkara yang akan dipelajari dengan perkara yang sedia diketahui oleh pelajar. Persembahkan kerangka isi pelajaran yang menunjukkan kaitan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada semasa dan yang akan dipelajari. Kerangka boleh dipersembahkan menggunakan gambar rajah contohnya peta minda,carta organisasi atau carta alir. Beri fakta sejarah berkaitan isi pelajaran yang akan dipelajari. Ini boleh menimbulkan penghargaan terhadap perkembangan ilmu dan juga tokoh.

2. KEMAHIRAN PENERANGAN
DEFINISI PENERANGAN Satu kemahiran untuk menceritakan, menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang lain. MATLAMAT KOMPONEN PENERANGAN

Menaakul - Penerangan sebab musabab, punca berlakunya sesuatu dan membuat ramalan atau kemungkinan Menghuraikan proses - Menghuraikan proses, peraturan, undang-undang dan prosedur Menjelaskan maklumat - Memudahkan murid faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan ringkas dan padat.

TEKNIK MEMBERI PENERANGAN a) MERANCANG- Kenalpasti kumpulan sasaran, bahan bantu mengajar,pilih kaedah mengajar yang sesuai dan susun idea dengan baik. b) MENEPATI SASARAN- Kebolehan, kemampuan usia dan pengalaman. Bahan bantu mengajar perlu menepati kumpulan murid. PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG 1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. 2. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat.Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. 3. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru,kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit. 4. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. 5. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna 6. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan. 7. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham

8. Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 1. Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna. 2. Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih jelas. 3. Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. 4. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka. 5.Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran yang lain kepada pelajar.

3. KEMAHIRAN PENYOALAN

Hampir semua kativiti pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik penyoalan, samada peringkat permulaan, perkembangan atau penutup. Di peringkat permulaan penyoalaan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengetahuan lepas berkaitan dengan pelajaran yang akan dipelajari. Di peringkat perkembangan penyoalan digunakan bagi mencungkil fikiran murid untuk membantu merekamengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

Di peringkat penutup penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objekif pelajaran.

OBJEKTIF PENYOALAN

Menguji pengetahuan dan lefahaman murid. Merangsang dan mencungkil fikiran murid. Membiming murid menggunakan kaedah bagi membuat kesimpulan atau menyelesaikan masalah. Menarik perhatian murid terhadap aktivit pengajaran guru atau kepada sesuatu penekanan. Menilai keberkesanan npengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Membantu mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian/ peperiksaan. Menjalin hubungan yang baik di antara guru dengan murid. Membantu murid memperkukuhkan konsep dan kefahaman.

ARAS-ARAS PENYOALAN Soalan soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti penhajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya Taxonomu of education objektif membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan. PENGETAHUAN Soalan-soalan diperingkat berujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti,hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan, terangkan, sipa, apa, mana, bila dan senaraikan. KEFAHAMAN Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon memahami, menterjemah dan menginterprestasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan oalah terangkan, tuliskan , jelaskan, mengapa, huraikan dan lain-lain. APLIKASI Soalan-soalan di peringkat bertujuan kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. Perkataan perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carukan, kirakan, gunakan, huraikan dan lain-lain. ANALISIS Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, analisis, cerkinkan

(membahagikan-bahagikan), asingkan, bahagikan dan sebagainya. SINTESIS Soalan-soalan di peringkat ini berutujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencatumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain. PENILAIAN Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, menmberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan lain-lain. Perkataan yang biasa digunakan speerti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.

4. KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Variasi ransangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajran dan pembelajaran, masa tumpuan perhatian pelajar adakah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti pengajran guru tidak dipelbagai. Kemahiran variasi ransangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar serta mempelbagaikan kaedah dan taknik mengajar.Prinsip-Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan Untuk menggunakan kemahiran variasi rangsangan dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah -langkah penyampaian di antara satu sama lain. Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagaikan pengalihan saluran deria haruslah dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan Setiap langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza dan langkah penyampaian yang lain. Sekiranya masa penyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi lima minit, corak aktiviti pengajran haruslah dipelbagaikan.

Guru harus mengubah ransangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN 1. Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan minat mereka terhadapaktiviti pengajaran guru. 2. Melibatkan pelajar secara aktif dalam pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengalaman belajar mereka. 3. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai -bagai saluran deria mereka untuk mengikuti pelajaran dan memperolehi ilmu pengetahuan. 4. Memotivasikan pelajar serta membangkitkan naluri ingin tahu melaluipelbagai aktiviti pengajaran guru. 5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti pengajaran yangdijalankan. 6. Mewujudkn suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok Kesan Penggunaan Variasi Rangsanga Ke Atas Pengajaran Dan PembelajaranApabila kemahiran variasi rangsangan digunakan dengan betul, kesan -kesan positif berikut dapat diperhatikan :1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik. 2. Minat pelajar akan timbul dan perhatian mereka akan ditumpukansepenuhnya terhadap aktiviti pengajran guru.

3. Naluri ingin tahu pelajar telah dibangkitkan dan ini akan mendorong mereka berusaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. 4. Pelajar mendapat peluang menggunakan pelbagai saluran deria untukmempelajari sesuatu. 5. Suasana pembelajaran yang positif akan diwujudkan dengan penggunaanvariasi rangsangan. 6. Apabila pelajar telah menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktivitipengajran guru, masalah disiplin dapat dikawal dengan berkesan. Komponen-KomponenKemahiran Variasi RangsanganKemahiran variasi rangsangan mengandungi enam komponen yang penting iaitu :

Perubahan pergerakan langkah guru kiri - kanan - depan - belakang Perubahan Pergerakan anggota badan - tangan - kepala - tangan - hentian Perubahan nada suara - mendatar - lantang - senyap Perubahan foKus deria - mendengar - menonton - melihat - merasa Perubahan bentuk lisan pelajar - menyoal - menjawab - bertutur - membaca bercerita - membaca Perubahan bentu fizikal pelajar - menulis - melukis - duduk - berdiri - demonstrasi berlakon

5. KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


1. Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. 2. Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambar rajah di atas papan tulis dengan baik. 3. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. 2. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. 3. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan. 4. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelasaian masalah secara sistematik. 5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid. 6. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mencatit nota dari papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS 1. Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di letakkan ditempat yang sesuai. 2. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang menarik. 3. Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas. 4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan. 5. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan. 6. Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. 7. Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS 1. Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dnegan lebih jelas dan tepat. 2. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

3. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat. 4. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. 5. Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik. 6. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.

6. KEMAHIRAN PENGELOLAAN BILIK DARJAH


PENGENALAN

Pengelolaan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan pengurusan fizikal sesebuah bilik darjah. Bilik darjah pula merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan melibatkan guru dan murid. Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan

PENDEKATAN DAN STRATEGI AUTOKRATIK (BERPUSATKAN GURU)


Interaksi sehala Dasar & amalan ditentukan sepenuhnya oleh guru Aktiviti/prosedur diumunkan pd. masa tertentu saja Guru jarang ambil bahagian dalam aktiviti. Tidak menggalakkan disiplin kendiri kerana disiplin wujud hasil arahan guru Pembelajaran membosankan & menakutkan bagi murid lemah

DEMOKRATIK (BERPUSATKAN MURID)


Interaksi dua hala Keputusan sesuatu aktiviti bergantungdaripada perbincangan murid-murid dlm. kump.

Guru membimbing & aktif membantu Murid-murid akan terus bekerja walaupun tiada guru Murid-murid rasa kemesraan & rapat Wujud kerjasama & toleransi Membina disiplin arahan diri

BERPUSATKAN SUMBER ATAU BAHAN


Memberi penekanan kepada alat-alat bantu yang digunakan bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran guru. Meningkatkan minat dan kefahaman dengan lebih mendalam. BBM yang menarik menggalakkan proses pembelajaran yang interaktif. Guru dapat menyampaikan isi pengajarn dengan bentuk yang lebih berkesan

7. KEMAHIRAN PENUTUP
Kemahiran penutup merujuk kepada penumpuan perhatian kepada penyelesaian suatu tugas yang tertentu. Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

Penutup Kognitif. Penutup Sosial.

PENUTUP KOGNITIF

Guru menyatakan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh murid-murid. Dilakukan di akhir satu sesi pelajaran, selepas sesuatu perbincangan atau sesi latihan dandiakhir satu pembelajaran. Contohnya, Guru mengajar huruf vokal kepada murid, guru mungkin berkata "sekarang kita berhenti sekejap dan kamu cuba sebutkan huruf-huruf vokal yang kitabelajar tadi."

PENUTUP SOSIAL

Bertujuan memberikan sesuatu perasaan pencapaian kepada murid-murid yang telah diajar tentang sesuatu topik. Contohnya, guru memberikan pujian dan galakan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan denganbetul. Dilaksanakan di akhir satu-satu pelajaran. PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PENUTUP

Penutup hendaklah bermakna kepada murid-murid dari segi minat, kebolehan dan umur mereka. Penutup hendaklah berkaitan dengan isi dan objektif P&P. Penutup hendaklah ada kaitan denganpengetahuan sedia ada, pengalaman muriddan konsep baru yang telah dipelajari. Penutup harus berkaitan dengan aspek satu-satu pelajaran yang telah dipelajari Penutup sepatutnya dapatmenilai keberkesanan satu-satupelajaran. Perlu mengandungi aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-murid.

OBJEKTIF PENUTUP

Membuat satu rumusan tentang pelajaran yangtelah disampaikan. Membuat perkaitan antara pengetahuan sediaada dan pengalaman murid dengan topik yangbaru. Meneguhkan satu-satu pelajaran yang barudipelajari. Menggunakan prosedur yang sesuai untukmenilai objektif P&P murid. Mengemukakan aktiviti susulan. Menimbulkan motivasi melalui kemesraan,menghairankan dan aktiviti susulaN.

KESAN KEMAHIRAN PENUTUP KE ATAS P&P - Pembelajaran menjadi lebih bermakna keranamurid-murid dapat penyelesaian kepada suatupembelajaran. - Membantu murid mengingati pelajaran yang barudipelajari. - Dapat meneguhkan suatu konsep yang barudipelajari. - Murid terdorong untuk belajar dengan tekunturutan daripada penggunaan penutup sosial.

- Guru dapat mengetahui sejauh manakah objektif P&P telah dicapai.