Anda di halaman 1dari 14

TAJUK 8

PERSEKITARAN TEKNOLOGI, EKONOMI,ORGANISASI DAN PENGGUNA

PERSEKITARAN TEKNOLOGI Pada masa kini, kemajuan dalam telekomunikasi bertumpu kepada rangkaian komputer. Hampir semua pelaburan teknologi maklumat menjadi sebahagian daripada sistem-sistem komunikasi yang bersambungan, menghubungkan perniagaan, individu dan jabatan-jabatan kerajaan. Hari ini, kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Kuantiti maklumat yang banyak, dengan pelbagai kategori dan darjah kerahsiaan, boleh dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Terdapat variasi yang luas dalam hal ini Dana elektronik memindahkan berjuta-juta atau malahan berbilion dolar, di dalam masa yang singkat Tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari segi undang-undang, yang mesti dilindungi daripada penyalahgunaan kedua-dua dalaman dan luaran selagi mereka masih sahih. Satu resipi atau formula produk yang perlu untuk dilindungi sepanjang penggunaannya. Maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian pekerjaan) yang mungkin perlu perlindungan bagi sepanjang hayat individu tersebut.

Rangkaian Infrastruktur dan Prestasi. Jika anda hanya ada telefon di dunia, siapakah yang anda akan hubungi? Rangkaian telefon juga menerangkan beberapa perkara penting lain tentang rangkaian komunikasi: 1. Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti dikenalpasti secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian telefon, setiap talian mempunyai satu nombor telefon yang unik. 2. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor: kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kodkod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah 1

negara. Setiap syarikat telefon bertanggungjawab untuk kod-kod kawasan dan nombor-nombor. 3. Syarikat-syarikat telefon menawarkan satu nombor khas untuk perkhidmatan direktori di kawasan yang mereka bertanggungjawab. 4. Telefon-telefon individu disambungkan kepada satu sistem pensuisan perantara (intermediate switching system ). Sistem pensuisan itu membenarkan mana-mana pengguna untuk berhubung dengan mana-mana pengguna lain di rangkaian itu, atau malahan merentasi rangkaian tersebut. Oleh itu, satu telefon rumah yang bersambungan kepada satu rangkaian dengan satu wayar fizikal boleh menghubungi satu telefon selular di satu rangkaian yang dikendalikan oleh syarikat lain. 5. Beberapa sambungan boleh menjadi sementara, selainnya adalah kekal. Jika anda menggunakan sebuah telefon berbayar anda disambungkan buat sementara waktu kepada satu rangkaian daripada satu nombor yang digunakan oleh orang lain. Jika anda menelefon daripada rumah anda, anda sentiasa disambungkan daripada nombor yang sama. Rangkaian Misi-Kritikal (Mission-Critical Networks) Rangkaian-rangkaian hari ini adalah menjadi semakin kritikal. Mereka telah menjadi lebuh raya elektronik untuk memindahkan maklumat antara sebuah organisasi pemegang saham: pembeli, penjual, pembekal dan rakan kongsi. Pertukaran maklumat termasuklah pesanan, pertanyaan, bayaran, perkhidmatan dan sokongan, rekaan-rekaan, rancangan dan apa-apa jenis maklumat lagi. Perkhidmatan rangkaian juga merangkumi, menyediakan akses untuk data gudang bagi sokongan pemasaran, menyokong wakil-wakil perkhidmatan pelanggan, mempersembahkan maklumat video kepada pelabur kewangan untuk mempengaruhi keputusan pelaburan; dan berkongsi imej-imej perubatan untuk bekerjasama tentang diagnosdiagnos yang kompleks. Apabila kita semakin bergantung kepada rangkaian-rangkaian ini untuk menguruskan perniagaan, kita perlu memastikan keutamaan-keutamaan yang munasabah yang boleh dikenakan ke atas aliran trafik rangkaian. Ini memerlukan kebolehan untuk mengenalpasti kategori 2 trafik rangkaian dan pengguna, serta

teknologi untuk mengenakan keutamaan-keutamaan dan peraturan-peraturan pada trafik rangkaian. Ia menganggap bahawa semua trafik rangkaian perlu untuk sampai ke destinasinya; bagaimanapun, bagi masa untuk beban berat, trafik yang kritikal perlu diberikan keutamaan melebihi trafik lain. Pengurusan Rangkaian Dan Pemilihan Rangkaian Pihak syarikat juga memerlukan jaminan agar data mereka kekal selamat. Beberapa kategori-kategori umum data boleh diidentifikasi: Data Awam (Public Data). Data jenis ini tidak mempunyai sekatan keselamatan dan mungkin digunakan oleh sesiapa sahaja. Bagaimanapun, data seumpama ini harus dilindungi daripada diusik tanpa kebenaran atau pengubahsuaian. Data Hak Cipta (Copyright Data). Jenis ini adalah berhakcipta tetapi bukan rahsia. Pemilik sanggup untuk menyediakannya, tetapi mahukan bayaran bagi penggunaannya. Untuk meningkatkan hasil pendapatan, keselamatan perlulah diperketatkan. Data Sulit (Confidential Data). Data jenis ini mengandungi isi yang sulit, tetapi kewujudan data adalah bukan suatu rahsia. Data seumpama ini termasuklah nombor akaun bank dan fail-fail kakitangan. Data Rahsia (Secret Data). Kewujudan sebenar bagi data jenis ini adalah rahsia dan mesti disimpan rahsia pada setiap masa. Hanya individu tertentu boleh mencapainya. Isu-isu pengurusan dan kawalan data juga turut penting apabila rangkaian semakin berkembang. Kawalan mesti memastikan mesej-mesej tidak dihantar kepada pihak yang salah dan mesej-mesej yang tidak dapat disampaikan dikembalikan kepada pengirimnya. Potensi untuk kegagalan seperti ini semakin besar apabila jumlah rangkaian dan manusia terlibat semakin meningkat. Internet semakin berkembang dengan satu model kawalan yang sangat terpencar (decentralized). Tidak ada titik tengah bagi pengawasan atau pentadbiran. Disebabkan ia adalah terbuka, rangkaian awam yang menyambungkan banyak rangkaian yang saling berkaitan dan lebih kecil. Satu mesej yang meninggalkan satu poin dan akan tiba tanpa terjejas di poin yang lain. Bagaimanapun, apabila internet semakin berkembang, pada masa yang sama, jangkaan-jangkaan bagi kualiti dan kestabilan perkhidmatan meningkat, Terdapat mereka yang percaya bahawa perubahan-perubahan diperlukan dalam pendekatan untuk pengurusan internet dan kawalan. Satu persoalan yang penting untuk masa 3

hadapan adalah meningkatkan pengurusan dan operasi Internet, tanpa kehilangan fleksibiliti asas yang telah menjadikan ia berjaya. Contingency Planning (Rancangan Luar Jangkaan) Rancangan Luar Jangka ialah satu perancangan atau pelan untuk mengembalikan proses pengeluaran atau perkhidmatan kepada keadaan sediakala dalam keadaan malapetaka utama. Oleh sebab rangkaian berasaskan aplikasi menjadi semakin kritikal, satu kriteria menentukan kualiti tahap perkhidmatan diperlukan. Analisa Kesan Perniagaan dijalankan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi perniagaan. Ia mengandungi beberapa langkah: Pertama, kenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang kritikal dan siapa pemilik aktiviti. Aktiviti-aktiviti perniagaan melibatkan fungsi pengeluaran dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Pemilik aktiviti bertanggungjawab kepada operasi harian yang sedang dijalankan. Kedua, pemilik setiap aktiviti perniagaan perlu mengenal pasti maklumat dan sistem-sistem yang kritikal. Sistem-sistem kritikal adalah aplikasi-aplikasi yang dikomputerkan yang perlu ditempatkan untuk menyokong aktiviti perniagaan yang kritikal. Pada ketika ini, ia juga adalah penting untuk mengenal pasti manamana sistem-sistem yang mengandungi maklumat yang sensitif atau sulit. Langkah ketiga adalah untuk menganggarkan satu tempoh masa henti (downtime period) yang boleh diterima (jam, hari, minggu, dan sebagainya.), Satu tempoh masa henti yang boleh diterima mungkin berbeza bergantung kepada jenis aktiviti. Akhirnya, pemilik aktiviti dan pengurus sistem dapat mengenal pasti risiko-risiko, dan mengenal pasti perlindungan. Bahagian-bahagian yang seharusnya diliputi termasuklah servers, pengurusan data, rangkaian operasi-operasi dan pentadbiran, aplikasi-aplikasi, pengecaman pengguna dan kakitangan. Kehilangan produktiviti dan hasil pendapatan yang berpunca daripada masa henti

(downtime) akibat malapetaka mestilah dikira. pengurus-pengurus seharusnya bermula dengan suatu senario yang mencirikan tarikh dan masa bagi jenisnya dan tempoh dan bilangan pengguna yang terjejas. Sebagai contoh, katakan bahawa satu server untuk 100 orang pengguna rosak di satu agensi pelancongan yang besar. Ia mengambil masa empat jam bagi memulihkan rangkaian, dan sepanjang masa tersebut kebanyakan pengguna tidak produktif sepenuhnya. Dengan setiap pengguna menghasilkan RM 20 sejam, kerosakan ini akan menelan 4

belanja RM8,000 kepada agensi pelancongan tersebut dalam perbelanjaan sahaja. Lebih buruk lagi, bagi kebanyakan organisasi, ia adalah kehilangan pendapatan langsung. Kos-kos amat berbeza dengan persekitaran pengkomputeran, aplikasi-aplikasi perniagaan dan pengguna. Sebagai contoh, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa masa henti rangkaian pada satu firma pembrokeran boleh mengakibatkan kos RM107,500 seminit, seperti berlawanan dengan RM1,150 seminit untuk satu rangkaian jualan tiket telefon. Satu alternatif untuk sistem-sistem rangkaian kritikal seharusnya wujud, dan bukan dalam bangunan yang sama. Sesetengah organisasi menggerakkan sistem-sistem fungsian kepada satu alternatif di tapak lain. Storan data sandar (backup) di luar tapak turut dianggap bijak, kedua-duanya untuk perancangan malapetaka dan tujuan keselamatan. Persekitaran ekonomi dan organisasi Kitaran pengeluaran dimulakan dengan pemerolehan bahan-bahan mentah atau komponen-komponen, dan menghasilkannya kepada satu produk siap yang boleh diterima oleh seseorang pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaran akan menambah nilai sesuatu bahan mentah yang asal. Sebagai contoh untuk membuat dan menjual satu majalah berita, pemperosesannya termasuklah laporan, penulisan, penyuntingan, gambar-gambar, reka letak,kertas, percetakan, perkhidmatan langganan, label bungkusan dan pengagihan fizikal. Sesebuah firma mestilah memutuskan untuk mengeluarkan setiap barangan atau perkhidmatannya sendiri, atau membelinya daripada pembekal. Kebanyakan majalah-majalah berita tidak memiliki kilang kertas atau percetakan akhbar, tetapi mereka mengupah editoreditor sebagai kakitangan bergaji. Mereka boleh mengarahkan kumpulan pemberita mereka untuk menulis sebuah cerita, mencetak semula sebuah cerita daripada satu wire-service, atau mereka mungkin mentauliahkan seseorang daripada seorang pekerja bebas. Gambar-gambar pula mungkin didapati daripada jurufoto mereka sendiri, atau mereka mungkin membelinya daripada stock house. Dua faktor terpenting dalam menerangkan keputusan make-or-buy" adalah pengaruh sikap mengambil peluang firma lain dan kos urus niaga Penjual mungkin akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga lebih tinggi daripada sepatutnya apabila mereka menyedari bahawa pengguna bergantung kepada sesuatu barang tersebut dan tidak mudah mendapatkannya di tempat lain. Sebuah syarikat boleh mengamalkan sikap mengambil peluang disebabkan beberapa keadaan:

Ketentuan tapak (Site specificity): Misalnya produk dan bahan-bahan mentah hanya boleh didapati di suatu tempat tertentu. Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity): produk tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya berguna kepada seseorang pelanggan.

Ketentuan aset manusia (Human asset specificity): kemahiran tertentu diperlukan untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk. Ketentuan masa (Time specificity): produk hanya berguna bagi suatu tempoh masa tertentu selepas itu ia akan rosak Kerumitan produk (Product complexity): maklumat tentang produk adalah kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa yang mereka mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari pembekal terbaik.

Pasaran Dan Hierarki-hierarki (Market and Hierarchies ) Pasaran adalah bermaksud urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekalpembekal. Hierarki-hierarki pula merupakan perhubungan pembekal-pelanggan yang bertahan lama yang bukan sahaja disebabkan oleh kuasa pasaran Semasa satu mekanisme pasaran bekerja, pembeli membeli daripada mana-mana pembekal yang menawarkan kombinasi terbaik seperti harga, kuantiti yang boleh didapati, piawaian kualiti, jadual penghantaran, dan sebagainya. Perhubungan antara pembeli dan penjual adalah singkat, pembelian ditamatkan dengan satu urus niaga oleh transaksi asas. Di bawah satu mekanisme berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada antara banyak penjual yang berpotensi, tetapi sebaliknya membeli barangan dan perkhidmatan daripada sebuah pembekal yang ditentukan. Pada dasarnya, firma tersebut memilih sebuah pembekal bagi sejumlah urus niaga, dan hubungan mereka ditentukan dalam satu perjanjian. Dalam suatu persekitaran pasaran, pelanggan boleh meninjau untuk mendapatkan gabungan harga yang terbaik, kualiti atau lain-lain sifat yang diinginkan. Oleh sebab persaingan antara pembekal-pembekal mewujudkan pelbagai pilihan Hierarki-hierarki terbentuk apabila kos urus niaga adalah tinggi, penghantaran bekalan bahan mestilah dijamin, dan pembekal-pembekal tidak cukup kompetitif untuk menghadkan oportunisme. Mengekalkan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual dapat mengurangkan kos urus niaga.

Pasaran-pasaran Elektronik (Electronic Markets) Dalam tempat di mana pasaran dijalankan, pembeli-pembeli mencari penjual-penjual. Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian disebut sebagai kesan pembrokeran elektronik" (the electronic brokerage effect). Dalam pasaran elektronik, beberapa perkhidmatan wujud yang menghubungkan pembeli dan penjual yang berbeza melalui perkongsian sumber maklumat Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengesan sejumlah besar pembekal yang berpotensi. Program-program perbandingan yang pintar boleh meningkatkan bilangan bagi alternatif-alternatif serta kualiti alternatif terakhir yang dipilih, di samping mengurangkan kos proses pemilihan. Teknologi maklumat boleh juga digunakan bagi mengurangkan kerumitan produk. Sebagai contoh, bagi beberapa tujuan, sepuluh digit ISBN boleh menerangkan sesuatu buku disebabkan teknologi maklumat yang diaplikasikan. Sebaliknya, pemerihal piawai produk piawai dan teknik-teknik seumpama untuk fotograf, muzik, dan video telah terbukti amat sukar untuk dibangunkan. Hierarki-hierarki Elektronik (Electronics Hierarchies) Firma-firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membangunkan perhubungan berhierarki jangka masa panjang dengan rakan dagangan mereka. Satu contoh adalah seperti sistem pertukaran data elektronik (electronic data interchange EDI) yang menyambungkan satu poin terminal jualan peruncit kepada sistem penghantaran pembekal mereka, mengurangkan kemungkinan peruncit kehabisan stok bagi barangan yang selalu dibeli. EDI adalah satu standard untuk menyusun dan menghantar maklumat antara komputer-komputer, selalunya melebihi rangkaian komunikasi swasta (disebut value-added networks atau VANs). Perolehan rutin automatik juga bermaksud kakitangan perolehan mempunyai lebih masa untuk memfokuskan kepada perundingan meletakkan harga yang lebih baik dan membina hubungan dengan pembekal. Bekalan bersepadu yang berangkaian membantu untuk meminimakan inventori dan mengurangkan modal kerja dengan menambah kawalan stok. Mewujudkan perhubungan elektronik dengan pembekal-pembekal besar dan pelanggan-pelanggan membolehkan syarikat-syarikat untuk menghantar dan menerima pesanan belian, pemberitahuan invois dan pengiriman dengan lebih cepat. Keadah operasi ini juga disebut pengurusan inventori just-intime (just-in-time inventory management JIT).

Urus Niaga Komersil (The Commercial Transaction) Generalisasi pandangan ahli ekonomi tentang pasaran-pasaran dan hierarki-hierarki membawa kepada suatu kesimpulan pandangan bagi urus niaga dan dari situ, tercetus idea bahawa terdapat satu aspek dapat dilihat (visible)" dan satu aspek tidak kelihatan (unvisible)" untuk perdagangan elektronik. Aspek dapat dilihat adalah bermatlamatkan pasaran pengguna yang luas, manakala aspek tidak kelihatan pula meneruskan secara tertutup antara syarikat-syarikat dan tertumpu kepada pemprosesan urus niaga antara rakan perniagaan. Sama ada dapat dilihat atau tidak kelihatan, model ini bermula pada persepsi ahli ekonomi tentang sesebuah pasaran. Bagi ahli ekonomi, definisi kepada satu pasaran sempurna" apabila setiap pembeli yang berpotensi mendapat maklumat yang sempurna" : tiada seorang yang mendapat maklumat yang orang lain tidak ada. Tambahan lagi, tidak wujud halangan kepada pergerakan ini bermakna untuk memudahkan model dengan membuang batasan realiti. Dalam dunia sebenar, infrastruktur menjadi masalah. Aliran maklumat memerlukan beberapa infrastruktur untuk menggumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat. Kos mengangkut barang-barang, termasuk maklumat, bergantung pada sifat rangkaian pengangkutan. Membina infrastruktur ini memerlukan pelaburan dan pelaburan tidak dibuat tanpa prospek ganjaran sebagai balasan. Jurang antara pasaran sempurna ahli ekonomi dan dunia sebenar sudah jelas: akses kepada infrastruktur dan pulangan kepada pelaburan tidak akan diagih sama rata dan seterusnya akan memberi kesan kepada kos urus niaga. Model empat fasa Urus Niaga Komersil boleh menerangkan tentang kos urus niaga, oportunisme dan gangguan di mana hierarki-hierarki menyebabkan keunggulan pasaranpasaran sempurna ahli ekonomi: 1. Penemuan Pra pembelian (Prepurchase Discovery): Menentukan keperluankeperluan yang ingin dibeli dan mencari maklumat yang bersesuaian bagi satu set produk yang bersesuaian dengan keperluan. 2. Pemilihan Dan Komitmen (Selection and Commitment): pemilihan sesuatu produk dan pembekal daripada penemuan pra pembelian berdasarkan kepada perbandingan sifat. Termasuk rundingan dengan penjual-penjuan untuk syaratsyarat yang sesuai seperti harga, ketersediaan, dan tarikh penghantaran. 3. Penyempurnaan Pembelian (Purchase Consummation): Kaedah penghantaran produk, mekanisme pembayaran dan aliran maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan pembelian.

4. Interaksi selepas pembelian (Postpurchase Interaction): perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk memberi perhatian aduan-aduan pelanggan, pulangan produk dan kecacatan produk. Aliran Kerja (Workflow) Menggunakan teknologi bagi urusan jual beli memerlukan beberapa struktur yang tertentu. Komputer-komputer dan rangkaian-rangkaian mestilah dirancang dengan teliti dan tugas-tugas pembeli, penjual dan sokongan pembekal ditentukan Di tahap paling rendah, teori sistem pengurusan pangkalan data (database management system DBMS) menyediakan satu takrif eksplisit tentang urus niaga (transaksi). Takrif ini merupakan takrif yang menjadikan mesin wang automatik (automatic teller machines ATMs) boleh dipercayai, dan dibenarkan untuk bekerja dengan sistem-sistem yang lain dalam sesuatu bank-bank. Takrif ini menyatakan bahawa transaksi: Mempunyai satu permulaan yang jelas dan satu hujung yang jelas. Mengikut satu proses yang jelas (satu siri langkah-langkah atau perantaraan keadaan). Pada akhirnya berjaya atau gagal (keadaan akhir). Boleh gagal dalam beberapa cara, tetapi berjaya hanya dengan satu cara. Meninggalkan pertukaran data dalam pangkalan data jika transaksi berjaya atau tidak berubah jika ia gagal. Satu cara mudah untuk mengingati sifat-sifat transaksi adalah akronim ACID: Atomic, Consistent, Isolated and Durable. (Atom, Konsisten, Terpencil Dan Tahan) Suatu transaksi adalah satu set aktiviti yang dianggap sebagai satu aktiviti tunggal atau atom (atomic) yang dilakukan oleh sistem. Satu transaksi bagi jenis yang ditentukan akan sentiasa membuat perubahanperubahan yang sama untuk pangkalan data, ini bermakna transaksi-transaksi itu adalah konsisten (consistent). Setiap transaksi adalah satu set perubahan yang lengkap dan mereka diasingkan (isolated) daripada mana-mana transaksi lain yang dilakukan pada masa yang sama. Sekali satu transaksi telah sempurna, perubahan-perubahan itu menjadi tetap; perubahan tersebut adalah tahan lama (durable).

Pengguna Matlamat pelaburan perniagaan dalam teknologi maklumat dan e-dagang adalah untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan meluaskan perkhidmatan pengguna. Pengguna suka membeli belah secara online kerana mereka mendapati banyak barang yang terdapat dipasaran online melebihi daripada barang di kedai biasa. Pengguna yang sibuk boleh menjimatkan masa dan mendapati bahawa membeli belah lebih mudah apabila peniaga melayan mereka secara individu secara online. Mereka juga boleh mendapatkan lebih informasi untuk membuat keputusan dalam membeli barangan. Informasi yang baik dan pilihan yang banyak, tambahan pula dengan kos yang rendah untuk perniagaan internet, boleh menurunkan harga dan meningkatkan kualiti. Syarikat boleh berkembang secara cepat untuk mengambil kesempatan daripada perkembangan peluang yang di cipta oleh internet. Banyak syarikat mendapat keuntungan yang cepat dengan meletakkan pesanan dan operasi khidmat pelanggan di internet. Pemasaran dan pengiklanan secara online telah berkembang kerana terdapat perhubungan yang rapat antara kumpulan-kumpulan peniaga didalam. Internet dan teknologi baru yang lain juga menggalakkan perniagaan baru untuk diterokai. Jualan runcit barangan, di mana jualan di hasilkan dalam internet tetapi produk itu diterima dari segi fizikal. Jualan software, muzik, video game, perkhidmatan banking, insurans, perkhidmatan pembelajaran, dan berita boleh di lakukan secara terus menerusi rangkaiaan. Penerimaan digital bagi barangan atau perkhidmatan ini mempunyai potensi untuk menjadi kawasan yang paling luas dalam pasaran elektronik. Jumlah pengguna yang membuat belian melalui Internet merupakan bukti di mana pengguna memperoleh kebaikan. Lebih banyak pengguna yang melayari fikirkan mengapa pengguna lebih gemar membuat belian secara elektronik! secara online, Internet menjadi lebih mudah untuk di ekses dan perdagangan internet bertambah. Cuba

Perkhidmatan Pelanggan Perniagaan internet boleh menambah pelanggan hanya dengan sedikit atau tanpa sebarang kos. Ini kerana penjualan berfungsi hanya dalam komputer berbanding dengan kedai yang menggunakan jurujual. Pencapaian perniagaan online ini dibatasi hanya dengan kapasiti komputer untuk melayani segala kemahuan atau tempahan yang dibuat.

10

Internet juga boleh membuat organisasi jualan secara tradisional, penjualan secara katalog dan pengiklanan yang lebih cekap. Tempahan secara elektronik boleh memaparkan lebih informasi dan kegunaannya berbanding dengan katalog kertas. Penjualan terus secara online boleh menambahkan pembelian semula dan meningkatkan kebolehan untuk menjual barang tambahan. Contohnya setiap pembelian di kilang yang besar, hanya perlu duduk di komputer, membuka laman web, dan mencari pembekal secara online. Pembekal yang kecil dengan penjualan yang terhad kini membolehkan pembeli melayari laman web dengan mudah sama seperti syarikat yang besar. Sama juga seperti penjual, menjual kepada berjutajuta pengguna yang sedang berkerja di rumah mahupun di pejabat dengan mudah secara online. Kepelbagaian Pembeli di laman web beruntung kerana tanpa meninggalkan rumah atau pejabat, pengguna boleh mengakses ribuan laman web untuk mengetahui berita terkini dan pelbagai acara lain, Maklumat tantang produk dan pembelian apa sahaja. Pemilihan yang sangat banyak tidak terhad kepada produk dan perkhidmatan yang boleh di hantar secara di gital. Laman web yang menjual alat elektronik, alatan perkebunan, alatan pejabat dan lain-lain juga menawarkan pilihan yang lebih banyak di internet. Sebagai contoh, sebuah kedai buku yang menawarkan pelbagai jenis buku memerlukan pengguna mencari sendiri tajuk buku yang di kehendaki atau membuat pesanan melalui telefon. Sebaliknya, Jika pengguna ingin mendapatkan secara online, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci untuk mengenalpasti jenis buku yang mereka mahu, memilih laman web yang mengadakan promosi dengan mudah, dan maklumat yang diperlukan. Pengguna boleh menyelesaikan pemilihan dan proses pembelian, seterusnya mendapatkan tempahan mereka dalam beberapa hari kemudian. Pilihan maklumat Peluang yang lebih besar wujud kesan dari terbukanya pasaran elektronik. Pembelian, menjadi lebih senang apabila masalah dapat dikurangkan dan barang mudah di dapati. Sebelum ini kebanyakan pembeli kereta akan melawat ke bilik pameran jika mereka ingin membeli kereta. Melalui internet, pembeli kini boleh melihat model kereta yang berbeza dan membaca segala informasi kereta tersebut dan bagaimana persembahan kereta itu. Bersama dengan gambar kereta dan gambaran, pelanggan boleh mengakses kereta baru dan menggunakan harga kereta untuk di bandingkan harganya melalui penjual di internet.

11

Selepas membuat keputusan terhadap model kereta tersebut, pengguna boleh menandakan kehendak mereka terhadap warna dalaman, dan luaran kereta, memilih sama ada model kereta 4 atau 2 pintu. Sesetengah perkara seperti sistem suara, power window dan kos juga boleh di pilih. Akhir sekali, pelanggan boleh memasukkan informasi diri mereka supaya senang untuk di hubungi termasuk alamat. Permintaan pengguna akan diserahkan secara automatik kepada penjual berhampiran dengan alamat pembeli. Penjual akan penghubungi pelanggan untuk menetapkan harga. Perbelanjaan insurans juga terdapat secara online. Perniagaan internet menjual insuran menyediakan peralatan software yang membantu pengguna untuk mengenalpasti jenis insurans yang mereka perlukan dan seiring dengan informasi untuk membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat atara satu polisi insurans dan sebaliknya. Pelanggan boleh membeli polisi dengan menjawab beberapa soalan mudah tentang warganegara, umur, kesihatan dan gaji, keadaan keluarga dan kadar insurans yang di perlukan. Hanya dengan beberapa klik pada tetikus, pelanggan boleh mendapatka maklumat yang lebih terperinci mengenai setiap polisi untuk memastikan sama ada harga adalah berpatutan. Walaupun kelebihan yang di tawarkan oleh online shoping, banyak pelanggan hari ini masih risau tentang internet. Mereka amat prihatin tentang memelihara hak peribadi dan keselamatan informasi kredit kepada mereka. Ramai yang tidak mempunyai komputer, atau mendapati sangat susah untuk menggunakannya. Ramai yang memilih pengalaman sendiri untuk membeli belah dan memilih produk yang mereka boleh lihat, rasa dan cuba. Sesetengah pelanggan bimbang syarikat menawarkan informasi yang salah, kegagalan penghantaran barangan, dan menyediakan barangan yang tidak sebaik seperti barangan yang di jual di kedai. Transaksi dan aliran kerja (Transaction and Workflow) Kembali kepada idea perjalanan kerja dan analisa proses, kita boleh melihat kepada pembukaan pasaran daripada perspektif perniagaan dan pengguna. Model Empat fasa yang diperkenalkan boleh di gunakan sebagai panduan untuk untuk pengguna dan untuk perniagaan, bersama-sama menyokong dan memperkembangkan penggunaan teknologi Pendedahan pra pembelian Ini merupakan satu proses untuk mencari satu set produk yang berupaya untuk memenuhi permintaan pengguna. Kepada pengguna, ini bermakna mereka boleh mengetahui apa yang mereka mahu dan mencari siapa penjualnya. Pada pembekal atau

12

penjual,

ini

bermakna

mereka

perlu

memberitahu

pelanggan

tentang

produk

dan

perkhidmatan yang di tawarkan. Dalam pembelian kereta contohnya, pembeli menggunakan informasi di internet untuk membuat keputusan tentang kereta yang diinginkan, seperti harga dan assesori yang ditawarkan. Informasi tentang pembekal juga perlu lengkap. Informasi ini boleh di ambil dan di sebarkan melalui saluran yang lain oleh orang lain. Pemilihan dan Komitmen Ketika fasa ini pembeli memilih pembekal dan produk berdasarkan perbandingan yang telah dibuat. Fasa ini termasuk perundingan dengan penjual untuk harga yang sesuai, kesediaan barang, dan tarikh penghantaran. Bagi pembekal, ini bermakna strategi meletakkan harga termasuk diskaun, ciri-ciri khas dan perkhidmatan istimewa mestilah lengkap. Pada tahap ini, tempahan turut dibuat beserta gambar. Pada fasa yang sebelumnya, mungkin tidak terdapat komunikasi yang baik dengan pengguna, risalah dan katalog produk mungkin sudah memadai. Pada tahap ini, komunikasi 2 hala antara pelanggan dengan pembekal amat di perlukan. Sistem tempahan masuk perlu di sediakan untuk komunikasi tentang permintaan yang lebih spesifik dan penghargaan kepada pelanggan. Penggunaan Pembelian Ini merupakan fasa merangkumi perjalanan informasi dan dokumen yang berkaitan tentang pembelian dan pembayaran secara elektronik yang memudahkan pembayaran kepada proses pembelian. Bagi pengguna, ini sangat mudah; menerima barang dan membayar kepada mereka. Invois dan resit dokumen pembelian di integrasikan ke dalam sistem akaun pembeli. Bagi pembekal, lebih banyak aktiviti yang perlu di lakukan oleh mereka. Tindakan harus di lakukan untuk menghasilkan dan menerima barang atau sevris yang di minta oleh pelanggan di dalam masa yang dipersetujui. Barangan, kakitangn dan proses penghasilan harus selaras dengan tujuan untuk dilaksanakan. Bergantung kepada betapa susahnya penghasilkan barangan itu dan proses penghaslannya, rangkaian pekerja memerlukan keselarasan juga. Interaksi selepas pembelian (Postpurchase Interction) Dalam fasa terakhir ini meliputi perkhidmatan pelanggan dan galakan untuk menerima aduan pelanggan, menerima kembali pemulangan produk yang terdapat kerosakan. Pengguna juga memerlukan pemasangan tambahan, penyelenggaraan atau perkhidmatan

13

percubaan. Produk yang kompleks mungkin memerlukan manual teknikal, selalunya di buat dalam beberapa bahasa. Bagi pembekal, setiap pengurusan individu harus di kawal untuk mendapatkan maklumat yang berguna, termasuk tempoh pembayaran. Usaha pemasaran perlu fokus kepada pembinaan kesetiaan jenama, atau penjualan. Soalan Huraikan ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis WAN yang lain. 1. Huraikan dalam ayat anda sendiri bagaimana maklumat dipindahkan melalui Internet, WAN dan VAN. Apakah perkara-perkara yang harus dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat ketika membuat keputusan terhadap jenis rangkaian yang paling sesuai untuk keperluan mereka? 2. Mengapa rancangan luar jangkaan adalah penting? Huraikan dengan terperinci konsep dan langkah-langkah yang terlibat. Perbincangan 1. Mengaplikasikan teknologi dalam perdagangan memerlukan beberapa struktur yang telah ditentukan (definite structure) untuk pelaksanaan". Mengapa? 2. Syarikat-syarikat boleh memilih untuk membawa mana-mana atau semua transaksi mereka secara dalam talian. Jelaskan empat cara yang berbeza sesebuah syarikat kereta mungkin menjual produknya dengan menggabungkan transaksi-transaksi elektronik dan pembelian sebenar 3. Apakah perbezaan-perbezaan antara sistem pasaran dan sistem hierarki? Huraikan satu contoh dimana suatu syarikat akan lebih memilih untuk berkerja dalam satu hierarki. Bolehkah anda mengatakan akaun bank anda adalah satu hubungan berhierarki? 4. Huraikan bagaimana satu syarikat menggunakan rangkaian-rangkaian untuk menjadi lebih bersepadu. Beri tiga contoh kelebihannya. Apakah risiko-risiko yang syarikat harus berjaga-jaga?

14

Anda mungkin juga menyukai