Anda di halaman 1dari 9

Kepentingan Etika dan Kod Etika Kepada Seorang Guru

Maksud Etika Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tang gungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-qur an dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang b erkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profe sion dalam masyarakat.

Maksud Etika Perguruan Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pe lajar, rakan sejawat dan ibu bapa.

Kepentingan Etika Guru peru memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod Etika penting kerana: Kod etika menyediakan garis panduan kepada guru untuk bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidik an. Kandungan dalam Kod Etika Peguruan di negara ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding kod etika negara lain.

Guru dapat meningkatkan imej perguruan secara rasmi. Pengamalan etika dapat meng ekalkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, memupuk tanggungjawab b ersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli organisasi (INTAN, 1991).

Kod Etika Profesion Perguruan Guru harus bertingkah laku baik berhubung sifat profesionalnya ketika menjalanka n tugas. Guru perlu menjalankan tugas dengan jujur. Tanggungjawab utama guru ada lah terhadap muridnya. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap murid tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

Guru haruslah bertugas sebagai penganti ibu bapa dalam membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dengan a dil. Guru haruslah menerima perbezaan individu di kalangan muridnya. Guru harus menghormati hak setiap murid.

Anda mungkin juga menyukai