Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENGAPA 27 KALI GANDA?

Daripada Abdullah bin Umar RA, daripada Rasulullah SAW, sabdanya : Solat berjemaah lebuh afdhal daripada daripada solat bersendirian 27 kali ganda. Di dalam kitab Fathu al-Baari, al-Hafiz Imam Ibnu Hajar telah menyebutkan satu persatu 27 kelebihan yang terdapat pada solat berjemaah yang tidak terdapat pada solat secara bersendirian iaitu : 1. Menjawab seruan azan Al-hafiz Ibn Hajar berkata mengenai kelebihan yg pertama : menjawab seruan muazzin dgn niat ingin menunaikan solat fardhu secara berjemaah. 2. Bersegera datang ke masjid Al-hafiz ibn Hajar mengulas mengenai kelebihan yg kedua iaitu, bersegera datang ke masjid utk solat berjemaah pd awal waktu. 3. Berjalan ke masjid Berkata al-Hafiz Imam ibn Hajar mengenai kelebihan yg ketiga, Berjalan ke masjid dengan tenang. 4. Berdoa ketika masuk ke dalam masjid 5. Solat tahiyatul masjid setelah memasuki masjid 6. Menunggu didirikan solat berjemaah. 7. Para malaikat mendoakan keampunan dan rahmat untuknya. 8. Para malaikat menjadi saksi mereka. 9. Menjawab iqamah. 10. Terselamat daripada gangguan syaitan. 11. Berdiri sambil menanti takbiratul ihram, rukun dan sunat yang dilakukan imam. 12. Mendapat takbiratul uula bersama-sama imam. 13. Membetulkan saf solat dan memenuhkannya. 14. Menjawab kata-kata imam ketika bangkit dari rukuk. 15. Selamat daripada terlupa dan menolong imam dengan mengingatkannya. 16. Memperolehi khusyuk dan terselamat daripada perkara yang melalaikan.

17. Mengelokkan keadaan solat. 18. Para malaikat mengerumuni mereka. 19. Mempelajari tajwid al-Quran, rukun dan sunat solat. 20. Menzahirkan syiar-syiar Islam. 21. Menyulitkan syaitan melakukan godaan. 22. Menyelamatkan diri daripada sifat munafik dan menghapuskan buruk sangka. 23. Menjawab salam imam. 24. Saling mendapat manfaat di antara satu sama lain ketika berdoa, berzikir dan juga dari segi keberkatan. 25. Merapatkan hubungan silaturrahim dan berdisiplin dengan waktu solat. 26. Mendengar dan memberi perhatian pada bacaan imam. 27. Mengucap aamin bersama-sama imam.

Anda mungkin juga menyukai