Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan Model Assure.

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model Assure adalah satu model reka bentuk pengajaran yang digunakan untuk memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Model ini menurut Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993 adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. Model Assure juga bermaksud memastikan pembelajaran berlaku. Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan di bawah: A - Analyse learners (Analisis pelajar). S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran). S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).

U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan). R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ). E Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

Langkah 1 : Analisis pelajar Model Assure bermula dengan analisis pelajar. Analisis pelajar adalah satu proses menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar dalam kelas. Proses ini adalah penting untuk membantu guru merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi pelajar mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: Ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar. Ciri umum pelajar yang dimaksudkan termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan, daerah, kawasan, budaya dan seumpamanya. . Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media yang akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat tersebut boleh diperolehi oleh guru dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung antara guru dan pelajar. Guru akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar yang akan mereka ajar. Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu. Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.

Pengetahuan sedia ada. Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat dua andaian terhadap pengetahuan pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas. Andaian kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan atau kemahiran terhadap pelajaran yang akan diajar. Justeru guru terus memulakan pelajarannya tanpa menganalisis tahap pengetahuan pelajar. Dalam keadaan yang pertama, pengajaran guru akan terjejas terutama bagi pelajar yang lemah atau sederhana. Hal ini biasanya berlaku dalam pelajaran matematik atau sains yang melibatkan pembelajaran konsep, peraturan dan prinsip. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh mencari luas rajah segiempat jika tidak dapat menguasai konsep rajah segiempat. Dalam situasi yang kedua, pelajar mungkin merasa bosan atau tidak berminat belajar jika apa yang diajar adalah sesuatu yang sudah dipelajari. Guru dikehendaki mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis objektif instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh dikesan melalui praujian, temubual, mengkaji pencapaian pelajaran unit terlebih dahulu dan mengadakan sesi soaljawal dalam kelas. Kaedah ini dapat menentukan pra syarat untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pra syarat yang telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran. Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar. Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn, Model Honey dan Mumford, dan Model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Langkah 2: Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Seterusnya guru dapat menentukan langkah serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu. Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: 1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) 2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru) 3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) 4. Apakah tahap pencapaian minimum? (Standard pencapaian

1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran dan kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental atau fizikal. 2. Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru) Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Berikut adalah antara perkataan yang sesuai digunakan iaitu:melakar melukis menamakan menilai meramal melabel menjawab menjelas

3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku itu baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran dan media yang sesuai. 4. Apakah tahap pencapaian minimum? (Standard pencapaian) Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Penyataan pengukuran pencapaian ini akan akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk

aktiviti pemulihan dan juga penggayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran ialah:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:a) Menerangkan maksud promosi dengan ringkas. b) Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 peranan promosi di dalam perniagaan. c) Menghuraikan kaitan promosi dengan pemasaran.

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan sumber Langkah seterusnya ialah memilih kaedah, media, dan bahan sumber. Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber yang perlu dibuat secara sistematik dan terancang. Sistematik dan terancang disini adalah bertujuan agar teknologi dan media (alat & bahan bantu mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, setiap langkah dalam model ini memberi input dan output yang baik dan berkesan. Sebelum membincangkan lebih lanjut tentang langkah ketiga ini, saya akan menerangkan serba ringkas tentang konsep kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Manakala kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(1986), kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan

masalah, brainstorming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Media bermaksud penyampai atau pembawa maklumat. Contohnya filem, video, radio, gambar, risalah, poster, dan sebagainya. Manakala media pengajaran bermaksud peralatan, perkakasan, dan bahan (perisian) yang telah dikenalpasti,dipilih, dibina, dan dipinda untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Media terbahagi kepada dua iaitu media cetak dan media bukan cetak. Contoh media cetak ialah modul, buku teks,buku rujukan, suratkhabar, nota edaran. Manakala media bukan cetak seperti slaid, tranparensi, dan media tayang. Sementara itu, bahan sumber mempunya erti yang sama dengan bahan bantu mengajar. Tujuannya adalah untuk: Memberi rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian pelajar. Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid. Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti yang dijalankan. Memberi keseronokan belajar. Proses pemilihan kaedah, media, dan bahan sumber. tersebut merangkumi aspek-aspek berikut: Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran. Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:
8

Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas? Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna?

Kesimpulannya, proses memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

Langkah 4: Guna media dan bahan sumber Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru iaitu menyemak, pratonton, dan mengkaji bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan dalam kelas. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut bemar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan kepentingan sebelum seseorang guru menggunakan media dan bahan sumber: Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan.

Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. Sediakan fokus dan minat pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran

menggunakan media.Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar.

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran Guru bertangungjawab menjalankan aktiviti pembelajaran yang dapat melibatkan pelajar beraktiviti dan berfikir secara aktif didalam kelas. Aktiviti aktiviti ini seharusnya dapat menggerakkan ketiga-tiga domain pelajar iaitu domain kognitif, psikomotor dan juga afektif secara berterusan didalam kelas. Persembahan guru hendaklah mencabar murid-murid untuk berfikir dan membuat kesimpulan sendiri. Komunikasi dan interaksi antara guru-guru dan murid-murid adalah berbentuk dua hala, dimana murid-murid dapat memberi pendapat mereka semasa perbincangan berlaku. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai juga dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah. Setelah pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dipilih, guru hendaklah membuat keputusan mengenai kaedah instruksi yang akan digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kaedah instruksi yang kreatif dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar.

10

Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru di dalam kelas untuk mencapai objektif atau matlamat pembelajaran. Contoh melibatkan pelajar dalam pembelajaran ialah: 1. Pembelajaran melalui permainan 2. Main peranan 3. Sumbangsaran 4. Bercerita 5. Perbincangan 6. Inkuiri penemuan 7. Demonstrasi 8. Penyelesaian masalah 9. Pembelajaran masteri Kaedah-kaedah diatas ini boleh digunakan oleh guru untuk melibatkan pelajar secara langsung ataupun tidak didalam kelas. Berdasarkan kaedah-kaedah ini pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. Sebagai contoh guru telah menggunakan teknik perbincangan dalam subjek perdagangan (komunikasi) didalam kelas. Kaedah ini memerlukan murid berinteraksi dalam perbincangan mengenai satu isu atau masalah. Murid-murid mempunyai peluang untuk mempersembahkan pendapat mereka, cadangan atau idea-idea mengenai sesuatu tajuk. Tajuk komunikasi telah di pilih oleh guru. Pelajar dikehendaki menyenaraikan dan membentang bentuk-bentuk komunikasi di Malaysia dan senaraikan contoh- contoh komunikasi yang ada di Malaysia dan bincangkan bagaimana komunikasi membantu dalam perniagaan di dalam kertas mahjong. Diakhir perbincangan guru bersama murid-murid akan membuat kesimpulan. kaedah-kaedah yang

11

Melalui aktiviti ini pelajar dilihat dapat meningkatkan kemahiran berfikir serta keyakinan diri mereka Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan Langkah ini merupakan langkahyang terakhir di dalam Assure .Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai Antara perkara-perkara yang di nilai menyentuh dua aspek penilaian iaitu 1. Penilaian pembelajaran Novak dan Tyler (1986) mendefinisikan pembelajaran sebagai satu proses di mana pelajar itu membentuk cara pemikiran yang baru atau mengubahsuaikan pemikiran yang lama, yangseterusnya akan berlaku perubahan tingkah laku. Penilaian pembelajaran ini dibuat untuk mengetahui pencapaian pelajar sama ada pelajar mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Ia juga menilai maklum balas dari pelajar sepanjang proses pembelajaran berlaku. Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.

Antara persoalan-persoalan yang di ambil kira sepanjang menilai pembelajaran murid adalah i. ii. Adakah pelajar mencapai objektif yang yang telah ditetapkan oleh guru? Adakah pelajar dapat menguasai apa yang telah diajar?

2. Penilaian pengajaran Robiah Sidin (1998) menyatakan bahawa pengajaran bermaksud usaha yang dibuat bagi membolehkan pembelajaran berlaku dalam diri orang lain. Penilaian pengajaran ini melihat keberkesanan dari segi kandungan, kaedah, media dan bahan yang telah digunakan. Pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat
12

memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Antara persoalan-persoalan yang di ambil kira sepanjang menilai Pengajaran adalah: i. ii. Adakah media yang digunakan oleh guru mencapai objektif pembelajaran? Adakah kaedah mengajar yang digunakan dapat menarik perhatian pelajar supaya terlibat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung? iii. Adakah media yang digunakan sesuai dengan topik pembelajaran?

Setelah penilaian dibuat pengubahsuaian perlu dilakukan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Sekiranya bahan yang telah digunakan masih boleh diperbaiki maka penambahbaikan diperlukan. Sekiranya bahan yang telah digunakan tidak boleh perbaiki untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan, maka guru boleh menukar bahan dan kaedah pengajaran dengan yang baru.

13

Perbezaan antara Model Assure dengan Model Tyler dan Model Masteri Terdapat tiga bahagian yang utama dapat dilihat dari segi perbezaan antara model Assure dengan Model Tyler dan Model Masteri iaitu penulisan objektif, strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah penilaian. Di dalam Model Tyler dan Masteri, penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut Taksonomi Bloom yang menekankan kepada tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Bagi Model Assure pula, ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan sedia ada pelajar dan gaya belajar pelajar mesti dianalisis dan difahami terlebih dahulu sebelum ke peringkat penulisan objektif mengikut Taksonomi Bloom. Dalam menganalisis pelajar, guru perlu memerhatikan ciri-ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu

pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Selain itu, guru juga perlu mengkaji pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulu dan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topic yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

14

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Dalam penulisan objektif di dalam Model Tyler, fokus diberikan kepada penguasaan murid dalam setiap topik atau unit pembelajaran sebelum berpindah ke aras yang lebih tinggi atau ke topik yang seterusnya. Murid yang tidak menguasai akan diberikan latihan pengukuhan sehingga mereka berjaya meguasai topik tersebut. Perbezaan dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran pula, mengikut Model Tyler bahan kurikulum dirancang dan disusun kepada unit-unit kecil mengikut turutan daripada mudah ke lebih kompleks untuk pengajaran dan pembelajaran. Model Tyler menggunakan strategi induktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah, teknik pengajaran, buku dan alat bantu mengajar yang sesuai harus dipilih supaya dapat membawa kesan yang baik kepada pelajar. Model Masteri pula kurang mementingkan alat bantu mengajar tetapi lebih memberi penekanan kepada pencapaian yang diperoleh oleh pelajar selepas pengajaran dan pembelajaran. Bagi Model Assure pula, kaedah, media, bahan bantu mengajar dipilih berdasarkan objektif dan hasil pengajaran yang hendak dicapai serta kemudiannya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mengikut Model Masteri, pelajar tidak boleh beralih ke topik pembelajaran seterusnya sebelum pelajar menguasai sesuatu topic yang diajar. Tindakan susulan seperti

15

aktiviti pengukuhan akan diambil untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Dalam Model Assure, penilaian menyentuh dua aspek iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian ke atas kaedah , bahan dan media yang digunakan dan juga penilaian ke atas kefahaman pelajar adalah perlu. Penilaian ini dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran di dalam model Assure lebih berpusatkan pelajar. Penglibatan pelajar digalakkan selepas guru menyampaikan ilmu kerana penglibatan pelajar akan membantu guru dalam menilai pemahaman, kelemahan serta masalah murid dalam pembelajaran tersebut. Model Tyler menumpukan kepada kesesuaian alat bantu mengajar dengan tajuk yang diajar serta kemampuan pelajar untuk menerima tajuk berdasarkan penggunaan alat bantuan mengajar yang semaksimum mungkin. Penilaian dalam model Mastery pula mementingkan pemilihan dan penggunaan kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai.

16

Pendekatan Pengajaran ( Rancangan Pengajaran Harian) Unit Pengajaran 1: Perkhidmatan Penyiaran

MATA PELAJARAN TINGKATAN TEMPAT TARIKH MASA BILANGAN PELAJAR TEMA / TAJUK SUB TAJUK KANDUNGAN OBJEKTIF KHAS

Perdagangan 5 PD3 Bilik Tayang 25 September 2012 10.40 11.20 ( 40 Minit ) 30 Komunikasi Perkhidmatan Komunikasi Perkhidmatan Penyiaran - Televisyen dan radio Selepas pengajaran, pelajar dapat: 1) Memberi takrif komunikasi 2) Melukiskan rajah jenis-jenis perkhidmatan komunikasi 3) Menerangkan ciri-ciri perkhidmatan penyiaran 4) Menyenaraikan agensi swasta dan kerajaan yang terlibat dalam perkhidmatan penyiaran 5) Menjustifikasikan kebaikan dan keburukan penggunaan perkhidmatan penyiaran

PENGETAHUAN LALU

Pelajar telah mempelajari dan memahami peranan komunikasi dalam perniagaan Buku teks Perdagangan Tingkatan 5, lembaran kerja, rakaman suara, kertas mahjong, pen marker dan kad bergambar,slide power point

ALAT BANTU MENGAJAR

17

LANGKAH

AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN AKITIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

PENILAIAN

1.Guru memasang 1. Pelajar mendengar rakaman yang rakaman suara deejay dipasang oleh guru radio dan pembaca dengan senyap. berita. Langkah 1 2.Guru merangsang pelajar dengan bertanyakan apakah yang difahami dengan mendengar rakaman suara tadi. 3. Guru mengaitkan rakaman suara dan jawapan pelajar dengan topik yang akan dipelajari pada hari ini. 1. Guru mengedarkan kertas putih kosong untuk pelajar melukis peta konsep berkaitan dengan jenis-jenis perkhidmatan komunikasi 2. Guru menerangkan kepada pelajar apa yang perlu dilakukan. 3.Guru menerangkan jenis-jenis perkhidmatan yang boleh digunakan dalam perniagaan dalam bentuk slide powerpoint 4.Guru memberi masa lima minit untuk pelajar melukis peta konsep 1. Ketua pelajar membantu guru mengedarkan lembaran kerja 2. Pelajar mendengar dengan teliti penerangan guru. 3. Pelajar memberi tumpuan pada slide dan pelajar menyoal jika kurang faham. 4. Pelajar di beri masa lima minit untuk melukis peta konsep 2. Pelajar yang memahami akan mula menjawab soalan guru

Soal jawab

( 3 minit)

3.Pelajar bersedia untuk belajar.

Langkah 2

( 10 minit )

Melukis peta konsep

18

Langkah 3

5.Guru memantau pelajar melukis peta konsep 1. Guru memberi masa selama lima minit untuk pelajar membaca buku teks dan mencari ciri-ciri perkhidmatan penyiaran. 2. Guru memanggil beberapa orang pelajar untuk menerangkan ciri-ciri perkhidmatan penyiaran

1. Pelajar mula membaca buku teks dan memahami ciriciri perkhidmatan komunikasi. 2. Pelajar yang dipanggil oleh guru akan memberikan jawapan .

(10 minit)

1. Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. 2. Guru mengedarkan kertas mahjung kepada setiap kumpulan. 3. Pelajar dikehendaki menyenaraikan pendapat mereka tentang kebaikan dan keburukan penyiaran komunikasi dalam perniagaan 4. Guru meminta pelajar membentangkan pendapat mereka. 1. Guru membahagikan papan hitam kepada dua bahagian iaitu radio dan televisyen. 2. Guru menerangkan bahawa pelajar perlu

1. Pelajar bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. 2. Ketua kelas membantu guru mengedarkan kertas mahjung. 3. Pelajar menyenaraikan pendapat mereka tentang kebaikan dan keburukan penyiaran komunikasi 4. Pelajar membentangkan hasil sumbang saran mereka . 1. Pelajar mendengar dengan teliti penerangan guru 2. Pelajar melekatkan gambar di bahagian yang dirasakan betul.

Langkah 4

( 14 minit)

Langkah 5

( 3 minit)

19

melekatkan gambar logo stesen penyiaran di bahagian yang betul. 3. Guru memilih pelajar yang mengangkat tangan untuk menjawab dan di samping itu guru memerhati keseluruhan murid untuk mengenalpasti pelajar yang tidak mampu menjawab. 4.Guru merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari itu

Kesimpulan Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran model ASSURE mampu memberi kesan yang lebih baik kepada pencapaian murid-murid. Model ini juga mudah difahami oleh guru-guru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), memilih atau mengubahsuai bahan yang sedia ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

20