Anda di halaman 1dari 19

5.

KEWANGAN: ANALISIS PENYATA KEWANGAN PENGENALAN


Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kirakira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Analisis penyata kewangan digunakan sebagai kawalan kewangan iaitu dengan menggunakan penyata-penyata kewangan untuk memantau prestasi sesebuah syarikat. Instrumen bagi kawalan kewangan adalah adalah mengggunakan nisbah kewangan untuk menilai dan mengawal prestasi sesebuah syarikat. Bagi membincang nisbah-nisbah kewangan, contoh pengiraan dibuat berdasarkan Jadual 5.1 dan Jadual 5.2. Kepentingan analisis kewangan 1. menilai semula keputusan dan strategi perniagaan yang telah dibuat 2. memberi panduan kepada keputusan dan strategi tahun yang akan datang 3. memberi gambaran prestasi kewangan kepada pihak luar (pelabur/kreditor) 4. mengetahui sama ada syarikat menguntungkan atau tidak 5. menentukan kemampuan syarikat membayar balik pinjaman

OBJEKTIF Di akhir pembelajaran pelajar dapat 1. membuat analisis dari aspek nisbah kecairan, pengurusan aset, laveraj, keberuntungan, nilai pasaran, analisis arah aliran dan membuat analisis Du Pont. 2. membincangkan batasan dan kelemahan analisis nisbah.

ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Nisbah Kecairan Nisbah Laveraj

Nisbah Pengurusan Aset

Nisbah Keberuntungan

Nisbah Keberuntungan

Nisbah nilai pasaran

Analisis Arah Aliran

Analisis Keratan Rentas

Analisis Du Pont

Batasan dan Kelemahan Analisis Nisbah

Jadual 5.1

Contoh Penyata Kunci Kira-kira

Kunci Kira-kira Syarikat Nanimaju Bhd Pada 31 Disember 2005 2004 (RM) ASET Aset Semasa Tunai Sekuriti boleh pasar Akaun belum terima Inventori Jumlah Aset Semasa Aset Tetap Bangunan dan Peralatan Tolak: Susut Nilai Jumlah Aset Tetap JUMLAH ASET LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK Liabiliti Semasa Nota Belum Bayar Overdraft Belanja Terakru Jumlah Liabiliti Semasa Hutang Jangka Panjang Jumlah Liabiliti Ekuiti Pemegang Saham Saham Biasa RM2.00 par 50,000 setahun Lebihan Dibayar Pendapatan Tertahan Jumlah Ekuiti Pemegang Saham JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 22,000 60,000 295,000 265,000

2005 (RM) 26,000 66,000 240,000 200,000

642,000

532,000

1,050,000 337,000 713,000 1,355,000

980,000 327,000 653,000 1,185,000

150,000 50,000 125,000 325,000 380,000 705,000

120,000 50,000 95,000 265,000 330,000 595,000

100,000 290,000 260,000 650,000 1,355,000

100,000 290,000 200,000 590,000 1,185,000

Jadual 5.2

Contoh Penyata Untung Rugi

Penyata Untung Rugi Syarikat Nanimaju Bhd Pada 31 Disember 2005 2004 (RM) Jualan 1,506,000 Tolak: Kos Barang Dijual 1,020,000 Untung Kasar Tolak: Belanja Operasi Belanja Pemasaran Susut Nilai Jumlah Belanja Operasi Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai Tolak: Belanja Faedah Pendapatan Sebelum Cukai Tolak: Cukai 40% Untung Bersih Perolehan Per Saham (EPS) (untung bersih/ jumlah saham) 486,000 140,000 60,000 10,000 210,000

2005 (RM) 1,434,000 1,000,000 434,000 140,000 60,000 10,000 210,000

276,000 26,000 250,000 100,000 150,000

224,000 24,000 200,000 80,000 120,000

RM3.00

RM2.40

5.1. Nisbah Kecairan Nisbah kecairan mengukur keupayaan syarikat iaitu menjelaskan liabiliti semasa apabila dituntut. Nisbah ini terdiri daripada nisbah semasa dan nisbah cepat. Jika syarikat tidak mempunyai wang mudah tunai yang mencukupi, syarikat mungkin tidak dapat membayar semua hutang mengikut masa yang ditentukan. 5.1.1. Nisbah semasa mengukur sejauh mana syarikat mampu membayar hutanghutang jangka pendek sekiranya aset-aset semasa ditunaikan. Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabilit semasa. Nisbah Semasa = Aset Semasa Liabilit Semasa

Nisbah yang baik adalah lebih daripada 1.0 kali kerana ia menunjukkan syarikat mempunyai kecairan aset yang mencukupi bagi menghadapi masalah liabiliti jangka pendek. Contoh: Tahun 2004: Aset Semasa(RM642,000)/ Liabiliti Semasa (RM325,000) = 1.98:1 Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,00)/ Liabiliti Semasa (RM265,000) = 2.00:1 Tahun 2004, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM1.98 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa. Terdapat sedikit penurunan tetapi kedudukan kewangan syarikat masih kukuh. Pada tahun 2005, syarikat mempunyai nilai jumlah aset semasa sebanyak RM2.00 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa iaitu jumlah aset semasa dua kali lebih besar daripada liabilit semasa. Walau bagaimapun, kedudukan kewangan haruslah seimbang sekurangkurangnya 2:1 bagi memastikan syarikat melabur dengan cekap.

5.1.2. Nisbah cepat mengukur kemampuan syarikat membayar hutang jangka pendek dengan cepat. Nisbah ini menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar (saham) dan boleh terima (penghutang) bersih dengan liabiliti semasa. Nisbah Cepat = Aset semasa Inventori Labiliti Semasa

Atau

= Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Belum Terima (Bersih) Liabiliti Semasa

Contoh: Nisbah cepat 1.37: 1 lebih baik daripada 1.00: 1 Contoh pengiraan: Tahun 2005: Aset Semasa (RM532,000) Inventori (RM200,000) = 1.25:1 Liabiliti Semasa (RM265,000) Tahun 2004: Aset Semasa (RM642,000) Inventori (RM265,000) = 1.16:1 Liabiliti Semasa (RM325,000) Dalam mengira nisbah cepat, inventori perlu ditolak sebab inventori tidak mudah ditunai. Oleh itu, selepas ditolak jumlah inventori didapati pada tahun 2005, nisbah cepat adalah sebanyak 1.25. Ini bermaksud, syarikat masih lagi mempunyai aset semasa yang cukup untuk membayar setiap RM1.00 liabilitinya. Pada tahun 2004, nisbah cepat adalah 1.16 dan menunjukkan bahawa modal kerja syarikat masih lagi kukuh. Jika nisbah kurang daripada 1:1, syarikat perlulah bergantung kepada nilai inventori dan jualan untuk membayar hutang bagi jangka pendek. Jika nisbah cepat lebih besar daripada 1:1, tahap kedudukan kewangan dianggap kukuh. 5.2. Nisbah Pengurusan Aset Nisbah pengurusan aset adalah terdiri daripada pusing ganti aset tetap, pusing ganti jumlah aset, pusing ganti inventori dan mengira tempoh pungutan purata. 5.2.1. Pusing ganti aset tetap mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap syarikat untuk menjanakan jualan. Pusing Ganti Aset Tetap = Jualan Aset tetap bersih

Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1,506,000/RM713,000 Tahun 2005: RM1,434,000/RM653,000

= 2.11kali = 2.20 kali

Oleh kerana pusing ganti aset tetap pada tahun 2005 lebih tinggi daripada tahun 2004, ini menunjukkan syarikat berjaya membuat jualan yang tinggi berbanding aset tetap yang ada dalam tahun 2005. Jika nisbah pusing ganti aset tetap adalah rendah, ini menunjukkan bahawa syarikat telah membuat banyak pelaburan untuk aset tetap berbanding jumlah jualan. 5.2.2. Pusing ganti jumlah aset adalah untuk mengukur kecekapan syarikat atau perniagaan menggunakan aset untuk menjana jualan. Syarikta biasanya akan menggunakan aset dengan cekap dan berkesan untuk meningkatkan hasil jualan. Jika nisbah pusing ganti jumlah aset adalah tinggi, bermakna syarikat telah dapat meningkatkan jualan berbanding pelaburan. Jika nisbah pusing ganti aset rendah, ini menujukkan syarikat ada membuat banyak pelaburan aset berbanding jumlah jualan syarikat. Oleh itu jualan hendaklah ditingkatkan dan mengurangkan aset yang dirasakan tidak produktif. Pusing ganti aset = Jualan bersih Aset purata atau Jualan Jumlah Aset

Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1,506,000/RM1,355,000 Tahun 2005: 1,434,000/ RM 1,185,000

=1.11:1 atau 1.11 kali = 1.21:1 atau 1.21 kali

Pada tahun 2004, pusing ganti aset adalah 1.11 kali bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset perniagaan, manakala pada tahun 2005 pusing ganti aset telah meningkat kepada 1.21 kali. Ini menunjukkan syarikat berjaya menghasilkan sebanyak RM1.21 pada tahun 2005. 5.2.3. Pusing ganti inventori mengukur kecairan inventori sesebuah syarikat. Ia membayangkan kadar pergerakan inventori syarikat. Jika tinggi inventori diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan yang baik. Pusing ganti Inventori = Kos Barang Dijual atau Kos Jualan Inventori Inventori Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM1,020,000/RM265,000 = 3.85 kali setahun Tahun 2005: RM1,000,000/200,000 = 5.00 kali setahun Pada tahun 2004, nisbah pusing ganti inventori lebih lewat iaitu 3.85 kali dalam setahun. Maknanya barang dalam stor akan diganti setiap 3.1 bulan (3.85 kali /12 bulan = 3.1 bulan) Pada tahun 2005, nisbah pusing ganti inventori adalah dijalankan sebanyak 5 kali. Ini bermakna syarikat menggantikan stoknya setiap 2.4 bulan (5 kali/12 bulan = 2.4 bulan). Oleh itu, jika syarikat mempunyai barangan yang cepat terjual, stok hendaklah kecil supaya syarikat tidak menanggung kos inventori yang tinggi.

Namun begitu, nisbah ini tidak dapat memberi gambaran bagi jualan yang baik terhadap barangan yang bermusim. 5.2.4. Tempoh pungutan purata (Nisbah Purata Masa Kutipan) Nisbah ini adalah bertujuan memaklumkan kepada peniaga bilangan hari bagi syarikat mengutip semua akaun belum terima ataupun penghutangnya. Lebih cepat kutipan dijalankan adalah lebih baik. Jika peniaga lewat mengutip hutangnya akan memyebabkan modal syarikat terikat dalam bentuk hutang yang belum dkutip. Oleh itu prestasi kutipan hutang boleh dilihat dengan menggunakan nisbah ourata masa kutipan ini. Tempoh pungutan purata = Atau Nisbah Purata Masa Kutipan = Akaun Belum Terima Jualan Sehari Akaun Penghutang Jualan Kredit Sehari

Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM295,000 RM1,506,000/360 hari Tahun 2005:

= 70.5 hari

RM240,000 = 60.25 hari RM1.434,000/360 hari Pada tahun 2004, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 70 hari. Pada tahun 2005 pula, syarikat menerima bayaran tunai dalam masa lebih kurang 60 hari. Ini menunjukkan pada tahun 2004, terdapat kelewatan mengutip hutang berbanding pada tahun 2005.Berdasarkan nisbah ini syarikat perlu sentiasa memastikan bayaran hutang diterima lebih cepat untuk mengelakkan risiko kekurangan modal pusingan dalam syarikat. 5.3. Nisbah Laveraj Nisbah leveraj adalah menggambarkan jumlah pembiayaan yang dibuat oleh pemilik syarikat dan jumlah pembiayaan oleh kreditor. Dengan kata lain, ia menunjukkan penggunaan pinjaman yang digunakan bagi membiayai perniagaan dan kemampuan syarikat melunaskan hutangnya. Terdiri daripada nisbah hutang, nisbah hutang kepada ekuiti dan nisbah perlindungan faedah. 5.3.1. Nisbah hutang mengukur kemampuan syarikat membayar hutang kepada kreditor. Nisbah ini adalah pecahan daripada jumlah aset yang dibiayai oleh kreditor untuk menjana keuntungan. Nisbah Hutang = Jumlah Hutang Jumlah Aset

Contoh pengiraan: Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000)/ Jumlah Aset (1,185,000) = 0.502:1 = 50% Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000)/ Jumlah Aset (1,355,000) = 0.52:1 = 52% 5.3.2. Nisbah hutang-ekuiti

Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut: Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.

Nisbah Hutang kepada ekuiti =

Jumlah Hutang Jumlah Ekuiti Pemilik

Contoh pengiraan: Tahun 2004: Jumlah Hutang (RM705,000) Jumlah Ekuiti Pemilik(RM650.000) Tahun 2005: Jumlah Hutang (RM595,000) Jumlah Ekuiti Pemilik (RM590,000)

= 1.08:1

= 1.01:1

5.3.3.

Nisbah perlindungan faedah Nisbah ini juga dipanggil nisbah masa pulangan faedah yang digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat membayar faedah daripada pendapatan. Nisbah dapat memberi gambaran dalam menentukan pendapatan daripada perniagaan untuk digunakan dalam membayar faedah hutang syarikat. Pendapatan Sebelum Cukai + Belanja Faedah Belanja faedah

Oleh keranan nisbah perlindungan faedah dapat mengukur keupayaan sesebuah syarikat dalam pembayaran faedah ke atas hutang jadi, lebih tinggi nisbah perlindungan faedah, maka lebih tinggi perlindungannya.

Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM276,000/RM26,000 = 10.6:1 (10.6 kali) Tahun 2005: RM224,000/ RM24,000 = 9.3:1 (9.3 kali) Pada tahun 2004, syarikat mempunyai nisbah 9.3:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM9.30 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 9.3 kali. Pada tahun2005, syarikat mempunyai nisbah 10.6:1 iaitu keuntungan syarikat melebihi sebanyak RM10.6 bagi setiap RM1.00 belanja faedah. Ini bermakna nisbah perlindungan faedah syarikat adalah bertambah sebanyak 10.6 kali. Jika nisbah adalah negatif, bermakna syarikat tidak berupaya membayar faedah ke atas hutangnya. Jika nisbah kurang daripada 1.0 kali, bermakna syarikat hanya mampu membayar sebahagian daripada faedah ke atas hutangnya. Jika nisbah adalah 1.0 kali, menunjukkan syarikat mampu membayar kesemua faedah ke atas pinjamannya. Tetapi dalam situasi ini syarikat tidak mempunyai rizab untk membuat pelaburan yang akan datang atau diagihkan kepada pelaburnya.

5.4. Nisbah Keberuntungan Adalah untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. 5.4.1. Nisbah margin untung bersih mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu. Margin untung bersih= Unting bersih x 100% Jualan bersih Contoh: margin untung 13% = bagi setiap RM1.00 jualan, syarikat berjaya memperoleh untung bersih sebanyak 13 sen pada tempoh berkenaan. Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM 150,000/ RM1,506,000 Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,434,000

x 100% = 3.32% x 100% = 8.37%

Pada tahun 2004, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32%. Ini bermakna, syarikat telah membuat keuntungan bersih sebanyak 3.32% bagi setiap RM1.00 jualannya. Pada tahun 2005, syarikat telah meningkatkan keuntungan bersih kepada 8.37%, bermakna bagi setiap RM1.00 jualan syarikat telah dapat meningkatkan keuntungan bersih sebanyak 8.37% lebih baik daripada tahun 2004. Walau bagaimanapun, margin keuntungan tidak menggambarkan keuntungan syarikat secara keseluruhan kerana syarikat masih perlu mengambil kira nilai aset syarikat, nisbah inventori dan akaun belum terima.

5.4.2. Nisbah pulangan atas aset (ROA) mengukur pulangan yang diperolehi oleh syarikat bagi setiap ringgit aset yang dimiliki oleh syarikat. Jika aset bertambah, saiz syarikat juga bertambah tetapi untung tidak semestinya bertambah. Jika untung bertambah, tetapi saiz syarikat tidak bertambah, menggambarkan pulangan ats jumlah aset adalah berkurang. Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih Dividen Saham Terutama Jumlah Aset Atau Nisbah pulangan atas aset = Untung Bersih Jumlah Aset

Contoh: untung bersih RM3,500, Jumlah aset RM27,100. Pulangan atas aset = 3500/27100 = 0.13 Bermakna, bagi setiap RM1.00 aset, syarikat berupaya mendapat pulangan sebanyak 13 sen. Contoh pengiraan: Tahun 2004: RM150,000/ RM1,355,000 Tahun 2005: RM 120,000/ RM1,185,000

= 11.1% = 10.1%

Pada tahun 2004, kadar pulangan adalah 11.1%. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 11.1 sen bagi setiap ringgit pelaburan atas asetnya. Pada tahun 2005, kadar pulangan adalah 10.1%. Ini menunjukkan syarikat mendapat pulangan 10.1% bagi setiap ringgit pelaburan iaitu menurun berbanding pada tahun 2004. Peratusan ini menggambarkan kecekapan syarikat dalam penggunaan aset pada tahun 2005 adalah rendah dan pelaburan yang dibuat terhadap aset semakin kurang cekap. Oleh itu , syarikat perlu meningkatkan keuntungan pada masa akan datang bagi mendapat pulangan yang tinggi. 5.4.3. Nisbah pulangan ekuiti mengukur pulangan yang diperolehi oleh pemilik atau pemegang saham bagi setiap ringit yang dimilikinya dalam syarikat. Dengan kata lain, nisbah ini mengukur kecekapan syarikat dalam menggunakan wang pelaburan yang dibuat oleh pemegang sahamnya. Nisbah pulangan ekuiti = Untung Bersih Dividen Saham Terutama Jumlah Ekuiti Atau Nisbah pulangan ekuiti = Untung bersih Ekuiti Biasa

Contoh: untung bersih RM3500, jumlah ekuiti = RM13000 Pulangan ekuiti : 3500/1300 = 0.27 Bermakna, bagi setiap Rm1.00 ekuiti, syarikat berupaya memperolehi pulangan sebanyak 27 sen. Conto h pengiraan: Tahun 2004: Tahun 2005: RM150,000/ RM650,000 RM120,000/ RM590,000 = 23.1% = 20.3%

Pada tahun 2004, pulangan adalah sebanyak 23.1% bagi setiap RM1.00 pelaburan. Pada tahun 2005, syarikat mendapat pulangan sebanyak 20.3% bagi setiap RM1.00 pelaburan. Dalam keadaan ini pihak pelabur mungkin tidak akan berpuas hati terhadap pulangan atas ekuiti yang menurun berbanding pada tahun 2004. Berdasarkan prestasi ini pihak pelabur akan menilai kembali pulangan atas ekuiti dan akan membuat keputusan sama ada untuk membuat pelaburan lagi atau sebaliknya.

5.5. Nisbah Nilai Pasaran 5.5.1. Nisbah harga perolehan menunjukkan amaun ringgit yang sanggup dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang dijanakan oleh syarikat. Lebih tinggi nisbah ini, lebih menarik saham biasa pada pandangan pelabur. Sebelum mengira nisbah harga perolehan, syarikat perlu mengira perolehan bagi setiap unit sahamnya. Perolehan sesaham adalah untuk mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan iaitu: Perolehan sesaham = Untung bersih Jumlah saham biasa diterbitkan

Contoh pengiraan: Tahun 2004:

RM150,000 50,000 unit

= RM3.00 seunit

Tahun 2005:

RM120,000 50,000 seunit = RM2.40 seunit

Setelah mengira perolehan sesaham, syarikat akan dapat mengira nisbah harga perolehan iaitu: Nisbah harga perolehan = Harga Pasaran Saham Biasa Perolehan Sesaham

Contoh pengiraan: Andaikan harga pasaran saham biasa bagi tahun 2004 dan tahun 2005 masingmasing adalah RM14.00 dan RM8.00 Oleh itu nisbah harga perolehan adalah: Tahun 2004: RM14.00/ RM3.00 = 4.67 kali Tahun 2005: RM8.00/ RM2.40 = 3.33 kali Pada tahun 2004, setiap saham biasa syarikat telah dijual dengan harga 4.67 kali daripada jumlah perolehan bagi setiap saham biasa. Manakala pada tahun 2005, setiap saham biasa telah dijual dengan harga 3.33 kali daripada jumah perolehan bagi setiap saham biasa. Didapati bahawa, nisbah harga perolehan pada tahun 2005 kurang daripada tahun 2004. Oleh kerana nisbah harga perolehan mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan sesaham syarikat, maka ini dapat membantu pelabur membuat penilaian terhadap perolehan syarikat pada tahun-tahun akan datang. 5.5.2. Nisbah pasaran kepada buku menggambarkan persepsi pelabur terhadap saham syarikat. Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham tersebut. Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang tercatat dalam kunci kira-kira. Nilai buku sesaham dikira dengan membahagikan jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham. Nilai buku sesaham = Jumlah ekuiti pemilik Bilangan saham (unit) Harga Saham Nilai Buku Sesaham

Nisbah pasaran kepada buku =

Contoh pengiraan berdasarkan jadual 5.1 dan 5.2 : Nilai buku sesaham Tahun 2004: RM650,000/ 50,000 unit = RM13.00 Tahun 2005: RM 590,000/50,000 unit = RM11.80 Nisbah pasaran kepada buku Jika harga pasaran saham seunit adalah RM2.00 pada tahun 2004 dan 2005: Tahun 2004: RM2.00/ RM13.00 = 0.15 atau 15% Tahun 2005: RM2.00/ RM11.80 = 0.17atau 17%

5.6. Analisis Arah Aliran Usahawan boleh mengenal pasti prestasi syarikat naik atau turun dengan membuat rekod kewangan untuk beberapa tahun. Analisis ini apabila digabungkan akan dapat digunakan untuk membuat perbandingan dengan syarikat dalam industri yang sama. 5.7. Analisis Keratan Rentas Analisis ke atas nisbah kewangan sesebuah syarikat dengan nisbah yang sama dengan syarikat lain dalam industri yang sama. contohnya: atas nisbah hutang beberpa syarikat dalam telekomunikasi. Iaitu dengan mengambil nisbah hutang beberapa syarikat dan membuat perbandingan. Ini dilakukan oleh penalisis untuk mencari status kewangan syarikat yang sihat di mana dapat membantu pelabur membuat keputusan dalam membuat pelaburan dalam syarikat. Penggunaan rangka kerja DuPont: aplikasi Model ini boleh digunakan oleh jabatan pembelian atau jualan untuk menilai atau memperlihatkan sebab jumlah pulangan atas aset diperolehi. Bandingkan dengan syarikat lain atau pesaing. Menganalisis perubahan atas masa. Mengajar usahawan kefahaman mudah bagaimana mereka boleh mendapat impak hasil. Menunjukkan impak profesional fungsi pembelian.

Langkah-langkah kaedah DuPont :Proses 1. Kira urusniaga berdasarkan maklumat di jabatan kewangan. 2. Kira guna spreadsheet/ excel 3. Buat kesimpulan. 4. Jika kesimpulan tidak munasabah/ tidak realisitik, semak urusniaga/pengiraan Kekuatan model Du Pont Model: kebaikan Mudah: alat yang baik untuk mengajar usahawan secara pemahaman yang asas tentang bagaimana mereka boleh mendapat impak atas keputusan. Mudah dihungkaitkan dengan skim pampasan. Boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan bahawa langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional. Ia merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan pulangan dan kekuatan pengurusan

5.8. Batasan dan kelemahan analisis nisbah Berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai. Tidak termasuk kos modal. Garbage in, garbage out.

Kaedah Du Pont adalah mudah digunakan iaitu sebagai alat yang baik untuk mengajar usahawan secara pemahaman yang asas tentang cara mereka boleh mendapat impak atas keputusan. Kaedah ini juga mudah dihubungkaitkan dengan skim pampasan dan boleh digunakan untuk menyakinkan pengurusan. Dengan cara ini langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk membuat pembelian atau jualan secara profesional. Analisis nisbah dapat merujuk kepada organisasi sendiri dan bukan semata-mata melihat organisasi lain dari segi mencapai keuntungan dengan cara meningkatkan pulangan dan kekuatan pengurusan. Batasan penggunaan analisis nisbah ini adalah ia dianalisis berasaskan nombor perakaunan dan secara asasnya tidak boleh dipercayai. Analisis tidak termasuk kos modal (garbage in, garbage out). Sekiranya kaedah DuPont digunakan untuk membuat analisis nisbah syarat yanga perlu dipatuhi adalah nombor perakaunan mestilah boleh dipercayai.

Gambarajah Model DuPont (sumber: http://www.12manage.com)

Gambarajah Model Analisis Kewangan DuPont Pengiraan Berasaskan Pasaran (sumber: http://www.centrec.com/resources/DuPont/DuPontB.JPG)

Ujian 1 Kunci Kira-kira Syarikat Juwara Bhd Pada 31 Disember 2012 2011 (RM) ASET Aset Semasa Tunai Sekuriti boleh pasar Akaun belum terima Inventori Jumlah Aset Semasa Aset Tetap Bangunan dan Peralatan Tolak: Susut Nilai Jumlah Aset Tetap JUMLAH ASET LIABILITI SEMASA DAN EKUITI PEMILIK Liabiliti Semasa Nota Belum Bayar Overdraft Belanja Terakru Jumlah Liabiliti Semasa Hutang Jangka Panjang Jumlah Liabiliti Ekuiti Pemegang Saham Saham Biasa RM3.00 par 50,000 setahun Lebihan Dibayar Pendapatan Tertahan Jumlah Ekuiti Pemegang Saham JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI

20012 (RM)

44,000 60,000 215,000 165,000 484,000

56,000 66,000 270,000 180,000 572,000

1,050,000 337,000 713,000 1,197,000

980,000 327,000 653,000 1,225,000

175,000 50,000 127,000 352,000 350,000 702,000

140,000 50,000 105,000 295,000 310,000 605,000

150,000 290,000 260,000 700,000 1,402,000

150,000 290,000 200,000 640,000 1,245,000

Penyata Untung Rugi Syarikat Juwara Bhd Pada 31 Disember 2012 2011 (RM) Jualan 1,565,000 Tolak: Kos Barang Dijual 1,050,000 Untung Kasar Tolak: Belanja Operasi Belanja Pemasaran Susut Nilai Jumlah Belanja Operasi Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai Tolak: Belanja Faedah Pendapatan Sebelum Cukai Tolak: Cukai 30% Untung Bersih Perolehan Per Saham (EPS) (untung bersih/ jumlah saham) 515,000 140,000 60,000 10,000 210,000

2012 (RM) 1,730,000 1,020,000 710,000 140,000 60,,000 10000 210,000

305,000 28,000 277,000 83,100 193,900

500,000 25,000 475,000 142,500 332,500

RM3.88

RM6.65

Dikehendaki: Kira nisbah berikut bagi tahun 2012. a.Nisbah semasa b. c. d. e. Nisbah cepat Pusing ganti inventori Nisbah margin untung bersih Nisbah Pusing ganti aset tetap

f. g.

Nisbah hutang atas aset Nisbah harga perolehan

Ujian 2 Berikut adalah hasil analisis terhadap data kewangan Syarikat Majujaya Bhd. bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. 2011 3.4:1 0.9:1 2.5 kali Naik 35% RM4.20 2012 2.4:1 1.6:1 2.0 kali Turun 5% RM3.10

Nisbah semasa Nisbah cepat Pusing ganti inventori Pendapatan bersih Perolehan sesaham

Dikehendaki: 1. a. Sediakan satu senarai yang mengandungi ulasan atau komen ringkas tentang bagaimana setiap nisbah tersebut dapat membuktikan keupayaan syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara berterusan. b. Anda juga perlu menyatakan kesan dan batasan setiap item nisbah tersebut secara berasingan. c. Buat rumusan atau kesimpilan mengenai keupayaan keseluruhan syarikat untuk menjelaskan hutang dan menjalankan perniagaan secara berterusan. 2. Nyatakan batasan-batasan analisis nisbah yang telah dibuat terhadap penyata kewangan Syarikat Majujaya Bhd.

Rujukan

Abu Bakar Hamid. 2006. Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil, Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. Aini Hayati et al. 2009. Teks Pra-U STPM Matrikulasi Pengajian Perniagaan 1, PearsonLongman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya. Wan Madznah Wan Ibrahim. 2007. Prinsip perakaunan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai