Anda di halaman 1dari 10

PENGAJIAN AM

Soalan-soalan esei STPM tahun 1995- 2012


STPM 1995 1. Kekurangan dari segi teknik dan kos pembikinan yang tinggi bukanlah penyebab utama filem negara kita kurang bermutu. Bincangkan penyataan ini.

2. Kebelakangan ini Malaysia bergiat cergas dalam usaha membantu menangani isu-isu antarabangsa. Kelantangan Malaysia menyuarakan pendapatnya telah menonjolkan negara ini di mata dunia. Sejauh manakah Malaysia berjaya mempengaruhi pihak-pihak tertentu dalam menangai isu-isu tersebut.

3. Matematik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan penyataan ini.

4. Terdapat pelbagai jenis barang keperluan domestik dan makanan yang mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti arsenik (dalam cat), alcohol, eter, gikoi (dalam kosmetik), kafein, gula tiruan, monosodium glutamat, dan bahan-bahan kimia yang lain seumpamanya. Bahan-bahan ini boleh mengancam kesihatan seseorang sekiranya tidak digunakan secara berhati-hati. Jelaskan kesan penggunaan barang-barang tersebut terhadap kesihatan pengguna.

STPM 1996 1. Kegagalan ibu bapa menyempurnakan tanggunajawap terhadap anak-anak terutamanya yang sudah remaja merupakan punca utama kejadian jenayah remaja. Oleh itu, hukuman patut juga dikenakan terhadap ibu bapa di samping hukuman terhadap anak-anak mereka yang telah melakukam kesalahan jenayah. Sejauh manakah anda bersetuju dengan saranan di atas?

2. Muzium merupakan gedung menyimpan dan mempamerkan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah, seni dan sains. Bincangkan peranan muzium dalam konteks pembangunan sesebuah negara dan masyarakat.

3. Lebuh Raya Maklumat berupaya mendekatkan dan menghubungkan manusia tanpa mengenal jarak dan batas sempadan. Bincangkan kemungkinan yang dapat dimanfaatkan daripada perkembangan teknologi tersebut dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

4. Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya pelbagai penyakit masa kini. Bincangkan penyataan ini.
1

STPM 1997
1. Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasa semata-mata. Masih terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu. Berikan pendapat anda tentang penyataan di atas.

2. Sekatan ekonomi merupakan satu cara yang berkesan untuk memaksa sesebuah negara akur kepada kehendak masyarakat antarabangsa . Jelaskan penyataan ini.

3. Sains dan teknologi adalah penting bagi kemajuan sesebuah negara. Namum demikian, ini bukanlah bermakna seni dan kemanusiaan mesti dikorbankan. Jelaskan penyataan ini.

4.Walaupun teknologi pengkomputeran banyak mempengaruhi urusan dalam kehidupan kita seharian, namum terdapat juga keburukan-keburukan tertentu daripada penggunaan teknologi berkenaan Bincangkan penyataan ini

STPM 1998 1. Industri pelancongan banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan negara. Namum demikian, sumbangan positif industri ini tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatifnya. Jelaskan penyataan ini.

2. Masyarakat penyayang merupakan satu aspek yang penting dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju sebagimana yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Bincangkan cara-cara untuk mencapai hasrat membentuk masyarakat penyayang, dan halangan-halangan yang dihadapi dalam mencapai hasrat ini.

3. Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks penyataan di atas.

4. Malaysia banyak mengimport bahan makanan daripada luar negara. Jelaskan faktor-faktor yang mewujudkan keadaan ini, dan huraikan bagaimana Malaysia boleh mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimport.

STPM 1999 1. Penubuhan Institut Pendidikan Tinggi (IPTS) bertujuan untuk menambahkan dan melengkapkan peranan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Bincangkan peranan IPTS dalam konteks yang tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripadanya.

2. Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersial di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada tahun sebelumnya. Berdasarkan penyataan di atas, huraikan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasi kepada negara.

3. Krisis air telah melandai sebahagian besar negara terutama di kawasan Lembah Kelang. Adalah didapati bahawa kemarau panjang yg dibawa oleh El Nino bukanlah satu-satu sebab yang mecetuskan krisis tersebut. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor lain yang telah menyebabkan berlaku krisis itu dan bagaimana pula untuk menanganinya?

4. Menurut International Data Corporation,terdapat 11 juta pengguna Internet di Asia hari ini dan angka itu akan mencapai 42 juta pada thaun 2001. Ini adalah satu perkembangan yang menakjubkan. Walaupun Internet mempunyai pelbagai keistimewaan, ia mempunyai kesan sampingan. Bincangkan penyataan ini.

STPM 2000 1. Hukuman penjara adalah salah satu daripada beberapa cara yang wajar dilakukan bagi memulihkan perilaku seseorang pesalah. Selain itu, terdapat cara-cara lain yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi gejala jenayah hari ini . Bincangkan.

2. Taraf kesihatan dan kehidupan dewasa ini dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia dan memungkinkan semakin ramai warga tua akan dalam masyarakat pada alaf baru ini. Bincangkan implikasi peningkatan golongan warga tua di negara ini.

3. Secara umum bahan kima toksik boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya ia tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan tersebut terhadap manusia.

4. Pembentukan koridor raya mutlimedia adalah merupakan satu usaha mempergiat lagi perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat di Malaysia . Bincangkan kesan usaha ini terhadap pembangunan negara

STPM 2001 1. Bermacam-macam kempen telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu menarik pelancong datang melawat ke sesebuah negara dan menyaksikan keindahan serta keunikan yang terdapat di negara berkenaan. Bincangkan kesan pelancongan terhadap budaya tempatan.

2. Gejala-gejala sosial yang banyak dilaporkan berlaku di sekolah kebelangkangan ini adalah juga berpunca daripada merosotnya penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Pada pendapat anda, apakah strategi yang sesuai yang boleh dilakukan bagi memesatkan semula aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar sekarang ?

3. Pencemaran laut kurang mendapat perhatian manusia, tetapi ia adalah satu masalah yang perlu dibendung dan dikawal. Jelaskan sebab-sebab terjadinya pencemaran tersebut.

4. Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini ?

STPM 2002 1. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yg terus-menerus berkembang. Sungguhpun secara umum buruh kanak dianggap menyalahi undang-undang, tetapi terdapat juga usaha oleh ibu bapa, majikan & kanak-kanak itu sendiri untuk menyembunyikannya. Bincangkan pernyataan ini

2 Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa, bahkan di sekolah pelajar diwajibkan mempelajari sekurang-kurangnya Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Bincangkan faedah mempelajari bahasa kedua dan masalah bagi mencapai hasrat tersebut

3. Kepentingan hidupan liar kepada alam dan manusia memang tidak dinafikan lagi, namum begitu bilangannya dikatakan semakin berkurangan. Huraikan bagaimana masalah kepupusan hidupan liar ini ditangani.

4. Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan satu kaedah alternatif kepada kelemahan penggunaa bahan kimia untuk mengatasi serangga perosak dan makhluk perosak dalam sektor pertanian. Bincangkan pernyataan.

STPM 2003 1. Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara, Malaysia begitu prihatin untuk terus memperkembangkan industri kecil dan sederhana ( IKS). Bincangkan pontensi dan masalah yang dihadapi oleh industri kecil dan sederhana pada masa ini di negara kita.

2. Industri muzik tempatan menghadapi banyak masalah. Sehingga kini masalah tersebut belum adsa penyelesaiannya. Oleh yang demikian langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Bincangkan.

3. Obesiti merupakan satu masalah kesihatan yang berlaku di kalangan anggota masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Bincangkan factor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut dan kesannya terhadap kehidupan manusia.

4. Hutan bakau banyak kepentingannya terhadap persekitaran sesebuah negara. Walau bagaimanapun, sejak kebalakangan ini kegiatan tebus guna kawasan pantai telah memberi kesan yang serius terhadap kawasan hutan bakau. Huraikan kepentingan hutan bakau terhadap persekitaran fizkal dan sosioekonomi sesebuah negara.
5

STPM 2004 1. Sistem pendidikan yang dilaksanakan kini memberikan pemberatan 60 % kepada bidang sains dan teknologi. Bincangkan faedah daripada perlaksanaan dasar berkenaan

2. Proses urbanisasi menjadi suatu keperluan kepada negara-negara membangun, namum pada masa yang sama proses tersebut juga menimbulkan masalah kepada negara-negara berkenaan. Bincangkan

3. Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai negatif. Bincangkan.

4. Sesungguhpun bidang perubatan moden semakin berkembang, namum perubatan tradisional masih lagi mendapat perhatian masyarakat. Jelaskan ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis perubatan ini.

STPM 2005 1. Bahasa menunjukkan bangsa. Bincangkan peribahasa ini dalam konteks Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini.

2. Akhir-akhir ini banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai berkaitan dengan perkhidmatan kaunter dan penyampaian sehingga pihak berkenaan sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang diberikan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter dan penyampaian yang baik serta kesannya jika keadaan yang menimbulkan rungutan itu dibiarkan berterusan

3. Kebelakangan ini jangkitan penyakit di kalangan kanak-kanak didapati semakin membimbangkan terutamanya di negara-negara mundur. Justeru, pelbagai langkah yang serius perlu diambil untuk mengawalnya. Bincangkan.

4. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air bersih dunia didapati semakin berkurang. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.

STPM 2006 1. Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasakan genarasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara lain untuk mencapai matlamat di atas.

2. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk memajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Malaysia tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang penyataan di atas.

3. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk merealisasikan konsep mesra alam bagi mengatasi masalah alam sekitar. Bincangkan

4. Ilmu sains dan teknologi dapat membantu manusia mengatasi masalah jenayah. Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, bagaimanakah aplikasi ilmu tersebut dapat membantu kita menangani masalah jenayah ?

STPM 2007 1. Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan

2. Pelbagai faktor dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kadar kes juvana di negara kita pada msa ini. Usaha perlu dilakukan untuk membendung gejala ini. Huraikan.

3. Nuklear biasanya dikaitkan dnegan kemusnahan dan kecelakaan, namum hasil penyelidikan pakarpakar dalam bidang ini telah mengubah persepsi terhadapnya. Bincangkan.

4. Tanaman ubah suai genetik didapati berupaya meningkatkan sektor pertanian ngara, namum pada masa yang sama tanaman ini turut menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan.

STPM 2008 1. Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.

2. Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini berterusan. Bincangkan penyataan ini.

3. Kawasan tanah bencah ( wetland) sangat penting kepada alam sekitar. Bincangkan penyataan ini.

4. Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberikan kesan memudaratkan. Bincangkan penyataan ini.

STPM 2009 1. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada golongsn belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.

2. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Huraikan penyataan ini.

3 Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan esan sampingan. Jelaskan .

4. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan penyataan ini.
8

STPM 2010 1. Produk tiruan semakin popular dan laris dalam pasaran tempatan. Dalam keadaan ini, usaha-usaha perlu diambil untuk melindungi produk asli daripada menjadi mangsa peniruan. Jelaskan penyataan ini.

2 Penggunaan kad kredit bertujuan memudahkan urusniaga. Namum begitu, penggunaannya tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai masalah. Bincangkan penyataan di atas.

3 Pelbagai spesies serangga yang wujud sejak dahulu lagi sering dianggap sebagai perosak. Tanggapan ini sepatutnya diubah keranan spesies ini juga terbukti penting kepada manusia. Jelaskan penyataan ini.

4.Pengurusan sisa pertanian secara saintifik banyak mendatangkan manfaat kepada manusia. Bincangkan penyataan ini.

STPM 2011 1. Sektor perikanan negara kini menghadapi masalah. Oleh itu, langkah-langkah yang komprehensif perlu diambil untuk memastikan sektor ini dapat terus menyumbang kepada ekonomi negara. Huraikan.

2. Kini, lebih daripada 90 peratuss anggota negara masyarakat di negara ini celik huruf, namum 20 peratus sahaja yang gemar membaca bahan-bahan bercetak. Ada pendapat yang mengatakan bahawa fenomena yang berlaku ini adalah manifestasi wujudnya pelbagai media elektronik. Bincangkan penyataan ini.

3.Tidur yang cukup amat penting untuk manusia. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah kesukaran tidur. Jelaskan penyataan ini.

4.Bekalan makanan dunia didapati semakin berkurang. Kaedah tertentu perlu dilaksanakan segera untuk menangani krisis makanan global tersebut. Jelaskan penyataan ini.
9

STPM 2012 1. Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah pengangguran pekerja tempatan adalah dengan mengehadkan pengambilan pekerja asing. Namun begitu, kejayaan dasar ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Huraikan penyataan ini .

2. Pendidikan dalam aliran teknik dan vokasional merupakan pendidikan asas kemahiran yang penting untuk pembangunan masa depan negara. Namum demikian, pendidikan dalam aliran ini juga menghadapi kekangan yang menghalang perkembangannya. Huraikan penyataan ini.

3. Cahaya suria penting untuk manusia dan alam sekitar. Namum demikian, cahaya surai yang berlebihan boleh membawa kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan penyataan ini.

4. Gula ialah karbohirat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Namum begitu, pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan. Bincangkan penyataan ini .

STPM Penggal 1 2013 1. Penetapan gaji minimum dalam bidang pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan golongan pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimum tersebut.

2. Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mempunyai kepentingan yang tersendiri. Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil. Bincangkan

3. Malaysia sememang terkenal dengan pelbagai jenis barangan kraftangan. Usaha perlu dijalankan untuk menjadi kraftangan ini sebagai satu industri berskala besa yang mampu memberikan sumbangan kepada ekonomi negara. Bincangkan.

10

Anda mungkin juga menyukai