Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO NAMA NO K/P KELAS : ROSMALAILI BT RAHMAT : 780906-04-5302 : PIM 4

Melalui tugasan yang saya jalankan, saya mendapati bahawa pengajaran berpandukan buku teks, perisian multimedia dan model dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai salah satu alternatif selain pengajaran tradisional iaitu chalk and talk.Penggunaan bahan-bahan tersebut di atas, dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada pelajar di samping memotivasikan mereka. Sepanjang saya menjalankan aktiviti membuat model bagi sumber

pengajaran..antara cabaran-cabaran yang saya lalui adalah sesi menggunting bahan.Untuk menghasilkan model yang tahan lama dan berkualiti, saya mengambil inisiatif menggunakan kotak kasut yang tebal.Kotak yang tebal memerlukan banyak tenaga semasa menggunting, tetapi saya tidak berputus asa dan sangat seronok kerana dapat menghasilkan 11 objek keras ( patung lidi ) untuk tajuk susunan saff solat berjemaah. Semasa pengajaran makro dijalankan, saya telah mengaplikasikan pengajaran bersumberkan buku teks, power point dan model.Hasil pengajaran dan

pembelajaran tersebut, saya dapati pelajar seronok dengan kaedah penerangan menggunakan model.Pelajar mengangguk-anggukkan kepala semasa penerangan dijalankan dan ini menunjukkan bahawa pelajar berminat dan faham dengan sesi pengajaran tersebut.Dengan ini, timbul kesedaran dalam diri saya bahawa saya akan mempelbagaikan lagi sumber pengajaran di masa akan datang agar keberkesanan ilmu dapat dicapai dengan sebaik mungkin. Semoga segala usaha dan niat saya untuk menjadi guru yang kreatif, kritis dan berkebolehan dalam pelbagai bidang di pandang mulia serta di berkati Allah SWT.Sekian.