Anda di halaman 1dari 3

KEGUNAAN PERSAMAAN LINEAR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Sistem persamaan linear adalah merupakan sebahagian daripada algebra linear, jika diperhatikan dan diteliti apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita berkait rapat dengan sistem persamaan linear terutamanya dalam bidang sains, industri dan juga pemasalahanekonomi.Pemasalahan tersebut boleh diringkaskan dalam bentuk sistem persamaan linear yang mengandungi satu atau lebih pembolehubah dan sistem ini perlu di selesaikan dengan beberapa kaedah. Ungkapan algebra telah diperkenalkan sejak kita berada di sekolah menengah lagi, malah perkataan persamaan linearadalah bukan asing bagi pelajar matematik. Sebelum kita pergilebih lanjut lagi marilah melihat dahulu apakah yang dimaksudkan persamaan linear danapakah jenis-jenis penyelesaianya. Persamaan linear adalah satu persamaan yang mempunyaipembolehubah berdarjah satu. Secara algebra, persamaan linear dalam dua pembolehubahboleh ditulis sebagai ax + by = c dengan a,b dan c adalah pemalar, secara geometrinya apabiladilakarkan ia akan membentuk satu garis lurus seperti yang di gambarkan di dalam Rajah 1a,manakala jika persamaan linear yang mempunyai tiga pembolehubah ia ditulis sebagai ax + by+ cz = d dengan a,b,c dan d adalah pemalar. Apabila ia dilakarkan ia akan membentuk satusatah dalam ruang tiga dimensi seperti di gambarkan dalam rajah 1b