Anda di halaman 1dari 5

NAMA : ANUSIAH A/P RAMALU NO.

KP : 810810-08-5208 KUMPULAN : MATHS 3 NAMA PENSYARAH : CIK NELLIE GAN LATIHAN : M/S 26 ( MTE3102)

1. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna.Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna makna matematik tersebut. Jawapan : Sebenarnya,matematik bukanlah satu mata pelajaran yang berkaitan nombor dan pengiraan sahaja.malah matematik juga mempunyai makna yang terperinci.pertamanya ialah : Matematik adalah satu cara berfikir. -Secara langsung matematik adalah satu ilmu pengetahuan yang mengajar kita untuk berfikir secara logik.kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah samaada konkrit atau abstrak dengan mengembangkan hujah dan kesimpulan.Semasa berfikir,kita mendapat kemahiran dan kaedah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.kadangkala,kita juga akan berfikir secara mendalam dan menganalisis dengan menggunakan rajah,jadual dan analogi untuk menyelesaikan masalah. Matematik adalah alat/rekreasi . -Secara tidak langsung matematik juga dianggap sebagai alat rekreasi.Ini adalah kerana,hampir semua orang menggunakan matematik.Kadangkala kita juga akan mengaplikasikan pengetahuan matematik bagi menyelesaikan masalah secara praktikal dan abstrak.Aktiviti-aktiviti seperti mencipta bentuk,mengkaji corak-corak nombor dan petak-petak ajaib seperti sodukudan catur dapat berkait rapat dengan matematik. Matematik adalah pengkajian tentang corak /pola. -Selain itu,matematik juga boleh dianggap sebagai kajian pola.Sebenarnya,pola/corak adalah satu perkara yang berulang.Seperi corak pada sehelai baju,jubin,corak bunga di masjid dan lain-lain lagi.Hasil kajian teorem geometri dan pola nombor daripada bentuk-bentuk dapat menggunakan dalam operasi matematik.Secara langsung, kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang matematik,tetapi juga terdapat dalam bidang seni,muzik,teksil dan lain-lain lagi.

2. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran? Maksud penyelesaian masalah ialah satu proses dimana murid-murid menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala

pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan atau pun masalah.. Situasi ini mengajar murid-murid untuk menyelesaikan masalah. Oleh sebab itu, guru harus memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan

menggunakan strategi-strategi tertentu. Selain itu penyelesaian masalah juga melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk berfikiran secara matematikal. Secara langsung juga,sesuatu masalah tidak mempunyai cara tertentu untuk menyelesaikannya. Oleh itu, pengetahuan yang dimiliki oleh murid-murid itu mestilah digabungkan dalam cara baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Pengertian masalah boleh diertikan istilah-istilah soalan, latihan dan masalah.Masalah soalan ialah suatu situasi yang boleh diselesaikan dengan mengingat semula dan menghafal. Masalah latihan pula ialah suatu situasi yang melibatkan latih tubi yang mengukuhkan kemahiran

menggunakan suatu algoritma yang telah diajar. Manakala masalah ialah suatu situasi yang memerlukan analisis dan sintesis pengetahuan yang telah dipelajari untuk menyelesaikannya. Penyelesaian mempunyai empat langkah utama iaitu: i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian iii) Melaksanakan kaedah iv) Menyemak semula Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah Pada peringkat pertama, murid-murid akan dibimbing untuk mengenal pasti katakata kunci dan menerangkan masalah. Murid harus mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan.Situasi ini memberi murid dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah sesuatu soalan, perkaitan di antara item-item yang dikenalpasti dan item yang hendak dicari atau dijawab. Dalam memahami dan mentafsir masalah yang dikemukakan Polya, beliau mengatakan langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami dahulu masalah yang diberikan. Murid perlu

mengenal pasti untuk membentuk keyakinan mereka dalam pengendalian masalahmasalah tersebut.

Merancang strategi penyelesaian Peringkat kedua ialah, murid-murid harus merancang strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya. Dalam langkah ini, penyelesaian pelajar perlu mengenal pasti apakah operasi yang terlibat dan apakah heuristik / algoritma yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.Berikut adalah beberapa strategi yang boleh diamalkan oleh murid-murid seperti membina model ,menggunakan gambarajah ,memudahkan masalah ,mencari pola / corak ,membina jadual ,uji kaji dan simulasi, kerja secara songsang ,menyiasat semua kemungkinan ,membuat analogi dan menyusun data / maklumat. Pemberian pelbagai bentuk masalah matematik kepada pelajar akan membentuk keyakinan mereka dalam pengendalian masalah-masalah tersebut. Melaksanakan strategi penyelesaian Setelah penyelesaian masalah telah dirancang, maka murid murid boleh melaksanakan strateginya untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid-murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk mendapat jawapan yang betul. Untuk melaksanakan strategi penyelesaian perlu dibuat berdasarkan kepada perancangan yang telah dirancang pada awalnya.Pertamanya ialahterjemahkan maklumat yang diberi itu kepada bentuk matematik .Kedualaksanakan strategi di langkah perancangan dan jalankan semua proses dan pengiraan yang terlibat dan semak semua langkah tersebut. Menyemak semula penyelesaian Peringkat terakhirnya ialah, murid-murid boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. murid boleh menyemak jawapan dengan mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau menggunakan cara sonsang seperti jawapan yang diperoleh daripada operasi bahagi boleh disemak dengan operasi darab. Semasa menyemak semula, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya cara penyelesaiaan masalah yang dilaksanakan oleh pelajar adalah logik walaupun strategi yang digunakan berbeza-beza. Berikut adalag perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa penyemakan ialah Semak semua maklumat penting yang telah dikenal pasti dan semak pengiraan, pertimbangkan penyelesaian yang logik lihat penyelesaian yang laindan baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada murid-murid benar-benar telah menjawab soalan.

3.Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik. Matlamat pertama ialah murid-murid dapat melatih akal supaya berfikir secara rasional dan logik.Murid-murid juga dapat menyelesaikan masalah harian seperti urusniaga,makanan,perjalanan dan hampir kesemua aktiviti dengan kaedah matematik.Oleh itu,murid-murid boleh berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Matlamat kedua ialah apabila murid-murid dapat berfikir secara logic,maka murid-murid dapat meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.Ini juga dapat memantapkan lagi untuk melaksanakan kerja-kerja yang agak sukar. Seterusnya,masalah dalam matematik juga dapat kemujuan dalam merialisasikan wawasan 2020 kerana dapat menguasai kemahirannya menjadi asas kemajuan Negara.matematik juga adalah alat penting untuk mendorong perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. 4.Nyatakan kepentingan matematik kepada a) Anda sebagai individu
Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak

memberikepentingannya yang tersendiri kepada individu. Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiapsyarikat dan perniagaan. dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri denganperubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain darikehidupan mereka.

b) Masyarakat anda Perindustrian yang maju. Teknologi juga sedang mengalami perubahan sosial. Memodenkan masyarakat. Mewujudkan masyarakat yang dinamik. Melahirkan masyarakat yang berkalibar.

c) Negara anda Pembaharuan dalam bidang kemajuan sains dan teknologi. Memenuhi cabaran masa depan. Berkembang dan terus maju mengikut peredaran masa. Dapat memenuhi aspirasi Negara. Dapat merialisasikan falsafah pendidikan.