Anda di halaman 1dari 23

PENDAHULUAN. Pengajian Fiqh merupakan satu bidang yang amat luas dan bersifat fleksibel.

Seseorang ahli Fiqh perlu mahir dalam pelbagai bidang agar dapat mengeluarkan sesuatu hukum yang tepat dan benar. Usul fiqh menurut bahasa adalah suatu ilmu yang membahas tentang hukum-hukum syariah tentang suatu perbuatan dari suatu dalil-dalil yang terperinci. Ilmu usul fiqh dari segi istilah pula adalah ilmu tentang kaedah-kaedah dan pembahasanpembahasan yang merupakan cara untuk menemukan hukum-hukum syarak yang amaliyah dari dalil-dalilnya secara terpe, rinci atau kumpulan-kumpulan kaedah dan pembahasan yang merupakan cara untuk menemukan (mengambil) hukum syarak yang amaliyah dalil-dalilnya secara terperinci. Menurut Abdul Wahab Khallab tujuan mempelajari usul fiqh adalah: . Ertinya:Tujuan pembahasan usul fiqh ialah dalil-dalil syarak yang umum yang akan menetapkan hukum-hukum yang umum. Terdapat 5 kaedah fiqh yang perlu difahami dalam bidang ini. kelima-lima kaedah tersebut ialah; a. Kaedah 1 : Setiap perkara mengikut niatnya. b. Kaedah 2 : Yakin tidak dihilangkan dengan syak. c. Kaedah 3 : Kesukaran mengandungi kemudahan. d. Kaedah 4 : Kemudharatan harus dihilangkan. e. Kaedah 5 : Adat itu boleh dijadikan hukum. BAHAGIAN A ; LIMA KAEDAH FIQH.

KAEDAH 1 : SEGALA URUSAN BERDASARKAN NIAT 1. Segala perbuatan dinilai dan bergantung kepada niat seseorang. Sumber asal kaedah : a. Al-Bayyinah : 5 `Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid

b. Ali Imran : 145 `Dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu. c. Hadis Umar al-Khattab : `Sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambilkira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. d. Hadis Abu Hurairah : `Manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya. e. Hadis Abu Musa al-Asy`ari : Niat seseorang muslim lebih baik dari amalannya. f. Hadis Uqbah bin Husayn : `Sesungguhnya Allah memasukkan 3 orang ke dalam syurga kerana satu anak panah. Amalan yang dilakukan mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya. Ulama fiqh bersepakat menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram. Peristiwa Rukanah menceraikan isteri dengan lafaz al-Battata bermaksud : putus. Hadis Riwayat Yazid bin Rukanah : `Sesungguhnya beliau telah menceraikan isterinya dengan lafaz al-Battata, iaitu putus. Dia pergi menemui Rasulullah saw dan bertanyakan masalah tersebut dengan berkata : Aku tidak inginkan begitu, katanya lagi : Aku maksudkan satu talak sahaja. Rasulullah saw bertanya : Demi Allah! Engkau maksudkan satu? Rukanah menjawab : Demi Allah! Aku maksudkan hanya satu. Beliau berkata : Baginda mengembalikan isterinya. Bidang Kaedah a. Ibadat Wuduk, mandi wajib dan sunat, khuf, tayammum, solat, puasa, iktikaf, haji, umrah. b. Akad dan Kontrak Hukum berkaitan akad dan keluarga seperti pinjaman, jaminan, pindahan hutang, pelupusan hutang, pembatalan jualbeli, perwakilan, ikrar, rujuk, talak dll. c. Qisas Membezakan antara perbuatan pembunuhan sengaja, separuh sengaja dan tidak sengaja. d. Segala amalan Taqarrub
2

Niat mendekatkan diri kepada Allah seperti menyebarkan ilmu, mengajar, fatwa, menulis, menghukum, menegakkan kebenaran, berkaitan dengan kehakiman dan tugasnya. e. Segala amalan harus bertujuan ibadat contohnya makan, minum, bekerja dan mencari nafkah, berkahwin serta hubungan keluarga juga menjaga diri daripada zina dan maksiat. Fungsi disyariatkan niat. a. Membezakan ibadat dengan adat. Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan. Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban. b. Membezakan ibadat dengan ibadat lain. Ibadat fardhu atau sunat. Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat. Kedudukan Niat dalam ibadat sama ada berada pada status rukun atau syarat a. majoriti ulama mazhab al-syafie : rukun daripada ibadat alasan : ia berada atau terletak dalam ibadat. Sedangkan syarat itu hendaklah berada atau seharusnya ada sebelum menunaikan ibadat, serta wajib ada syarat tersebut selagi perkara itu berlangsung. b. Ibn al-Sabbagh dan Qadi Abu al-Tayyib : niat adalah syarat, bukan rukun Alasan : jika tidak dikatakan syarat sudah tentu perlu kepada niat yang lain pula dan tidak memadai satu niat tersebut sahaja, iaitu perlu kepada niat yang dikatakan rukun tersebut. KAEDAH 2 : KEYAKINAN TIDAK DIHILANGKAN DENGAN KERAGUAN Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan yakin. Sumber asal kaedah a. `Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan dengan sebabnya : Apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya.Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan

Janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium bau b. `Apabila seseorang kamu ragu2 ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya : 3 atau 4? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Waham a. Yakin Al-Jawhari : suatu ilmu dan lenyapnya syak Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara Abu al-Baqa : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil. b. Ghalabah al-Zann Al-Allamah : penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan Setengah ulama : berada pada tingkat yang sama dengan yakin harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah zan ketika tidak ada yaqin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti. c. Zann Al-Hamawiy : seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat ditarjihkan salah satu antara keduanya Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zan. harus dibina hukum dan diterima. d. Syak Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara contohnya keraguan tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat tidak diterima dalam hukum fiqh.
4

e. Waham Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan meleset atau salah Tidak diterima dalam hukum fiqh 4. Jenis syak a. keraguan yang lahir daripada atau sumber haram b. keraguan yang terbentuk daripada asal atau dasar yang harus c. keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, sama ada haram atau harus Kategori Hukum Asal dan Zahir (A) `Berlaku pertentangan antara asal dengan zahir a. Asal lebih kukuh secara pasti b. Zahir lebih kukuh secara pasti c. Asal lebih kukuh menurut pendapat yang lebih tepat d. Zahirnya lebih kukuh daripada asal (B) `Berlaku pertentangan di antara dua asal a. seseorang yang meragui sedikit atau banyaknya darah kutu yang terkena pada pakaian sembahyangnya. Imam al-Haramain, ada dua kemungkinan : asalnya terhindar dari najis dan asalnya juga najis dan darah seperti itu dimaafkan. (C) `Berlaku pertentangan di antara dua zahir a. seseorang wanita mengikrarkan berlaku perkahwinan dan ikrar tersebut dibenarkan oleh orang yang diikrarkan qaul jadid Imam Syafie : ikrar wanita diterima. Kerana zahirnya ia menunjukkan kebenaran antara pembuat ikrar dan orang yang diikrarkan saling membenarkan atau mengakui qaul qadim Imam Syafie : andainya pembuat pengakuan dan orang yang diakui menetap dalam satu daerah, hendaklah dibawa saksi. Kerana zahirnya ia bertentangan dengan zahir yang lain iaitu 2 orang yang tinggal dalam satu daerah sememangnya telah mengetahui keadaan diri masing2 serta mudah bagi keduanya membawa saksi, KAEDAH 3 : KESUKARAN DIIRINGI KEMUDAHAN.
5

Sumber Asal Kaedah a. `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran (Baqarah : 185) b. `Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan Maidah : 6) c. `...dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama (Al-Hajj : 78) d. Hadis Anas bin Malik : `Permudahkanlah dan janganlah menyukarkan e. Hadis Abu Hurairah : `Sesungguhnya agama (Islam) ini mudah Menurut Subhi Mahmassani, Kesukaran boleh menjadi sebab diberikan kemudahan dan wasilah kepada keringanan, dan lazimnya diberi kelonggaran pada ketika berhadapan dengan keadaan yang menyulitkan. Apabila terdapat sesuatu kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya. Terbentuk hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam. Hal ini berlaku agar syariat Islam dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saat dan ketika seseorang terjebak dengan kesempitan dan kesukaran. Hadis Anas : `Apabila Rasulullah SAW bermusafir pada jarak tiga batu atau farsakh, Baginda bersembahyang dua rakaat Peringkat Masyaqqah. a. Masyaqqah yang sangat berat. Masyaqqah yang ditakuti mengancam nyawa, anggota badan atau manfaatnya. Masyaqqah ini wajib diberi keringanan dan kelonggaran kepada manusia kerana memelihara nyawa dan anggota badan bagi membangunkan kepentingan dunia dan akhirat lebih utama daripada mendedahkannya kepada kerosakan atau kemudaratan disebabkan ibadat. Contoh, tidak ada jalan lain mengerjakan haji melainkan melalui jalan laut sahaja, sedangkan kebiasaannya tidak selamat untuk sampai ke Mekah, maka dalam keadaan ini tidak wajib haji. b. Masyaqqah yang sangat ringan. Misalnya, sedikit kesakitan di jari tangan atau kaki, sedikit pening atau berasak-asakan (dalam haji atau jihad fizikal). Maka sakit2 kecil seperti ini tidak akan mempengaruhi hukum dan tidak perlu diambil kisah kerana menghasilkan kepentingan2 ibadat itu lebih aula dari
6

(Al-

menolak masyaqqah seperti ini yang kebiasaannya orang tidak ambil peduli. Apatah lagi kepentingan ibadat dan kemuliaannya hendaklah diutamakan, di samping kecilnya masyaqqah ini. c. Masyaqqah yang sederhana. Jika masyaqqah ini hampir kepada masyaqqah yang pertama, maka mesti diberikan keringanan. Manakala jika ia hampir kepada masyaqqah yang kedua, tidaklah diberi keringanan. Kesemua ini bergantung kepada zan atau perhitungan seseorang mukallaf itu. Rukhsah dalam Ibadat. a. Rukhsah yang disyariatkan dalam Islam merupakan suatu bukti yang jelas bahawa Islam berpegang kepada samahah (berbaik hati) dan yusr (mudah) dalam menuntut perlaksanaan hukum Syarak. b. Rukhsah dalam Bahasa Arab bermaksud `memudah dan menyenangkan. Menurut Ulama Fiqh diertikan sebagai hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah berdasarkan kepada keuzuran-keuzuran manusia demi menjaga kepentingan dan hajat mereka, di samping kekal sebab yang mewajibkan hukum asal. Sebab-Sebab Rukhsah. a. Musafir yang diharuskan. qasar sembahyang menyapu khuf lebih dari sehari semalam berbuka puasa sembahyang jamak b. Sakit. Tayammum ketika sukar menggunakan air atau menggunakan air boleh memudaratkan. Solat fardhu sambil duduk atau berbaring atau terlentang atau isyarat atau dengan hati berdasarkan kemampuan. Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita dengan tujuan rawatan. Diharuskan meninggalkan solat Jumaat Diharuskan meninggalkan puasa dan menggantikan apabila sembuh atau meninggalkan sepenuhnya bagi mereka yang tua dan uzur serta membayar fidyah Tidak makruh minta tolong orang menjiruskan air ke atasnya ketika mandi atau membasuh anggota wuduk
7

Mewakilkan menunaikan haji dan melontar jamrah. c. Paksaan (terpaksa atau dipaksa) Mengancam nyawa dan harta bendanya Kelaparan yang mengancam nyawa diharuskan makan benda haram Dipaksa mensyirikkan Allah tetapi hatinya masih tetap beriman `Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman (An-Nahl : 106) d. Terlupa Tidak batal puasa mereka yang makan dalam keadaan terlupa Hadis : `Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di mana ia makan atau minum, hendaklah ia menyempurnakan puasanya itu Tidak berdosa mereka yang terlupa solat sehingga keluar waktunya Terlupa menunaikan zakat, haji, kaffarat `Tidak dikira bersalah 3 golongan : Orang yang tidur sehingga ia terjaga, kanak2 sehingga ia bermimpi dan orang gila hingga ia berakal e. Kejahilan Seseorang yang bercakap ketika sembahyang kerana ia bodoh, sembahyangnya tidak batal Hukum yang tidak diketahui melainkan oleh ulama sahaja adalah dimaafkan bagi orang awam Hukum yang umum diketahui oleh orang awam dengan mudah atau yang sepatutnya diketahui oleh setiap orang Islam, kejahilan tidak dimaafkan, seperti riba. f. Kesulitan serta umum al-balwa (kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan) Dimaafkan sembahyang orang yang berpenyakit sentiasa keluar air kecil atau istihadah Harus beristinjak dengan batu Segala najis yang sukar dihilangkan adalah dimaafkan seperti tahi burung merpati yang tinggal dalam masjid Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah bisul dan penyakit cacar Najis yang tidak dilihat oleh penglihatan mata seperti belalang Menyentuh mashaf al-Quran bagi kanak2 sedang belajar dengan berhadas
8

Membuang air besar atau air kecil dengan mengadap atau membelakangi kiblat dalam tandas Harus menyapu khuf ketika bermukim kerana sukar mencabutnya pada setiap kali berwuduk tetapi wajib dicabut ketika mandi wajib kerana tidak kerap seperti wuduk Harus memakai sutera bagi lelaki kerana berpenyakit atau sebab sakit serta untuk tujuan peperangan Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh Disyariatkan khiyar selama 3 hari g. Kekurangan Kanak-kanak dan orang gila tidak dibebankan dengan taklif Kaum wanita tidak diwajibkan solat Jumaat atas dasar kekurangan sifat-sifat tertentu dan mereka tidak diwajibkan berperang dan tidak dikenakan jizyah Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera Taklif syarak atau tanggungjawab terhadap kaum wanita lebih ringan berbanding kaum lelaki Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap hamba berbanding orang merdeka Keringanan Syarak a. Digugurkan Digugurkan tuntutan solat Jumaat, puasa, haji, jihad dengan sebab keuzuran Digugurkan kewajipan berpuasa kepada orang tua dan haji kepada orang yang lemah Digugurkan menyertai jihad sebab uzur b. Dikurangkan Qasar (dipendekkan) solat empat rakaat kepada dua rakaat ketika musafir c. Digantikan Digantikan wuduk dan mandi dengan tayammum Solat berdiri dengan duduk atau berbaring atau isyarat Digantikan puasa dengan membayar fidyah bagi yang tidak berdaya d. Didahulukan Solat jamak taqdim Mendahulukan keluar zakat sebelum tiba haul
9

Zakat fitrah sebelum raya Kaffarat sumpah sebelum melanggar sumpah e. Diakhirkan Solat jamak takhir Menangguhkan puasa ramadhan kerana musafir atau sakit Menangguhkan solat demi menyelamatkan orang lemas atau kebakaran f. Dimaafkan Solat orang beristinjak dengan batu atau seumpamanya sedangkan najis masih ada Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air Diharuskan makan benda najis atau makanan haram kerana terdesak g. Diubahkan atau perubahan Menukar dan mengubah kedudukan serta cara mendirikan solat ketika dalam ketakutan dan menghadapi musuh c. `Kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-tegahan Harus makan benda haram dalam keadaan sangat lapar untuk menyelamat jiwa daripada mati kebuluran. Doktor harus melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan rawatan Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak, walaupun terpaksa membunuhnya Harus mengambil harta benda orang yang berhutang yang enggan membayar hutangnya. KAEDAH 4 : KEMUDHARATAN HARUS DIHILANGKAN. Erti kaedah ini adalah suatu kerusakan atau kemudharatan itu harus dihilangkan. Dengan kata lain kaedah ini menunjukkan bahawa melakukan kerusakan itu tidak dibolehkan dalam agama Islam. Adapun yang berkaitan dengan ketetentuan Allah, sehingga kerusakan itu menimpa seseorang kedudukannya menjadi lain, adalah dianggap sebagai keimanan terhadap qadha dan qadar Allah SWT. Ia berlaku kerana segala sesuatu menjadi boleh bagi Allah SWT. Sumber kaedah. Kaedah ini disimpulkan dari beberapa ayat dan hadits yang diantaranya sebagai berikut: Ertinya:
10

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan (di muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Q.S. Al-Qashash: 77) Firman Allah SWT, dalam surat Al-Baqarah ayat 231: Ertinya: Janganlah kamu merujuk mereka untuk memberi kemudharatan. (Q.S. Al-Baqarah: 231) Firman Allah SWT, dalam surat An-Nisa 4:12 Ertinya: Sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudahnya dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat. (Q.S. An-Nisa: 12) Hadits yang diriwayatkan Imam Malik Ertinya: Tidak boleh memudharatkan dan dimudharatkan, sesiapa memudharatkan maka Allah SWT, akan memudharatkannya, dan siapa saja yang menyusahkan, maka Allah akan menyusahkannya. (HR. Imam Malik) Hadits yang meriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: Ertinya: Sesiapa yang dan memudharatkan yang (orang lain), (orang maka lain), Allah maka akan Allah memudharatkannya, Contoh-contoh: 1. Seseorang diharuskan mengambil rumput milik orang lain tanpa izinnya untuk memberikan makanan binatangnya yang dalam keadaan kelaparan, tetapi tidak dibolehkan mengambilnya lagi untuk dijual kepada orang lain yang memiliki binatang yang dalam keadaan yang sama. 2. Seorang doktor lelaki harus mengubati anggota badan seorang wanita yang sakit dan tidak dibolehkan meneliti anggota lain yang tidak perlu diubati. KAEDAH 5 : ADAT ITU BOLEH DIJADIKAN HUKUM. Kaedah Adat itu boleh dijadikan hukum adalah berdasarkan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang bermaksud: sesiapa menyusahkan

menyusahkannya. (HR. Bukhari dan Muslim)

11

Apa yang dinilai oleh kaum muslimin sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan apa yang dinilai buruk oleh kaum muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah. Bukhari). Perkara yang paling penting dalam memahami adat serta uruf yang diiktiraf di sisi para ulama adalah ia perlu bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis. Jika ia bertentangan dengan kedua-dua sumber utama berkenaan, maka ia tertolak. Sebagai contoh, keadaan masyarakat di sebuah tempat yang menerima riba sebagai suatu kebiasaan dalam urusniaga. Apabila memberikan pinjaman, mereka akan meminta bayaran yang lebih dan ia diterima oleh masyarakat berkenaan. Ia tidak dianggap zalim dan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut bebas melakukan riba. Adat ini tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Demikian juga apabila masyarakat telah menganggap tarian yang mendedahkan aurat sebagai seni dan adat yang perlu dikekalkan. Adat seumpama ini juga tidak boleh dijadikan hukum kerana jelas bertentangan dengan syariah. Adat yang boleh diambil kira sebagai hukum juga hendaklah menepati maslahah iaitu ia membuka ruang kebaikan dan menolak kemudaratan. Maslahah ini hendaklah meliputi kesemua umat Islam bukan hanya berkaitan individu-individu tertentu sahaja. Pertimbangan para ulama berkenaan dengan masa, orang dan suasana juga dikenali sebagai fiqh waqi'. Beberapa hukum yang pernah diputuskan oleh cendekiawan yang pakar dalam syariah mempunyai kaitan dengan adat dan uruf sebagai pertimbangan hukum. Antaranya, hukum berkaitan had umur baligh, penentuan masa haid dan sebagainya. Pernah suatu ketika Nabi SAW ditanya oleh Zaid bin Khalid berkenaan dengan hukum menangkap unta-unta yang terbiar. Nabi menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Apa kaitan kamu dengannya. Biarkannya, kerana ia boleh menjaga diri dan mencari minumannya. Ia akan meminum air dan memakan pepohon yang ada sehinggalah ia dijumpai semula oleh tuannya (riwayat Muslim)." Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Nabi melarang menangkap unta yang tersesat. Hukum ini masih dipraktiskan pada zaman Nabi, Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Apabila tiba zaman Uthman bin Affan sebagai khalifah, pandangan beliau agak berlainan dengan apa yang disabdakan oleh Nabi. Pada zaman tersebut, Uthman mengarahkan supaya unta-unta yang terbiar ditangkap dan dijual. Hasil
12

(Riwayat

jualan unta tersebut kemudiannya disimpan sehinggalah dituntut oleh tuan punya unta tersebut. Pada zaman Ali bin Abi Talib pula, beliau mengarahkan supaya unta-unta tersebut ditangkap dan dipelihara di sebuah tempat khas sehinggalah dituntut oleh tuannya. KESIMPULAN. Hukum fiqh bersifat semasa. Pendekatan yang berbeza itu dilaksanakan dengan mengambil kira suasana dan adat masyarakat. Pada zaman Nabi, masyarakat lebih amanah dan bertanggungjawab sedangkan pada zaman Uthman dan Ali, masyarakat semakin meninggalkan agama mereka. Ini menunjukkan bahawa kefahaman tentang suasana semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam proses ijtihad dan mengeluarkan fatwa. Terdapat beberapa lagi contoh aplikasi ijtihad yang mengambil kira adat pada zaman para sahabat r.a seperti hukum talak tiga dengan satu lafaz. Ibnu Abbas r.a meriwayatkan sebuah Hadis yang bermaksud: Talak (dengan lafaz tiga talak sekali gus) pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar dan dua tahun pemerintahan Umar hanyalah satu. (riwayat Muslim). Ini bermakna, pada zaman Umar r.a telah berlaku perubahan di mana lafaz talak tiga sekali gus akan dikira sebagai talak tiga. Ini kerana, Umar berpandangan bahawa keadaan masyarakat dan adat setempat telah berubah. Masyarakat pada waktu itu suka bermain-main dengan talak di mana ada di kalangan mereka melafazkan talak sewenangwenangnya. Jadi, beliau perlu mengetatkan peraturan dan hukuman untuk mendisiplinkan para suami agar tidak menjadikan wanita sebagai mangsa untuk dipermainkan. Kesimpulannya, hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh adalah bersifat semasa dan mengambil kira adat sesuatu masyarakat sebagai pertimbangan. Ini berlainan dengan perkara yang berkaitan akidah yang bersifat tetap dan tidak berubah. Sifat hukum fiqh yang murunah (fleksibel) ini menyebabkan syariah Islam relevan untuk semua tempat, masa dan keadaan. Justeru, tiada alasan untuk kita meninggalkan hukum-hakam dalam meneruskan kehidupan di mana jua kita berada.

13

BAHAGIAN B; ISU TERKINI DAN HUKUM OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. 1. 1.1 Perubatan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy)Bagi

Pesakit Luka Kronik. Keputusan Hukum ; HARUS. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat: Maksudnya: Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah berdosa jika kami tidak merawat (penyakit kami)? Rasulullah bersabda, Dapatkanlah rawatan wahai hamba-hamba Allah! Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan dijadikan bersama-samanya penawar, melainkan penyakit tua. (Riwayat Ibn Majah) Penegasan ini juga adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menyebutkan bahawa : Kemudaratan perlu dihilangkan ( ) . Muzakarah berpandangan bahawa asal sesuatu haiwan itu adalah suci melainkan babi dan anjing yang jelas hukumnya najis. Pandangan ini adalah selaras dengan kaedah fiqhiyyah yang menetapkan bahawa:

14

Maksudnya: Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan perempuan) adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakannya sebagai haram. Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum bagi bangkai haiwan yang tidak mempunyai darah adalah suci. Ini bermakna, sekiranya larva yang digunakan semasa proses rawatan tersebut mati, maka hukumnya adalah suci kerana komponen tubuh larva itu sendiri tidak mengandungi darah. Justeru, ia tidak menjejaskan kesucian ibadah seseorang pesakit yang menjalani Rawatan Terapi Larva tersebut. Sehubungan itu, selaras dengan ketetapanketetapan tersebut Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) bagi pesakit luka kronik adalah harus dan ibadah yang dilakukan oleh pesakit terutamanya solat ketika menjalani rawatan terapi ini adalah sah. Muzakarah juga memutuskan bahawa pesakit luka kronik yang menjalani rawatan ini dibolehkan bertayammum untuk mengangkat hadas besar atau hadas kecil bagi mengelakkan mudarat apabila terkena air pada anggota yang sakit. Sebagai panduan melaksanakan ibadah, pesakit boleh merujuk kepada Panduan Tayammum, Wuduk dan Solat Bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 1.2 Hukum Menggunakan Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata

Keputusan Hukum: HARUS. Untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen khinzir adalah tidak diharuskan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kanta ICL (Implantable Collamer Lens) Untuk Rawatan Mata. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam amat menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu prinsip dalam . Walaubagaimanapun, penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit adalah dilarang berdasarkan umumnya hadith Rasulullah s.a.w.: Maksudnya:
15

Dari Abi Darda RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram. Namun begitu, dalam keadaan-keadaan dharurah atau terpaksa, terdapat kelonggaran yang diberikan dalam pengharaman ini demi untuk menghilangkan kesakitan dari tubuh badan. Dalam isu rawatan ICL ini, memandangkan penggunaannya bukan dalam keadaan dharurah dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lain yang tidak meragukan dari aspek Syarak, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan kanta ICL (Implantable Collamer Lens) untuk rawatan mata yang diperbuat dari bahan kolagen khinzir adalah tidak diharuskan. 2. 2.1 Ekonomi Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani

(Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik Keputusan Hukum; HARAM. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik adalah melibatkan item ribawi (iatu mata wang) dan dari sudut fiqhiyyah ia tertakluk di bawah hukum Bay al-Sarf yang perlu dipatuhi syarat-syarat umum jual beli dan syarat-syarat khusus bagi Bay al-Sarf seperti berikut:
16

Syarat-syarat umum jual beli: Pihak yang berakad mestilah mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah alTaaqud); Harga belian hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad; Item belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual serta boleh diserahkan kepada pembeli; Sighah akad hendaklah menunjukkan keredhaan kedua-dua pihak, tidak ada unsur penempohan dan sighah ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya. Berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan, Muzakarah mendapati bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik mengandungi unsur-unsur seperti riba melalui pengenaan rollover interest, pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage, qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran, penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang melibatkan perjudian. Selain itu ianya juga tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini. Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai ke atas urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan di bawah undang-undang Malaysia. 2.2 Status Terkini Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan

Nasional (BSN) Keputusan Hukum; HARUS. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Status Terkini
17

Pematuhan Syariah Skim Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI) BSN. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan diharuskan oleh syarak. 3. 3.1 Sosial Hukum Penggunaan Indelible Ink

Keputusan Hukum; HARUS Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 11 Januari 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Indelible Ink. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), adalah didapati Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dari aspek syarak penggunaan Indelible Ink adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah dikemukakan oleh SPR dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia sahaja. 3.2 China) Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone

18

Keputusan Hukum; HARAM. Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku. Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa. Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan. 4. 4.1 Kekeluargaan Hukum Penubuhan Bank Susu

Keputusan Hukum ; tidak diharuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apaapa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau
19

keturunan perlulah dielakkan. Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkaitrapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud: Maksudnya: Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging. Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan. Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pramatang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain. 4.2 Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference)

Keputusan Hukum; HARUS. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab
20

dan qabul. Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut : Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak. Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya. berkuatkuasa. KESIMPULAN. Kesimpulannya, rakyat Malaysia yang beragama Islam harus bersyukur kerana kerajaan Malaysia telah banyak mengambil inisiatif dalam hal ehwal agama Islam. Kewujudan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi garis panduan yang bertepatan dengan kehendak agama. Segala bentuk hukum dan keputusan fatwa yang dikeluarkan hendaklah dipatuhi demi kebaikan bersama. Hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh adalah bersifat semasa dan mengambil kira adat sesuatu masyarakat sebagai pertimbangan. Ini berlainan dengan perkara yang berkaitan akidah yang bersifat tetap dan tidak berubah. Sifat hukum fiqh yang murunah (fleksibel) ini menyebabkan syariah Islam relevan untuk semua tempat, masa dan keadaan. Justeru, tiada alasan untuk kita meninggalkan hukum-hakam dalam meneruskan kehidupan di mana jua kita berada. Hukum fiqh bersifat semasa. Pendekatan yang berbeza itu dilaksanakan dengan mengambil kira suasana dan adat masyarakat. Pada zaman Nabi, masyarakat lebih amanah dan bertanggungjawab sedangkan pada zaman Uthman dan Ali, masyarakat semakin meninggalkan agama mereka. Ini menunjukkan bahawa kefahaman tentang suasana semasa dan adat setempat adalah amat penting dalam proses ijtihad dan mengeluarkan fatwa. BAHAGIAN C : PENULISAN REFLEKSI
21

Tertakluk kepada semua

peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang

Menyiapkan tugasan pengajian fiqh bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kefahaman dan pengalaman tentang hukum serta kaedah yang sesuai dengan kehidupan masa kini. Memang tidak dinafikan bahawa semasa menyiapkan tugasan ini pelbagai masalah dihadapi ketika mencari bahan rujukan yang berkaitan kekadang saya juga terpaksa mencari bahan di perpustakaan semata-mata untuk menyiapkan tugasan. Perkara yang saya tidak boleh lupakan ialah semasa menerima tugasan ialah saya tidak tahu bagaimana cara menjawab setiap persoalan dalam bahagian A dan bahagian B tetapi dengan bantuan rakan dan sumber yang diperolehi akhirnya dapat dijawab. Setelah banyak bahan yang diperolehi saya menjawab persoalan demi persoalan walaupun kekadang saya terpaksa berjaga untuk menyiapkannya. Namun saya gagahkan semangat menyiapkannya kerana di sebalik kesulitan pasti ada kebaikan yang diperolehi. Di samping itu saya juga terpaksa membezakan setiap permasalahan samada boleh atau tidak dalam hukum contohnya dalam bidang perubatan. Pada zaman kini, perubatan menggunakan teknologi yang canggih sehingga mengubah ciptaan tuhan seperti menggunakan kanta dalam mata agar dapat melihat dengan jelas. Setelah saya membuat kajian ilmu dan pengalaman saya dalam bidang fiqh berkembang. Seterusnya dapat menilai sesuatu perkara antara yang baik dan buruk mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam al-quran. Sememangnya mencari bahan tidak semudah yang diimpikan ia memerlukan pengorbanan yang tinggi dan komitmen untuk menyiapkannya. Walaupun ia amat sukar tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya saya boleh menyiapkan tugasan dengan jayanya. Sebagai seorang pendidik dan pelajar PGSR saya mengalami kekangan masa dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan kerana pelbagai aspek perlu difikirkan. Tambahan pula dalam bulan ramadhan semangat untuk menyiapkan agak menurun kerana banyak cabaran yang dihadapi seperti lemah dan mengantuk terutama waktu siang. Pada sebelah malam pula saya sibuk menyediakan hidangan untuk berbuka

22

puasa bersama keluarga. Walau bagaimanapun saya mencari masa dan ruang untuk menyiapkannya langkah demi langkah sehingga selesai. Perkara yang tidak boleh saya lupakan ialah semasa menyiapkan tugasan saya sibuk melayan tetamu datang ke rumah. Sehinggakan semangat dan keinginan untuk menyiapkan tugasan sentiasa berubah-ubah kerana penat dan letih. Saya paksa diri untuk menyiapkannya kerana tugasan ini ialah tugasan yang terakhir sebelum menamatkan pengajian. Apapun saya bersyukur kerana banyak ilmu yang saya perolehi hasil daripada menyiapkan tugasan fiqh. Antara ilmu yang boleh dijadikan panduan dan bermakna untuk diri saya ialah haram memotong rahim kecuali darurat atas nasihat doktor. Sebelum ini saya beranggapan bahawa memotong rahim tidak haram kepada pasangan yang tidak meninginkan anak. Tetapi dengan adanya tugasan fiqh secara tidak langsung ilmu dan kefahaman bertambah terutama dalam bidan perubatan. Saya amat berbangga dapat menyiapkan tugasan fiqh walaupun tidak memuaskan di samping itu banyak ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

23