Anda di halaman 1dari 14

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

1.7 PIRAMID PENDUDUK graf bar yang menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk serta menggambarkan ciri - ciri kependudukan dan sosioekonomi seperti kadar kelahiran, kematian dan pertumbuhan penduduk semula jadi, komposisi jantina (lelaki dan perempuan), jangka hayat penduduk, nisbah tanggungan, tahap pembangunan ekonomi, taraf sosial (kesihatan dan pendidikan) dan tiga kumpulan umur yang dikaji berdasarkan sesebuah piramid iaitu kumpulan umur muda ( 0 - 14 tahun tidak produktif, masih sekolah), penduduk dewasa ( 15 64 tahun, produktif, bekerja) dan penduduk tua ( 64 tahun ke atas, tidak produktif, bersara ) A. PIRAMID PENDUDUK PROGRESIF.

Tapak besar /lebar bilangan penduduk muda ramai akibat kegagalan amalan perancangan keluarga, kahwin awal, keperluan tenaga buruh manusia, peningkatan kemudahan kesihatan, kadar kelahiran tinggi. Cerun melengkung/cengkung kematian tinggi di semua peringkat umur. Puncak tirus/kecil warga tua kurang, jangka hayat pendek. Negara baru membangun Afrika, India, Malaysia, Filipina, Indonesia, Pakistan

Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau tirus dan dasar atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung. Setiap elemen terhadap bentuk piramid ini mewakili ciri-ciri kependudukan yang tertentu.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Antara ciri-ciri kependudukan yang utama bagi sesebuah piramid progresif 1. Tapak piramid yang lebar menunjukkan bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian bayi yang rendah. Keadaan ini banyak berlaku di negara-negara sedang membangun yang sedang mengalami peningkatan taraf kesihatan, kegagalan amalan perancangan keluarga, kahwin awal, keperluan tenaga buruh manusia dll 2. Puncak yang sempit/tirus. Jangka hayat penduduk rendah berlaku kerana kadar kematian golongan tua adalah tinggi. Secara purata jangka hayat penduduk di negara sedang membangun pada masa kini ialah di sekitar 65 tahun. Sebab utama jangka hayat penduduk rendah kerana kurangnya kemudahan perubatan dan kepakaran untuk merawat penyakit. Penjagaan kesihatan seperti pemakanan seimbang, penjagaan kebersihan persekitaran dan diri masih di tahap rendah. 3. Nisbah tanggungan. Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang cekung. Bilangan golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi adalah sedikit berbanding dengan golongan muda yang terpaksa ditanggung. Saiz keluarga besar menyebabkan taraf hidup rendah (Pendapatan per kapita rendah). Namun penduduk muda yang ramai merupakan aset untuk tenaga buruh pada masa akan datang. 4. Komposisi umur/ jantina golongan muda tinggi relatif golongan muda dan dewasa, nisbah tanggungan tinggi. Khususnya di usia persekolahan (perlu perbelanjaan yang tinggi). Pendapatan per kapita penduduk dan taraf hidup adalah rendah. Ciri-ciri jantina hampir seimbang antara lelaki dan perempuan. Jangka hayat tinggi kerana taraf kesihatan meningkat, pemakanan & gaya hidup sihat. 5. Tahap sosioekonomi yang rendah. Kebergantungan kepada sektor ekonomi primer iaitu pertanian intensif buruh. Kebergantungan kepada teknologi tradisional sperti cangkul, haiwan dan tenaga manusia. Pembangunan sumber alam amat perlahan. Sumber yang banyak hanya tersimpan sebagai stok 6. Tahap pembangunan sosial yang rendah. Kesan daripada tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah. Namun sesetengah negara mencatatkan peningkatan seperti negara-negara Asia Tenggara sperti Brunei, Indonesia dan Malaysia. Pembangunan sektor ekonomi moden mula berkembang di Malaysia, Thailand. Pembangunan sosial mula meningkat di Malaysia, Indonesia dan Filipina. 7. Kadar pertumbuhan penduduk tinggi Kadar kelahiran melebihi Kadar kematian. Piramid penduduk progresif. Negara-negara Asia Tenggara.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

B. PIRAMID PENDUDUK REGRESIF/ PERALIHAN

Tapak kecil kadar kelahiran rendah. Cerun cembung golongan produktif ramai ( golongan dewasa). Puncak lebar warga tua ramai, jangka hayat tinggi. Negara maju Sweden[lebih stabil], Perancis, Denmark, USA, UK, Jerman dan Singapura. Piramid Perantaraan. Kelahiran sederhana. Penduduk dewasa > remaja. Kurang kematian semua peringkat umur. Jangka hayat tinggi.

Saiz tapak piramid yang sempit dan puncaknya yang agak tirus menunjukkan kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah. Faktor-faktor penyebab bentuk piramid peralihan: 1. Faktor status quo 2. Perkahwinan pada usia lewat atau lambat 3. Keberkesanan program perancangan keluarga 4. Penglibatan wanita dalam kerjaya berprofil tinggi 5. Dasar atau polisi saiz keluarga kecil yang dijalankan oleh kerajaan 6. Kecenderungan setiap keluarga untuk memiliki jumlah anak yang sedikit, iaitu antara satu atau dua orang sahaja.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Puncak piramid yang lebar pula menunjukkan bahawa jangka hayat penduduk adalah tinggi. Dianggarkan purata jangka hayat penduduk di negara-negara maju ialah 80 tahun ke atas. Di Britain misalnya, kira - kira 3% hingga 5% daripada jumlah penduduknya mencapai usia 80 tahun ke atas. Purata jangka hayat yang tinggi di negara-negara maju dikaitkan dengan pelbagai faktor berikut: Amalan pemakanan yang seimbang, sihat, dan berzat yang diamalkan oleh penduduk semenjak di usia muda Kesedaran yang tinggi kepada amalan hidup sihat dan kualiti penjagaan kesihatan sepanjang hayat Kejayaan dalam bidang perubatan yang berupaya mengawal pelbagai penyakit merbahaya yang menyerang golongan tua. Antara ciri-ciri kependudukan yang utama bagi sesebuah piramid progresif 1. Saiz tapak piramid yang sempit menunjukkan bilangan penduduk muda yang sedikit hasil daripada kadar kelahiran yang rendah dan kadar kematian bayi yang rendah. Keadaan ini berlaku di negara-negara maju yang mementingkan status quo, gaya hidup masyarakat moden (kosmopolitan), kahwin lewat, wanita berkerjaya yang berprofil tinggi, dasar kerajaan (Mengecilkan saiz keluarga), Saiz keluarga kecil. Kos sara hidup tinggi, teknologi perubatan yang canggih dan lain-lain. 2. Puncak lebar. Jangka hayat penduduk tinggi kerana kadar kematian golongan tua adalah rendah. Secara purata jangka hayat penduduk di negara maju pada masa kini melebihi 80 tahun. Sebab utama jangka hayat penduduk tinggi kerana kemudahan perubatan yang moden dan canggih merawat penyakit kronik seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit barah, kencing manis, hepatitis B dll, Penjagaan kesihatan seperti amalan pemakanan seimbang, kesedaran kepada gaya hidup sihat dan berkualiti, penjagaan kebersihan persekitaran dan diri masih di tahap tinggi. 3. Nisbah tanggungan rendah. Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang cembung. Bilangan golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi adalah banyak berbanding dengan golongan muda yang terpaksa ditanggung. Taraf hidup tinggi serta pendapatan per kapita tinggi. Kadar pengangguran rendah. Tetapi, peningkatan perbelanjaan kerajaan terhadap pembayaran pencen, pembinaan rumah kebajikan orang tua, menanggung kos perubatan dsb. 4. Tahap sosioekonomi yang tinggi. Perkembangan pesat sektor ekonomi moden yang intensif modal. Penggunaan jentera ataupun mesin dalam proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Semua sumber dapat dijana dengan sepenuhnya ekoran tahap teknologi yang tinggi. Taraf hidup penduduk tinggi.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

5. Tahap pembangunan sosial yang tinggi. Kesan daripada tahap kesihatan dan pendidikan yang tinggi. Kadar celik huruf tinggi seperti Negara Finland. Jangka hayat tinggi. 6. Kadar pertumbuhan penduduk rendah Kadar kelahiran kurang ataupun hampir sama dengan Kadar kematian. Piramid penduduk Regresif. Negara-negara maju. C. PIRAMID PENDUDUK TERGANGGU

Boleh berlaku ke atas mana-mana piramid sama ada progresif, regresif, atau stabil yang menyebabkan perubahan yang ketara ke atas struktur umur dan jantina penduduk. Gangguan terjadi akibat peperangan, masalah kebuluran, wabak penyakit, bencana alam, atau kesan polisi kerajaan seperti dasar saiz keluarga kecil. Contohnya piramid penduduk negara Rusia pada tahun 1992 berbentuk genting di tengah kerana dipengaruhi oleh bilangan kelahiran bayi yang amat kurang ketika perang dunia kedua (1941-1945). Kadar kelahiran yang rendah pada zaman perang tersebut menyebabkan penduduk yang berumur antara 45 hingga 49 tahun pada tahun 1992 menyusut dengan ketara. Selain itu, bilangan penduduk lelaki yang tua juga adalah sedikit berbanding dengan golongan perempuan yang tua kerana ramai lelaki yang mati akibat peperangan dunia kedua tersebut.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Pada masa kini pula, negara Bostwana dilanda wabak AIDS yang serius yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi di kalangan penduduk dewasanya (berumur 40-an) . Keadaan ini pasti akan mempengaruhi bentuk piramid negara Bostwana.

D. Piramid Mantap/ Stabil - Piramid yang berbentuk tegak/hampir tegak seperti Jepun, Sweden

Ciri ciri 1. Kadar kelahiran dan kematian rendah 2. Telah mencapai penduduk optimum 3. Pembangunan sosio-ekonomi yang mantap 4. Ekonomi sektor perindustrian dan perkhidmatan 5. Tahap pembangunan sosial tinggi kadar pembandaran tinggi 1. Tapak piramid masih lebar tetapi tidak selebar piramid bentuk progresif . Peratus penduduk muda berumur di bawah 15 tahun masih tinggi. Ini menunjukkan kadar kelahiran yang tinggi. Bagaimanapun, kadar kematian bayi adalah rendah. Keadaan ini membuktikan taraf penjagaan kesihatan, sama ada di kalangan bayi atau orang dewasa, yang bertambah baik. Pada tahap ini, walaupun ada usaha mengawal kadar kelahiran tetapi kesannya masih belum nyata. 2. Puncak yang tidak begitu tajam pula menggambarkan peratus orang tua yang masih hidup bertambah ramai. Jangka hayat juga bertambah melebihi 65 tahun.
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Keadaan ini juga menggambarkan tahap kesihatan penduduk telah semakin baik. Kemajuan R & D dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi membolehkan penemuan ubat-ubatan dan vaksin baharu yang mengawal pelbagai penyakit berbahaya. Amalan pemakanan yang seimbang dan amalan hidup sihat meningkatkan jangka hayat 3. Dinding cerun sisi yang hampir lurus menunjukkan nisbah penduduk dewasa, orang tua dan kanak-kanak yang lebih seimbang. Peratus, penduduk dewasa yang boleh diserap ke dalam tenaga kerja adalah ramai. Ini menunjukkan kadar kematian yang rendah di kalangan penduduk dewasa. 4. Pembangunan ekonomi mantap dan berkembang maju . Sektor perindustrian dan perkhidmatan mendominasi sepenuhya pembangunan ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk tinggi dan kadar pengangguran sangat rendah. Pembangunan sumber alam dilakukan secara optimum atau dijana sepenuhnya dengan tahap teknologi yang tinggi 5. Tahap pembangunan sosial tinggi. Masyarakat di negara-negara ini berilmu, bermaklumat dan mempunyai taraf pendidikan dan kemahiran yang tinggi. Tenaga professional yang berkemahiran tinggi bukan sahaja digunakan dalam negara malah dieskport ke negara sedang membangun. Kadar pembangunan pembandaran yang dialami amat tinggi dan dibangunkan dengan sepenuhnya. Di sesetengah negara seperti Jepun wujudnya kawasan yang dikenali sebagai megalopolis. Bezakankan Ciri-Ciri Demografi Antara Malaysia Dengan Singapura Pada Tahun 2010. Bentuk Piramid Tahun 2010 Malaysia = Progresif Singapura = Regresif Perbezaan Ciri Demografi: 1. Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian Malaysia 2010 - Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah . Dibuktikan dengan saiz tapak piramid yang lebar. Kelompok 0 - 9 tahun paling ramai. Dikaitkan dengan taraf kesihatan yang bertambah baik mengawal penyakit di kalangan bayi dan ibu yang mengandung, program perancangan keluarga masih kurang berkesan, amalan perkahwinan di usia muda masih berlaku. Kemudahan kesihatan/bilangan doktor dan perubatan yang baik. Kadar mortaliti rendah dan kelahiran hidup tinggi. Dasar 70 juta penduduk menjelang tahun 2100.
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Singapura 2010 - Kadar kelahiran dan kadar kematian rendah . Tapak piramid kecil golongan muda sedikit. Dikaitkan dengan kesan dasar saiz keluarga kecil era 1970-an. Tahap pendidikan tinggi, keberkesanan program perancangan keluarga, gaya hidup masyarakat moden (kosmopolitan), kahwin lewat, wanita berkerjaya, Saiz keluarga kecil. Kos sara hidup tinggi, teknologi perubatan yang canggih dan lain-lain. 2. Jangka Hayat/Penuaaan penduduk. Malaysia 2010 - Jangka hayat masih rendah berbanding Singapura terutama golongan lelaki. Walaupun berlaku proses penuaan penduduk (ageing population) tetapi kadarnya masih perlahan. Dikaitkan dengan kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga tua, kemudahan rawatan untuk golongan tua masih terhad berbanding Singapura. Amalan pemakanan kurang seimbang terutamanya di kalangan lelaki, gaya hidup tidak sihat seperti budaya merokok dll yang mengurangkan jangka hayat. Singapura 2010 - Jangka hayat yang tinggi terutamanya perempuan. Golongan tua yang melebihi 70 tahun adalah ramai /mengalami proses penuaan penduduk. Dikaitkan dengan peningkatan taraf kesihatan/ kemajuan dalam bidang perubatan dapat mengawal penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, penyakit barah dll, Kesedaran tinggi dalam amalan penjagaan kesihatan, gaya hidup sihat serta pemakanan/ diet yang seimbang di kalangan penduduk. 3. Nisbah Tanggungan Malaysia 2010 Nisbah tanggungan tinggi - Kumpulan umur di bawah tanggungan (0 -19 tahun) masih lagi tinggi berbanding dengan kumpulan umur dewasa yang produktif (20 hingga 59 tahun). Kumpulan umur di bawah tanggungan sebahagian besarnya berada di alam persekolahan. Namun begitu nisbah tanggungan ini tidaklah terlalu besar dan masih boleh ditanggung oleh kumpulan dewasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kualiti hidup penduduk khususnya daripada segi pendapatan perkapita. Keperluan asas kehidupan adalah tinggi Singapura 2010 - Nisbah tanggungan rendah - golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi adalah lebih ramai berbanding dengan golongan muda. Tetapi nisbah tanggungan menjadi tinggi apabila golongan tua bertambah (melebihi 60 tahun) - seperti kos rawatan, penjagaan, hak istimewa warga emas dll. Keperluan asas kehidupan adalah rendah. 4. Ciri Jantina dan Struktur Umur
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Malaysia 2010 - Secara keseluruhannya jumlah penduduk lelaki dengan perempuan hampir seimbang di peringkat umur muda dan dewasa. Tetapi kumpulan umur tua (60 tahun dan ke atas) wanita lebih ramai berbanding lelaki. Kadar kematian lelaki lebih tinggi apabila mencecah umur tua. Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan penduduk lelaki lebih rendah berbanding wanita. Golongan muda lebih tinggi berbanding dengan golongan dewasa berpunca daripada kadar kelahiran yang tinggi. Golongan tua semakin bertambah. Singapura 2010 - Pada keseluruhannya jumlah penduduk perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Di peringkat umur muda menunjukkan keseimbangan antara lelaki dan perempuan. Tetapi di peringkat umur dewasa (25 tahun dan ke atas) serta umur tua, golongan wanita lebih ramai berbanding lelaki. Proses penuaan penduduk perempuan lebih tinggi berbanding lelaki. Golongan dewasa lebih tinggi berbanding dengan golongan muda kerana kadar kelahiran yang rendah. Golongan tua semakin bertambah. Proses penuaan berlaku. Huraikan kesan negatif terhadap sosioekonomi negara Malaysia dan Singapura yang memiliki piramid penduduk pada masa kini. 1. Kadar pengangguran berlaku. Malaysia. Aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan sumber alam yang ada. Peluang pekerjaan yang disediakan tidak sepadan dengan jumlah penduduk. Ini akan menyebabkan pengangguran. Singapura. Keperluan tenaga buruh telah menggalakkan kemasukan migran menyebabkan persaingan peluang pekerjaan dengan pekerja tempatan. Tawaran gajian yang lebih rendah oleh migran menyebabkan pengangguran berlaku dalam kalangan pekerja tempatan. 2. Sumber makanan. Malaysia. Bekalan sumber makanan seperti sumber pertanian, perikanan, penternakan tidak sepadan dengan aras penduduk akan menyebabkan berlakunya kebuluran Singapura. Pengeluaran sumber makanan yang berlebihan menyebabkan pembaziran sumber makanan. 3. Kemiskinan dan kemunduran
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Malaysia. Pendapatan perkapita yang rendah, kuasa beli akan turun dan menyebabkan pendapatan negara rendah, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah Singapura. Para imigran yang datang dari negara jiran telah membentuk golongan miskin di negara ini dan pengaliran wang keluar apabila mereka menghantar balik wang ke negara asalnya.

4. Taraf pendidikan/kesihatan Malaysia. Kadar celik huruf semakin meningkat tetapi golongan professional masih kurang. Taraf kesihatan bertambah baik tetapi penularan wabak penyakit masih ada di kawasan pedalaman. Singapura. Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan peningkatan kadar jenayah dan pembawa pelbagai wabak penyakit dan budaya yang negatif 5. Bebanan kerajaan sangat tinggi. Malaysia. Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai. Di samping itu keperluan peruntukan yang khusus untuk menampung kebajikan warga tua yang semakin bertambah seperti rumahrumah kebajikan, perubatan percuma, faedah persaraan dan sebagainya. Singapura. Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai. Proses penuaan berlaku dan keperluan menyebabkan kemudahan perubatan, jaminan keselamatan, pemberian pencen.

Pada pendapat anda, nilaikan negara yang mana satu anda pilih lebih bermanfaat kepada pembangunan negara dan cadangkan 1 langkah yang boleh kerajaan ambil untuk penyelesaian masalah kependudukan utama negara tersebut. Fakta Masalah Huraian (Malaysia) Mengawal kadar Singapura Menggalakkan Markah 2

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Kependudukan lebihan penduduk Kurangan penduduk (Singapura)

kelahiran

kadar kelahiran

Pilih 1 negara (1 markah) 1 masalah kependudukan dan penyelesaian masalah kependudukan [2 markah] Jelaskan Kesan Buruk Terhadap Sosioekonomi Negara - Negara Yang Memiliki Piramid Penduduk Seperti Negara X Masalah Lebihan Penduduk 1. Kadar pengangguran yang tinggi aras penduduk tidak boleh ditampung dengan kemampuan sumber alam yang ada/ peluang pekerjaan yang disediakan tidak sepadan dengan jumlah penduduk. Ini akan menyebabkan pengangguran. 2. Masalah kekurangan makanan- Bekalan sumber makanan seperti sumber pertanian, perikanan, penternakan tidak sepadan dengan aras penduduk dalam tempoh tertentu menyebabkan fenomena kebuluran 3. Kemiskinan dan kemunduran/Lingkaran kemiskinan -Pendapatan perkapita yang rendah, kuasa beli dan tabungan yang rendah menyebabkan kemunduran/taraf hidup penduduk yang rendah 4. Taraf sosial yang rendah - Taraf Pendidikan yang rendah menyebabkan kadar buta hurut/ buta ICT yang tinggi/ Taraf kesihatan yang rendah Penularan wabak penyakit dan kadar kematian tinggi terutamanya di kawasan pedalaman 5. Bebanan kerajaan sangat besar - Peruntukan kerajaan terpaksa diberikan kepada kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung jumlah penduduk yang ramai. 6. Kualiti hidup yang rendah - pemiiikan barangan dan perkhidmatan berkualiti terhad, masalah perumahan, pencemaran alam sekitar yang menjejaskan kesihatan penduduk dll

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

Bandingkan Ciri Bentuk Piramid Progresif Dengan Bentuk Piramid Regresif. 1. Tapak piramid Progresif - Tapak lebar menunjukkan kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian kurang. Sebab: Berkahwin awal, kegagalan perancangan keluarga, dasar kerajaan dll Regresif - Tapak sempit menunjukkan kadar kelahiran rendah. Sebab:Dasar kerajaan, berkahwin lewat, wanita berkerjaya dll 2. Puncak Piramid Progresif - Puncak sempit/tirus menggambarkan jangka hayat rendah/ kadar kematian meningkat. Sebab: Teknologi perubatan rendah, pendidikan rendah Regresif - Puncak yang lebar menunjukkan jangka hayat penduduk tinggi. Sebab: Amalan pemakanan seimbang, taraf pendidikan tinggi, gaya hidup sihat, peningkatan teknologi perubatan 3. Cerun piramid Progresif - Cerun cekung menggambarkan bilangan penduduk dewasa dan penduduk muda tidak seimbang. Beban tanggungan tinggi untuk menanggung golongan muda yang ramai. Keperluan asas tinggi. Regresif - Cerun cembung menunjukkan penduduk dewasa yang produktif ramai berbanding penduduk muda dan tua yang terpaksa ditanggung 4. Struktur umur dan jantina Progresif - Struktur umur dan jantina tidak seimbang. Penduduk lelaki lebih ramai daripada penduduk wanita Regresif - Struktur umur dan jantina penduduk lelaki dan wanita hampir seimbang 5. Contoh negara Progresif - Negara membangun seperti Brazil, Negara Asia, Afrika dan India Regresif - Negara maju seperti Perancis, Denmark, England dan Amerika Syarikat Jelaskan Hubungan Antara Bentuk Piramid Progresif Dengan Tahap Pembangunan Di Sesebuah Negara
Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

1. Negara yang mempunyai bentuk piramid progresif ialah negara sedang membangun. Contoh, Brazil, India, Malaysia. 2. Tapak piramid yang lebar menunjukkan kadar kelahiran tinggi menunjukkan bebanan kerajaan sangat besar kerana terpaksa menyediakan kemudahan asas seperti pendidikan, kesihatan, jaringan perhubungan dll untuk menampung penduduk muda yang ramai. 3. Puncak yang sempit menunjukkan kadar kematian penduduk tua yang tinggi disebabkan teknologi perubatan rendah mengurangkan jangka hayat penduduk. 4. Cerun cekung menunjukkan kumpulan dewasa sedikit untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara menyebabkan kemampuan meneroka sumber terhad. Pendapatan perkapita rendah dan kadar kemiskinan meningkat. 5. Bekalan sumber alam tidak mencukupi untuk menampung penduduk muda yang ramai menyebabkan fenomena kebuluran, kemiskinan dan taraf hidup rendah. Jelaskan Masalah Sosio Ekonomi Yang Dihadapi Oleh Negara Membangun Akibat ciri demografi sedemikian. 1. Pembangunan ekonomi masih lemah/mundur. Ekoran daripada ketidakseimbangan antara golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi yang sedikit berbanding golongan muda yang tidak produktif yang ramai (nisbah tanggungan tinggi). Misalnya di Brazil mempunyai lebih daripada 60% penduduknya yang terpaksa ditanggung, di Pakistan pula hanya 35% sahaja penduduknya terdiri daripada golongan dewasa yang aktif daripada segi ekonomi. 2. Penduduk masih terbelenggu dengan kemiskinan yang tinggi. Sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sukar berkembang dengan pesat. Lebih daripada 60% ekonomi negara sedang membangun masih dikuasai oleh sektor pertanian yang berintensif buruh. 3. Pendapatan perkapita penduduk yang rendah . Pendapatan kecil terpaksa dibahagikan dengan saiz keluarga yang besar (nisbah tanggungan tinggi). Ini akan merendahkan taraf hidup penduduk 4. Pasaran domestik yang lemah. Pasaran domestik yang lemah akibat kuasa beli penduduk yang rendah. 5. Perbelanjaan untuk keperluan asas menjadi besar. Penyediaan kemudahan kesihatan, pendidikan, kemudahan perumahan, perhubungan, pengangkutan dan

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013

TEMA 1 PENDUDUK PIRAMID PENDUDUK

sebagainya bagai menampung keperluan asasi penduduk muda yang ramai sedangkan kemampuan kewangan negara sedang membangun adalah terhad. 6. Kadar pengganguran tinggi. Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian agak terhad. Sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatan masih lemah perkembangannya. 7. Masalah sosial. Kadar buta huruf yang tinggi, taraf kesihatan yang rendah yang menyebabkan mudah merebaknya penyakit berbahaya seperti taun, denggi, malaria, AIDS, SARS dan lain-lain yang boleh membawa maut. Selain itu masalah peningkatan gejala sosial seperti jenayah, penyalahgunaan dadah dan lain-lain juga adalah tinggi.

Disediakan oleh Liong Sing Chan, SMKJO, 2013