Anda di halaman 1dari 6

TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS

Mementingkan aspek perbezaan individu.

- iaitu cara pengajaran dan pembelajaran disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi individu.

Kefahaman tentang pengalaman peribadi individu itu diperoleh dari komunikasi dengan individu tersebut. Teori menekankan perasaan dan emosi manusia. Pengamatan seseorang tentang sesuatu adalah penting dalam pendekatan humanis. Setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan diri (bedasarkan Maslow).

Tambahan: - Setiap orang mempunyai pengalaman peribadi yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Prinsip Dalam Teori Pembelajaran Humanis Sistem pendidikan humanis memberi Kebebasan pada pelajar untuk belajar apa yang mereka kehendaki. - kecemerlangan akademik tidak dipentingkan. Tetapi yang penting ialah keinginan untuk belajar dan cara belajar. Dalam sistem ini pelajar membuat penilaian kendiri. Perasaan dan emosi pelajar adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Suasana pembelajaran mesti kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mesti berada dalam keadaan relaks dan tidak tegang semasa belajar. Guru mesti menjaga penghargaan kendiri pelajar dengan tidak memarahinya selalu. Pelajar diberi kebebasan supaya berdikari dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mesti bersifat bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri. Pelajar diberi peluang untuk meningkatkan daya cipta dan minat serta memperkembangkan potensi mereka. TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS Ciri-ciri utama teori pembelajaran Rogers. a) Memberikan pengalaman realistik setiap individu adalah fenemonogikal. - Pengalaman setiap orang hanya boleh dialami dan diketahui oleh individu itu sendiri sahaja.

b) Setiap orang mempunyai motivasi untuk mencapai kesempurnaan kendiri. - Setiap orang mempunyai naluri semulajadi untuk menjadi manusia yang sihat dan berjaya. c) Membentuk konsep kendiri yang unik. - Individu menyedari tentang konsep kendiri melalui sistem nilai dan kepercayaan diri dan orang lain. d) Tingkah laku wujud dalam konteks kenyataan realiti kendiri. - Cara yang paling baik untuk memahami seseorang ialah dengan memahami pandangannya. Komunikasi dan empati adalah penting. e) Tingkah laku seiras dengan pemikiran kendiri. - Manusia memilih tingkah laku yang tidak bercanggah dengan sistem kepercayaannya. Aplikasi prinsip2 Teori Humanis dalam bilik darjah. ! Aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. - Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan kebolehan pelajar. - Jika pelajar adalah lemah, strategi pemulihan digunakan dan jika pelajar adalah pandai,strategi pengayaan digunakan. - Guru perlu tekankan pada perasaan dan pemikiran pelajar daripada pengetahuan dan pencapaian akademik. Ini adalah kerana pelajar sudah mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi untuk belajar. Meningkatkan harga kendiri yang positif. - Tugas guru yang paling penting dalam bilik darah ialah meningkatkan konsep kendiri pelajar. - Dia perlu mengajar secara bertimbang rasa dan dengan penuh kasih sayang. - Guru mesti memastikan pelajar dapat membina konsep kendiri yang positf dengan membina suasana kelas yang bebas daripada ancaman dan ketegangan. - Guru tidak boleh mengkritik dan memarahi pelajar selalu kerana ini akan menjejaskan konsep kendiri yang positif. - Guru mesti mengiktirafkan kejayaan pelajar. ! Aspek komunikasi dalam bilik darjah

- Guru perlu mengadakan komunikasi intra-personal yang jujur dengan pelajar dalam bilik darjah, dan membina hubungan yang positif. - Guru perlu melihat kesan emosi dan kesan afektif dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. - Guru juga perlu mengemukakan soalan pemikiran divergen dalam bilik darjah untuk lebih memahami pemikiran pelajar. Penekanan ke atas motivasi instrinsik. - Dalam Pendekatan humanis, guru perlu meningkatkan motivasi instrinsik pelajar kerana pembelajaran bersifat arah kendiri. - Ini adalah kerana pelajar mesti terdorong untuk menghabiskan sendiri kurikulum yang telah ditentukan. - Oleh kerana prestasi akademik bukan kriteria yang utama, pelajar akan menentukan kadar dan matlamat pembelajaran yang tersendiri. - Jika motivasi intrinsik adalah rendah, pembelajaran ke arah kendiri tidak akan tercapai. - Oleh itu guru perlu mementingkan nilai-nilai kendiri yang positif. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TEORI PEMODELAN BANDURA Pengenalan: | Teori Bandura menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial seperti dalam tarian, pakaian, peranan jantina, keagresifan dan sebagainya. | Elemen sosial terbabit kerana pembelajaran diperoleh dengan: - melihat - meniru - dan memerhaikan tingkah laku orang lain. Ciri-Ciri Teori Pemodelan ( pemerhatian atau peniruan) Bandura: Pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Tingkah laku orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Tingkah laku itu akan ditiru jika seseorang itu memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Jika peniruan terhadap manusia (model) lain berlaku, status atau darjah model tersebut mesti tinggi. Peniruan yang mudah untuk kanak2 banyak dipelajari dengan meniru tingkah laku daripada ibubapa dan adik beradik untuk mempelajari tingkah laku yang mudah seperti menulis, menggosok gigi dan sebagainya. Cara-Cara Peniruan Peniruan secara langsung dan tidak langsung Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan tingkah laku model. Model boleh berada di depan mata atau wujud dalam khayalan individu. JENIS Peniruan Langsung Peniruan tak langsung (simbolik) HURAIAN Meniru tingkah laku yang ditonjolkan oleh model. Meniru tingkah laku watak2 dalam televisyen, buku dan filem Mewujudkan tingkah laku dengan menggabungkan tingkah laku peniruan yang berlainan. CONTOH Aminah meniru cara ibunya membuat kek. Ali meniru watak pahlawan yang diminatinya. Fifie melihat kakaknya menggunakan kerusi untuk membersihkan almari. Dia juga melihat ibunya membuka pintu dapur. Dia meniru dengan berdiri di atas kerusi dan membuka pintu dapur.

Peniruan gabungan

Peniruan Melalui Sekat Lakuan dan Peniruan Melalui Sekat Lakuan. 1) Peniruan sekat laluan M Sesuai dilakukan dalam keadaan yang tertentu. M Contoh: Ikram suka meniru cara fesyen rambut dari modelnya seorang pelakon terkenal. Tetapi dia telah mempelajari bahawa dia tidak boleh menggayakan rambut seperti itu ke sekolah kerana akan diambil tindakan disiplin. - Dalam peniruan sekat lakuan, individu akan menyekat tingkah laku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi yang tertentu. 2) Peniruan tak sekat laluan M Seseorang akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi. M Contoh : Milah menyimpan kuku panjang yang berwarna kerana mengikut pelakon kegemarannya. Oleh kerana guru disiplin belum mengambil atas perkara ini, Milah akan terus menyimpan kuku yang berwarna , walaupun dia tahu satu dia akan ditangkap.

3) Peniruan melalui Proses Elistasi M Seseorang akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut. M Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain. M Contoh : Elly melihat Leeya menolong membawa buku Cikgu Aqsa, maka Elly pun meniru tingkah laku ini dengan menolong membawa beg Cikgu Madinah. Syarat dan Proses dalam Pembelajaran Pemerhatian 1) Memberi Perhatian Menggunakan deria seperti mata, telinga dan anggota badannya. Penumpuan yang diberikan mesti tinggi supaya tingkah laku model dapat ditiru. Faktor2 yang mempengaruhi perhatian ialah: - Kecekapan model. - Faedah2 yang diperolehi daripada memerhai model. 2) Menyimpan hasil pemerhatian dalam ingatan Ciri2 positif yang dapat dilihat dalam model mesti disimpan dalam bentuk kod ingatan jangka panjang supaya ciri2 ini boleh dipanggil semula. Mengikut Bandura, kita akan menyimpan maklumat melalui bahasa dan imaginasi (visual). Bandura mengesyorkan supaya pelajar menyusun maklumat dan melatih laku yang hendak ditiru dalam otak secara mentah. - Jika pelajar ingin membuat sesuatu kemahiran gimnastik, dia perlu menyimpan maklumat urutan langkah-langkah yang terlibat secara visual. Dengan cara ini dia dapat mengingat kemahiran gimnastik dengan lebih berkesan. 3) Kemahiran Tiruan Motor

Kebolehan seseorang untuk meniru sesuatu tingkah laku itu adalah dihadkan oleh kebolehan fizikal dan kemahiran motornya. Contoh: guru yang ingin mengajar Pendidikan Jasmani boleh membuat banyak demonstrasi tetapi keupayaan pelajar untuk meniru tingkah laku dalam demonstrasi bergantung kepada kemahiran motor dan kesediaan fizikalnya. Guru perlu peka tentang faktor ini semasa melakukan demonstrasi dalam permainan. Ini adalah kerana pelajar memerlukan kemahiran motor yang secukupnya sebelum dia dapat meniru sesuatu gerak balas.

4) Mendapat kepuasan, ganjaran atau peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan. e Individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika hasil yang diperolehi adalah memuaskan dengan mendapat peneguhan positif atau ganjaran. e Tetapi jika individu ditegur atau didenda, dia mungkin tidak mahu meniru tingkah laku tersebut. e Contoh: Adeem meniru cara percakapan kurang bersopan rakan sebayanya. Apabila dia dimarahi oleh ayahnya, dia pun menghentikan tingkah laku ini.