Anda di halaman 1dari 10

Konsentrasi

Pengenalan Kemenangan atau kegagalan dalam sesuatu permainan atau pertandingan selalunya dikaitkan dengan kebolehan seseorang pemain untuk memberi konsentrasi atau perhatian yang optimum sepanjang permainan tersebut. Sekiranya pemain tersebut gagal untuk mengekalkan konsentrasinya walaupun untuk satu jangka yang singkat, kebarangkalian untuk mencapai kemenangan adalah amat sukar (Weiberg dan Gould, 1999). Kegagalan untuk mengekalkan konsentrasi untuk beberapa saat didapati berkait rapat dengan pencapaian pemain dalam pertandingan seperti golf yang dimainkan beberapa hari. Hal ini penting untuk mengekalkan konsentrasi dalam sesuatu pertandingan walaupun dalam keadaan penonton yang mengganggu, cuaca yang tidak baik dan pemikiran yang tidak mempunyai kaitan dengan permainan yang sedang dimainkan. Pemenang pingat emas acara renang dalam sukan Olimpik, Michelle Smith telah menerangkan bahawa kemenangan beliau disebabkan kebolehannya untuk mengekalkan konsentrasi sehingga terlupa untuk melihat catatan masa yang menjadi amalan biasa ramai perenang. Manakala kehilangan konsentrasi untuk beberapa saat oleh peninju Michael Moorer telah membuka peluang kepada George Foreman untuk mencapai kemenangan (Jones, 1994). Kedua-dua contoh di atas menunjukkan betapa pentingnya mengekalkan konsentrasi dalam sesuatu pertandingan atau permainan

Definisi Konsentrasi Konsentrasi boleh ditakrifkan sebagai kemampuan memberikan tumpuan (fokus) kepada petunjuk di persekitaran serta mengekalkan fokus tersebut dalam tempoh yang diperlukan. Merupakan aspek penting untuk kejayaan atau kegagalan. Menurut Weinberg dan Gould (1999), konsentrasi ialah keupayaan individu mengekalkan fokus terhadap kiu persekitaran yang relevan. Ini bermakna seseoranga atlet itu mampu memberi fokus terhadap kiu persekitaran yang relevan, mengekalkan fokus tersebut di sepanjang permainan dan sentiasa peka terhadap perubahan situasi permainan atau perlawanan. James (1890), mendapati bahawa konsentrasi ialah kebolehan untuk mengambil alih minda seseorang dalam keadaan yang tenang dan terang ke atas satu daripada banyak objek yang datang pada masa yang sama. Memberi tumpuan merupakan intipati konsentrasi kerana menekankan kepada pengunduran dari sesuatu perkara dengan tujuan untuk bersemuka secara efektif dengan perkara yang lain. Gotti (1994) pula berpendapat bahawa konsentrasi diasaskan oleh proses atau kognitif seseorang individu. Sementara itu, Cox (1998) memberikan definisi konsentrasi sebagai kemampuan individu mengalihkan tumpuan dari satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan jumlah maklumat yang difokuskan dalam tempoh masa yang tertentu. Kemahiran yang merangkumi konsentrasi merupakan salah satu ilmu daripada kemahiran psikologi yang penting dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam sukan yang diceburi. Kejayaan yang cemerlang dicapai hanya apabila ahli sukan tersebut berada dalam zon optima tenaga, iaitu tumpuan diberikan sepenuhnya kepada kemahiran yang dilakukan. Konsentrasi merupakan keupayaan menumpukan konsentrasi pada rangsangan yang dipilih pada suatu jangka masa yang tertentu. Di dalam proses melibatkan pemilihan konsentrasi yang memberikan penumpuan kepada apa yang berlaku, darjah keupayaan memberi konsentrasi dan jangka masa

untuk memberi konsentrasi seseorang atlet apabila maklumat dikesan oleh organ deria daripada persekitaran. Kebolehan mereka memilih serta menggunakan konsentrasi iaitu memilih rangsangan atau kiu yang jelas serta spesifik membolehkan individu memberikan tumpuan pada satu kiu dalam masa tertentu. Sekiranya darjah keupayaan dalam memilih konsentrasi sangat tinggi maka ini akan menghasilkan pelaksanaan perlakuan yang sangat tepat dan baik. Organ deria kita sentiasa menerima rangsangan pada setiap masa daripada persekitaran. Konsentrasi merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Konsentrasi perlu dilatih dengan tetap dan secara teratur untuk mendapatkan keberkesanannya pada tahap yang tinggi. Setiap individu mempunyai keupayaan yang berbeza semasa memfokus dan memberikan konsentrasi kepada sesuatu perkara dalam jangka masa panjang. Jurulatih dan atlet perlu merancang latihan dengan menggunakan latihan fizikal dan mental dalam program latihannya.

Hubungan Konsentrasi dengan Kejayaan dalam Sukan Konsentrasi adalah diantara faktor dominan yang menentukan kejayaan seseorang atau pasukan di dalam sukan atau pertandingan. Kenyataan ini dibuktikan oleh Garfield dan Bennet (1984), apabila mereka mengkaji komponen-komponen yang terlibat dalam pencapaian tertinggi dalam sukan serta mendapati terdapat lapan kebolehan fizikal, tiga komponen dikaitkan dengan tahap konsentrasi yang tinggi, iaitu kebolehan diserap dalam situasi sekarang tanpa menghiraukan masa lampau atau masa depan, keadaan fikiran yang relaks dengan darjah konsentrasi yang tinggi dan terkawal dan dalam keadaan kepekaan luar biasa mengenai diri sendiri dan keadaan luaran. Ada juga pengkaji yang membandingkan antara atlet yang berjaya

dengan yang tidak berjaya telah mendapati bahawa konsentrasi merupakan faktor yang sangat penting dalam penentuan jurang perbezaan antara kedua kumpulan ini (Weinberg dan Gould, 1999). Ada juga di antara pengkaji yang mendapati bahawa pencapaian yang tinggi membentuk kemahiran konsentrasi yang bersesuaian dengan sukan yang mereka ceburi. Pemerhatian ini telah membawa Gould, Eklund dan jackson (1992) merumuskan bahawa pencapaian yang optimum mempunyai satu ciri perwatakan yang dikenali sebagai konsentrasi, penumpuan, kebolehan untuk memfokus, keadaan penglibatan yang unggul, kepekaan dan penerimaan perlakuan yang perlu dilakukan.

Faktor yang mempengaruhi Konsentrasi Terdapat banyak perkara yang mempengaruhi konsentrasi seseorang atlet, namun yang sering diperkatakan ialah keresahan (Cox, 1998). Berasa cemas apabila tidak dapat beraksi dengan baik membawa kepada kehilangan konsentrasi dengan mudah. Hal ini dibuktikan dengan situasi Shaguille O Neal seorang lagenda bola keranjang Amerika Syarikat yang gagal untuk mendapatkan jaringan disebabkan gangguan konsentrasinya di mana beliau berasa resah dan cemas dan telah hilang kesabarannya. Ramai atlet beranggapan bahawa konsentrasi hanya penting dan perlu dalam pertandingan yang sebenar. Tanggapan ini adalah tidak benar kerana pengekalan konsentrasi semasa latihan adalah perlu untuk membawa kepada kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan sebenar. Kebolehan untuk berkonsentrasi semasa latihan akan dapat membantu sesuatu pasukan untuk berjaya dalam pertandingan sebenar

Sejarah Teori Konsentrasi Kajian tentang proses menumpukan perhatian dimulakan oleh E. Colin Cherry, seorang ahli psikologi Inggeris pada sekitar 1950-an (Cherry, 1953; Wann, 1997). Ilmu tentang konsentrasi dimulai dengan fenomena dalam majlis koktel dimana pada masa itu, Cherry berminat untuk mengetahui tentang kemampuan seseorang berbual dengan seorang individu yang lain dalam satu majlis walaupun terdapat ramai orang lain yang berbual dalam masa yang sama. Beliau tertarik bagaimana individu boleh menumpukan perhatian serta pemikirannya kepada rakan seperbualannya tanpa rasa terganggu oleh perbualan yang rancak di sekelilingnya. Untuk memahami fenomena ini, beliau menggunakan teknik bayangan dalam kajian di makmalnya. Dalam uji kaji ini, subjek mendengar mesej yang berbeza pada setiap telinga dan mereka dikehendaki menyebut dengan kuat (bayangan) hanya satu daripada mesej tersebut. Cherry (1953) mendapati subjek mengingati mesej yang disampaikan pada telinga yang telah ditentukan dengan jelas tetapi tidak mendengar atau memahmi mesej pada sebelah telinga lagi.

Kaedah Mengekalkan Konsentrasi seorang Ahli Sukan. 1. Memberi penumpuan kepada kiu-kiu persekitaran yang relevan. 2. Mengekalkan fokus penumpuan. 3. Kesedaran Situasi. 4. Penggunaan Self Talk 5. Penggunaan simulasi dalam latihan 6. Penggunaan Cue Words

1. Memberi tumpuan kepada kiu-kiu persekitaran yang relevan. Penumpuan selektif atau kebolehan untuk memberi fokus kepada kiu-kiu atau tanda-tanda yang relevan dalam persekitaran dengan mengabaikan kiu-kiu yang tidak relevan merupakan kaedah yang dapat digunakan untuk mengekalkan konsentrasi seseorang pemain (Weinberg dan Gould, 1999). Kaedah ini dikenali sebagai tumpuan selektif kerana seseorang pemain hanya memilih kiu-kiu yang perlu diberi perhatian daripada semua kiu yang diterimanya dalam persekitaran permainan. Contohnya, apabila seorang pemain bola keranjang ingin membuat lontaran ke arah gelung, kiu-kiu yang relevan dengan perlakuannya ialah cara melontar bola, cara bernafas, melihat ke arah bakul dan memberi fokus ke arah bakul. Manakala kiu-kiu yang tidak relevan ialah barisan pemain yang sedang menunggu bola muntah dan penyokong pihak lawan yang lantang.

2. Mengekalkan fokus penumpuan Kebolehan untuk mengekalkan fokus penumpuan dalam sesuatu permainannatau pertandingan juga merupakan antara faktor yang membantu sesorang pemain untuk mengekalkan konsentrasinya. Ramai atlet telah mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang mereka, namun tidak semua antara mereka dapat mengekalkan mutu permainan yang tinggi sepanjang jangka masa permainan mereka. Chris Evert merupakan salah seorang pemain tenis wanita yang dapat memberi penumpuan yang sangat baik dalam permainan itu. Beliau tidak mempedulikan kiu-kiu yang tidak relevan. Konsentrasi telah menjadikan beliau seorang juara dunia.

Kajian strategi kognitif yang telah dijalankan ke atas pelari marathon mendapati bahawa mereka menggunakan kombinasi strategi penumpuan berkaitan seperti memantau fungsi badan dan perasaan, kadar nadi, ketegangan otot, kadar pernafasan dan strategi penumpuan yang tidak berkaitan seperti gangguan dalam perlumbaan mereka (Silva dan Applebaum, 1989). Kajian lanjaut juga mendapati bahawa walaupun kedua-dua strategi digunakan, rentak larian yang meningkat perlu disertakan dengan strategi kognitif yang ketara (Schomer, 1986). Kesimpukannya, penumpuan yang fleksibel merupakan unsur penting di mana atlet mengubah penumpuan mereka antara fokus luaran dengan dalaman bergantung kepada peringkat larian mereka dan bagaimana mereka pada satu-satu ketika.

3. Kesedaran Situasi (Situation Awareness) Salah satu aspek yang menarik tetapi kurang difahami dalam penumpuan fokus ialah kebolehan atlet memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka (Weinberg dan Gould, 1999). Kebolehan yang dikenali sebagai menyedari situasi ini membantu atlet mengenalpasti situasi permainan lawan dan permainan itu sendiri serta membuat keptusan yang bersesuaian, selalunya dalam situasi tertekan dan kesuntukan masa. Terdapat ramai atlet yang lakuan atau aksi yang betul tepat pada masanya. Kepekaan mereka dalam gelanggang dan situasi pertandingan selalu meletakkan pada tahap tinggi daripada pemain-pemain lain. Kajian juga mendapati bahawa pemain yang mahir dapat menganalisis sesuatu situasi dengan pastas dan menggunakan kiu-kiu antisipasi dengan kerap jika dibandingkan dengan pemain yang kurang mahir. Kebolehan untuk mengenalpasti sesuatu situasi dan menjangka apa yang akan berlaku adalah satu kemahiran memberi penumpuan yang sangat baik.

4. Penggunaan Self Talk Sell Talk atau percakapan pada diri sendiri dikenalpasti sebagai antara lakuan yang dapat mengekalkan konsentrasi seseorang atlet walaupun terdapat kesan negatif pada atlet. Self Talk yang positif merupakan aset penting dalam meningkatkan serta mengekalkan konsentrasi seseorang atlet. Dengan menggunakan set kiu lisan yang spesifik, atlet dapat mengekalkan minda mereka berfokus kepada perlakuan-perlakuan yang relevan dan selalunya mempunyai komponen motivasi seperti saya dapat melakukannya atau komponen arahan seperti lihat bola. Walaupun sukar untuk memulakan sesuatu yang susah, terus kekal bermotivasi seperti Teruskan Usaha Anda membantu mengekalkan konsentrasi dan meningkatkan perlakuan dalam keadaan yang letih (Weinberg dan Gould, 1999).

5. Penggunaan Simulasi Dalam Latihan Jurulatih menggunakan simulasi dimana bunyi bising penonton dan pegawai pertandingan disalurkan semasa latihan agar atlet menjadi biasa dengan keadaan pertandingan yang sebenar. Orlick dan Partington (1988) telah mendapati bahawa

kaedah ini membantu semasa mereka terlibat dengan pasukan olahragaOlimpik Canada. Atlet dilatih beradaptasi dengan pertandingan yang sebenar sehingga kepada penggunaan pakaian sebenar yang akan dipakai pada hari pertandingan sebenar.

6. Penggunaan Cue Words Penggunaan cue words sama ada jenis arahan atau motivasi bertujuan untuk merangsang sesuatu tingkah laku yang diperlukan. Ia akan membantu atlet untuk memberi fokus kepada perlakuan yang harus dilakukan. Cue words mempunyai kepentingan semasa atlet hendak menukar corak kedudukan seperti menukar cara hayunan kayu golf dan juga semasa menghadapi situasi kecederaan otot dengan menggunakan perkataan seperti relaks dan perlahan.

Kesimpulan

Pelbagai unsur psikologi, fisiologi dan persekitaraan memainkan peranan penting dalam meningkatkan dan mengekalkan konsentrasi atlet. Perasaan atlet seperti berasa takut, cemas, tidak cukup tidur, tidak cukup latihan merupakan antara pengganggu yang sering dikenal pasti manakala kiu-kiu yang relevan dalam persekitaran pertandingan telah membantu meningkat konsentrasi atlet dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Latihan dan teknik yang bersesuaian harus digunakan dari peringkat awal untuk meningkatkan konsentrasi atlet. Mereka harus didedahkan dengan pelbagai situasi yang akan memberi cabaran kepada mereka dalam permainan yang mereka ceburi. Kekalahan yang dialami seharusnya bukanlah kerana tidak dapat mengekalkan konsentrasi, tetapi kerana kebolehan dan kepakaran lawan. Malah kosentrasi dapat diatasi sekiranya atlet bersedia dengan secukupnya, terdedah kepada situasi-situasi permainan yang genting, dapat memberi fokus serta penumpuan yang baik.

Rujukan Gouldn, D. Eklund, R.C & Jackson, S.,(1992)c. (1998) US Olympic Wrestling excellence II. Thought and affect occuring during competition. The Sport Psychologist,6. Mohd Sofian Omar (2001). Psikologi Sukan: Aplikasi Teori dan Praktikal: Utusan Publication & Distributors S Sdn Bhd. Orlick,T., & Partington,J., (1988).Mental Links to excellent. The sport Pschologist, 2, hlm.05-3 Schomer,H., (1986). Mental Strategies and the perception of effort of Marathon runners. International Journal of sports psychology, 17. Hlm.41-59 Silva, J.M., & Applebaum, M.I (1989). Association & disasociation patterns of united state Olympic marathon trial contestants. Cognitive Therapy and Research. Shaharudin Abd Aziz (2001). Mengaplikasi Psikologi Dalam Sukan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Weinberg,R.S & Gould, D. (1999). Foundation of Sport and Exercise Psycology. Edisi Ke2 Champaign IL: Human Kinetics.