Anda di halaman 1dari 36

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1.0

PENGENALAN

Masalah obesiti dan gaya hidup yang tidak sihat menjadi salah satu masalah masyarakat pada masa kini. Bertitik tolak dengan keadaan yang melanda negara kita dewasa ini dengan perubahan pola cara hidup masyarakat yang sentiasa sibuk, mengejar masa dan segala-galanya serba pantas dan membuatkan seseorang individu hampir tiada masa untuk melakukan aktiviti fizikal bagi mengimbangi keperluan tubuh badan. Di sinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Kesedaran dalam masyarakat terhadap aktiviti fizikal hendaklah dipertingkatkan terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah agar gaya hidup sihat bukan sahaja dapat dipraktikkan semasa aktiviti di sekolah malah mereka mempunyai kesedaran apakah aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan mereka dan mengapa mereka melakukan sesuatu aktiviti fizikal tersebut. Terdapat tiga domain utama dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani seharusnya memberi peluang kepada para pelajar agar dapat menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang dijalankan dengan memenuhi keperluan jasmani dan psikologi para pelajar itu sendiri. Bahkan tujuan Pendidikan Jasmani juga adalah untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalani aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi kewajaran kepada para guru menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Selain itu, pengajaran juga hendaklah dilaksanakan dalam suasana yang gembira dan tidak terlalu mengongkong para pelajar dengan aspek-aspek yang terlalu teknikal sehingga menghilangkan minat dan menimbulkan rasa bosan dalam kalangan pelajar.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1

Konsep dan Definisi Pendidikan Jasmani

Pettitor dalam Wee Eng Hoe 2005 mendefinisikan Pendidikan Jasmani sebagai satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Colfer 1986, menyatakan bahawa, Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanakkanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalamanpengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar. Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses membina pemikiran yang kreatif dan berkebolehan menyelesaikan masalah. Kesemua ini menjadikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Asiah Abu Samah, 1993 pula menyatakan bahawa Pendidikan Jasmani adalah merupakan mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.

Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

1.2

Definisi konsep TGFU


Lumrahnya kanak-kanak gemar bermain. Pergilah ke mana-manapun adalah menjadi

suatu perkara yang menghairankan apabila kita melihat kanak-kanak duduk termenung menongkat dagu di taman permainan. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Teknik Teaching For Games Understanding (TFGU) dihasilkan daripada pemerhatian David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughborough. Setelah mendapati pengajaran pendidikan jasmani tradisional kurang menarik minat murid-murid. Pendekatan TGFU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) memberi fokus kepada perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada teknikal (know how) kepada pendekatan pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan Apa? dan Mengapa? Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan kepada empat kategori permainan iaitu: i. ii. iii. iv. bawah. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal tertentu yang perlu diselesaikan dan menggalakkan perkembangan murid dalam pendidikan jasmani. Tindakan ini supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal. Kaedah TGFU ini dilaksanakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil belajar yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Para pelajar akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana bermain di mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang dipantau oleh guru. Belajar melalui bermain merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid. Para pelajar akan berasa gembira dan mencapai kepuasan kendiri sekiranya mereka melalui pengalaman sendiri dalam sesuatu pembelajaran pendidikan jasmani yang dijalankan. Dengan bermain juga murid-murid akan dapat menguasai perkembangan dan sasaran, jaring dan dinding, memandang dan menyerang.

Keempat-empat kategori ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam sub topik di

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Ini kerana sewaktu mereka melakukan aktiviti, mereka perlu berkomunikasi dan member tindakbalas akan situasi yang sedang mereka lalui. Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum) mendefinisikan belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Mak Soon Sang (2003) pula dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan murid-murid ke tahap yang optima. Ini kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam pendidikan para pelajar. Ini juga bermakna mereka dapat menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri secara maksimun. Ini selaras dengan ciri-ciri kurikulum abad ke 21 yang mengandungi elemen kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan sentiasa berdaya saing. Maka bolehlah dinyatakan bahawa TGFU memfokuskan pendekatan taktikal secara tidak langsung contohnya cara berfikir, menyelesaikan masalah, membentuk diri agar berinisiatif sebelum menggunakan kemahiran yang bersifat rigid. Guru harus bijak menggunakan teknik yang dapat merangsang minda murid-murid tentang pelajaran yang ingin disampaikan berbanding menggunakan teknik pengajaran secara langsung. Definisi konsep ini dapat dilihat seperti dalam gambar rajah di bawah.

2.0

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG TOKOHTOKOH MENGKAJI TGFU?

Hasil daripada keprihatinan dan kepekaan pihak tertentu maka lahirlah beberapa orang tokoh yang mengkaji TGFU ini. Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom pada tahun 1982.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Terdapat beberapa faktor yang mendorong mereka untuk berusaha dalam mengkaji TGFU antaranya: i) Pencapaian permainan kurang memuaskan Murid-murid didapati kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakan oleh guru maka hasilnya pencapaian yang diperoleh tidak seperti yang diinginkan. Murid-murid bersifat pasif dan tidak aktif dalam permainan dan tidak menunjukkan minat dalam menjalankan aktiviti. ii) Pengetahuan tenaga pengajar yang terhad Para tenaga pengajar turut membantutkan perkembangan murid-murid dalam permainan atas faktor mereka tidak memiliki pengetahuan yang mendalam dalam pendidikan jasmani. Para pendidik tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan. Sedangkan permainan yang dirancang hendaklah mempunyai matlamat khusus supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan tersebut. iii) Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan. Contohnya berlari, melompat dan membaling bola merupakan kemahiran asas yang banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif dalam permainan. iv) Terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Pada masa itu pendidikan jasmani terlalu bergantung kepada tenaga pengajar dalam melaksanakan aktiviti dan melakukan sesuatu keputusan. Oleh yang demikian tokohtokoh ini berpendapat mereka perlu mengkaji satu set kajian yang berkesan dan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. v) Perkembangan dalam permainan terlalu lambat. Para pengkaji juga berminat untuk mengkaji TGFU atas sebab kadar perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjol. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2.1

Perkembangan TGFU

Model pengajaran gabungan Bunker and Thorpes Teaching Games for Understanding yang menekankan konsep berfikir, mengajar, berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa seronok. Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson pula telah mengkategorikan permainan kepada 4 kategori utama iaitu: 2.1.1 Sasaran (Target)

Objek ditempatkan pada sasaran atau murid-murid mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Sasaran permainan berfokus kepada tempat sasaran. Contoh permainan adalah seperti boling, memanah dan golf. Permainan seperti ini dapat mengembangkan kemahiran taktikal seperti ketelitian dan fokus

2.1.2. Striking/Fielding Perlawanan bersemuka dua pihak iaitu pasukan striking dan fielding. Pasukan striking perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pasukan fielding harus berhempas pulas menghalang pasukan striking mendapatkan mata. Kaedah pengumpulan mata adalah melalui larian yang selamat atau jumlah pukulan yang dibuat dalam satu masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah ragbi, softball dan kriket. Kemahiran taktikal seperti teknik kecergasan fizikal dan kerjasama dalam pasukan diperlukan. 2.1.3. Jaring/dinding (net/wall) Permainan di atas jaring atau menghentam dinding. Kedua-dua pihak bermain dengan alat manipulasi seperti bulu tangkis atau bola. Mata diperolehi apabila objek dihantar kepada pihak lawan dan tidak dapat disambut semula oleh pihak lawan. Contoh permainan adalah badminton, squash dan ping pong.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2.1.3.1

Permainan Net and Wall

Pelbagai permainan boleh diklasifikasikan sebagai permainan jaring dan dinding (net and wall) seperti contoh-contoh di bawah: i) Bola tampar

Sukan bola tampar memerlukan dua pasukan bermain dalam keadaan kedua-dua pasukan dipisahkan oleh satu jaring tinggi. Permainan bola tampar memerlukan pemain menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada pihak lawan. Setiap pasukan yang bermain mempunyai enam pemain dan dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. betul. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat dan membuat rejaman ditekankan dalam permainan ini.

ii)

Badminton

Permainan yang kedua ialah badminton yang menggunakan raket dan bulu tangkis sebagai alat. Pada kebiasaannya permainan ini dimainkan sama ada dua orang pemain atau secara perseorangan ataupun beregu iaitu bermain secara berpasangan. Kedudukan posisi pemain adalah di dalam gelanggang empat segi yang dipisahkan oleh jaring di tengah-tengah gelanggang. Bagaimana mata dikira? Pemain dikira dapat memungut mata apabila pukulan bulu tangkis melepasi jaring dan jatuh di kawasan gelanggang pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis berkenaan hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sesi sebelum ia melepasi jaring. iii) Sepak Takraw

Sepak Takraw pula adalah jenis olahraga campuran dari permainan sepak bola dan permainan bola tampar. Ia dimainkan di gelanggang badminton dan pemain tidak boleh menyentuh bola dengan tangan. Permainan ini bermula seawal abad ke-15 dan disebut Takraw dalam bahasa

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Thai.

Manakala bahasa Melayu pula memanggil permainan ini sebagai sepak raga kerana

bolanya yang diperbuat daripada anyaman rotan danpemain berdiri membentuk lingkaran. Namun begitu pada tahun 1940-an keadaan permainan ini berubah dengan menggunakan jaring dan peraturan angka. iv) Tenis

Tenis ialah merupakan sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Pertandingan dijalankan mengikut kategori jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk Tidak perseorangan lelaki, perseorangan wanita, bergu (di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta bergu campuran (di mana dua pemain berlainan jantina bermain). ketinggalan permainan tenis ini turut mempertandingkan kategori bagi orang kurang upaya. 2.1.4 Serangan (Invasion)

Dimainkan secara berpasukan. Dalam kerangka masa tertentu, pemain hendaklah masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan adalah bola sepak, bola keranjang dan bola baling.

3.0
i)

MATLAMAT PERMAINAN KEPADA PELAJAR


Melalui aktiviti permainan ini, murid- murid dapat: Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal mereka pada setiap peringkat perkembangannya.

ii)

Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat dicungkil melalui aktiviti permainan dengan berbagai- bagai cara dan tidak lagi hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan senaman biasa.

iii)

Memperolehi kemahiran- kemahiran baru, lebih memahami konsep- konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu permainan yang baru. 1

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

iv)

Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkan ketangkasan pergerakan serta berupaya menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan.

v) vi)

Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka. Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat.

vii)

Menambah pengetahuan tentang bahagian- bahagian anggota tubuh badan dan memahami mekanisme serta fungsi otot- otot badan dalam tubuh badan mereka.

vii

Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan permainan sesama ahli dalam kumpulan.

3.1

Objektif
Melalui aktiviti permainan, murid- murid dapat :

i)

Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori permainan kanak-kanak.

ii)

Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yang betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan.

iii)

Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan meningkatkan cara kominunikasi dengan pelajar yang lain.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

iv)

Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainan- permainan lama yang boleh membantu mereka dalam usaha menyelesaikan masalah.

v)

Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka untuk mencipta sesuatu permainan yang bermakna serta menyeronokkan.

vi)

Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasi segala kemahiran mereka.

vii)

Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar mereka boleh belajar dalam suasana yang menggembirakan dan selesa.

viii)

Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansur ketika sesuatu aktiviti permainan dijalankan.

ix)

Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya dalam penyelesaian sesuatu masalah. Guru seharusnya sedar bahawa pendekatan bersifat kemahiran hendaklah lebih

diutamakan iaitu dengan mengutamakan kebolehan menguasai teknik tertentu dan bukannya kegembiraan untuk menjadi sebahagian daripada teknik itu. menghilangkan minat mereka. Maka ia akan mengurangkan motivasi dan keseronokan murid-murid untuk menikmati proses pembelajaran dan seterusnya

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

4.0

APAKAH

KEPENTINGAN

PENGAJARAN

PENDIDIKAN

JASMANI

MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU? Terdapat beberapa faedah dan kepentingan pengajaran pendidikan jasmani menggunakan TGFU. Antara faedah dan kepentingannya adalah seperti berikut: i) Memberi ruang dan peluang kepada murid-murid. Murid-murid dapat melibatkan diri secara optimum dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya dapat menguasai permainan yang dipelajari. Bahkan kaedah ini juga memberi mereka peluang membuat keputusan berdasarkan apa yang merka fahami terhadap permainan itu tanpa adanya campur tangan guru. fasilitator sahaja. ii) Membentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif semasa aktiviti bermain dijalankan. Memberi kebebasan kepada murid-murid mencorak tahap kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kumpulan. Contohnya di dalam model TGFU berbentuk serangan (invasion). iii) Memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan bermain. Menurut Almy (1964, Fagen) , kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Ia dapat membebaskan muridmurid daripada rasa bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung . Melalui aktiviti berkumpulan pelajar akan berasa lebih seronok dan dapat menggunakan kreativiti masing-masing serta mengekalkan minat mereka untuk belajar. Perubahan corak permainan dan kemahiran berasaskan teknik penyelesaian taktikal dapat dilaksanakan oleh murid-murid di dalam situasi permainan sebenar tanpa terikat dengan kekangan permainan berdasarkan corak dan pengajaran struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson) atau skill based. Ini kerana kaedah ini memberi kebebasan kepada murid menentukan corak permainan dan kurang peraturan. Guru hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

iv)

Mewujudkan pemain yang berkesan. Model TGFU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal yang menyeluruh akan

dapat mewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran. Selain itu, murid dapat berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan dan bekerjasama sesame pemain serta dapat menguasai kemahiran sukan. TGFU ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka permainan yang telah diubah suai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka. Kaedah ini lebih seitematik berbanding pengajaran yang sedia ada.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

5.0

PERBANDINGAN

DAN

PERBEZAAN

PENGAJARAN

TRADISIONAL

DENGAN KAEDAH TGFU

KAEDAH TRADISIONAL
Berdasarkan prinsip pengajaran tradisional di mana guru memberi arahan dan murid menurut arahan. Pembelajaran berbentuk aplikasi sehala di mana guru bertindak sebagai pengajar. Kebaikannya ialah guru mudah merancang dan sesuai untuk kegiatan bahaya atau yang memerlukan kemahiran khas Kurikulum ditetapkan

KAEDAH TGFU
Kaedah ini mencadangkan permainan diklon daripada permainan sebenar. Bagaimanapun ia diubahsuai berdasarkan kemampuan pemain dari pelbagai aspek seperti fizikal, sosial, intelek dan infrastruktur yang bersesuaian.

Aspek peraturan atau undang-undang diubahsuai dan dipelbagaikan untuk memberi warna kepada permainan sekaligus menarik minat pemain. dikuasai sedikit demi sedikit berlangsung dalam usaha Kesedaran taktikal semasa permainan sebagai

untuk muncul

Pengajaran diutamakan Guru adalah pembuat keputusan dan menentukan tugasan

pemenang Menekankan pembelajaran kendiri melalui konsep bermain sambil belajar. Guru hadir sebagai pembimbing. Murid-murid dibantu menguasai kemahiran membuat keputusan. Termasuklah menilai dan mengenalpasti situasi, menjangka kemungkinan dan membuat tindakan sesuai berasaskan

Pelajar harus menerima tugasan

penilaian tadi. Pelajar melakukan tugasan pada waktu itu juga dan melakukan penambahbaikan dengan melakukan latihan berterusan.

Piawaian ditentukan dan berfokus kepada guru Pencapaian murid diukur mengikut gred

Murid

mengaplikasi

kemahiran

mengikut

pencapaian Ia berkonsep ansur maju dengan praktis kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. latih tubi yang membosankan. Kemahiran pula lebih berbentuk permainan berbanding

5.1

GAMBAR RAJAH MODEL TGFU

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

MODEL TGFU

1. BENTUK PERMAINAN

6. PENCAPAIAN

2. HARGAI PERMAINAN

PELAJAR

5. MELAKUKAN KEMAHIRAN

3. KESEDARAN TAKTIKAL

4. MEMBUAT KEPUTUSAN YANG WAJAR APA? BAGAIMANA?

6.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (TGFU)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : 2. Kemahiran Tajuk : 2.1 Kemahiran Asas Permainan
-

Permainan Bola Tampar Servis bola melepasi jaring secara individu dan berpasangan

Sub Tajuk : 2.1.1- Kemahiran Servis


-

Tarikh : 3 Julai 2013 Masa : 7.20 -7.50 pagi (30 minit) Tahun : 5 Elit Bil. Murid : Lelaki : 14 orang Perempuan : 16 orang Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: a) 1. 2. b) 1. 2. c) 1. 2. Psikomotor Murid dapat servis bola tampar melepasi jaring sebanyak 3 kali secara individu. Murid dapat servis bola tampar melepasi jaring sebanyak 3 kali secara berpasangan. Kognitif Murid dapat menyatakan perlakuan semasa servis bola tampar melepasi jaring secara individu dan berpasangan.. Murid dapat membezakan antara servis dan menyangga. Afektif Murid menunjukkan rasa minat dalam permainan kecil Servis Sangga. Murid menunjukkan rasa seronok apabila dapat servis bola melepasi jaring.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: BIL. 1. 2. Bahan Sumber PdP Skitel besar Skitel kecil Jumlah 2 15

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

3. 4.

Bola tampar Jaring bola tampar

10 1

Penerapan Nilai : Membina sikap bertanggungjawab dan kerjasama terhadap ahli kumpulan. Kemahiran Berfikir : Murid-murid dapat membanding beza antara kemahiran servis dan menyangga. Strategi Utama : Strategi Kontekstual Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah bermain permainan bola tampar.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Bahagian/ Masa Permulaan (5 minit)

Nama Aktiviti 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Memanaskan Badan dan regangan (Aktiviti Regangan Dinamik dan Statik)

Strategi

Fokus Pembelajaran dan Organisasi Kelas

BBM /Catatan BBM : 1. Bola tampar 2.Skitel kecil

Menghubun -Murid-murid dibahagikan kepada dua barisan A dan B. g -kait - Jarak di antara barisan ialah 4 meter. Aktiviti 1

Murid barisan A berjalan menuju ke arah murid barisan B. Catatan : Begitu juga murid barisan B akan melakukan aktiviti yang Melalui aktiviti ini, serupa. Aktiviti 2 Murid barisan A berlari anak menuju ke arah murid aktiviti yang sama. Aktiviti 3 Murid barisan A berlari laju menuju ke arah murid barisan B. Begitu juga murid barisan B akan melakukan aktiviti yang sama. Aktiviti 4 - Murid dan guru melakukan aktiviti regangan statik bermula dari anggota kepala hingga kaki. - Guru menerangkan aktiviti kemahiran dan alatan yang murid dapat menghubungkait kepentingan perkara-perkara

barisan B. Begitu juga murid barisan B akan melakukan berikut:

a.

Bermain dengan semangat kesukanan

b.

Kecergasan diri.

akan diajar pada hari ini. Perkembangan 1) Kemahiran Pengalaman - Guru mengarahkan murid beratur dan menghadap dinding BBM : (10 minit) servis secara individu. Kendiri dalam 3 barisan yang terdiri daripada 10 orang murid. - Guru memberi penerangan tentang dua kemahiran servis yang terdiri daripada servis bawah secara individu yang akan dilakukan oleh murid. - Guru menunjuk cara kemahiran servis kepada murid dengan servis bola tampar ke arah dinding secara individu. - Murid melakukan aktiviti kemahiran seperti yang ditunjukkan oleh guru. Bola tampar

2) Kemahiran Pengalaman -Guru menyusun skitel kecil sebanyak 15 skitel dalam dua BBM :

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

servis bawah secara berpasangan.

Kendiri

susunan memanjang (A dan B) dengan jarak 3 langkah antara satu dengan yang lain. - Murid-murid dikehendaki mencari pasangan masing-masing. - Murid perlu berada pada skitel secara berpasangan. Murid barisan A akan memegang bola tampar menggunakan sebelah tangan untuk melakukan kemahiran servis bawah kepada murid barisan B. - Murid barisan B yang menerima bola dari murid barisan A akan melakukan lakuan yang sama kepada murid barisan A.

1. Bola tampar 2. Skitel Catatan : Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengalami : a) perlakuan servis bola tampar. b) situasi yang sebenar apabila servis bola tampar.

Pengalaman Guru meminta murid dari barisan A menggerakkan skitel 3) Kemahiran Kendiri servis secara berpasangan (ansur maju) . ke belakang sebanyak 2 langkah. - Murid-murid dikehendaki melakukan aktiviti yang sama secara berpasangan.

Kemuncak (10 minit)

Permainankeci Aplikasi l Servis ke Sasaran

-Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan. -Dua kumpulan dari setiap sesi perlu berada dalam gelanggang menggunakan kemahiran servis bawah dengan melepasi jaring antara satu sama lain. akan melakukan aktiviti yang sama secara bergilir. - Kumpulan yang dapat servis melepasi jaring terbanyak dikira sebagai pemenang.

BBM : 1. Bola tampar 2. Jaring Catatan : murid dapat mengaplikasi perkara-perkara berikut :

- Apabila mendengar wisel kumpulan sesi kedua dan ketiga Melalui aktiviti ini,

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

a) bermain dengan semangat kesukanan. b) servis menepati sasaran. c) melaksanakan kemahiran servis bawah dengan Penutup (5 minit) Menyejukkan Kooperatif Badan dan Gerak Kendur 1) Guru bersoal jawab dengan murid a) Sebutkan kemahiran yang telah dipelajari. b) Apakah kepentingan-kepentingan kemahiran tersebut? guru. baik. Catatan : Melalui aktiviti ini, Murid dapat memindahkan kemahiran yang diperolehi semasa melakukan aktiviti. Rumusan Guru merumuskan isi pelajaran dan menyatakan nilai murni. Melalui aktiviti ini, murid dapat memberi kerjasama dengan rakan dan guru.

2) Murid-murid melakukan aktiviti pengenduran mengikut pengetahuan dan

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

7.0 7.1

MAKLUMAT-MAKLUMAT LAIN BERKAITAN JASMANI DAN TFGU YANG RELEVAN

PENDIDIKAN

Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani

Terdapat tiga domain utama dalam membentuk nilai Pendidikan Jasmani. Nilai-nilai yang terkandung dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah seperti yang berikut:
Proses imaginasi Kekuatan otot Daya tahan otot Emosi Sikap ingin tahu Konsep kendiri Pemikiran kreatif Pemikiran kritis Amalan berfikir Proses penerokaan Inkuiri penemuan Penyelesaian masalah Pemahaman kendiri Penghargaan kendiri Kawalan kendiri Kecergasan Pengamatan motor Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Aspek Kemahiran Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat. Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001). Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

7.2

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI


Terbahagi kepada 2 komponen iaitu : sains dalam perkembangan pertumbuhan manusia sains dalam tubuh badan manusi

7.2.1 Sains Dalam Perkembangan Pertumbuhan Manusia

i)

Kajian Asas Anatomi dan Fisiologi Manusia

Manusia dan haiwan mempunyai kebolehan menggerakkan tubuh badan antara satu sama lain Pergerakan yang sesuai dengan jenis tugasan Hasil daripada pergerakan ini, wujud kajian tentang perubahan fungsi dalan tubuh Perubahan ini dinamakan sebagai Fisiologi Senam Sel + sel > tisu-tisu > organ + organ > sistem

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

ii)

Sel

Merupakan bahagian terkecil dalam tubuh Semua sel mempunyai nucleus kecuali sel darah merah Makanan menyebabkan sel mengalami proses pembahagian Tubuh badan yang lebih besar mempunyai sel yang lebih besar iii) Tisu

Tisu merupakan sekumpulan sel yang melakukan kerja yang sama Contoh tisu ialah tisu saraf, tisu kulit, tisu darah, tisu tulang dan tisu otot Setiap lapisan kulit mempunyai tugas yang berbeza iv) Organ

Terdiri daripada satu kumpulan tisu yang melakukan kerja yang sama Kulit dianggap satu organ yang kerana beberapa lapisan telah digabungkan v) Sistem

Sekumpulan organ yang berkerjasama dengan satu tujuan dipanggil system Sistem yang berlainan saling bergantung antara satu sama lain

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

vi)

Sistem Rangka

Tulang secara berkumpulan membentuk rangka tubuh badan Badan kita mempunyai 206 tulang Terdiri daripada tulang luar, tulang panjang, tulang luar biasa, tulang datar dan tulang sesamoid Rangka berfungsi sebagai perlindungan, sokongan, pergerakan, penghasilan sel darah, dan setor kalsium vii) Sistem Otot

Badan kita mempunyai 600 otot yang berkerjasama antara satu sama lain Otot boleh memendek dan memanjang untuk menggerakkan bahagian tubuh Dibahagikan kepada 3 jenis otot iaitu otot licin, otot jantung dan otot rangka Pengucupan otot dapat dibahagikan kepada : - isometrik = penguncupan ini menyebabkan otot menghasilkan kuasa terhadap beban yang tetap dan tidak bergerak cth : menolak dinding - isotonik = menyebabkan pemanjangan dan pemendekan otot cth : otot bisep semasa mengangkat dumbell viii) Sistem Saraf

Terdapat sejumlah 10 bilion sel dalam badan manusia Sistem ini menerima dan menghantar mesej Sistem ini menyebabkan tubuh badan melakukan sesuatu dengan 2 cara : - Lakuan voluntari- menghantar mesej terus kepada otak dan otak menentukan apa yang patut dilakukan dan seterusnya di hantar kepada bahagian tubuh selepas membuat keputusan - Mesej yang di hantar tidak melalui otak dan proses ini dinamakan Tindakan Luar Kawalan atau involuntari. cth : bernafas

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

ix)

Sistem Respiratori

Oksigen dibawa masuk ke dalam tubuh badan melalui system pernafasan Pernafasan luar/ eksternal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh badan dengan persekitaran luar Pernafasan dalaman/ internal Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di antara sel-sel tisu dan cecair di sekelilingnya Semasa udara di sedut hanya 75% sahaja udara mengalami pertukaran gas dan karbon dioksida x) Sistem Kardiovaskular

Dikenali sebagai sistem peredaran darah Sistem ini merangkumi jantung, kapilari, arteri, dan vena Jantung mengepam darah. Arteri membawa darah dari jantung ke tisu-tisu. Arteri bercabang membentuk kapilari dan kaoilari membentuk vena. Vena mengalirkan darah ke tisu badan dan kembali semula ke jantung. Semasa berlatih atau bersenam otot kita memerlukan oksigen yang boleh diperolehi melalui peningkatan jumlah darah yang dipam oleh jantung xi) Sistem Pencernaan

Memproses makanan dan membekalkan tenaga bagi menghasilkan sel-sel baru dan membolehkan tindak balas kimia berlaku dalam tubuh Makanan di cerna kepada bahagian yang kecil dan di hantar melalui saluran darah dan system limfa ke hati untuk diproses.kemudian akan dihantar ke sel-sel Sistem pencernaan mempunyai 4 bahagian penting iaitu mulut, perut, usus besar dan usus kecil

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

xii)

Sistem Pembiakan

Organ-organ yang membentuk system pembiakan boleh I bahagikan kepada 2 iaitu organ perlu ( Gonad ) dan organ aksesori Organ perlu menghasilkan sel-sel seks dan organ aksesori membantu dalam proses pembiakan Lelaki : organ perlu ialah sepasang testis dan organ aksesori ialah duktus ganetalia, kelenjar dan struktur penyokong. - Testis berperanan untuk menghasilkan sperma dan hormon - Duktus berperanan sebagai salur untuk sperma keluar bertujuan untuk melakukan persenyawaan Wanita : organ perlu ialah sepasang ovari dan organ aksesori ialah tiub uterin,uterus, vagina, genitalia eksternal dan kelenjar mamari - ovari menghasilkan ovum dan hormone seks wanita (ekstrogen dan progesteron )

7.2.1.1

Senaman Dan Latihan

i) ii)

Senaman dan latihan amat penting dalam mempertingkatkan kecergasan seseorang. Kecergasan seseorang bergantung kepada kemampuan system tubuh badan, otot-otot, pernafasan, peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

iii)

Oleh itu, senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai tahap kecergasan yang maksimum.

7.2.1.2
i)

Kesan Senaman Dan Latihan

Senaman bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu

mengawal berat badan Satu cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak ii) Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman dan latihan dilakukan. iii) Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat. Contoh : peningkatan kadar nadi iv) a) Kesan senaman dan latihan dapat dilihat melalui 2 aspek iaitu : Kesan Jangka Pendek Meningkatkan lagi kadar pernafasan iaitu memerlukan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida Kadar metabolisma meningkat.Banyak makanan diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi menjalankan aktiviti dan banyak bahan buangan dikeluarkan seperti laktik asid, urin dan gas karbon dioksida Meningkatkan bilangan sel darah merah untuk memperbanyakan pembawaan gas oksigen dalam darah Meningkatkan pengeluaran kardiak. Pengeluaran kardiak sama dengan pendaraban pengeluaran darah dengan jumlah darah yang dikeluarkan setiap degupan jantung (stroke volume ) Meninggikan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Dinding jantung bagi seseorang yang menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

jantung itu mengepam darah denagn banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam Mengembangkan lagi arteri untuk menghantar lebih darah ke otot-otot semasa senaman dilakukan Meninggikan lagi suhu tubuh badan manusia. Haba yang di bebaskan melalui perpeluhan kulit Mengurangkan kandungan kolestrol dan lemak di dalam darah.Situasi ini mengurangkan serangan sakit jantung dan penyakit sakit angina Menambahkan lagi isipadu otot agar lebih banyak darah mengalir pada otot Menolong merendahkan titik tetap seperti meningkatkan jisim otot, mengurangkan selera makan, menmbahkan enzim untuk pembakaran lemak dan menambah tahap penggunaan tenaga Kesan Jangka Panjang Berlaku peningkatan saiz otot akibat daripada pertukaran dalam sarkoplasma dalam otot gentian individu dan juga berlaku penambahan tisu perantaraan antara otot-otot gentian Peningkatan saiz, kekuatan, dan kecekapan ke atas jantung. Dinding jantung bagi seseorang yang sentiasa menjalankan aktiviti yang cergas menjadi tebal dan ini membolehkan jantung itu mengepam darah dengan banyaknya bagi setiap denyutan sama ada semasa rehat atau bersenam Meningkatkan bilangan kapilari di mana ia akan menyebabkan berlakunya peningkatan daya tahan otot dan vascular

7.2.2 Sains Dalam Pergerakan Tubuh Badan Manusia

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

7.2.2.1 Pusat Graviti Dan Kerja. Semakin jauh pusat graviti dibawa semakin banyak kerja yang dilakukan. Contoh:Dalam acara lompat tinggi, atlit yang tinggi akan lebih mudah melepasi halangan dibandingkan dengan atlit yang rendah walaupun berat badan sama. 7.2.2.2 Aerodinamik Bentuk yang dapat mengurangkan rintangan angin/udara. Contoh:Bagi pelari pecut mestilah keadaan badan dicondongkan sedikit untuk mengelak dari rintangan angin dan mendapat pecutan yang baik. 7.2.2.3 Tenaga Ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Terdapat dua jenis tenaga dalam diri. Tenaga potensi ( tenaga keupayaan ) Tenaga putaran. 7.2.2.4 Tenaga Potensi Contohnya seorang akrobat terjun ke jongkang jongket, rakannya akan tercampak ke atas kerusi yang tinggi. Dalam melakukan aksi ini, dia dikatakan melakukan kerja (mencampak rakannya). Kerja inilah sebenarnya tenaga yang telah dipindahkan kepada jongkang jongket itu. 7.2.2.5 Tenaga Putaran Tenaga putaran dapat dilihat dalam sukan perlu mematuhi prinsip-prinsip momen (principle of moments). Kesan tenaga putaran dapat ditambah dengan menambah beban atau memanjangkan jarak. Contoh, dengan memanjangkan raket badminton dengan menggenggam pada pangkalnya

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

dapat menghasilkan pukulan yang kencang. Manakala dengan memendekkan pegangan akan memudahkan permainan dijaring, pantas dan terkawal. 7.2.2.6 Kestabilan Kestabilan terbahagi kepada dua : 1. Statik 2. Dinamik Kestabilan statik adalah pengekalan kestabilan tubuh semasa tidak bergerak. Contohnya kedudukan seorang pelari sebelum melakukan pecutan 100 meter. Kestabilan dinamik pula adalah kestabilan semasa dalam pergerakan. Contohnya seorang pemain bola keranjang melakukan jaringan secara terbang. i) Geseran

Adalah satu daya yang menghalang penggelunsuran antara dua permukaan. Contohnya pemain bola sepak menggunakan kasut berstad supaya dapat bergerak dengan stabil dan tidak tergelincir, geseran diantara tapak dengan rumput itu menjadikan pemain itu lebih stabil.

ii)

Hukum Newton

Terbahagi kepada tiga: 1. Hukum inersia 2. Hukum pecutan 3. Hukum aksi-reaksi iii) Hukum Inersia

Suatu objek yang tidak bergerak akan kekal dalam kedudukannya dan suatu objek bergerak akan mengekalkan kelajuan dan arah pergerakan yang sama sehingga ia diubah oleh daya luar. Contohnya, bila bola disepak ia akan mengikut arah dan laluan yang lurus sehingga dipaksa

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

menukar sifat pergerakan oleh daya-daya luar. Daya yang menukar arah bola itu boleh wujud dalam bentuk graviti, rintangan udara, tiupan angin atau objek lain. iv) Hukum Pecutan

Hukum pecutan ialah apabila suatu objek dikenakan suatu daya ia akan bergerak dalam arah yang sama dengan daya berkenaan. Contohnya raket berat adalah sukar diayun tetapi tidak perlu banyak tenaga untuk menghasilkan pukulan kencang berbanding raket yang ringan. v) Hukum Aksi-Reaksi

Hukum ini menyatakan bahawa bagi setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah yang bertentangan. Contohnya dalam acara tarik tali, apabila pasukan A mengundur 1 meter maka pasukan B akan terpaksa melangkah 1 meter kehadapan. vi) Gerakan

Gerakan terbahagi kepada dua iaitu: 1. Gerakan linear. 2. Gerakan putaran. vii) Gerakan Linear

Gerakan linear ialah pergerakan tubuh ataupun objek dalam laluan yang lurus dan dengan kelajuan yang seragam. Contoh pergerakan linear adalah berjalan atau berlari. viii) Gerakan Putaran

Gerakan putaran adalah hasil dari pergerakan yang berbentuk separuh bulatan yang berpusatkan suatu pusat yang tetap. Contohnya membaling bola merupakan gerakan putaran dari tangan dan

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

sendi bahu yang kemudiannya ditukar kepada gerakan linear pada bola sebaik sahaja ia berlepas dari tangan. ix) Sistem Tuas

Sistem tuas terbahagi kepada tiga: 1. Tuas kelas pertama. 2. Tuas kelas kedua. 3. Tuas kelas ketiga. Tuas kelas pertama Apabila aksis (falkrum) berada diantara daya dengan beban. Tuas kelas kedua Apabila beban berada diantara daya dengan fulkrum. Tuas kelas ketiga. Bila daya berada diantara beban dengan fulkrum. Contohnya ; ketika menolak bola hoki.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

8.0

RUMUSAN
Kanak-kanak dan permainan tidak boleh dipisahkan. Terutama aktiviti yang melibatkan

banyak pergerakan sama ada pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka lebih cergas dan gembira semasa bermain dibandingkan dengan aktiviti pengajaran tradisional yang lebih mengongkong minda mereka. Jadi TGFU memang sesuai untuk kanak-kanak. Kaedah ini menfaatkan waktu belajar kanak-kanak dengan pengajaran berbentuk permainan. Oleh kerana permainan ini melibatkan kumpulan yang ramai, murid-murid juga dapat memupuk nilai positif seperti bekerjasama dengan menggunakan taktik sesuai dengan peraturan permainan. Melalui tugasan ini kami memahami bahawa syarat dan peraturan permainan haruslah pendek supaya murid-murid dapat menguasai konsep dengan mudah dan cepat. Guru hendaklah menjadi pembimbing dan bukan pengajar. Murid-murid harus diberi kebebasan belajar dalam keadaan yang santai dan gembira melalui kaedah TGFU ini. Sekali sekala guru boleh membiarkan murid-murid menjalankan eksperimen dengan permainan tersebut mengikut kreativiti dan kefahaman mereka tentang konsep, peraturan dan syarat syarat yang ditetapkan. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah. Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang seuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masingmasing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu. Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

EED3601 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Bibliografi
Almond, L. (1986). Primary and secondary rules. In R. Thorpe, D. Bunker, & L. Almond (Eds.), Rethinking games teaching (pp. 38-40). Loughborough: University of Technology, Loughborough. David Kirk, Mary O Sullivan & Doune Mcdonald (2006) Handbook for Physical Education. Game-centered approaches to teaching physical education. London,Sage Publication Ltd. Kirk, D. (1982). Theoretical guidelines for teaching for understanding. BAALPE, 18(1), 41-45.

Lund, J., & Tannehill, D. (2010). Standards-based physical education curriculum development (2nd Edition). Sudbury:Jones and Bartlett Publishers. Rink, J.E. (2008). Designing the physical education curriculum education: K-12 methods and curriculum for Physical Education.Colombus: The McGraw-Hill Companies.

Rovegno, I., & Bandhauer, D. (1994). Child-designed games - experience changes teachers conceptions. JOPERD, 65(6), 60-63.

http://web.uvic.ca/~thopper/articles/Cahperd/principle.htm http://notakuliahpismp.blogspot.com. 2011.11 pengenalan-tgfu-perkembangan-tgfu.html http://www.scribd.com/doc/100272795/TGFU-Satu Pembaharuan-Dalam-Pendidikan-Jasmani

Anda mungkin juga menyukai