Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN PASCA UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2009

1. PENDAHULUAN Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat di kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid yang baharu selesai menghadapi peperiksaan UPSR. 2. OBJEKTIF 2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang permainan dengan lebih menyeluruh 2.2 Memberikan pendedahan kepada murid kepelbagaian jenis permainan Secara khusus 2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang terancang 2.4 Mengeratkan ikatan silaturahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang diadakan bersama 2.5 Mengisi masa luang selepas peperiksaan UPSR 3. TEMA SUKAN UNTUK SEMUA 4. SASARAN 303 orang murid tahun 6 5. TEMPAT Padang , SK. Taman Bukit Indah 6. TARIKH Bulan Oktober 2009 a. Bola Sepak dan Bola Baling-5 dan 6 Oktober 2009 b. Sepak Takraw dan Bola Jaring-7 dan 8 Oktober 2009 c. Akhir-9 Oktober 2009 Masa: 8.00 hingga 10.00 pagi(Sebelah pagi sahaja) P&P berjalan seperti biasa selepas pukul 10.30 pagi

7. JAWATANKUASA Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 11 Penyelaras Setiausaha Program Jawatankuasa Pelaksana Raferi : 1) Bola Sepak(5 dan 6 Oktober 2009) -En. Hafeze b. Zakaria(K) -En. Amirudin b. Samsudin -En. Zabidi b. Alias 2) Sepak Takraw(7 dan 8 Oktober 2009) -En. Zabidi b. Alias (K) -En. Amirudin b. Samsudin 3) Bola Baling(5 dan 6 Oktober 2009) - En. Normayadi b. Othman(K) - Cik Ku Norazrihan b. Ku Mohd. Yusof 4) Bola Jaring(7 dan 8 Oktober 2009) - Pn. Nik Marini bt. Ariffin(K) - Pn. Mariah bt. Awang - Pn. Azizah bt. Harun Disiplin Teknikal & Peralatan : Guru-guru tahun 6 : En. Amirudin b. Samsudin : : : : : : Pn. Sharidah bt. Md. Jarwis Pn.Zainap bt. Ahad Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Hj. Hamzah Pn. Asnah bt. Abdul Ghani Pn. Hjh. Noorakhma bt. Jaafar En. Normayadi b. Othman

Juru Gambar & Dokumentasi : En. Normayadi b. Othman

PERATURAN- PERATURAN PERTANDINGAN 1.KUMPULAN- KUMPULAN UMUR (LELAKI DAN PEREMPUAN) 1.1 Bawah 12 tahun - Lelaki dan Perempuan

2. ANJURAN Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK. Taman Bukit Indah

3. PECAHAN PERTANDINGAN

3.1 Lelaki - Bola Sepak - Sepak Takraw 3.2 Perempuan - Bola Baling - Bola Jaring 4. PENYERTAAN 4.1 Setiap kelas tahun 6 dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk setiap pertandingan yang dianjurkan. Setiap kumpulan adalah tidak melebihi 7 orang termasuk simpanan bergantung kepada jenis pertandingan. 4.2 Mata kemenangan akan diberikan kepada mana- mana kumpulan yang menang iaitu sebanyak 3 mata dan seri 1 mata manakala kalah akan mendapat 0 markah 4.3 Semua peserta mestilah sihat.Pengurus pasukan mestilah terdiri daripada Guru Pendidikan Jasmani kelas masing- masing.Keselamatan murid adalah diutamakan. 5. PEMBATALAN 5.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang pertandingan 5.2 Mana- mana peserta yang didapati melanggar syarat pertandingan akan dibatalkan hak penyertaannya 6. PAKAIAN 6.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah dan boleh memakai jersi sekiranya ada 6.2 Mana- mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan memasuki acara

7. HADIAH 7.1 Hadiah bagi Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga akan disediakan.Hadiah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak juga disediakan 8. BANTAHAN 8.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Referi secara bertulis dan Wang cagaran RM 50.00 hendaklah disertakan 15 minit selepas pengumuman keputusan dibuat

9. KEPUTUSAN

9.1 Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad 10. ANGGARAN PERBELANJAAN 9.1 Pendapatan 9.1.1 Sumbangan Pendaftaran 9.1.2 Duit Dana Tahun 6(Jika ada) Perbelanjaan 9.2.1 Bajet Hadiah/Pingat Bajet Piala ( JUMLAH BESAR

9.2

10. PENUTUP Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan dan mendatangkan faedah kepada semua murid.Sehubungan dengan itu, murid murid dapat mengenali sesuatu jenis permainan dengan lebih dekat. Disediakan oleh, __________________, (EN. NORMAYADI B. OTHMAN) Setiausaha Program Sukan, Tahun 6, SK. Taman Bukit Indah. Disemak oleh, _____________________, (PN. ZAINAP BT. AHAD) PK. Kokurikulum, SK. Taman Bukit Indah. Disemak oleh, ____________________________, (PN. SHARIDAH BT. MD. JARWIS) Guru Besar, SK. Taman Bukit Indah.

Anda mungkin juga menyukai