Anda di halaman 1dari 7

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hujan turun dengan lebat pada pagi itu. Air sungai di belakang rumahku menjadi banyak.Ibu berpesan agar aku tidak bermandimanda di sungai itu kerana berbahaya. Hujan semakin reda.Aku mencapai payung lalu pergi ke sungai itu.Aku leka memerhatikan Pak Kamal menjala ikan.Beberapa orang kawanku sedang berenang di sungai itu. Aku pun turut terjun ke dalam sungai itu.Kawankawanku menjerit meminta tolong kepada Pak Cik Kamal. Akhirnya, aku berjaya diselamatkan. Aku mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Kamal lalu pulangke rumah.Ibu menangis sambil memelukku.Aku berjanji akan mendengar pesanan ibuku pada masa hadapan. Apa perlu dilakukan? Baca dengan teliti setiap ayat. Kaji sama ada terdapat nilai murni atau tidak. Garisi ayat yang mengandungi nilai murni. Catat nilai murni di tepi kertas soalan. Garisi ayat yang terdapat nilai murni.

Hujan turun dengan lebat pada pagi itu. Air sungai di belakang rumahku menjadi banyak.Ibu berpesan agar aku tidak bermandi-manda di sungai itu kerana berbahaya Hujan turun dengan lebat pada pagi itu. Air sungai di belakang rumahku menjadi banyak.Ibu berpesan agar aku tidak bermandi-manda di sungai itu kerana berbahaya. Catat nilai murni ini. 1. Mengambil berat akan keselamatan keluarga setiap ahli

Hujan semakin reda. Aku mencapai payung lalu pergi ke sungai itu. Aku leka memerhatikan Pak Kamal menjala ikan. Apakah nilai murni ini? Mendengar nasihat Rajin mengisi masa lapang dengan menjala ikan.

Beberapa orang kawanku sedang berenang di sungai itu.Aku pun turut terjun ke dalam sungai itu.Kawankawanku menjerit meminta tolong kepada Pak Cik Kamal.

Apakah nilai murni ini? Bertindak pantas /bertanggung jawab / prihatin Akhirnya, aku berjaya diselamatkan. Aku mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Kamal. Apakah nilai murni ini? Berhemah tinggi / berbudi bahasa. Ibu menangis sambil memelukku. Apakah nilai murni ini? Kasih sayang menyayangi dengan sepenuh hati. ahli keluarga

Aku berjanji akan mendengar pesanan ibuku pada masa hadapan. Apakah nilai murni ini? Insaf Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita mesti mengambil berat akan keselamatan setiap ahli keluarga.Seterusnya, kita hendaklah rajin dan mengisi masa lapang dengan menjala ikan

seperti Pak Cik Kamal. Selain itu, kita harus berani membantu kawan yang dalam kelemasan dengan menjerit meminta pertolongan daripada sesiapa.Di samping itu, kita perlu mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menolong menyelamatkan kita.Akhir sekali,kita sepatutnya menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati dan mendengar nasihat daripada ibu demi kebaikan diri sendiri.

LATIHAN 2: PANTUN NYANYIKAN IKUT RENTAK LAGU GELANG SI PAKU GELANG Saya tidak menanam nanas, Tanam peria serta bendi, Saya tidak memandang emas, Budi bahasa yang saya cari. Pokok kelapa ditanam berjajar, Nampak dari tepi pantai, Barang siapa rajin belajar, Tentu dia menjadi pandai. Pantai Aceh pasirnya luas, Tempat berkelah seisi keluarga, dijaga. Usah dikenang masa yang lepas, Masa yang ada mesti Buah durian durinya tajam,

Mari dikait untuk kenduri, Usah suka pinjam-meminjam, Kalau berduit beli sendiri. Laut berombak dirembang petang, Nelayan ke kuala menjual pari, dicari. Usah ditolak rezeki yang datang, Bala dan musuh jangan penting yang perlu

Apakah langkah-langkah dilakukan?

Baca puisi ini dengan teliti. Baca sekali lagi bagi setiap baris ketiga dan keempat. Garisi baris ketiga dan keempat. Catat pengajaran atau nilai murni yang terdapat pada baris ketiga dan keempat. Saya tidak menanam nanas, Tanam peria serta bendi, Saya tidak memandang emas, Budi bahasa yang saya cari. Apakah pengajarannya? Sentiasa berbudi bahasa kerana budi bahasa tidak boleh dijual beli seperti emas.

Pokok kelapa ditanam berjajar, Nampak dari tepi pantai, Barang siapa rajin belajar, Tentu dia menjadi pandai. Apakah pengajarannya? Rajin belajar supaya menjadi murid yang dalam pelajaran. pandai

keluarga,

Pantai Aceh pasirnya luas, Tempat berkelah seisi Usah dikenang masa yang lepas, Masa yang ada mesti dijaga.

Pengajaran seterusnya? Usah dikenang perkara yang lalu tetapi berusaha untuk masa hadapan. Buah durian durinya tajam, Mari dikait untuk kenduri, Usah suka pinjam-meminjam, Kalau berduit beli sendiri. Pengajaran seterusnya? Elakkan diri daripada sikap suka meminjam daripada orang lain. Laut berombak dirembang

petang,

pari, dicari.

Nelayan ke kuala menjual Usah ditolak rezeki yang datang, Bala dan musuh jangan

Apakah pengajaran seterusnya? Kita perlu mencari rezeki sebanyak boleh dan mengelakkan diri daripada musuh. Pengajaran pertama ialah kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berbudi bahasa kerana budi bahasa tidak boleh dijual beli seperti emas.Kedua,kita mesti rajin belajar supaya menjadi murid yang pandai dalam pelajaran. Ketiga, kita digalakkan agar tidak mengenang perkara yang lalu tetapi berusaha untuk masa hadapan. Keempat, kita hendaklah mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam daripada orang lain.Kelima, Kita perlu mencari rezeki sebanyak boleh dan mengelakkan diri daripada musuh.

Anda mungkin juga menyukai