Anda di halaman 1dari 16

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah saya, Nurul Suhaida Binti Samad dan sahabat saya, Nur Syamimi Binti Hanapi menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En. Fahrurrazi Bin Mahyun kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar mengenai cara mengukur, menanda, memotong serta memberi panduan dan bantuan mengenai cara menggunakan alatan tangan dan mesin kepada kami sepanjang menjalankan tugasan projek kayu ini.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat tugasan projek kayu ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman membuat projek kayu ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kami. Sekian Terima Kasih.

Pendahuluan
Bagi melengkapkan tugasan mengenai projek kayu ini, saya dan rakan saya akan menyediakan laporan hasil kerja amali bagi projek ini. Kami telah mengambil masa selama lima minggu untuk menyiapkan tugasan untuk projek kayu ini. Kami telah dibimbing oleh En. Fahrurrazi dalam pelbagai aspek seperti cara menggunakan mesin dan sebagainya. Kami juga telah dikenalkan dengan pelbagai jenis tanggam kayu oleh beliau. Dalam melaksanakan tugasan ini kami harus memilih jenis kayu yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan utama projek kayu kami. Kami telah menggunakan tiga jenis kayu yang berbeza untuk dijadikan sebagai sisi kotak, bingkai dan tapak serta penutup kotak. Bagi proses mencantum, kami telah diarahkan oleh pensyarah kami agar menggunakan dua jenis tanggam kayu iaitu tanggam temu dan tanggam lekap siku. Penggunan tanggam pada pencantuman kayu adalah sangat bagus kerana ianya akan menjadikan pencantuman itu lebih kukuh. Untuk menjadikan projek kayu kami lebih sempurna kami telah melakukan kemasan pada projek kayu kami. Kertas las dan syelek merupakan bahan utama dalam proses kemasan kami. Oleh itu, untuk menghasilkan projek kayu yang sempurna kita seharusnya melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan teliti dan berhati-hati, Ukur biar berkali-kali potong hanya sekali

Pengenalan

Tugasan projek kayu kami merupakan tugasan yang sangat mudah iaitu menghasilkan sebuah kotak yang diberi nama sebagai Kotak Alatan. Kotak ini merupakan kotak serbaguna yang bersaiz satu setengah kaki. Kotak ini boleh dijadikan sebagai kotak meletak pakaian lama, kasut yang tidak digunakan ataupun buku-buku terpakai dan sebagainya. Kotak ini juga mempunyai kelebihan dan keburukannya. Antara kebaikannya adalah kotak ini boleh dikategorikan selamat kerana kotak ini mempunyai bingkai yang membuatkan kotak ini sukar terbuka dengan sendirinya. Manakala keburukannya pula adalah kotak ini mempunyai berat yang menyukarkan kita membawanya kemana-mana. Walau apa pun kelebihan dan keburukannya kotak ini, kami sebagai pencipta kotak ini tetap akan berpuas hati dengan hasil kerja kami kerana kami telah bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kotak ini.

Peralatan

MESIN PELELAS MUDAH ALIH (SANDER) Mesin ini berfungsi untuk meratakan dan melicinkan permukaan kayu sebelum melakukan proses kemasan.

RAGUM MEJA Fungsi utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa kerja mengergaji, mengetam kayu, mengerudi dan sebagainya.

MESIN KETAM (PLANNER) Fungsi mesin ini adalah menghaluskan permukaan satu demi satu sisi kayu.

MITER SAW Fungsi miter saw ialah membelah atau memotong kayu yang bersaiz kecil.

PAKU Fungsi paku ialah untuk mengukuhkan cantuman kepingan kayu dengan kayu ataupun kepingan logam dengan kayu

MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK Fungsi mesin ini ialah memudahkan kerja-kerja membuat lubang dan pemasangan skru.

SESIKU SERONG Fungsi sesiku serong ialah untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi serong.

MESIN PENCANAI Fungsi mesin ini ialah untuk mencanai hujung mata pemotong yang sudah tumpul seperti pahat, gerudi serta meratakan sesuatu permukaan.

MESIN RADIAL ARM SAW Mesin ini berfungsi untuk memotong kepingan kayu yang mempunyai pelbagai saiz.

1. STAPLES GUN ANGIN KOMPRESOR Alat ini digunakan dalam proses mencantum kepingan kayu. 2. APIT G Fungsi apit G ialah mengepit kayu semasa proses mengglukan dua kepingan kayu serta memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat dan sebangainya. 3. SESIKU L Fungsi sesiku L ialah untuk menguji sudut 90 serta menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.

4. APIT RENCONG Fungsi apit rencong ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan. 5. TOLOK PENANDA Fungsi tolok penanda ialah untuk menandai ukuran tebal atau lebar kayu. 6. PITA UKUR

Fungsi pita ukur ialah untuk mengukur panjang sesuatu benda.

7. TUKUL KAYU fungsi tukul kayu ialah untuk memaku paku 8. KIKIR PARUT Fungsi kikir parut ialah untuk meratakan dan membentuk lengkuk pada penjuru kayu 9. PAHAT PERAUT Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk. 10. APIT PANJANG Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

Prosedur kerja

Pada minggu pertama

o Proses memilih kayu o Proses mengukur dan menanda o Proses memotong

Pada minggu pertama saya dah rakan saya telah pergi ke stor kayu untuk memilih kayu yang sesuai untuk membuat sebuah kotak. Setelah memilih kayu yang sesuai, kayu tersebut di bawa masuk ke dalam bengkel untuk melakukan proses seterusnya.

Proses seterusnya ialah proses mengukur dan menanda. Kayu tersebut diukur dengan menggunakan pita pengukur mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan ditanda menggunakan pensel bagi memudahkan melaksanakan proses seterusnya iaitu proses pemotongan.

Kami telah menggunakan mesin radial arm saw untuk memotong kayu pada bahagian sisi kotak, tapak kotak serta penutup kotak. Seterusnya kami menggunakan mitre saw untuk memotong kayu yang mempunyai saiz yang kecil iaitu kayu pada bahagian bingkai yang akan dipaku di bahagian penutup kotak. Selesai proses memotong kami telah menggunakan sander untuk melicinkan permukaan kayu.

Pada minggu kedua o Proses membuat tanggam o Proses pencantuman Pada minggu kedua kami telah menuruskan tugasan kami dengan membuat tanggam pada kayu agar pencantuman yang kami akan lakukan menjadi lebih kukuh. Kami telah menggunakan tanggam temu untuk mencantumkan bahagian sisi kotak. Manakala bagi bahagian bingkai kami telah menggunakan tanggam lekap siku. Proses membuat tanggam ini sangat mudah. Antara alat yang di perlukan untuk membuat tanggam ialah tolok penanda, pita ukur dan pensel. Tolok penanda digunakan untuk menanda ketebelan kayu. Pita ukur pulak digunakan untuk mengukur separuh daripada ketebalan kayu yang ingin dipotong. Setelah itu pensel digunakan untuk melorek bahagian separuh kayu yang ingin dipotong. Untuk membuat pemotongan pada tanggam kami telah menggunakan mesin radial arm saw dan pahat tepi serong. Pahat tepi serong digunakan untuk membersihkan lebihan kayu yang tertinggal. Proses seterusnya ialah proses mencantum. Sebelum kami membuat cantuman yang lebih kukuh, kami membuat cantuman mengguna glu kayu terlebih dahulu. Sementara menunggu glu tersebut kering dalam masa 30 minit, kami telah menggunakan sesiku L untuk memastikan sudut setiap kayu itu sama. Setelah glu kayu tersebut kering kami telah mengguna kan air gun untuk membuat pencantuman yang lebih kukuh pada setiap sudut tanggam tersebut.

Pada minggu ketiga o Proses mencantumkan tapak kotak dengan sisi kotak o Proses mencantumkan bingkai pada penutup kotak

Proses mencantumkan tapak kotak dengan sisi kotak adalah proses yang sangat mudah. Sebelum kami membuat pencantuman menggunakan paku, kami telah menggunakan apit G untuk mengapit bahagian tapak dan sisi kotak agar ianya tak bergerak ketika hendak memaku. Saiz paku yang kami guna adalah bersaiz sederhana

Seterusnya proses mencantumkan bingkai pada penutup. Sebelum melakukan proses ini, kami telah mengunakan alat gerudi untuk membuat lubang bagi memasang tombol pada penutup kotak. Setelah itu, bingkai ini berfungsi untuk mengetatkan bahagian penutup. Proses ini memerlukan ketelitian untuk memastikan kedudukan bingkai tuh berada ditengah-tengah bahagian penutup kotak. Sekiranya kedudukan bingkai itu tidak dicantum dengan sempurna maka ianya akan menggangu proses yang seterusnya.

pada minggu keempat o proses memasang engsel o proses memasang skru pada minggu ini kami akan memasang engsel pada penutup kotak dengan sisi kotak. Kami telah menggunakan engsel panjang kerana engsel ini lebih mudah. Untuk memotong engsel panjang tersebut kami telah menggunakan gergaji besi. Setelah memotong engsel panjang dengan ukuran yang sesuai kami meletakkan engsel tersebut pada sisi dan penutup kotak untuk menanda bahagian yang perlu dibuat lubang untuk memasang skru. Bagi membuat lubang untuk memasang skru kami telah menggunakan tukul kuku kambing serta paku. Paku tersebut tidak perlu dibenamkankan terlalu dalam. Setelah selesai membuat lubang kami telah memasang skru dengan menggunakan pemutar skru. Sebelum melakukan proses ynga terakhir kami telah menggunakan mesin sander sekali lagi untuk melicinkan permukaan kayu supaya proses seterusnya berjalan dengan lancar.

Pada minggu kelima o Proses kemasan Pada minggu terakhir ini kami telah melakukan proses kemasan. Sebelum menyapu syelek, kami telah menggunakan tepung penyumbat untuk menutup kecacatan pada kayu. Apabila tepung penyumbat tersebut telah kering kami telah menggunakan kertas las untuk melicinkan kawasan tersebut. Setelah selesai dengan proses tersebut kami telah bekerjasama menyapu syelek pada permukaan kayu dengan satu lapisan terlebih dahulu. Apabila telah kering kami sekali lagi mengguna kan kertas las untuk menggosok permukaan kayu tersebut agar kelihatan cantik. Selesai proses menggosok permukaan kayu sekali lagi kami menyapu syelek agar kelihatan lebih berkilat dan bersinar.

Kesimpulan
Setelah menyiapkan tugasan projek kayu ini, kami telah mendapat pelbagai pengalaman seperti menggunakan mesin-mesin yang berkuasa tinggi. Kami turut dapat mengenal nama-nama alatan tangan dan mesin beserta fungsinya. Pengalaman seperti ini amat berguna untuk masa depan kerana dengan adanya cara asas menggunakan mesin-mesin tersebut kita akan lebih arif menggunakannya pada suatu hari nanti.

Di samping itu, kami juga lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugasan ini. Buktinya kami telah mnggunakan alatan tangan mahupun mesin-mesin dengan sangat berhati-hati sehingga tiada berlaku sebarang kemalangan besar ataupun kecil. Kami juga telah dapat menyiapkan tugasan ni dalam masa lima minggu.

Kesimpulanya, tugasan projek kayu ini bukan sahaja dapat memberikan pengalaman kepada kami tetapi ianya turut dapat meningkatkan disipin diri daripada segi menepati masa, sentiasa berhati-hati dan sebagainya. Oleh itu, kami berharap agar tugasan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kami dari pelbagai aspek.

Isi kandungan

BUTIRAN
PENGHARGAAN PENDAHULUAN PENGENALAN PERALATAN PROSEDUR HASIL KERJA KESIMPULAN

MUKA SURAT

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM


LAPORAN HASIL KERJA AMALI

Nama / No Matrik

: Nurul Suhaida Binti Samad (06DKA13F1040) : Nur Syamimi Binti Hanapi (06DKA13F1032)

Tarikh Mula

: 1 Julai 2013

Tarikh Akhir

: 29 Julai 2013

Nama Pensyarah

: Encik Fahrurrazi Bin Mahyun

Tarikh Hantar

: 14 Ogos 2013