Anda di halaman 1dari 26

1Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 1

--------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN IBADAH

1 PERKAHWINAN
1.1 Nyatakan konsep perkahwinan
- Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup
- Mereka memerlukan keluarga untuk dapat zuriat
- Allah mensyariatkan perkahwinan kepada manusia selaras dengan kehendak dan fitrah mereka

1.2 Nyatakan pengertian perkahwinan


Pada bahasa ialah cantum atau himpun

Pada istilah ialah akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi
makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan

1.3 Nyatakan hukum asal perkahwinan


Sunat

1.4 Nyatakan hukum perkahwinan mengikut keadaan dan situasi individu


Harus – Orang lelaki yang tidak mempunyai perkara mendesak untuk mereka berkahwin dan
tidak ada perkara mendesak mengharamkan mereka berkahwin
Wajib – Orang lelaki yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan
serta ditakuti terjerumus kepada zina jika tidak berkahwin
Sunat – Orang lelaki yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan
serta berkeinginan berkahwin tetapi tidak ditakuti terjerumus kepada zina
Makruh – Orang lelaki yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah tetapi ingin beristeri
Haram - Orang lelaki yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau ditakuti akan
melakukan kezaliman terhadap pasangannya

1.5 Berikan sebab Islam menggalakkan perkahwinan


- Untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia
- Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat
- Dapat mengelakkan daripada melakukan maksiat dan zina

1.6 Jelaskan hikmat-hikmat perkahwinan


- Menjamin kesihatan yang baik kerana ia dapat mengelakkan dari melakukan zina yang
membawa penyakit siplis, AIDS
- Dapat memupuk sifat kasih sayang dan rasa bertanggungjawab bersama
- Dapat melakukan hubungan seksual dan memenuhi tuntutan fitrah manusia secara halal
- Dapat menjalinkan silltaturahim dan persaudaraan antara ke dua belah pihak lelaki dan
perempuan dan merapatkan hubungan antara masyarakat
- Dapat memberi ketenteraman kepada suami dan isteri kerana kesenangan dan kesusahan
dihadapi bersama.
- Dapat zuriat yang sah dan soleh
- Mendapat ganjaran pahala
- Dapat menjalankan dakwah
-
1.6 Jelaskan implikasi perkahwinan jika tidak mengikut syariat Islam
- Akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut undang-undang keluarga Islam
- Masyarakat akan memandang serong kepada mereka
- Nama baik keluarga ke dua-dua belah pihak akan tercemar
- Masyarakat akan kucar kacir

1.7 Terangkan langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut syariat Islam
- Ibu bapa dan masyarakat hendaklah mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka dan
memastikan setiap perkahwinan itu sah di sisi undang-undang
- Pihak yang berwajib seperti Jabatan Agama Islam dan badan kerajaan perlulah
memperbanyakkan seminar dan kursus untuk memberi penjelasan undang-undang keluarga
Islam
- Penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dan tindakan undang-undang perlu
dikenakan ke atas mereka yang melanggar syariat dan undang-undang yang telah ditetapkan
2Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 2
--------------------------------------------------------------------------

KAIFIAH PERKAHWINAN

2 PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI

2.1 Nyatakan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang di sebut oleh Rasulullah saw dalam hadisnya
- Harta
- Keturunan
- Cantik
- Agama ./ takwa

2.2 Nyatakan iri-ciri bakal suami dan isteri ialah


- Beriman dan bertakwa
- Soleh dan solehah
- Keturunanan yang baik
- Berilmu
- Bertanggungjawab
- Bertimbang rasa
- Penyayang

2.4 Jelaskan kebaikan memilih ciri-ciri bakal suami dan isteri seperti yang dituntut oleh Islam
- Ke empat empat ciri tersebut dapat mampu membina rumah tangga yang bahagia di dunia dan
di akhirat
- Rumah tangga yang dibina di atas asas agama dan takwa dapat menjamin kebahagiaan hidup
sepanjang hayat
- jika pilih berasaskan harta kekayaan sahaja maka rumah tangga akan goyang bila harta tiada
- Jika pilih berasaskan kecantikan sahaja maka kasih sayang akan lenyap bila kecantikan semakin
pudar

2.5 Jelaskan akibat mengabaikan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang dituntut oleh Islam
- Tidak mendapat kebahagiaan hidup rumah tangga
- Kasih sayang tidak kekal
- Akan bergaduh selalu
- Tidak mendapat keredaan Allah di dunia dan di akhirat
-
-
3 PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI (PEREMPUAN MUHRAM)

3.1 Nyatakan jenis-jenis muhram


Terbahagi kepada 3
- Muhram selama-lamanya
- Muhram sementara

3.2 Muhram selama-lamanya


Ialah perermpuan yang haram dikahwini selama-lamanya

3.3 Sebab-sebab menjadi muhram selama-lamanya


- Sebab keturunan
- Sebab penyusuan
- Sebab perkahwinan

3.4 Nyatakan perempuan muhram sebab keturunan


- Ibu, nenek dan ke atas
- Anak perempuan., cucu dan ke bawah
- Adik beradik perempuan seibu sebapa, sebapa dan seibu
3Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 3
--------------------------------------------------------------------------

- Emak saudara sebelah bapa dan sebelah ibu ke atas


- Anak saudara daripada adik beradik seibu sebapa, seibu dan sebapa ke bawah

-
3.5 Nyatakan perempuan muhram sebab penyusuan
- Ibu susu ke atas
- Anak susuan ke bawah
- Adk beradik susuan
- Emak saudara sesuan dan ke atas
- Anak saudara susuan dan ke bawah

3.6 Nyatakan perempuan muhram sebab pesemendaan


- Ibu tiri dan ke atas
- Menantu
- Isteri cucu
- Ibu mertua dan ke atas
- Anak tiri dan kebawah apabila ibunya telah disetubuhi

3.7 Sebab diharamkan perkahwinan dengan muhram


- Zuriat yang lahir daripada perkahwinan dengan kerabat yang hampir adalah lemah dan tidak
cergas dari segi rohani dan jasmani
- Menyebabkan terputusnya hubungan kekeluargaan
Untuk menjaga maruah dan tatasusila manusia daripada sebarang keadaan yang tidak baik

3.8 Perempuan perempuan muhram sementara waktu / tidak boleh dikahwini sementara waktu
- Perempuan yang telah di talak tiga
- Perempuan yang ada suami
- Perempuan yang masih dalam iddah
- Perempuan musyrik
- Mengumpul Isteri dengan muhramnya dalam satu masa
- Perempuan yang hamil hasil penzinaan

4 MERISEK DAN MELIHAT

4.1 Nyatakan pengertian merisek


Ialah langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang
dikehendaki oleh seseorang

4.2 Nyatakan hukum melihat bakal tunangnya


Harus bagi lelaki dan perempuan

4.3 Nyatakan anggota yang disunatkan dilihat


- Muka dan tangan
-
4,4 Jelaskan tujuan dibenarkan melihat bakal isteri
- Supaya berpuas hati dengan polihan yang telah dibuat
- Mengelakkan dari ditipu
- Untuk menjaminkan berkekalan perkahwinan

5. MEMINANG

5.1 Nyatakan pengertian meminang


Ialah lamaran daripada seserong lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya

5.2 Terangkan cara-cara peminangan


- Dilakukan dengan kata-kata berterus terang (soreh) atau dengan kata-kata secara kiasan
(kinayah)
4Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 4
--------------------------------------------------------------------------

- Hendaklah dinyatakan kepada wali perempuan atau melalui orang perantaraan


- Sebagai pengistiharaan pertunangan pihak lelaki biasanya memberi hadiah kepada pihak
perempuan

5.3 Nyatakan hukum memberi hadiah semasa pertunangan kepada pihak perempuan
- Harus dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dengan syarat tidak membazir dan tidak ada
unsur maksiat

5.4 Nyatakan syarat meminang


- Perempuan yang belum dipinang
- Perempuan bukan isteri orang
- Perempuan tidak dalam iddah
- Perempuan bukan muhram
5.5 Nyatakan perempuan-perermpuan yang haram dipinang
- Perempuan yang telah dipinang
- Perempuan isteri orang
- Perempuan dalam iddah
- Perempuan muhram

5.6 Terangkan mengapa perlu adanya peminangan


- Sebagai tempoh masa untuk memikir samada untuk meneruskan perkahwinan tersebut
- Sebagai tempoh masa untuk membuat persediaan ilmu bagi memasuki alam rumah tangga
- Sebagai tempoh masa untuk membuat persediaan diri bagi memasuki alam perkahwinan

5.7 Nyatakan batas-batas pergaulan dalam tempoh pertunangan


- Haram bergaul bebas
- Haram keluar berdua-duaan tanpa muhram

5.8 Jelaskan hikmat dilarang berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan muhram (ajnabi) dalam
tempoh pertunangan
- Boleh membawa kepada zina
- Menimbulkan gejala buruk akibat khalwat
- Menimbulkan fitnah
- Akan menjatuhkan maruah umat dan agama Islam

59 Nyatakan tingkah laku yang betul menurut hukum syarak semasa pertunangan yang telah
disempunakan
- Sopan santun
- Berakhlah mulia
- Pakaian menutup aurat

5.10 Nyatakan tingkah laku yang menyalahi peraturan hukum syarak sepanjang tempoh pertunangan
- Berdua-dua tanpa muhram
- Tidak menutup aurat
- Melakukan maksiat atau zina
5Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 5
--------------------------------------------------------------------------

6. NIKAH

6.1 Nyatakan rukun nikah


- Bakal suami
- Bakal isteri
- Dua orang saksi
- Wali
- Ijab dan qabul (Singah )

CIRI-CIRI NIKAH YANG SAH

7. BAKAL SUAMI DAN ISTERI

7.1 Nyatakan syarat bakal suami


- Islam
- Lelaki
- Tidak beristeri empat pada satu masa
- Bukan muhram
- Tidak di dalam ihram haji atau umrah

7.2 Nyatakan syarat bakal isteri


- Islam
- Perempuan
- Bukan isteri orang
- Bukan dalam iddah
- Bukan dalam ihram haji dan umrah
- Bukan muhram

8. WALI NIKAH

8.1 Nyatakan pengertian wali nikah


Ialah orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.

8.2 Nyatakan jenis-jenis wali


a. Wali nasab
Iaitu wali mujbir iaitu bapa dan datuk yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan
yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat sekufu dengannya
Wali bukan mujbir ialah mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu
sebapa atau sebapa

b. Wali Hakim
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika
ketiadaan wali atau wali hilang.

8.3 Nyatakan syarat sah wali nikah


- Islam
- Lelaki
- Baligh
- Berakal
- Tidak dalam Ihram Haji
- Tidak di paksa
6Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 6
--------------------------------------------------------------------------

- Merdeka

7.4 Nyatakan maksud wali akrab


Ialah wali yang hampir dengan perempuan termasuk datuk dan bapa

7.5 Nyatakan maksud sekufu


Ialah setaraf dari segi keturunan, pendidikan , pekerjaan, dan lain-lain lagi

7.6 Nyatakan susunan wali


- Bapa
- Datuk
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Anak saudara lelaki daripada adik beradi lelaki sebapa
- Bapa saudara daripsebelah bapa
- Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu)
- Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu)
- Wali hakim

8.7 Jelaskan kuasa dari wali nasab boleh berpindah kepada wali hakim.
Sebab-sebab atau syarat berpindah kuasa wali nasab kepada wali hakim
- Tidak terdapat wali nasam mengikut sususan
- Wali akrab tidak dapat dikesan samada hidup atau mati
- Wali tinggal jauh lebih dua marhalah
- Wali akrab dalam tahanan
- Wali sedang dalam ihram
- Wali menyembunyikan diri
- Wali enggan mewalikan

9. SAKSI
9.1 Nyatakan syarat-syarat saksi
- Islam
- Baligh
- Adil
- Lelaki
- Memahami lafaz ijab dan qabul;
- Sempurna pancaindera tidak buta, tidak pekak dan tidak bisu

9.2 Jelaskan hikmat-hikmat diadakan saksi dalam perkahwinan


- Boleh memberi keterangan jika berlaku sesuatu pertikaian
- Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah
- Memuliakan perkahwinan
- Mengelakkan berlaku fitnah
- Memuliakan majlis akad nikah

10 IJAB DAN KABUL (SIGHAH)

10.1 Nyatakan pengertian ijab


Ialah lafaz yang diucapkan oleh wali seperti “aku nikahkan engkau.

10.2 Pengertian kabul


Ialah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti aku terima nikah …

10.3 Syarat ijab


- Hendaklah dilafazkan oleh wali atau wakilnya
- Ijab dan kabul dilakukan dalam satu majlis
- Tidak dilafaz dalam bahasa sindiran seperti kata-kata “Aku serahkan anakku kepada engkau...
- Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi
- Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul
7Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 7
--------------------------------------------------------------------------

10.4 Nyatakan syarat kabul


- Tidak menyalahi ijab
- Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul
- Hendaklah dilafaz oleh bakal suami
- Hendaklah menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya
- Tidak dengan lafaz taklik contohnya kata bakal suami “ aku terima nikahnya apabila mendapat
pekerjaan”

11 MAHAR

11.1 Nyatakan maksud mahar


Mahar ialah suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau
sesuatu yang bernilai selepas akad nikah

11.2 Nyaakan hukum pemberiaan mahar


Wajib bagi suami

11.3 Hukum menyebut mahar ketika akad


- Sunat

11.4 Cara pembayaran mahar


- secara tunai
- Secara hutang
(Kalau mati salah seorang suami atau isteri mahar itu wajib disegerakan)

11.5 Terangkan tujuan mahar


- Sebagai tanda penghargaan suami kepada isteri
- Sebagai tanda tanggungjawab suami kepada isteri
- Sebagai tanda kasih sayang suami kepada isteri

11.6 Jelaskan jenis-jenis mahar


- Mahar Musamma
Ialah mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

- Mahar Misil
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri

11.7 Jelaskan kadar mahar


- Sebaik-baik mahar ialah yang sederhana kadarnya

11.8 Nyatakan syarat-syarat mahar


- Barang-barang yang bernilai mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak – wang, emas, perak
- Manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah seperti pengajaran al-Quran dan pekerjaan
yang halal

11.9 Jelaskan hikmat-hikmat pemberian mahar


- Melahirkan keikhlasan suami terhadap isteri atas perkongsian hidup bersama
- Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumah tangga
- Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberi nafkah kepada
isteri
- Untuk mengembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk memulakan hidup
baru bersama suami
- Memuliakan dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita

12 WALIMATUL URUS

12.1 Nyatakan maksud walimatul urus


Ialah kenduri atau jamuan yang di adakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan
8Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 8
--------------------------------------------------------------------------

12.2 Nyatakan hukum walimatul urus


Sunat Muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya

12.3 Terangkan adab-adab walimatul urus


- Diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan
- Tiada unsur-unsur khurafat dan maksiat
- Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita
- Mendoakan pengantin dengan ucapan tahniah dan selamat

12.4 Jelaskan tujuan-tujuan walimatul urus


- Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah swt
- Sebagai tanda tahniah dan selamat kepada pengantin
- Untuk mengisytiharkan perkahwinan kepada umum
- Untuk mengelakkan salah sangka dan fitnah orang ramai
- Sebagai tanda mengikut ajaran dan sunnah Rasulullah saw

13 TANGGUNGJAWAB SUAMI

13.1 Nyatakan tanggungjawab suami terhadap isteri (suami misali)


- Memberi nafkah zahir dan batin
- Memberi didikan agama yang sempurna
- Memberi layanan yang baik
- Berlaku adil kepada isteri-isteri jika beristeri lebih dari seorang

13.2 Nyatakan maksud memberi nafkah zahir


- Menyediakan kediaman yang sesuai mengikut kemampuan
- Menyediakan makanan
- Menyediakan erubatan
- Menyediakan [akaian
- Menyediakan pembantu rumah jika mampu
- Menyediakan peralatan rumah jika mampu

13.3 Nyatakan maksud memberi nafkah batin


- Memberi keperluan sek kepada isteri

13.4 Terangkan kesan baik didikan agama yang sempurna daripada suami kepada keluarga
- Menjadikan isteri taat kepada Allah
- Menghormati suami
- Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga

13.5 Nyatakan tanggungjawab isteri terhadap suami (Istari misali)


- Mentaati suami dalam perkara yang diharuskan syarak
- Memelihara maruah dan kehormatan diri
- Menjaga harta suami
- Melayani suami dengan baik
- Tinggal di rumah suami

13.6 Jelaskan cara-cara isteri menjaga maruah dan kehormatan dirinya


- Tidak melakukan perkara yang menimbulkan fitnah dan kemarahan suami seperti membenarkan
orang lain masuk ke rumahnya tanpa keizinan suami
- Menutup aurat di depan lelaki ajnabi
- Berhias hanya untuk suami
- Tidak menceritakan keaiban suami dan rahsia-rahsia rumah tangga kepada orang lain
9Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 9
--------------------------------------------------------------------------

-
13.7 Jelaskan tangguangjawab-tanggungjawab bersama suami dan isteri
- Memelihara dan mendidik anak-anak dengan baik
- Menghubungkan silaturahim antara keluarga suami dan isteri
- Memenuhi keperluan dan hak masing-masing berdasarkan keharusan syarak seperti keperluan
kasih sayang, sifat memahami dan keperluan seks
- Menghormati antara satu sama lain
- Saling nasihat menasihati dengan cara yang baik
- Sama-sama menangani masalah rumah tangga

13.8 Terangkan mengapa suami perlu menunaikan tanggungjawab


- Untuk mendapat kerukunan rumah tangga
- Rumah tangga dalam keadaan aman dan harmoni
- Anak-anak hidup dalam penjagaan dan didikan yang sempurna
- Anak-anak mendapat kasih sayang yang secukupnya

13.9 Jelaskan kesan-kesan yang akan berlaku jika suami dan isteri mengabaikan tanggungjawab
- Kerukunan rumah tangga akan tergugat
- Timbul pertelingkahan dan salah faham antara suami dengan isteri
- Anak-anak hidup tanpa penjagaan dan didikan yang sempurna
- Anak-anak membesar tanpa kasih sayang yang secukupnya

13.10 Jelaskan kesan-kesan kerukunan rumah tangga kepada pembangunan negara


- Melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni yang menjadi asas kepada keamanan negara
- Lahir generasi yang bijak dan cemerlang yang bakal menjadi pemimpin negara
- Keluarga yang bahagia akan melahirkan masyarakat yang maju, proaktif, dan melahirkan negara
yang membangun

13.11 Terangkan persiapan-persiapan yang perlu bagi suami isteri untuk capai matlamat keluarga bahagia
- Mendalami ilmu-ilmu pengetahuan dalam ilmu-ilmu agama dan yang berkaitan dengan rumah
tangga
- Merancang ekonomi keluarga dengan baik s.eperti perbelanjaan dapur, pakaian, tempat tinggal
dan pendidikan anak-anak
- Mempersiapkan diri dengan asas-asas akidah dan akhlak yang baik
10Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 10
--------------------------------------------------------------------------

PENYELESAIAN MASALAH RUMAH TANGGA

14 TALAK

14.1 Terangkan maksud talak


- Pada bahasa bermaksud cerai atau lepas
- Pada istilah bermaksud pencerai dari ikatan perkahwinan antara suami dan isteri melalui lafaz
talak atau lafaz cerai

14.2 Terangkan lafaz talak


- Lafaz soreh (lafaz terang)
Suami berkata “Aku ceraikan engkau dengan talak satu”
- Lafaz kinayah (sindiran)
Suami berkata”Kalau engkau hendak balik ke rumah ibu engkau balik lah”
Jika kata-kata itu dengan niat talah, maka jatuhlah talak dan jika tiada dengan niat
talak tidak gugur talak

14.3 Mengapakah talak itu dihalalkan tetapi dibenci oleh Allah


- Dihalalkan kerana ia jalan terakhir penyelesaian krisis rumah tangga
- Dibenci kerana ia meruntuhkan institusi rumah tangga

14.4 Jelaskan hukum talak


- Harus

14.5 Terangkan hukum menjatuhkan talak mengikut keadaan dan situasi seseorang
keadaan dan situasi seseorang hukum menjatuhkan talak
- Apabila seseorang suami tidak dapat melaksanakan wajib
kewajiban seperti memberi nafkah atau melakukan kezaliman
terhadap isteri sehingga mengancamkan keselamatannya
- Apabila isteri memiliki akhlak yang buruk dan tiada cara lain sunat
untuk memperbaikinya kecuali dengan talak
- Apabila suami menjatuhkan talak pada waktu yang
diharamkan seperti isteri dalam haid, nifas, hamil, atau talak haram
yang bertujuan menganiayainya
- Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri
makruh
yang baik dan solehah – hukum menjatuhkannya ialah
-
14.6 Jelaskan rukun-rukun talak
- Orang yang mencerai (suami)
- Orang yang diceraikan (isteri)
- Lafaz cerai

14.7 Nyatakan bilangan talak


- Sebanyak tiga kali
11Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 11
--------------------------------------------------------------------------

14.8 Jelaskan hikmat-hikmat Islam menetapkan bilangan-bilangan talak


- Memberi kesempatan dan peluang bagi kedua belah pihak mencari jalan penyelesaian untuk
berbaik semula
- Menciukupi masa untuk membuat keputusan yang muktamat dalam hubungan suami isteri

14.9 Terangkan hikmat-hikmat Islam menetapkan kuasa ke atas suami


- Orang lelaki mempunyai hak dalam mengendalikan semua urusan rumah tangga
- Kerana kaum lelaki adalah pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan berhak
melakukan sesuatu untuk kebaikan keluarganya.
- Kerana kaum lelaki lebih cermat dan berhati-hati dan tabah menghadapi kesulitan serta
berpandang jauh dalam sesuatu perkara sama ada urusan keluarga atau lain-lainnya.

14.10 Jelaskan jenis-jenis talak


Talak Sunni talak yang dijatuh mengikut peraturan syarak iaitu menceraikan talak satu atau dua
ketika isterinya suci dari haid, nifas dan tidak disetubuhi semasa suci tersebut
Talak Bad’i talak yang dijatuhkan tidak mengikut peraturan syarak iaitu menceraikan isteri dengan
talak tiga sekali gus atau menceraikan ketika isteri dalam haid, nifas, atau ketika suci
tetapi setelah disetubuhinya
Talak Raj’i talak satu dan talak dua yang belum tamat idahnya dan suami boleh merujuk bekas
isterinya tanpa akad dan mahar baru
Talak Ba’in talak yang tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baru.
Talak Ba’in talak yang tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad nikah dan mahar baru
Sughra contoh cerai cara fasakh dan cerai cara khuluk dan ila’.
Talak Ba’in talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwin semula bekas isteri kecuali
Kubra dengan selepas isterinya berkahwin dengan lelaki baru dan menceraikannya setelah
disetubuhi serta telah menjalani tempoh idah..

14.11 Jelaskan maksud talak taklik


- Bermaksud pen ceraian yang dilafazkan yang disandarkan kepada sesuatu syarat

14.12 Terangkan jenis-jenis atau bahagian talak taklik


- Taklik biasa ialah talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isteri
“Apabila engkau keluar dari rumah ini tanpa izinku, maka engkau tertalak dengan talak satu
Talak ini akan berlaku apabila isteri itu keluar daripada rumah tanpa izin suami
- Taklik secara khuluk sepeti
“Manakala saya tinggal isteri saya selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih
dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya
selama masa yang tersebut , padahal dia taatkan saya atau saya lakukan sebarang
mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian dia
mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduan-aduannya di sisi kadi atau Mahkamah
syariah dan dia memberi kepada kadi bagi pihak saya sebanyak RM 1.00, maka pada
ketika itu tertalaklah dia dengan satu talak khuluk.

14.13 Terangkan hikmat-hikmat diharuskan talak


- Memberi peluang memulakan hidup baru dengan pasangan lain yang lebih sesuai
- Memberi pengajaran dan keinsafan kepada pasangan tersebut supaya memperbaiki kesilapan
dan kelemahan pada diri masing-masing
- Dapat mengurangkan tekanan emosi suami dan isteri dan mendapat ketenangan apabila
masalah mereka dapat di atasi menurut cara yang baik
- Talak dapat memberi pengajaran kepada suami dan isteri bahawa pentingnya penghayatan
ajaran agama dalam keluarga.
- Keharusan talak dalam Islam merupakan rahmat dan menepati fitrah manusia yang ingin bebas
daripada sebarang masalah
12Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 12
--------------------------------------------------------------------------

15 RUJUK

15.1 Terangkan maksud rujuk


- Pada bahasa rujuk bermaksud kembali
- Pada istilah rujuk bermaksud suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke
pangkuannya

15.2 Rujuk adalah hak suami


tetapi boleh dilakukan dalam talak idah raj’i sahaja iaitu talak satu dan dua

15.3 Jelaskan hukum-hukum rujuk


- Jika rujuk boleh mendatangkan kemudaratan kepada isteri dan menzaliminya hukumnya
rujuknya adalah haram
- Jika suaminya mentalakkan salah seorang isterinya sedangkan dia belum lagi
menyempurnakan pembahagian giliran bermalam untuk isteri yang diceraikannya itu hukum
rujuknya adalah wajib
- Jika penceraian dilihat lebih baik dan jika rujuk mendatangkan masalah hukum rujuknya
adalah makruh
- Jika rujuk dapat mendatangkan kebaikan kepada isteri dan kedua belah pihak hukum rujuknya
adalah sunat

15.4 Nyatakan rukun rujuk


- Orang yang merujuk (suami) atau wakilnya
- Orang yang dirujuk (isteri) atau wakilnya
- Lafaz rujuk

15.5 Jelaskan lafaz rujuk


- Lafaz soreh (lafaz terang)
Suami berkata “Aku rujuk engkau”
- Lafaz kinayah (sindiran)
Suami berkata” aku pegang engkau kembali”

15.6 Jelaskan cara-cara rujuk


- Dengan lafaz terang dan sindiran
- Dengan menggunakan perbuatan seperti berkucup dan melakukan persetubuhan
- Tidak perlu persetujuan isteri tetapi meminta keizinan sebagai tanda penghormatan dan
keharmonian rumah tangga
- Tidak perlu saksi

15.7 Nyatakan syarat-syarat rujuk


a. Bagi orang yang merujuk (suami)
- Islam
- Berakal
13Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 13
--------------------------------------------------------------------------

- B aligh
- Kemahuan sendiri tidak dipaksa

b. Bagi orang yang dirujuk (isteri)


- Islam
- Telah disetubhi oleh suami
- Bukan penceraian secara fasakh atau khuluk
- Bukan cerai talak tiga
- M asih dalam tempuh idah

15.8 Jelaskan hikmat-hikmat rujuk


- Memberi ketenangan jiwa selepas kehilangan kasih sayang
- Menyambung kembali hubungan suamit isteri yang terputus
- Dapat mengembalikan hubungan kekeluargaan yang terputus
- Bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali kepangkal jalan setelah melakukan
kesalahan

16 IDAH

16.1 Nyatakan maksud idah


- Pada bahasa idah ialah tempuh pengiraan
- Pada istilah idah bermaksud tempuh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri
disebabkan bercerai dengan suami

16.2 Terangkan sebab-sebab idah


- Sebab talak
- Sebab kematian suami
- Sebab fasakh
- Sebab khuluk
- Sebab persetubuhan shubhat

16.3 Jelaskan jenis-jenis idah


- Idah Quru’
- Idah bulan
- Idah bersalin

16.4 Terangkan tempuh idah


a. Penceraian hidup
- Jika hamil tempuh idahnya hingga melahirkan anak
- Jika tidak hamil tempuh idahnya tiga kali suci
- Jika putus haid tempuh idahnya tiga bulan
- Jika belum disetubuhi tempuh idahnya tiada (tiada idah)

b. Penceraian kerana kematian suami


- Jika hamil tempuh idahnya hingga melahirkan anak
- Jika tidak hamil tempuh idahnya empat bulan sepuluh hari
- Jika putus haid tempuh idahnya empat bulan sepuluh hari
- Jika belum disetubuhi tempuh idahnya empat bulan sepuluh hari

16.5 Jelaskan sebab berbeza tempuh bagi setiap jenis idah


- Tempuh idah tiga kali suci bertujuan untuk membolehkan rahim wanita itu bersih dari benih bekas
suaminya dahulu
- Tempuh idah sehingga melahirkan anak bagi isteri hamil bertujuan memberi kesempatan kepada
ibu memberi perhatian kepada anak, kesihatan dan kandungannya
- Tempuh idah empat bulan seputuh hari bagi wanita kematian suami bertujuan sebagai masa
memperingati suami dan masa berkabungan dan bersedih kerana kematian suami
- Tiada idah bagi wanita yang belum di setubuhi kerana rahimnya bersih daripada benih bekas
suaminya
14Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 14
--------------------------------------------------------------------------

16.6 Nyatakan hikmat-hikmat idah


- Untuk mengelakkan percampuran benih apabila bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain
- Memberi peluang berbaik semula
- Memberi peluang kepada suami isteri berfikir, menyesal ke atas diri masing-masing
- Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan
- Sebagai tanda bersedih dan berkabung kepada isteri yang kematian suami
- Untuk memberi ketenangan jiwa sebelum memulakan penghidupan baru

16.7 Jelaskan hak dan status isteri semasa idah


Jika dicerai dengan talak raj’i
- Boleh rujuk
- Dibawah tanggungan suami
- Berhak mendapat nafkah zahir
- Dilarang keluar rumah tanpa izin bekas suami

Jika dicerai talak ba’in


- Tidak boleh rujuk
- Jika tidak hamil tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal
- Jika hamil berhak mendapt nafkah (makanan, pakaian dan tempat tinggal)

Jka kematian suami


- Berhak mendapat tempat tinggal
- Jika hamil berhak mendapat harta pesaka

16.8 Jelaskan hak dan status isteri sesudah idah


- Bebas dari tanggungan bekas suami
- Tidak berhak mendapat nafkah kecuali harta pusaka
- Tiada hubungan dengan bekas suami
- Berhak berkahwin dengan lelaki lain
-
16.9 Nyatakan perkara-perkara yang dilarang semasa idah
- Haram dipinang
- Tidak dibenar keluar rumah tanpa keizinan bekas suami
- Haram berkahwin dengan orang lain
15Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 15
--------------------------------------------------------------------------

17 FASAKH (membendung kemudaratan dalam rumah tangga)

17.1 Terangkan maksud fasakh


- Pada bahasa bermaksud batal.
- Pada istilah bermaksud pembatalan ikatan perkahwinan antara suami isteri melalui kuasa Qadhi
-
17.2 Nyatakan hukum fasakh
- Harus

17.3 Konsep pembatalan perkahwinan melalui fasakh


- Hak suami dan isteri
- Dikira talak ba’in sughra
- Idahnya tiga kali suci

17.4 Sebab diharuskan fasakh


- Suami tidak bertanggungjawab menunaikan nafkah zahir dan batin
- Suami berpenyakit yang sukar diubati
- Suami melakukan kezaliman tehadap isteri
- Suami hilang melebih tempuh enam bulan
- Suami murtad

17.5 Terangkan proses menuntut fasakh


- Isteri membuat tuntutan fasakh di Mahkamah
- Pihak Mahkamah akan menyiasat bukti dan alasan yhang dikemukakan oleh isteri
- Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk perdamaian, mahkamah akan membubarkan
perkahwinan mereka

17.6 Jelaskan kesan-kesan fasakh


- Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempuh idah
- Mereka boleh berkahwin semula dengan akad dan mahar yang baru
- Isteri tidah berhak mendapat nafkah semasa dalam tempuh idah
- Rumah tangga akan runtuh dan anak-anak akan kehilangan kasih sayang
- Kebajikan anak-anak terabai dan mereka mengalami gangguan emosi yang teruk

17.7 Terangkan hikmat-hikmat fasakh


- Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan ikatan perkahwinan
- Mengelakkan kemudaratan yang ditanggung oleh suami atau isteri jika perkahwinan diteruskan
16Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 16
--------------------------------------------------------------------------

- Sebagai peringatan kepada suami agar sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan


hak-hak isteri dan keluarga
- Menyelamatkan alodaj dan nilai-nilai baik isteri dan anak-anak ekoran suami yang murtad, fasik,
dan mengabaikan perintah agama
- Jalan terbaik bagi perkembangan emosi dan mental anak-anak apabila mereka terjebak dengan
masalah keluarga

18 KHULUK (bukti keadilan Islam terhadap wanita)

18.1 Terangkan maksud khuluk


Pada bahasa bermaksud bebas atau cabut

Pada istilah khuluk bermaksud pembebasan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri melalui
tebus talak.

18.2 Jelaskan hukum khuluk


- Harus
-
18.3 Konsep pembatalan perkahwinan melalui khuluk
Adalah hak isteri
Dikira talak ba’in sughra
Idahnya tiga kali suci

18.4 Terangkan bentuk-bentuk tebusan yang harus digunakan dalam khuluk


- Membayar ganti rugi dalam bentuk wang
- Memulangkan kembali mahar dan apa-apa yang diterima daripada suami

18.5 Khuluk ialah hak isteri


- membebaskan diri daripada suaminya

18.6 Terangkan faktor yang mendorong seseorang isteri mengambil keputusan untuk bercerai secara
khuluk
- Suami yang tidak bertanggungjawab
- Bertemu dengan lelaki pilihannya
- Suami tidak mahu menceraikan secara biasa
- Isteri tidak mahu melakukan nusyuz terhadap suaminya
- Tidak ada penyesuaian antara mereka suami isteri

18.7 Bagaimanakah lafaz khuluk


- Apabila isteri menuntut khuluk, suami berkata kepada isteri, “Aku ceraikan engkau dengan
bayaran RM 3000 , lalu isteri menjawab “Aku terima”
- Isteri berkata kepada suaminya “Ceraikan aku dengan bayaran sebanyak RM 3000 “ Jawab
suami, “ Aku ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”
17Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 17
--------------------------------------------------------------------------

18.8 Apakah hukum khuluk yang dipaksa oleh orang lain


- Tidak sah

18.9 Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan kes jika suami bersetuju menyelesaikan secara khuluk
kemudian suami enggan melafazkannya
- Qadi dengan kuasa yang ada padanya dan melihat kepada munasabah tuntutan isteri boleh
bertindak menyelesaikan tuntutan isteri

18.10 Jelaskan kesan khuluk


- Runtuhnya sebuah institusi keluarga dalam Islam
- Suami Isteri tidak boleh merujuk kembali kecuali melalui akad nilah dan mahar yang baru
- Isteri tidak berhak mendapat nafkah semasa dalam idahanak=anak akan terjejas kasih sayang
dan perhatian ibu bapanya

18.11 Terangkan hikmat disyariatkan khuluk


- Penghormatan kepada isteri supaya boleh bertindak mengikut undang-undang syarak untuk
melepaskan diri daripada ikatan perkhawinan yang tidak disukainya
- Mengelak berlakunya nusyuz terhadap suami
- Menghindar sifat ego suami yang menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua keluarga untuk
bertindak sesuka hati
- Memberi keinsafan dan pengajaran kepada suami untuk membetulkan kesilapan yang
dilakukannya

19 NUSYUZ (pemusnah kebahagiaan rumah tangga)

19.1 Nyatakan maksud nusyuz


- Pada bahasa ialah derhaka atau ingkar
- Pada istilah nusyuz ialah keengkaran isteri menunaikan kewajiban terhadap suami tanpa alasan
munasabah menurut syarak

19.2 Nyatakan perkara-perkara yang boleh membawa kepada nusyuz


- Isteri enggan melayani suami ditempat tidur
- Keluar rumah tanpa izin suami
- Melakukan kekasaran samada perkataan atau perbuatan terhadap suami
- Ingkar kepada perintah suami seperti suami menyuruh menutup aurat
- Membenarkan orang lain atau orang yang tidak disukai suami memasuki rumah bila
ketiadaannya

19.3 Terangkan faktor-faktor atau sebab-sebab berlakunya nusyuz


- Isteri tidak mendapat asas didikan agama yang secukupnya
- Kejahilan isteri tentang tanggungjawabnya dalam rumah tangga
- Sikap isteri yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keperluan-keperluan suami
- Isteri terpengaruh dengan unsur-unsur luaran yang negatif seperti media massa yang
mempamerkan kebebasan isteri-isteri zaman moden

19.4 Jelaskan kesan-kesan perbuatan nusyuz


a. Kapada isteri
- Isteri dimurkai Allah swt dan dilaknat Malaikat
- Isteri kehilangan hak-haknya dan keadilan
- Isteri tidak berhak mendapat layanan yang baik dan kasih sayang dari suami
- Perbuatan nusyuz boleh membawa fitnah kepada isteri

b. Kepada suami
- Suami berkemungkinan bertindak kasar ke atas isteri apabila kemarahannya tidak dapat dikawal
- Suami akanmeninggalkan rumah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga
18Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 18
--------------------------------------------------------------------------

c. Kepada keluaraga dan anak


- Kebahagiaan rumah tangga tergugat
- Anak-anak hilang rasa hormat ke atas ibu bapanya
- Anak-anak akan mendapat tekanan mental dan mencari jalan keluar dengan cara menagih
dadah

19.5 Nyatakan adab adab yang disarankan untuk mendidik isteri yang nusyuz
- Memberi nasihat dengan penuh hikmah
- Memisahkan tempat tidur
- Memukul dengan tujuan mendidik

19.6 Bagaimana cara memberi nasihat kepada isteri nusyuz


- Memberi nasihat dengan cara lembut
- Memberi contoh teladan yang baik
- Memberi kemaafan di atas kesalahan yang tidaik disengajakan

19.7 Terangkan cara cara memukul isteri dengan tujuan memberi pengajaran
- Memukul untuk tujuan mengajar dan mendidik
- Memukul ditempat yang tidak memudaratkan

20 ZIHAR ( amalan masyrakat Jahiliah)

20.1 Nyatakan pengertian zihar


- Zihar pada bahasa bermaksud belakang
- Zihar pada istilah bermaksud suami yang menyamakan isterinya atau atau mana-mana anggota
isterinya dengan ibunya atau mana-mana perempuan yang mahram bagi suaminya

20.2 Jelaskan hukum zihar


Ialah haram dan berdosa besar

- (apabila seorang suami telah menyamakan isterinya dengan mana-mana mahramnya,


maka dia telqah mengharamkan isterinya dari segi hubungan seks sebagaimana haram
dengan mahramnya)

20.3 Nyatakan hukun zihar


- Suami
- Isteri
- Orang yang diserupakan
- Sighah

20.4 Terangkan syarat-syarat zihar


a. Syarat suami yang menzihar
- Baligh
- Berakal – tidak sah suami gila
- Sah talak – tidak sah jika isteri dalam idah talak bain

b. Syarat isteri yang telah diziharkan


- Isteri yang sah
- Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya

c. Syarat orang yang diserupakan atau ibunya


- Peremuan
19Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 19
--------------------------------------------------------------------------

- Perempuan yang mahram dengan sebab nasab, penyusuan atau persemendaan

d. Syarat sighah
- Jika lafaz itu jelas dan khusus tidak perlu kepada niat
- ika lafaz itu tidak jelas dan tidak khusus perlu kepada niat
-
20.5 Bagaimanakah hendak mengelak daripada perbuatan zihar
- Mempelajari ilmu agama dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kekeluargaan’Tidak
mengikut sifat orang-orang Arab Jahiliah yang menyamakan isteri-isteri mereka dengan ibunya
atau mana-mana mahramnya dengan tujuan untutuk menzalimi isteri mereka apabila marah dan
berselisih faham
- Memahami konsep dan pengertian zihar yang sebenar
- Suami hendaklah menahan kemarahan dan tidak tergesa-gesa menzihar isteri-isteri ereka

20.6 Terangkan kifarat zihar


Mengikut tertib
- Memerdekakan seorang hamba mukmin
- Jika tidak mampu suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut.
- Jika tidak mampu suami wajib memeberi makan kepada enam puluh orang miskin dengan kadar
secupak bagi setiap orang (bahan ruji yang mengenyangkan dan tahan lama)

20.7 Jelaskan kesan-kesan zihar


- Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah swt dan berdosa besar kerana
mengharamkan perkara yang halal
- Suami isteri diharamkan mekakukan persetubuhan
- Suami wajib membayar kifarat
- Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri

21 LI’AN

21.1 Nyatakan maksud li’an


- Pada bahasa li’an bermaksud laknat

- Pasa istilah li’an ialah sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk
menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isterinya atau untuk menafikan
nasab..

21.2 Jelaskan sebab-sebab berlaku li’an


- Apabila suami menuduh isterinya melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi untuk
membenarkan tuduhannya

21.3 Jelaskan hukuman jika suami yang menuduh isterinya melakukan zina tanpa membawa empat orang
saksi untuk membenarkan tuduhannya enggan bersumpah li;an
- Dikenakan hukuman qazaf iaitu dikenakan sebat sebanyak 80 kali sebatan

21.4 Jelaskan hukuman jika suami yang menuduh isterinya melakukan zina dan bersumpah li;an
- Dia dibebaskan daripada hukuman qazaf.

21.5 Jelaskan hukuman jika isterinya mengaku melakukan zina dan tidak menolak dakwaan suami melalui
sumpah li’an
- Maka isterinya boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati

21.6 - Jelaskan hukuman jika isterinya bersumpah menolak dakwaan suaminya mengatakan dia
berzina
- Maka isterinya terlepas daripada hukuman rejam sampai mati

21.7 Terangkan proses-proses li’an


- Li’an dilakukan di depan hakim
Suami yang menuduh isteri melakukan zina hendalah bersumpah dengan lafaz
‘Aku berbersaksi dengan nama allah swt bahawa tuduhan zina terhadap isteriku
20Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 20
--------------------------------------------------------------------------

adalah benar’ . Lafaz ini hendaklah diulang sebanyak empat kali berturut-turut.
Pada sumpah yang kelima suami hendaklah berkata; Sesungguhnya laknat Allah swt
akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap
isteriku”

- Isteri pula bersumpah di hadapan hakim dengan lafaz


‘Aku brsaksi dengan nama Allaw swt bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh suamiku
tehadap diriku adalah dusta. Lafaz ini diulang sebanyak empat kali berturut-turut.
Pada sumpah kali kelima isteri hendaklah berkata; Sesungguhnya kemurkaan Allah
akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku benar.’

21.8 Jelaskan implikasi dan kesan li’an terhadap suami isteri


- Suami isteri terfasakh serta merta selepas li’an
- Suami yang membuat tuduhan terlepas dari hukuman qazaf
- Suami yang bersumpah li’an terlepas daripada hukum hudud zina
- Suami tidak boleh berkahwin semula dengan bekas isteri selama-lama
- Anak yang dinafikan dalam sumpah lian ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
- Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya

22 POLIGAMI

22.1 Terangkan maksud poligami


- Pada bahasa bermaksud banyak isteri

- Pada istilah bermaksud lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat
orang isteri pada satu masa

22.2 Nyatakan hukum poligami


- Harus

22.3 - Jelaskan syarat-syarat berpoligami


- Mestilah berpengetahuan agama, beriman dan bertakwa kepada Allah
- Boleh berlaku adil terhadap isteri isterinya
- Mampu dari segi jasmani dan material

22.4 Terangkan maksud adil dalam poligami


- Adil dari segi lahiriah seperti makan dan minum, tempat tinggal, pakaian , perubatan, giliran
malam
- Adil dari segi kasih sayang dapat dilahirkan melalui tindakan yang tidak menyinggungkan
mana-mana isteri.

22.5 Terangkan kesan berpoligami tidak mengikut syariat Islam


- Akan mendapat kemurkaan Allah
- Isteri-isteri tidak berpuas hati dan akan menyebabkan salah faham dan bergaduh
- Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita
- Akan meruntuhkan institusi keluarga
- Anak-anak akan kekurangan kasih sayang daripada bapa
21Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 21
--------------------------------------------------------------------------

22.6 Jelaskan hikmat-hikmat berpoligami


- Dapat menyambung keturunan bagi lelaki yang isterinya tidak dapat melahikan anak kerana
sebab sebab tertentu
- Dapat membela dan melindungi anak yatim dan wanita daripada terbiar disebabkan tiada
tempat pergantungan
- Dapat mengilakkan diri daripada maksiat
- Untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat jika berpoligami mengikut syarat syarat
dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik serta adil
- Mengekalkan rumah tangga yang dibina

23 KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

23.1 Jelaskan konsep kemahiran keibubapaan


- Anak adalah amanah Allah swt kepada ke dua ibu bapa
- Bapa wajib menjaga, mendidik dan menunaikan segala tanggunggjawab ke atas anak mereka
- Ibu bapa yang berkemahiran dapat mendidik anak mereka menjadi insan yang cemerlang di
dunia dan di akhirat.
- Segala tanggungjawab, usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam
membentuk anak-anak akan diberikan ganjaran oleh Allah swt di depan Allah di hari Akhirat
nanti.
- Anak-anak yang dididik dengan cara dan kaedah yang betul akan melahirkan anak-anak yang
soleh yang mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibu bapanya.

23.2 Nyatakan hukum melaksanakan tanggungjawab


- Wajib ke atas ke dua ibu bapa.

23.3 Bagaimanakah cara ibu bapa melaksanakan tanggungjawab


a. Semasa mengandung
- Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan
perkara mungkar
- Ibu bapa wajib menunaikan kewajipan agama dan bersabar
- Bertanggungjawab memastikan keselamatan kandungan
- Dikehendaki membuat pemeriksaan doktor dari masa ke semasa
- Bertanggungjawab menjaga pemakanan secara seimbang, berkhasiat serta daripada sumber
yang halal
22Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 22
--------------------------------------------------------------------------

-
b. Selepas memperolehi anak
- Mengazankan dan iqamat di telinga bayi
- Mentahnik
- Menamakan dengan nama yang baik
- Mencukur rambut
- Melakukan akikah

23.4 Tanggungjawab seterusnya ialah mendapatkan pendidikan yang sempurna selepas lahir
- Mengajar pendidikan Islam sejak kecil iaitu asas keimanan dan prinsip-prinsip syariat dan
membiasakan diri dengan ajaran agama
- Menanamkan pendidikan moral dan akhlak serta budi pekerti yang murni dalam diri anak-anak
sejak usia mumaiyiz hingga baligh
- Mendidik mereka dengan pendidikan jasmani seperti menjaga kesihatan tubuh badan anak-
anak dan menjaga makan minum, tidur, kebersihan dan bersukan
- Mereka wajib diberi pendidikan intelektual bertujuan untuk membentuk pemikiran anak-anak
dengan pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah
- Anak-anak juga diberi pendidikan rohani seperti sifat-sifat positif seperti berani, cekal, tekun,
dan sebagainya.
- Anak-anak juga wajib diberi pendidikan sosial seperti ziarah menziarahi jiran, hormat
menghormati hak orang lain, menjaga batas pergaulan dalam masyarakat.

24 AKTA KEKELUARGAAN

24.1 Terangkan maksud undang-undang keluarga Islam


Ialah undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan,
perceraian, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ke duanya di kalangan orang Islam

24.2 Konsepnya
Setiap negeri mempunyai undang-undang keluarga Islam masing-masing
Undang-undang keluarga Islam ini ditadbir oleh Enakmen Hukum Syarak Enakmen Undang-undang
Islam di negeri masing-masing

24.3 Jelaskan sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia


- Undang-undang Islam telah diamalkan di Tanah Melayu semenjak sebelum kedatangan
Inggeris lagi.
- Apabila Inggeri menjajah Tanah Melayu mereka telah memisahkan didang kuasa dalam
pentadbiran kerajaan antara aspek kenegaraan dan keagamaan. Undang-undang Islam
hanya dipakai dalam kekeluargaan dan hanya tertakluk dalam bidan kuasa pemerintah
Inggeris.
- Pada tahun 1880 Inggeris telah mewujudkan Ordinan Perkahwinan Muhammad. Ordinan ini
membolehkan Mahkamah Syriah di tubuhkan.
- Pada tahun 40an kuasa pentadbiran hal ehwal orang Islam diletakkan di bawah tanggungjawab
Majlis Agama Islam negeri-negeri.
- Tahun 1989, Pentadbiran Mahkamah Syariah mula dipisahkan daripada Majlis Agama
23Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 23
--------------------------------------------------------------------------

- Tahun 1998, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ditubuhkan diletakkan dibawah


tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri
- Pada masa sekarang, pengurusan Mahkamah Syariah diletakkan di bawah Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia

24.4 Matlamat dan keperluan penubuhan Mahkamah Syari ah


- - Menjaga hal ehwal kekeluargaan Islam suaaya mereka mendapat keadilan dalam menuntut hak
dan kebajikan iaitu perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin, talak rujuk, fasakh dan
sebaganya
- Mengawasi masalah iman dan kufur di kalangan umat Islam seperti masalh solat, puasa, zakat
dan murtad
- Menyelia dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan harta pusaka, tuntutan hak dan
pelepasan hak seorang individu terhadap induvidu yang sah

24.5 Nyatakan bidang-bidang kuasa Mahkamah Syariah


a. Bidang kuasa Mal
Mendengar dan memutuskan proseding di kalangan orang Islam yang berkaitan dengan perkara
berikut:
i. Pertunangan, perkahwinan, perceraian, fasakh atau khuluk
ii. Sebarang pelupusan atau tuntutan kepada harta yang wujud daripada perkara tersebut
iii Nafkah kesah tarafan atau penjagaan kanak-kanak
iv, Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
v. Wasiat atau pemberian ketika hampir mati seseorang Islam
vi. Wakaf atau nazar
vii. Menentu atau membahagikan harta berwasiat dan tidak berwasiat orang Islam
viii. Perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana
undang-undang bertulis

b. Bidang kuasa Jenayah


Diberi kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau
denda sehingga RM 5000 atau sebat enam rotan atau kedua duanya sekali

24.6 Terangkan peranan-peranan Mahkamah Syariah dan Akta kekeluargaan Islam yang berkuatkuasa
hari ini
- Menyediakan perkhidmatan runding cara, perdamaian dan pertemuan antara suami isteri yang
bertelingkah
- Bertanggungjawab menerima dan menyelesaikan kes-kes yang berada dibawah bidang
kuasanya secara adil dan saksama
- Bertugas dan berusaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat
tentang maklumat perundangan dari semasa ke semasa

24.7 Perbezaan antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivils


- Mahkmah syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan perkara Mal dan Jenayah yang
melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran
Hukum Syarak negeri-negeri
- Mahkamah Sivil ialah institusi kahakiman yang membicarakan perkara yang melibatkan orang
Islam dan orang bukan Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan
Malaysia.

24.8 Enakmen dan Akta-akta kekeluargaan yang terdapat di Malaysia


- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 5/199
- Enakmen Keluarga Islam Kedah Bil 1 /1983
- Enakmen Keluarga Islam Kelantan No 1/1983
- Enakmen Keluarga Islam Melaka No 8. 1983
24Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 24
--------------------------------------------------------------------------

- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan No 7 /1963


- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pahang No 3 / 1990
- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perak Bil 14 /1991
- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang Bil 2 1985
- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sabah No 15/1992
- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sarawak No 5 /1991
- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor No 4 /1994
- Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (A303 Pindaa (A828)
- Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Perlis Bil 2 /1992
- Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu Bil 12/1985

ISU-ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

25 ANAK ANGKAT
25.1 Terangkan pengertian anak angkat
Ialah anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya sendiri

25.2 Nyatakan hukum mengambil anak angkat


Harus

25.3 Jelaskan peraturan-peraturan mengambil anak angkat


Larangan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
(haram dibinkan kepada bapa angkat)
Batas aurat dan pergaulan hendaklah dijaga kerana mereka adalah ajnabi
Tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitulah juga sebalinya
25.4 Mengapakah dilarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
Untuk memelihara nasab keluarga daripada tercemar dan bercampur aduk

25.5 Mengapakah perlu menjaga batas-batas pergaulan antara anak angkat denga bapa angkat
Batas-batas pergaulan antara anak angkat denga bapa angkat perlu dijaga untuk mengelak daripada
fitnah

25.6 Terangkan bagaimana cara anak angkat boleh mendapat harta dari bapa angkatnya.
Mereka boleh dapat harta melalui hibbah, hadiah, dan wasiat dengan syarat tidak melebih 1/3
25Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 25
--------------------------------------------------------------------------

daripada harta keluarga angkat

25.7 Terangkan tanggungjawab-tanggungjawab terhadap anak angkat


Larangan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
(haram dibinkan kepada bapa angkat)
Batas aurat dan pergaulan hendaklah dijaga kerana mereka adalah ajnabi
Tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitulah juga sebalinya

25.8 Hikmat diharuskan mengambil anak angkat


- Untuk mewujudkan keharmonian keluarga yang tidak boleh mendapat anak.
- Untuk menambahkan rasa kebahagiaan ke atas suami isteri yang tiada anak
- Untuk melahirkan sillaturahim antara keluarga kandung dengan keluarga angkat
- Sebagai tempat pergantungan kasih di masa tua bagi mereka yang tiada anak

25.9 Terangkan hikmat-hikmat dilarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
- Untuk mengiktirafkan keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab anak
angkat
- Untuk memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya
- Untuk memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah kelurga supaya tidak bercampur
dengan anak angkat yang tiada hubungan nasab dengan mereka
- Untuk memelihara hak wali nikah oleh bapa kandungnya dan mereka yang berhak menjadi wali

25.10 Masalah yang timbul akibat menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
- Pertalian nasab dengan bapa kendung akan terjejas dan keluarga bapa kandung tidak
mendapat pengiktirafan
- Anak angkat tidak mendapat hak mewarisi harta bapa kandung
- Menyebabkan berlaku kebebasan pergaulan antara keluarga angkat
- Menyebabkan salasilah keluarga kandung bercampur aduk dengan anak angkat yang tiada
hubungan dengan mereka
- Menyebabkan bapa kendung dan mereka yang berhak menjadi wali tidak berhak menjadi wali
nikah

26 HADHONAH (hak dan tanggungjawab untuk anak)


26.1 Pengertian Hadhonah
Ialah hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan
diri sendiri

26.2 Hukum Hadhonah


Ialah wajib
Orang yang mengabaikan tanggungjawab ini adalah berdosa
Hak ini wajib dilaksanakan oleh suami isteri atau penjaganya

26.3 Orang yang berhak menjaga anak setelah berlaku perceraian


- Ialah ibunya. Walaubagaimanapun bapa masih mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah
hidup anak tersebut;

26.4 Siapakah yang berhak hadhonah jika ibu hilang kelayakan hak hadhonah dengan sebab tertentu
- Nenek sebelah ibu hingga ke atas
- Bapa
- Nenek sebelah bapa hingga ke atas
- Saudara perempuan seibu dan sebapa
- Saudara perempuan seibu
- Saudara perempuan sebapa
26Modul Pendidikan Islam tingkatan 5 bahagian Ibadah 26
--------------------------------------------------------------------------

- Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa


- Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu
- Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa
- Emak saudara sebelah ibu
- Emak saudara sebelah bapa
- Waris lelaki yang boleh menerima asobah

26.5 Kadar had umur yang membolehkan anak-anak membuat pilihan penjagaanya
- Apabila kanak-kanak itu mencapai mumaiyiz

26.6 Tempuh Hadhonah


- Apabila kanak-kanak itu dewasa dan dapat berdikari
- Mereka mampu mengurussegala keperluan asas seperti makan, minum, pakaian dan sebagai
- Mengikut undang undang Keluaraga Islam Wilayah Persekutuan 1984 hak hadhonah tamat
apabila kanak-kanak itu berumur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun jika kanak-kanak perempuan

26.7 Menghuraikan syarat-syarat kelayakan penjagaan anak selepas perceraian


Syarat hadhonah
- Islam
- Berakal
- Dewasa
- Berakhlak mulia

26.8 Sebab-sebab gugur hadhonah


- Ibu kepada kanak-kanak itu berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab
dengan kanak-kanak tersebu. Jika perkahwinan dengan lelaki itu bubar hak hadhonah kembali
kepadanya
- Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan
- Berpindah tempat kediaman dengan tujuan menghalang bapa kanak-kanak itu menziarahinya
- Cuai, zalim. Dan menganiayai kanak-kanak
- Murtad atau keluar dari agama Islam

26.9 Hikmat disyariatkan Hadhonah


- Supaya kanak-kanak itu mendapat hak penjagaan yang sempurna daripada ibu dan bapanya
- Untuk mendapat kasih sayang dari iba bapa dan penjaganya
- Supaya mereka terbela hidup
- Supaya ada tempat bergantung hidup dan mengadu
- Supaya kanak-kanak tidak di aniayai