Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

KAJIAN LUAR GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL PPISMP 709 PENGAJIAN SOSIAL SEMESTER 3/2010

1. Pengenalan Kajian Luar atau Kajian Lapangan Geografi Alam Sekitar Fizikal ini adalah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap bakal guru terutama dalam bidang pelajaran Kajian Tempatan dan Geografi.Ini juga merupakan sebahagian langkah bagi membolehkan setiap guru pelatih yang menyertai dalam kajian luar ini menimba ilmu pengetahuan yang lebih meluas dalam matapelajaran yang akan diajar di sekolah kelak.Ilmu pengetahuan yang luas berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran akan dapat diaplikasikan dengan lebih awal.

1.2 Matlamat Melahirkan generasi guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak yang inovatif dan berpengetahuan luas. Melahir bakal guru yang seimbang dari segi Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial. Memupuk nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama,semangat inkuiri tehadap sesuatu ilmu yang berguna,cinta akan alam sekitar dan homatmenghormati antara guru-guru pelatih dalam satu unit.

1.3

Rasional Mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dalam inkuiri penemuan. Mengkaji maklumat dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan matapelajaran Geografi Alam Sekitar Fizikal. Mengetahui dan memantapkan kemahiran asas geografi. Melatih para guru pelatih dalam langkah-langkah menjalankan sesuatu kajian luar dalam setiap aspek keguruan.

1.4

Objektif Memenuhi keperluan kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Membimbing para guru pelatih dalam melaksanakan sesuatu projek yang berkaitan dengan subjek Geografi Alam Sekitar Fizikal (Kajian Luar).

1.5

Kumpulan Sasaran Semua pelajar/guru pelatih PPISMP 709 Pengajian Sosial,Semester 3 2010.

1.6

Tarikh dan Masa Lawatan Hari : Jumaat Masa : 0730-1700 Tarikh : 6 Ogos 2010 Tempat : Taman Hidupan Liar Matang,Kuching Sarawak.

Jawatankuasa Induk Kajian Luar PPISMP 709 PS 2010

Penaung

: Datin Hajjah Zahrah Bt. Haji Bujang (Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak)

Penasihat I

: Puan Hajjah Adibah Bt. Ismail (Ketua Jabatan Kajian Sosial IPG KTAR)

Penasihat II

: Encik Mazlan Bin Haji Junaidi (Pensyarah Matapelajaran Pengajian Sosial 1)

Koordinator Pen.Koordinator Setiausaha Bendahari

: Felix Rapin Anak Stephen Johnson : Steffilla Anak Akkie : Nurul Athirah Bt. Mohamad : Azmeer Bin Musa

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Projek Penasihat Koordinator Pen.Koordinator Setiausaha Bendahari AJK Peralatan : Encik Mazlan Bin Haji Junaidi : Felix Rapin Anak Stephen Johnson : Steffilla Anak Akkie : Nurul Athirah Binti Mohamad : Azmeer Bin Musa : Mohamad Zulfarhan bin Rosmen (Ketua) : Saberi bin Pendi : Elfi Syahrul bin Materang

AJK Keselamatan

: Mohammad Khalid bin Kamsaini (Ketua) : Florence anak Richard Ambam

AJK Makanan

: Faten Errana binti Abu Bakar (Ketua) : Irene Wong Chai Sia : Heather Locklear anak Anna Anddress

AJK Fotografi

: Douvislynda anak Sumol (Ketua) : Sih Ai Yong

AJK Pengangkutan

: Mohammad Zaki Khalidy Syah bin Umar (Ketua) : Hedya Sasha binti Abdullah

Aktiviti Kajian Luar Sebelum Kajian 1. Membincangkan persediaan tentang kajian luar dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. 2. Pembahagian tugas kepada ahli jawatankuasa kecil. 3. Membuat persiapan dan pemeriksaan terakhir sebelum memulakan kajian. Semasa Kajian 1. Membuat pemerhatian dan soal selidik mengenai spesies hidupan liar yang hampir pupus yang terdapat di kawasan kajian. 2. Mengambil gambar hidupan liar dan gambar-gambar yang berkaitan dengan skop kajian. 3. Membuat laporan hasil kajian. Selepas Kajian 1. Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperolehi mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan mengikut tajuk. 2. Memproses maklumat-mentafsir,menganalisis dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh. 3. Membincangkan dapatan/hasil kajian. 4. Merumus dan mempersembahkan hasil kajian mengikut kumpulan yang telah dibahagikan.

Peraturan Semasa Kajian Luar 1. Semua guru pelatih dikehendaki berkumpul di hadapan Kafetaria institut tepat pada jam 7.00 pagi. 2. Semua guru pelatih dikehendaki mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Taman Hidupan Liar Matang. 3. Guru pelatih adalah dilarang sama sekali merokok,membawa benda tajam dan sebagainya sepanjang tempoh kajian dijalankan.

Bajet / Sumber Kewangan 1. Pungutan daripada setiap guru pelatih PPISMP709PS sebanyak RM15.00 seorang.

Bidang-Bidang Tugas AJK Yang Terlibat BIL. Perkara Koordinator : Memastikan semua projek tugas dijalankan dan disiapkan oleh ahli jawatankuasa yang lain. Penolong Koordinator : Membantu koordinator dalam halhal kelancaran kajian luar. Setiausaha : 3. a. Menyediakan kertas kerja. b. Carta organisasi. c. Senarai semak peraturan dalam kajian. AJK Peralatan : 4. a. Memastikan alat-alat yang diperlukan dalam kajian mencukupi. b. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. 5. AJK Pengangkutan : a. Menyediakan pengangkutan / bas institut AJK Fotografi : 6. a. Jurugambar b. Laporan kajian bergambar AJK Keselamatan : 7. a. Memastikan keselamatan terjamin. b. Mengawal keadaan semasa. AJK Makanan & Minuman : 8. a. Menyediakan makan dan minum peserta. Tindakan

1.

2.

Penutup Diharapkan agar semua guru pelatih yang terlibat dalam kajian luar ini dapat mengaplikasikan sepenuhnya aktiviti-aktiviti dan kemahiran yang dijalankan sebagai satu imu yang berguna dan bermanfaat kepada kerjaya sebagai guru kelak.Disamping itu,kerjasama dan komitmen yang tinggi dapat dipupuk melalui penglibatan diri secara aktif semua guru pelatih PPISMP709PS.Akhir sekali,semoga projek ini dapat dijalankan dengan jayanya serta mendapat sokongan dari pihak atasan dan juga dari pelatih sendiri.

JAWATAN

TANDATANGAN

DISEDIAKAN : TARIKH :

SETIAUSAHA KAJIAN LUAR PPISMP709PS 2010 NAMA : NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMAD

DISOKONG : TARIKH :

KETUA JABATAN NAMA : KAJIAN SOSIAL PUAN HAJJAH ADIBAH BINTI ISMAIL

DILULUSKAN : PENGARAH / TIM. PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS TUN ABDUL TARIKH : RAZAK,KOTA SAMARAHAN SARAWAK. NAMA : DATIN HAJJAH ZAHRAH BINTI HAJI BUJANG

Anda mungkin juga menyukai