Anda di halaman 1dari 38

PRAGMATIK

OLEH: PUAN MAZURA BINTI SULAIMAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PENGENALAN

Hubungan semantik dan pragmati k dalam menghurai kan makna secara berpada sangat diperlukan dalam mengintepretasi makna. Semantik hanya menghurai kan makna secara literal atau pada l apisan permukaan sahaj a manakala pragmatik dapat menghurai kan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan hurai an yang lebih terperinci.

DEFINISI Pragmati k ialah bidang ilmu yang mengkaj i halhal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penul is dan pembaca. Hashim Musa & Ong Chi n Guan (1998): teori yang berkaitan dengan interpretasi ujaran. Hal ini bermakna pragmati k dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja, kata adjektif dan sebagai nya.

PERBEZAAN

PRAGMATIK DAN SEMANTIK

Semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, manakala pragmatik pula merupakan kaj ian yang mengi nterpretasikan ujaran yang melibatkan faktor yang berada di luar teks seperti konteks dan kontekstual iti. Dengan kata lain, kajian semanti k khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk l ogik, sementara pragmati k menumpukan kaj ian pada maklumat yang berada di luar linguistik yang dapat membantu pendengar mendapatkan makna sebenar sesuatu uj aran (Siti hajar Abdul Aziz, 2010).

PRAGMATIK DAN TEORI RELEVANS

Teori relevan diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson bagi mengganti kan teori Grice yang didapati mempunyai beberapa kel emahan (Nor Hashimah Jalaluddin 1992: 33).

Menurut Hashi m bin Musa dan Ong Chi n Guan dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Ilmu Makna (1998 : 91), teori Grice telah mengkaji tentang rangkaian kaj ian yang melibatkan maksim kuantiti, kualiti dan supermaksimnya dalam Grice Theory of Conversation

SAMBUNGAN Namun, kajian yang dilakukan oleh Grice tentang aspek pragmati k ini tidak lengkap dan sempurna, maka teori Grice ini telah dikritik oleh Sperber dan Wi lson. Maka muncul nya teori relevan ini. Menurutnya, konteks yang dibabitkan oleh Grice dalam pengkajian pragmatik sangat terhad sedangkan konteks amat penti ng dalam menginterprestasikan sesuatu ujaran itu.

TEORI

RELEVAN

membabi tkan pengertian atau pemahaman yang membawa kefahaman seterusnya menj ana kerelevanan sesuatu ujaran yang opti mum.

Teori relevans ini mencakupi fakta tentang pembentukan dan pemi lihan konteks serta prinsip relevan. Mengikut teori relevans (1995), semakin tinggi kesan konteks dan semaki n rendah usaha memproses maklumat maka semakin relevan sesuatu uj aran. Penutur perlu mematuhi prinsip ini manakala pendengar pul a menumpukan perhati an kepada ujaran yang relevan sahaja

Berdasarkan teori relevan ini, jika bahasa yang digunakan oleh penutur mudah di fahami oleh pendengar, diikuti usaha memproses maklumat yang rendah, maka makl umat yang di sampaikan akan mendapat perhati an.

Berdasarkan Nor Hashimah Jalaluddin (2003:45), teori relevan menekankan kepada dua aspek iaitu ciri kejelasan atau bermani festasi dan persekitaran kogni tif. Bermanisfestasi bermaksud sesuatu andai an daripada ujaran yang di hasilkan mudah ditangkap dan difahami oleh pendengar dan mempunyai banyak bukti yang melatarinya.

Komunikasi menurut Sparer dan Wi lson merupakan satu modi fikasi daripada persekitaran kogni tif pendengar. Tujuan komunikasi bukan sahaj a untuk mencipta pemikiran atau kepercayaan kepada pihak pendengar dan bukan j uga untuk memindahkan beberapa jenis maklumat kepada pendengar mal ah maklumat yang diberikan mudah diproses seterusnya mempunyai bukti yang kukuh.

Diane Blackmore di dalam Relevance: Cognition and Communication oleh Sperber, D. (1986: 67), menyokong kuat teori relevan dan menambah dalam komunikasi, makna yang hendak disampaikan tidak semestinya dihasilkan daripada makna harfiah.

Harfiah menurut kamus dewan (2007:514) ialah perkataan demi perkataan iaitu bukan terjemahan dan sebagainya yang memberi tumpuan kepada makna tersurat atau selapis yang dapat difahami secara mudah dan j elas daripada sesuatu tulisan mahupun literal.

PRINSIP UTAMA TEORI RELEVAN

Terdapat dua gagasan dal am prinsip utama teori relevan ini. Pertama ialah andaian asas dan keduanya ialah teori ini dibantu oleh tiga konsep utama. Andaian asas ialah dimana manusia berorientasikan relevan. Kebiasannya, pendengar akan menumpukan perhati an kepada maklumat yang relevan dengan di rinya.

SAMBUNGAN Teori ini juga dibantu oleh tiga konsep utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses makl umat. Maklumat yang terbai k ialah maklumat yang mempunyai kesan konteks yang ti nggi dengan sedikit usaha dalam memproses maklumat.

KONTEKS

Menurut Nor Hashi mah Jalaluddin (2003: 49) dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik, menyatakan bahawa konteks ialah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar.

Konteks tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir malah konteks juga melibatkan masa depan, hipotesis saintifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu, andaian am tentang budaya dan kepercayaan terhadap pemikiran.

Konteks bol eh dikembangkan mel alui tiga cara iaitu melihat ke arah ujaran yang terdahulu, penglihatan kepada alam persekitaran dan merujuk kepada catatan ensi klopedia bagi perkataan yang telah digunakan dalam ujaran dan konteks.

MELIHAT

KE ARAH UJARAN

Melihat ke arah ujaran yang terdahul u pada dasarnya melibatkan proses komunikasi. Proses ini melibatkan penutur buku dan pendengar atau pembaca untuk menyampai kan mesej. Kesemuanya dilakukan berdasarkan satu kesatuan atau wacana antara satu sama l ain.

PENGLIHATAN KEPADA ALAM SEKITAR

Menurut Nor Hashi mah Jalaluddin (2003:50) apa-apa sahaja yag berlaku di sekitar manusi a boleh membantu mengambangkan konteks. Berdasarkan Abdul lah Yusof, Alias Mohd Yati m dan Mohd Ra in Shaari (2009: 304), pengl ihatan kepada alam sekitar melibatkan proses komunikasi, iaitu penutur buku akan membekal kan maklumat kepada pendengar atau pembaca dalam pelbagai maklumat.

CATATAN

ENSIKLOPEDIA

merujuk kepada peri stiwa-peristiwa yang pernah dilalui oleh seseorang dal am hidupnya seterusnya di simpan di dalam memori jangka pendek apabi la tidak digunakan. Catatan ensiklopedia ini berguna untuk mengembangkan konteks, terutamanya apabi la sesuatu peri stiwa semasa

KESAN KONTEKS
Kesan konteks ialah andaian awal yang ada pada pendengar tentang makl umat yang rel evan dengan diri pendengar i tu. Sesuatu ujaran akan di anggap menjadi lebih relevan jika mempunyai lebih banyak kesan konteks. Dal am perbualan, pendengar akan menggabungkan, atau memperkuat, atau menggugurkan konteks yang di kemukakan ol eh penutur dengan andai an awal yang sedia ada untuk menghasi lkan kesan konteks.

Menurut Nor Hashi mah Jalaluddin (2003), semakin rendah kos memproses, semakin relevanlah ujaran tersebut. Manakala proses penggabungan maklumat berlaku apabila andaian awal pendengar dapat digabungkan dengan makl umat baru penutur untuk menghasi lkan kesan konteks yang dapat membantu pendengar memproses mesej penutur dengan mudah.

Latar belakang konteks (a) Ali berandaian jika tidak ada kuliah hari ini, dia akan pergi ke Kajang. Ali berjalan menuju ke dewan kuliah dan ternyata: (b) Kuliah dibatalkan Daripada andaian yang wujud dalam (a) dan maklumat baharu dalam (b), Ali dapat merumuskan beberapa maklumat lanjutan yang tidak boleh dirumuskan sama ada daripada andaian yang sedia wujud, iaitu (a) atau maklumat baharu (b) untuk merumuskan (c), iaitu:

(c) Ali akan ke Kaj ang. Maklumat (c) adalah hasil penggabungan maklumat andaian (a) dengan makl umat baharu (b). Penguatan maklumat melibatkan proses yang berfokus kepada pi hak pendengar dan pembaca. Proses ini berlaku apabila andaian awal pendengar dapat di kuatkan dengan makl umat baru yang diberikan oleh penutur atau buku.

USAHA MEMPROSES MAKLUMAT


Dalam menginterprestasikan ujaran, selain kesan konteks dan konteks yang melatari perbualan, usaha memproses maklumat juga harus dititikberatkan. Usaha memproses ini merujuk kepada usaha memproses maklumat oleh pendengar. Lebih sedikit masa yang di gunakan maka lebih relevan sesuatu makl umat itu.

Mengikut definisi relevan, semakin rendah usaha memproses maklumat, maka semaki n relevanlah ujaran tersebut. Maka jika semakin tinggi usaha memproses maklumat, maka semaki n tidak relevanlah ujaran tersebut.

Contoh usaha memproses adalah seperti berikut: (a) Saya tinggal di Kajang. (b) Saya tinggal di Taman Sri Jelok.

Ujaran (a) lebih mudah diproses jika dibandingkan dengan ujaran (b). Pendengar akan lebih biasa dengan nama Kaj ang jika dibandingkan dengan nama Taman Sri Jelok. Jika penutur memberi kan maklumat seperti yang terdapat dal am (b), dan pendengar kebetulan bukan orang Kaj ang, sudah pasti nama taman tersebut agak sukar diproses berbanding ujaran (a).

KONSEP TAMBAHAN

Di sebalik tiga gagasan utama yang dibincangkan diatas, terdapatnya sub gagasan yang lain yang turut menyumbang ke arah memberikan maklumat yang baik dan tepat. Menurut Hor Hashi mah Jalaluddin (2003), sub gagasan tersebut ialah pengayaan (enrichment), pemilihan ruj ukan (reference assignments) dan penyahtasaan (disambiguation) maklumat.

CONTOH Latar belakang konteks: A(i) : Dahi Asmah berdarah. Berl iau terpaksa diberikan rawatan di hospital. B : Adakah di sebabkan terj atuh, dipukul atau ditolak? Maka, A(ii) : Beliau terjatuh ketika menuruni tangga.

Maklumat A(ii) adalah maklumat tambahan yang diberikan oleh penutur kepada pendengar B berdasarkan makl umat A(i) bertujuan mengukuhkan maklumat A(i). Perkara i ni penting agar ujaran yang dimaksudkan ol eh A adalah perkara yang sama difahami oleh B

LATAR BELAKANG KONTEKS:


Ikan dapat dikenali melalui ciri-ciri berikut: Hidup di dalam air. Mempunyai sisik yang berlendir. Mempunyai sirip untuk bergerak.

Bernafas mel alui insang. Membiak secara bertel ur.

Berdasarkan konteks di atas, penutur tel ah memberikan pemilihan rujukan yang tepat kepada pendengar bagi mengenali ciri-ciri haiwan seperti ikan. Manakala penyahtasaan pul a merujuk kepada proses membuang makl umat-maklumat yang bertentangan. Maka, penutur perl u memastikan ujarannya tidak mengandungi unsur-unsur yang kabur

CONTOH
Latar belakang konteks: (a) Polis membuat andaian rumah itu terbakar disebabkan oleh lilin.

Apabila disiasat, didapati: (b) Bukan disebabkan oleh lilin tetapi litar pintas.

Di sini telah berlaku proses penyahtasaan apabila pendengar akan menyingkirkan sebarang maklumat yang tidak berkenaan dengan ujaran yang dibincangkan.

KESIMPULAN
Dalam teori relevan, terdapat dua gagasan utama mendukung teori ini. Pertama ialah andaian asas yang membantu menentukan kerelevanan sesuatu ujaran itu. Keduanya ialah teori ini dibantu oleh tiga konsep utama i aitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Dalam gagasan konteks terdapat ti ga sub gagasan iaitu melihat ke arah ujaran yang terdahulu, penglihatan kepada alam persekitaran dan meruj uk kepada catatan ensiklopedia.

Di dalam gagasan kesan konteks pula terdapat tiga sub gagasan iaitu penggabungan maklumat, penguatan maklumat dan pengguguran maklumat. Gagasan terakhi r yang terdapat di dalam teori relevan ialah usaha memproses maklumat.

TAMAT